Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN
Kini, masalah sosial dalam kalangan remaja semakin menjadi -jadi di negara kita.

Setiap hari, berita tentang perkara tersebut terpampang di dada-dada akhbar. Ada antara
masalah tersebut telah menjadi kes polis. Apakah punca/ sebab / faktor yang menyebabkan
mereka melakukan perkara tersebut? Apakah implikasi/kesannya daripada gejala tersebut ?
Apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut? Masalah sosial
adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan
dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah
meruntuhkan sifat semulajadi manusia.
Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku.
Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa
dan media elektronik. Di antara gejala yang kerap kita dengari adalah:
Pembuangan bayi

Gengsterisme

Mencuri dan merompak

Seks luar nikah

Penderaan anak

Minum minuman keras

Ponteng sekolah

Perlumbaan haram

Penculikan

Merogol

Merokok

Penagihan dadah

Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan
gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini. Walauapapun, mendidik anakanak merupakan tanggungjawab semua golongan masyarakat.Tidak ada seorang ibu pun
yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang gagal dan bermasalah. Setiap
masalah pasti ada penyelesaian. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih dan sempurna
tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu
dengan corak dan warna yang tertentu. Gejala sosial boleh dielakkan dari berlaku dengan
mengambil tindakan dan cara yang sewajarnya daripada pelbagai pihak.
Pada semester ini, kami diberi peluang mengkaji isu-isu moral tempatan di Malaysia.
Dua isu moral yang saya bincang ialah gengsterisme dan penculikan.
3.0

KESIMPULAN

Semua pihak perlu bekerjasama untuk berganding bahu menangani gejala sosial
dalam kalangan remaja ini supaya tidak menjadi lebih serius lagi. Hal ini demikian kerana
remaja merupakan aset yang sangat bernilai untuk membangunkan dan menerajui negara
pada masa akan datang. Remaja juga akan memastikan kedaulatan negara sentiasa
terpelihara di samping meneruskan tradisi dan budaya bangsa.
Kesimpulannya, isu moral yang semakin meruncing ini perlu ditangani dengan
bijaksana. Pendekatan hukuman masih relevan dikenakan sekiranya memang didapati
bersalah. Dalam sudut yang lain, pendekatan hukuman semata tidak relevan dikenakan
kerana menghambat minda kita untuk muhasabah dengan telus mengenai sesuatu isu yang
dibangkitkan. Oleh itu, pendekatan memahami dengan baik akan sesuatu isu amat penting
dalam mendidik rakyat supaya lebih berkesedaran sivik. Pendekatan mendidik ini amat
penting walaupun tidak popular, akan tetapi akhirnya dapat menyedarkan kita akan hakikat
kewujudan kita sebagai rakyat Malaysia dan membuatkan kita menjadi manusia yang
semakin baik dan rendah diri kepada Pencipta dan negara.

17

Anda mungkin juga menyukai