Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

Alhamdulillah

segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w,t dan juga (BIG) dapat di selesaikan dengan

para rasulnya. Program Bina Insan Guru

penyelesaian yang baik dan cemerlang. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini banyak mengajar saya nilai-nilai murni, ilmu pengetahuan dan banyak perkara lagi yang belum saya kuasai sebelum ini. Sebelum program atau kem ini berlangsung, banyak perkara yang bermain- main di benak fikiran saya. Adakah kem ini ketat, seperti kem kepimpinan yang saya lalui sebelum ini? Adakah program ini akan menyeksa minda dan jasmani saya? Adakah selepas program ini saya akan di jangkiti pelbagai penyakit?. Oleh sebab itu, saya adalah diantara guru pelatih yang membawa banyak baju sehinggakan zip beg pakaian saya rosak kerana tidak dapat menampung pakaian yang begitu banyak. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan program BIG ini. Dengan bantuan daripada abang senior, saya diberi pinjam beg pakaian beliau yang mampu menampung pakaian saya yang bertimbun-timbun itu. Andaian saya terhadap program BIG ini pula berlarutan dari saat saya menjejakkan kaki masuk ke pintu bas institut sehingga keluar daripadanya. Namun apabila program ini bermula, andaian saya hilang dengan serta merta. Program BIG tidak seperti yang saya sangkakan. Saya amat menyukai dan seronok dengan semua aktiviti yang dijalankan. Setibanya kami di tapak perkhemahan, kami di arahkan oleh jurulatih untuk memasang khemah dengan pantas dan baik. Saya yang bertugas sebagai ketua bagi kumpulan saya telah membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan. Pembahagian tugas untuk memasang khemah menjadi mudah hasil kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan saya. Kami dapat menyiapkan pemasangan khemah pada masa yang ditetapkan. Penekanan terhadap masa amat ditekankan oleh para jurulatih pada setiap aktiviti yang dijalankan. Hal ini mengajar saya bahawa ciri guru yang terbaik adalah guru yang mematuhi masa dan tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Aktiviti kedua yang kami laksanakan adalah water confident. Aktiviti ini mengandungi 4 stesen, belajar mengapung, belajar berenang, belajar menyelamat, dan belajar memberi bantuan pernafasan. Namun, sebelum kami diarahkan untuk

memulakan aktiviti ini kami terlebih dahulu diberi penerangan dan taklimat oleh ketua jurulatih air. Beliau amat menekankan soal keselamatan. Saya masih mengigati beberapa perkataan yang beliau sebutkan sewaktu memberi taklimat adalah seperti Apa yang penting? Keselamatan, Apa yang penting? Keselamatan, Apa yang penting? Keselamatan. Justeru, saya melihat sebagai seorang guru, semasa kita hendak melaksanakan sesuatu aktiviti bersama murid, soal keselamatan adalah soal utama. Hal ini kerana, semasa menjalankan aktiviti bersama murid, murid adalah berada di bawah tanggungan guru, sesuatu yang berlaku terhadap murid akan di tanggung oleh guru. Setelah selesai diberi taklimat, kami di arahkan pula untuk memakai buoyancy aid sebagai suatu langkah keselamatan dan sautu alat yang membolehkan kami terapung dengan mudah. Pesanan yang masih bermain-main di fikiran saya sehingga sekarang adalah jangan cemas semasa berada dalam air. Pengalaman semasa aktiviti air ini merupakan pengalaman yang pertama buat diri saya. Sebelum ini, saya tidak pandai berenang, namun setelah aktiviti ini saya dapat berlatih dengan teknik yang betul tentang cara berenang. Walaupun penat bergerak dan berenang, namun kepenatan itu tidak dihiraukan kerana pengalaman seumpama ini tidak selalu datang. Antara semua sekyen-sekysen yang terdapat dalam aktviti air ini, sekysen menyelamatkan seseorang tidak dapat saya cuba. Hal ini kerana masa yang singkat dan masa yang diambil oleh rakan lain dalam mencuba aktivit pada syeksen ini. Justeru, saya amat berharap agar dapat mencuba aktiviti ini pada masa-masa yang akan datang. Sesungguhnya aktiviti water confident ini amat menguji diri saya dari segi kekuatan mental, fizikal, dan emosi. Pengalaman yang saya perolehi ini amat berguna kepada saya yang bakal bergelar guru suatu masa nanti. Saya turut dapat memahami tentang flora dan fauna serta lautan dengan lebih mendalam melalui BIG ini. Semasa melakukan aktivti darat, iaitu kembara ke hutan rimba, kami telah dibahagikan tugasan untuk menyiapkan lembaran kerja eksplorasi flora dan fauna. Kami dikehendaki untuk memerhatikan flora dan fauna sepanjang kami memasuki ke hutan dengan berjalan kaki dari tempat perkhemahan. Saya berpeluang untuk melihat banyak haiwan dan tumbuhan yang tidak pernah saya lihat selama ini dan mendapat banyak pendedahan dan pengetahuan tentang flora dan fauna yang telah dibentang dan dikongsikan pengalaman bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Sementara aktiviti berakit di laut semasa aktiviti air

merupakan sesuatu yang baharu kepada saya kerana ia merupakan kali pertama saya berakit di laut. Saya berpeluang untuk mendekati lautan dan merasai keunikan alam sekitar. Saya turut merasai kesukaran menghidupkan api dan memasak di hutan rimba dan juga di persisiran pantai. Semua ini adalah sebagai persiapan kepada saya selepas menamatkan pengajian sekiranya saya ditempatkan di tempat pedalaman. Walaupun agak susah dan penat, tetapi ia telah membakar semangat saya untuk tabah meneruskan kehidupan dan lebih memahami hutan rimba dan lautan. Aktiviti semasa BIG ini tidak trhad pada waktu pagi sahaja, tetapi ia brsambung hingga waktu malam. Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihapadan ramai. LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengan kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru. Sebagai contoh apabila bermusyuarat saya pasti diberikan peluang untuk bercakap dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai murni seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dan gagal meneruskan agenda mesyuarat. Selain itu, sebagai langkah keselamatan, kami dikehendaki untuk membuat jadual berjaga malam. Hal ini bertujuan untuk mengawal keselamatan pada waktu malam. Hal ini melatih saya untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah berkawal di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba

giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu. Saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna melalui BIG ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia adalah golongan yang hidup berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil contoh BIG ini, saya telah berjaya mendapatkan banyak bantuan daripada rakan sekelas dan juga rakan dari kumpulan yang lain dengan berkenalan dan berkomunikasi dengan mereka, sama ada semasa memasak, mendirikan bendera, memasang khemah, membina gajet, menhidupkan api, terlibatan dalam kawalan sentri, dan sebagainya. Tanpa bantuan daripada rakan yang lain, adalah mustahil saya dapat melaksanakan semua ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Kursus ini juga secara langsung merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas dan juga rakanrakan juga kumpulan yang lain. Semua ini tidak dapat saya pelajari jika tidak menjalankan BIG pada semester ini. Persembahan Kebudayaan telah diadakan dan semua guru pelatih diwajibkan untuk membuat persembahan. Persembahan adalah berdasarkan tema yang telah disediakan. Tema yang ditetapkan pada malam itu ialah guru mithali. Pada malam itu, persembahan adalah begitu mantap oleh kesemua kumpulan. Namun kumpulan kumbang telah menjuarai persembahan pada malam itu, Persembahan daripada unit kami ialah persembahan drama musikal. Para juri terdiri daripada tiga orang. Persembahan Kebudayaan diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakatbakat yang terpendam dan daya kreativiti para peserta BIG. Kaitannya dengan saya ialah sebagai guru kita perlu juga mengetahui cara-cara untuk mengendalikan

persembahan kebudayaan apabila di sekolah nanti agar kita menjadi guru yang aktif dan disenangi. Kita juga senang didekati jika mempunyai pemikiran yang kreatif. Ilmu baru yang saya dapati ialah setiap perkara yang kita lakukan perlulah mempunyai sebab dan mesej tertentu bukan sekadar seronok atau semangat semata-mata sepertimana dalam persembahan perlu ada mesej tersirat agar persembahan kita lebih bermanfaat. Sebelum bersurai, semua peserta dikehendaki merumuskan tentang aktiviti BIG selama 4 hari tersebut. Setiap wakil kumpulan telah menyampaikan refleksi tentang program tersebut dari segi kelebihan dan kekurangan. Selain itu, segala permasalahan yang timbul semasa program telah diselesaikan di waktu itu juga. Refleksi ini penting agar peserta sedar bahawa mereka bukannya datang dengan sia-sia tanpa sebarang manfaat. Ini juga peluang untuk penambahbaikan dari aspek pengurusan di masa hadapan. Kaitannya dengan saya ialah saya berpeluang menyuarakan pendapat melalui wakil kumpulan tentang program ini dan cara penyelesaian dalam sesuatu permasalahan. Ilmu baru yang saya dapati ialah kita janganlah bertindak mengikut emosi sebaliknya siasat dan kaji terlebih dahulu sesuatu perkara itu supaya masalah seperti menuduh orang lain dan menyebabkan masing-masing terasa hati tidak wujud. Akhir kata, saya begitu banyak mendapat faedah daripada program BIG ini. Sesungguhnya program ini telah berjaya menyedarkan saya dan rakan-rakan yang lain tentang tugas sebagai seorang guru dan halangan serta rintangan yang bakal dihadapi. Maka, saya berharap kepada Allah agar program ini menjadi sebab saya untuk menjadi seorang guru yang terbaik bagi murid-murid saya yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai