Anda di halaman 1dari 1

1. Jelaskan 2 kesan negatif teknologi moden terhadap gaya hidup masyarakat masa kini.

(4m)

: Teknologi moden seperti telefon pintar telah memberi kesan negatif terhadap gaya hidup
masyarakat masa kini terutama remaja . Antara kesan tersebut ialah masalah kekurangan
tidur. Berdasarkan akhbar Sinar Harian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon
pintar di sisi mereka dan lampu skrin telefon pintar tersebut menghalang mereka untuk
menikmati tidur yang nyenyak. Kesannya, terdapat perubahan psikologi di kalangan remaja
seperti cepat marah , memori terjejas yang seterusnya menggangu pencapaian akademik .
Seterusnya, kesan negatif seperti sukar untuk memberi tumpuan. Terdapat satu kajian yang
dibuat memperlihatkan seseorang individu tidak dapat menumpukan perhatian mereka
terhadap kerja yang dilakukan ketika itu tidak lebih dari dua minit sebelum perhatian
mereka beralih ke telefon pintar. Impak dari masalah ini ialah kerja yang dilakukan tidak
efisien dan memakan masa yang lama untuk disiapkan.

2. Bincangkan 2 strategi dalam menangani penularan gaya hidup yang negatif dalam kalangan
remaja masa kini.(6m)

: Gaya hidup negatif seperti pengambilan dadah , melakukan pergaulan bebas seperti
hubungan seks dan terbaru ialah masalah seperti melakukan hubungan sejenis semakin
menular dikalangan remaja masa kini . Oleh itu, haruslah kita memikirkan cara atau strategi
untuk membendung atau menangani masalah ini dari berleluasa di kalangan remaja yang
semakin runtuh akhlaknya. Antara strategi yang boleh dilakukan ialah ibu bapa atau penjaga
memainkan peranan dengan memberi didikan kepada anak-anak remaja bermula dari
mereka kecil lagi. Hal ini adalah kerana sewaktu mereka kecil lagi , mereka masih boleh
dikawal dan dididik dengan baik serta ketika itu mereka bak kain putih yang belum diconteng
dengan arang. Ibu bapa juga perlulah memberi perhatian akan tingkah laku mereka dan
menjadi seperti teman rapat mereka untuk berkongsi masalah yang dialami dengan cara ini
mereka tidak akan rasa kekok dan malu untuk berkongsi serta perkara ini akan menjauhkan
mereka dari terpedaya dengan hasutan kawan yang tidak bermoral.

Selain itu , penguatkuasaan undang-undang yang perlu diketatkan lagi oleh kerajaan.
Walaupun ketika ini telah wujudnya undang-undang yang boleh dikenakan terhadap pelaku
kesalahan tetapi undang-undang ini tidak dikuatkuasakan terhadap remaja kerana faktor
seperti umur yang tidak mencapai majoriti. Hukuman yang dikenakan terhadap remaja yang
melakukan kesalahan sosial agak ringan dan mudah untuk dilepaskan dari sabit kesalahan.
Kesannya, remaja tersebut memandang ringan akan impak salah lakunya dan tidak gerun
akan hukuman dikenakan terhadapnya. Oleh itu, wajarlah pihak kerajaan mengetatkan lagi
undang-undang agar dapat membendung masalah gejala negative ini menular dalam
kalangan remaja.

Anda mungkin juga menyukai