Anda di halaman 1dari 4

Gejala Rakaman Jijik Pelajar Sekolah Wajar Diatasi

Penyebaran rakaman-rakaman lucah melibatkan pelajar sekolah di internet bukanlah


satu perkara yang asing atau alibi bagi masyarakat kita. Perbuatan jijik merakam
aksi lucah sebagai koleksi semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar,
menyebabkan lambakan klip video membabitkan mereka yang berpakaian seragam
sekolah ini yang tersebar di internet dan telefon bimbit. Terbaru, dalam akhbar
Kosmo! hari ini (19 Oktober), muka depan yang bertajuk : Apa sudah jadi? - Aksi
panas pelajar cetus kebimbangan semua pihak. 5 Klip video dikatakan membabitkan
pelajar di Chukai, Kemaman dan tempoh aksi rakaman itu antara dua dan empat
minit lengkap dengan rakaman suara si pelaku.

Kalau dahulu hanya artis, pekerja kilang dan pelajar Universiti sahaja yang terlibat
dalam rakaman tidak bermoral ini, namun senarionya kini berubah apabila klip video
lucah membabitkan remaja belasan tahun, termasuk pelajar berpakaian seragam
terlibat sama dan tersebar secara meluas serta ’diburu’ oleh penggemar bahan lucah
ini.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) melihat masalah ini


adalah satu isu yang sentiasa bergerak di dalam masyarakat kita tetapi malangnya
dianggap sebagai biasa oleh masyarakat hari ini sehinggalah ia semakin menular
dikalangan pelajar ini. GMUKM kecewa apabila melihat budak-budak sekolah yang
umurnya baru setahun jagung, tetapi sudah kemaruk dengan adegan bagi mereka
yang sudah berkahwin itu. Lebih malang lagi, ada pula yang langsung tidak malu
apabila adegan lucahnya dirakam lengkap dengan berpakaian sekolah.

Terdapat banyak faktor menyebabkan gejala tidak sihat ini menular dikalangan
pelajar terutamanya melayu islam. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
oleh pihak berkuasa telah menyuntik tenaga dan semangat kepada mereka yang
melakukan perbuatan terkutuk ini. Walaupun kita disajikan dengan berita bahawa
hukuman berat akan dikenakan ke atas gejala ini, namun kesannya tidaklah
menggerunkan pesalah juvana ini untuk melakukan perbuatan itu. Kes seorang ahli
perniagaan, Ahmad Bakhtiar Abdul Kayoom yang telah dihukum penjara enam bulan
kerana menceroboh dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman
pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz baru-baru ini tidak menggentarkan pelajar
untuk melakukan kesalahan yang serupa.

Jelab bahawa hukuman ke atas pesalah tersebut tidak mengerunkan pelajar apatah
lagi dengan amaran oleh seksyen 509 kanun Keseksaan berhubung kesalahan
mengedar gambar lucah. Walaupun remaja berusia 21 tahun ke bawah tertakluk
kepada Akta Kanak-Kanak 2001, tetapi mereka turut boleh dikenakan hukuman dan
perbezaannya, pesalah juvenil ini akan diletakkan sel penjara berasingan dengan
pesalah dewasa.

GMUKM turut menggesa agar pihak polis menyiasat semua klip video melibatkan
pelajar dan tindakan tegas perlu diambil sebagai amaran kepada semua pihak untuk
tidak melakukan jenayah yang serupa.
Pada masa yang sama juga, pihak sekolah juga perlu berperanan memaklumkan
kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui ada perlakuan sumbang di kalangan
pelajar mereka.Tindakan menyembunyikan hal dalaman yang mengaibkan ini
daripada pengetahuan umum oleh pihak sekolah bukanlah satu tindakan bijak, tetapi
secara halus telah membunuh masa depan pelaku jenayah itu dan juga bakal-bakal
pelajar yang kebarangkalian akan menuruti jejak langkah haram ini.

GMUKM turut mengenalpasti antara punca utama yang menyumbang kepada


perlakuan jijik itu adalah wujudnya lambakan video lucah yang boleh diperoleh
dengan mudah, sama ada daripada penjual haram atau akses internet. Disebabkan
itu, remaja masa kini tidak dapat mengawal nafsu mereka dan seterusnya ke
peringkat terdesak untuk memuaskan nafsu dan sebab itulah timbulnya keberanian
merakam perbuatan lucah yang dilakukan berikutan adanya kemudahan untuk
berbuat demikian. Jadi, langkah menyekat akses remaja daripada melayari laman
web lucah perlu dilaksanakan segera walaupun kita tahu, tiadanya perjanjian
sedemikian dengan Syarikat Internet Antarabangsa berkaitan perkara ini semasa
pelancaran Malaysia Super Coridor (MSC) kira-kira 11 tahun lalu.

Juga bahan-bahan picisan yang menbanjiri industi akhbar dan majalah di negara ini
turut menyumbang kepada gejala ini. Situasi ini perlu dipantau oleh pihak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kalau
dahulu, kita melihat berlaku penguatkuasaan yang serius terhadap penjualan bahan-
bahan porno bercetak ini seperti yang diperlihatkan dalam kes Mohamad Ibrahim
melawan Pendakwaraya awal 90an lalu, tetapi sekarang seolah-olah industri ini
boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pihak akhbar kompak harian juga
perlu bertanggungjawab dalam sesuatu penerbitan dan bukannya memikirkan
keuntungan melalui penyiaran isu-isu dan gambar picisan.

Selain itu, hukuman yang longgar oleh pihak sekolah menyebabkan isu ini semakin
menjadi-jadi. Hukuman tatatertib kurang dikenakan kepada pelajar yang melakukan
kesalahan seperti mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan
bahan lucah. Juga kesalahan seperti mencetak rakaman dan mutlimedia terlarang
dan ini dapat dilihat dalam peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957 berhubung dengan syarat
pelaksanaan hukuman rotan yang boleh dikenakan ke atas pelajar. Pelajar dalam
klip video lucah terbabit juga boleh dihantar ke lokasi yang bakal membuatkan
mereka benar-benar insaf dan pada masa sama, ia boleh dijadikan pengajaran
kepada pelajar lain.

Penggunaan telefon bimbit secara meluas di sekolah turut menyumbang kepada


peningkatan gejala tidak sihat ini. Terdapat satu trend seolah-olah merakam video
lucah di sekolah dengan memakai uniform sekolah akan menerbitkan satu kepuasan
yang tinggi kepada pelaku seks muda ini. Telefon bimbit yang menjadi teman
mainan harian pelajar sekolah menjadikan sebilangan golongan itu ‘penagih porno’
dengan membabitkan diri dalam aktiviti memuat turun ratusan klip video lucah
dengan hanya bayaran serendah 50 sen atau sebatang rokok.

Dengan memiliki pelbagai model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan


Bluetooth, pelajar terbabit termasuk seawal usia 12 tahun mampu menikmati aksi
ranjang klip video seks di dalam telefon bimbit masing-masing. Dicadangkan agar
penggunaan telefon bimbit diharamkan terus kepada golongan pelajar yang
ditandakan sebagai pelajar ’bermasalah’. Hal ini sejajar dengan arahan Kementerian
Pelajaran yang sehingga kini mengharamkan penggunaan telefon bimbit di kalangan
pelajar membabitkan kawasan sekolah sejak April 2006 lalu.

Tindakan bukan untuk menceroboh privasi anak muda kita tetapi lebih kepada
pandangan pelbagai pihak dan berdasarkan kesan penggunaan telefon bimbit yang
disifatkan boleh mengganggu proses pembelajaran di sekolah.Guru pula diberi kuasa
merampas telefon bimbit milik pelajar sekiranya didapati menggunakannya di kelas
dan menyerahkannya semula kepada ibu bapa pelajar berkenaan selepas aduan
dilakukan. Inilah langkah yang terbaik bagi mengelakkan penggunaan secara meluas
rakaman lucah pelajar di sekolah-sekolah.

GMUKM turut melihat bahawa perlakuan sumbang dan memalukan itu berlaku
kerana masih kurangnya kempen dan usaha penerapan nilai modal insan di kalangan
pelajar oleh pihak berwajib. Oleh itu, GMUKM berharap agar syarikat swasta dan
NGO (pertubuhan bukan kerajaan) memainkan fungsi lebih aktif di dalam perkara
berkaitan modal insan dan moral terutama di kalangan pelajar.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam membentuk anak masing-
masing. Pemahaman agama dan budaya amatlah penting untuk diterapkan sejak
dari kecil lagi dan nuntuk umat melayu islam, amalkanlah ajaran Islam sepenuhnya
sebagai cara panduan bimbingan hidup.

GMUKM melihat pokok pangkalnya kepada permasalahan ialah pada institusi


kekeluargaan yang utuh. Walau bagaimana sibuk sekalipun, ibu bapa wajib
memberikan perhatian kepada anak, meluangkan masa untuk bersama mereka dan
memahami kehendak jiwa mereka dan bukannya mewujudkan keluarga yang
‘kebaratan’. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh terbaik dengan mewujudkan
hubungan rapat dan mesra antara ibu dan bapa, dan antara ibu bapa dengan anak.
Berapa ramaikah remaja golongan pelajar yang datang dari keluarga bermasalah
yang mampu bertatih menanggung onak duri dan rintangan untuk berjaya? Mereka
masih muda, mentah dan masih mendambakan perhatian yang secukupnya dari
keluarga.

Masyarakat sekeliling turut bertanggungjawab dalam hal ini dengan membantu pihak
berkuasa menguatkuasakan undang-undang ke arah kebaikan para pelajar yang
terjerumus kepada perbuatan kotor ini. Keprihatinan masyarakat terhadap mereka
amat penting dalam usaha memimpin mereka mengawal tindak tanduk yang lebih
positif. Setiap ahli masyarakat yang melihat perlakuan negatif remaja sekolah perlu
menegur dan menasihati mereka. Dengan kata lain, keprihatinan dan kawalan sosial
yang semakin hilang dalam masyarakat, baik di kota mahupun di desa perlu
dikembalikan, bahkan disuburkan kembali. Secara mudahnya, masalah perilaku
remaja sekolah ini melibatkan tanggungjawab semua pihak dan kita tidak boleh
seratus peratus salahkan ramaja atas gejala ini.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang perlu ditimbangkan sebelum


kita boleh menunding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah “
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.” Maka, adalah wajar bagi semua
pihak untuk sentiasa menangani dan prihatin dengan gejala rakaman lucah di
kalangan para pelajar. Sebagai abang generasi kedua kepada pelajar yang ada pada
hari ini, kami sebagai mahasiswa amat mengambil mengambil berat tentang gejala
yang boleh meruntuhkan negara ini kelak.
GMUKM tidak mahu masa depan para pelajar hancur dan terus hancur dengan gejala
sosial (their future just getting bleak and bleak with social problems) kerana kami
sayang akan generasi pelapis ini untuk sama-sama membina negara tercinta ini ke
arah suasana yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga para pelajar sekolah
yang terjerumus dengan perilaku jenayah dan moral, agar mereka sentiasa peka dan
terus berusaha untuk menjadi seseorang yang merdeka, bagi memberikan harapan
positif kepada pemimpin-pemimpin kita pada hari ini yang sudah pasti akan
meninggalkan negara ini kelak kepada generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai