Anda di halaman 1dari 1

Refleksi perasaan ialah respon kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi

menujukkan empati kaunselor. Dengan itu, klien akan merasa dirinya difahami dan
serterusnya menjadi lebih terbuka dalam mepersepsikan masalahnya manakala kemahiran
refleksi pula merupakan respon kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien
yang menunjukkan kefahaman kaunselor. Tujuannya adalah untuk membuat semakan di
samping memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh
kaunselor.

Kemahiran refleksi perasaan ialah penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan
sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah
untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami
oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri
klien dan akhir sekali memberi ruang untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang
baik dan memberi kelegaan kepadanya.

Contoh:

Klien: geram sangat, dia orang permaikan saya dan buat saya macam orang bodoh.

Kaunselor: jadi, azmi geramlah dengan gelagat mereka terhadap azmi ya.

Kemahiran refleksi perasaan ialah penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan
sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah
untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami
oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri
klien dan akhir sekali memberi ruang untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang
baik dan memberi kelegaan kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai