Anda di halaman 1dari 2

Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan

pelbagai gejala sosial remaja yang berlaku hampir setiap hari. Kehidupan remaja yang penuh dengan
pelbagai permasalahan sosial sangat merunsingkan ibu bapa dan juga pemimpin negara.

Banyak cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah kebaikan untuk menjadi
insan berguna namun mereka tetap memilih jalan yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut,
penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah,seks bebas, lumba motor haram,
Black Metal dan yang seumpamanya yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari.

Mereka seolah-olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudaratan bukan
sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.

Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara
dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi
tiang negara”

Persoalannya,jika remaja kita musnah akibat kesan keseronokan yang sementara ini,siapakah yang
akan terus memperjuangkan masa depan mereka? Justeru itu, senario ini mencetuskan
kebimbangan kepada semua pihak seperti golongan ibu bapa,guru,masyarakat, negara dan
termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu sebelum keadaan menjadi semakin teruk, satu pelan menyeluruh berkaitan perancangan
program pencegahan masalah sosial remaja perlu dirangka oleh pasukan kesihatan termasuk
Pegawai Kerja Sosial Perubatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan
dengan lancar.

Remaja

Remaja pada umumnya merujuk kepada anak muda yang berumur antara 10 hingga 18 tahun di
mana pada masa ini mereka mula berkembang menjadi orang dewasa yang mulai matang dan
pandai berfikir. Pada peringkat ini,golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak
dengan zaman dewasa.

Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba akan mengalami pelbagai perubahan
yang drastik, termasuklah perubahan fizikal, jasmani, sosial, emosi, dan bahasa.
Zaman remaja juga boleh disifatkan zaman yang penuh dengan pancaroba dan seandainya remaja ini
tidak mampu menguruskan hidupnya dengan baik mereka akan mengalami risiko terkandas dan
tercicir dalam perjalanan hidup.

Menurut pengalaman POLRI, sebagai dikutip oleh Ninik Widiyanti dan Yullus Waskita (2005), "dalam
menangani kasus yang terjadi di masyarakat dapat dikatakan banyak faktor yang turut
mempengaruhi terjadinya kenakalan remaja. Untuk terjadinya suatu pelanggaran maka dua unsur
harus bertemu yaitu niat untuk melakukan suatu pelanggaran dan kesempatan untuk melaksanakan
niat tersebut. Jika hanya ada salah satu dari kedua unsur tersebut di atas maka tidak akan terjadi
apa-apa, yaitu ada niat untuk melakukan pelanggaran tetapi tidak ada kesempatan untuk
melaksanakan niat tersebut, maka tidak mungkin terlaksana pelanggaran itu."

Anda mungkin juga menyukai