Anda di halaman 1dari 2

Mutakhir ini, masalah sosial dalam kalangan remaja berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Setiap hari pasti akan ada sahaja berita mengenai salah laku remaja yang seakan tidak mempunyai
penghujung. Buka sahaja radio atau televisyen, masalah sosial dalam kalangan remaja seperti lumba
motor haram, seks bebas, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, pergaduhan geng dan
seumpamanya mesti akan disajikan buat kita.

Remaja masa kini seolah-olah suka melakukan masalah sosial yang akan mendatangkan pelbagai
kemudaratan kepada diri sendiri dan juga individu lain. Lebih membimbangkan lagi, mereka sanggup
untuk merekod dan merakam diri mereka sendiri kemudian memuatnaik video tersebut ke dalam
media sosial semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada netizen. Pun begitu, apa yang
mereka akan dapat hanyalah kecaman semata-mata.

Sebagai contoh, baru-baru ini sekumpulan remaja telah memuatnaik sebuah video mereka sengaja
merosakkan produk yang dijual di sebuah kedai serbaneka terkemuka di negara kita. Video itu
kemudiannya tular dan sohor kini di hampir setiap platform media sosial namun menimbulkan
kemarahan ribuan netizen. Akibatnya, ada netizen yang melaporkan video itu kepada pihak polis dan
sekumpulan remaja terbabit telah diberkas.

Persoalannya, adakah perbuatan ini akan mendatangkan faedah? Jawapannya, tidak. Masalah sosial
dalam kalangan remaja sebenarnya hanya akan mengakibatkan mudarat kepada anda. Ingin tahu
lebih lanjut mengenai masalah sosial dalam kalangan remaja dan apa penyelesaiannya? Sila ikuti
artikel ini.

Remaja

Pada umumnya, remaja merujuk kepada individu yang berusia 10 hingga 18 tahun. Usia ini
merupakan pertengahan ataupun peralihan seorang kanak-kanak yang beransur berubah menjadi
individu dewasa. Ketika ini, aspek fizikal, mental dan sosial mereka akan mula berkembang dan
matang.

Disebabkan itu, remaja akan sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba atau meneroka sesuatu
yang baharu. Jika perasaan ini digunakan untuk tujuan hidup yang baik seperti menyambung
pelajaran atau membantu ibu bapa, tiada masalah. Namun begitu, jika perasaan ini menjadi punca
masalah sosial dalam kalangan remaja, itu akan menjadi masalah besar.

Remaja modal insan negara

Masalah sosial dalam kalangan remaja perlu dipandang serius kerana mereka merupakan tonggak
negara untuk menerajui kepimpinan pada masa hadapan. Ini sangat sesuai dengan slogan kita iaitu,
“pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.
Hakikatnya, modal insan sesebuah negara itu adalah remaja. Mereka adalah generasi baharu yang
akan mencorakkan negara dan tanpa mereka, masa depan sesuatu negara itu pasti kelihatan agak
kelam. Pun begitu, bagaimana jika remaja kita rosak akibat kesan keseronokan sementara yang
berpunca daripada masalah sosial?

Ini pasti akan mendatangkan kebimbangan kepada setiap golongan masyarakat. Sebelum keadaan
menjadi lebih teruk, satu pelan menyeluruh berkaitan perancangan program masalah sosial remaja
perlu dirangka oleh pihak berwajib terutamanya kementerian bagi memastikan remaja sedar dan
tahu akan pelbagai akibat masalah sosial yang dilakukan mereka.

Anda mungkin juga menyukai