Anda di halaman 1dari 6

JMK 214 Kajian Klasik Melayu Klasik

KEPENGARANGAN
Nama asal Sulalatus Salatin ialah Hikayat Melayu. Sulalatus Salatin juga dikenalai
sebagai Sejarah Melayu. Naskhah Hikayat Melayu dibawa ke Johor dari Goa.
Dipercayai penulisan Hikayat Melayu berakhir pada sebelum tahun 1536 Masihi.
Setelah dibawa ke Johor, naskhah ini disusun semula pada tahun 1612 oleh Tun
Muhammad, Bendahara Johor seawktu pemerintahan Sultan Ala'ud-Din Riayat Syah
III yang memerintahan di Pekan Tua, Batu Sawar, Johor. Nama timang-timangan Tun
Muhammad ialah Tun Seri Lanang.

1.4 ISI KANDUNGAN SULALATUS SALATIN


Isi Kandungan Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin mengandung peristiwa yang berasaskan fakta-fakta sejarah seperti kisah rajaraja memerintah Melaka. Contohnya peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman pemerinthan
Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, Sultan Mahmud
Syah dan lain-lain.
Turut dimuatkan ialah kisah perhubungan luar Melaka dengan negara-negara jiran dan negaranegara
luar seperti hubungan Melaka dengan Negeri Siam, Benua China, Benua Keling, Pasai, Pahang
dan lain-lain.
Sulalatus Salatin juga memaparkan kisah-kisah peperangan dan penaklukan.Contohnya
penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan lain-lain, serta kedatangan Peringgi dan
penguasaannya ke atas Melaka.
Selain itu Sulalatus Salatin turut mengaitkan peristiwa-peristiwa yang bersifat fiksyen dan
mitos. Contohnya seperti kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut yang bernama Dika; dan
juga kisah-kisah di Bukit Si Guntang.
Selain itu terdapat juga kisah-kisah mitos seperti mitos pembukaan tempat dan negeri, seperti
pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka; mitos kemasukan Islam di Melaka, dan mitos
peminangan Puteri Gunung Ledang.
Sulalatus Salatin tidak ketinggalan memuatkan kisah tokoh-tokoh yang dianggap legenda seperti
Badang, Hang Tuah, Tun Perak dan lain-lain.

1.3 TUJUAN PENULISAN


Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ditulis dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan dan sejarah
silam raja-raja Melaka. Selain itu ia dihasilkan untuk mengangungkan kebesaran dan
kecemerlangan raja-raja dan kerajaan Melaka.

Tujuan seterusnya ialah untuk menggambarkan kebesaran sebuah dinasti raja-raja Melayu yang
bermula dari zaman Raja Iskandar Syah di awal abad ke-15 hinggalah zaman pemerintahan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah III di awal abad ke-17.
Sulalatus Salatin juga dihasilkan untuk kegunaan istana (istana centric) dan kegunaan orangorang bangsawan Melayu sebagai rujukan pada masa akan datang.
Sulalatus Salatin juga dijadikan satu wadah merakamkan kebesaran, ketinggian dan
kegemilangan sesebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai, dan Singapura
selain Melaka. Selain itu untuk memperlihatkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa
Melayu itu sendiri.

UNSUR WAAD DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU


WAAD, dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu,merupakan perjanjian yang termeterai antara
Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun sewaktu Seri Teri Buana hendak mengahwini anak
Demang Lebar Daun yang bernama Raden Ratna Cendera Puri. Dalam waad tersebut, Seri Teri
Buana mewakili golongan pemerintah (raja) manakala Demang Lebar Daun mewakili
golongan rakyat jelata. Dalam perjanjian tersebut, kedua-dua pihak bersetuju mematuhi peranan
masing-masing sebagaimana yang termaktub dalam waad tersebut. Di pihak raja, golongan
tersebut bersetuju dengan ketetapan bahawa mereka:
1 tidak akan menghalau rakyat dari istana; dan
2 tidak akan menista/mengaibkan/memalukan rakyat. Jika wajar dibunuh, maka rakyat tersebut
hendaklah dibunuh sahaja.
Di pihak rakyat pula, golongan ini bersetuju bahawa mereka:
1 tidak akan menderhakai raja walau sejahat/sezalim mana sekalipun raja itu; dan
2 tidak akan menitikkan darah (membunuh/mencederakan) raja.
Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun kemudiannya bersumpah akan mematuhi semua
ketetapan dalam perjanjian tersebut. Marta-mana pihak yang melanggar sumpah tersebut akan menerima
balasan yang berikut:
1 rakyat yang derhaka akan menerima balasan buruk, termasuk kemusnahan segala isi rumahnya; manakala
2 raja yang zalim akan hilang kuasa dan takhta kerajaannya.
SATU PENILAIAN KRITIS
Waad merupakan suatu bentuk perjanjian yang menjadi lambang atau simbol hubungan raja dengan
rakyat dalam memelihara keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara. Raja dan rakyat harus
memahami tugas masing-masing dan bertindak berdasarkan peraturan peraturan yang telah
ditetapkan. Pihak raja harus memerintah dengan adil dan menjauhi perbuatan-perbuatan
yang bersifat zalim terhadap rakyat. Pihak rakyat pula harus setia dan menghormati raja
serta jangan sekali-kali menderhaka terhadap raja.
Raja dan rakyat yang berpegang teguh pada waad akan menikmati kehidupan yang aman dan
selamat. Raja yang adil akan mewujudkan keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyat
jelata. Demikian juga, rakyat yang taat dan setia terhadap raja akan hidup aman dan selamat.
Sebaliknya, raja yang melanggar perjanjian yang telah dibuat dalam waad akan menerima
balasan yang setimpal, iaitu akan kehilangan kuasa dan takhta kerajaannya. Demikian juga bagi

pihak rakyat yang derhaka, mereka akan menerima bala bencana yang setimpal, yakni dirinya dan
seluruh isi rumahnya akan ditimpa kebinasaan.
P e m e t e ra ia n wa a d t e rse b u t t e la h m e m b e n t u k su a t u kerangka/tulang belakang
terhadap keseluruhan penulisan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Dalam teks, tersebut, banyak
peristiwa yang memperlihatkan kepatuhan kedua-dua pihak terhadap ketetapan dalam waad
tersebut, termasuk kisah keadilan raja dan kesetiaan rakyat yang membawa kemajuan kepada negeri
Melaka. Di samping itu, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu turut menonjolkan beberapa pelanggaran
terhadap ketetapan dalam waad tersebut yang membawa kebinasaan kepada raja dan rakyat. Yang
berikut adalah antara beberapa banyak contoh kepatuhan dan pelanggaran terhadap waad tersebut.

KEPATUHAN DAN PELANGGARAN WAAD


KEPATUHAN TERHADAP WAAD
Keadilan Sultan Mansur Syah
Sultan Mansur Syah seorang sultan yang adil dan bijaksana. pada masa pemerintahannya, negeri
Melaka memperlihatkan kemajuan yang liar biasa sehingga dapat memperluas kuasa ke beberapa
banyak negeri di Alam Melayu seperti Mengkasar dan Majapahit. Sultan Mansur Syah juga berjaya
membuat hubungan dagang dan diplomatik dengan beberapa buah negara di luar Alam Melayu
seperti Siam dan China. Hal ini menjadikan Melaka sebuah empayar yang digeruni dan
dicemburui oleh beberapa kuasa lain dan menjadi tumpuan para pedagang dari seantero dunia,
termasuk dari Arab dan India. Keadaan ini membolehkan rakyat hidup sejahtera dan Melaka menjadi
bertambah makmur.
Keadilan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
Baginda seorang sultan yang adil dan sangat mengambil berat akan kehidupan rakyat. Dalam
beberapa hal, baginda mencontohi corak pemerintahan Islam dan corak pemerintahan Khalifah ArRasyidin. Sebagai contoh, baginda telah mengguna pakai undang-undang yang bercorak Islam/hudud
dengan mengenakan hukuman potong tangan kepada individu atau kumpulan yang tidak
mengembalikan harta yang ditemukan mereka. Selain itu, baginda sendiri telah "turun padang" untuk
membanteras kejadian kecurian di Melaka. Amalan ini sama dengan amalan yang dilakukan oleh
Khalifah Umar al Khattab yang sering "turun padang" untuk m e n g e t a h u i m a s a l a h y a n g
d i h a d a p i o l e h r a k y a t j e l a t a . Kesungguhan Sultan Alau'd-Din itu berjaya mewujudkan
keamanan di negeri Melaka.
Kesetiaan Bendahara Paduka Raja
Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) merupakan bendahara yang paling berjaya dalam
pemerintahan beraja di Melaka. Beliau telah menjadi bendahara kepada empat orang pemerintah
Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, dan Sultan
Mahmud Syah. Kesetiaan beliau terhadap kesemua raja tersebut tidak berbelah bahagi. Beliau
senantiasa memperlihatkan ketaatan, kebijaksanaan, dan kesabaran dalam mendepani beberapa
krisis yang berlaku di Melaka. Kesetiaan beliau yang paling ketara terlihat menerusi peristiwa
pembunuhan Tun Besar, anaknya, oleh Raja Muhammad yang bakal menjadi pemerintah Melaka. Dalam
peristiwa itu, para pengikutnya telah bangun untuk membalas perbuatan Raja Muhammad itu tetapi
atas kesedaran bahawa "istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka", Tun Perak telah
menghalang niat para pengikutnya itu.
PELANGGARAN WAAD
Kezaliman Paduka Seri Maharaja
Tuan Jana Khatib seorang alim yang berasal dari Pasai. Pada suatu hari, beliau telah menilik sebatang
pohon pinang gading hingga belah dua dengan menggunakan ilmu khayalillah yang dimilikinya d i
h a d a p a n p e r m a i s u r i S i n g a p u r a . P e r b u a t a n t e r s e b u t menimbulkan kemurkaan Paduka
Seri Maharaja, pemerintah Singapura, kerana menyangka Tuan Jana Khatib ingin "menggoda"
isterinya. Sehubungan itu, baginda telah memerintahkan supaya Tuan Jana Khatib dihukum
bunuh. Sebagai akibat kezaliman baginda, Singapura telah diserang ikan todak. Banyak rakyat jelata

y a n g m a t i S e b a g a i a k i b a t s e r a n g a n i t u . P e r i s t i w a i t u menggambarkan bahawa raja tidak


boleh menzalimi rakyat dan menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan perasaan semata-mata.
Perbuatan tersebut memungkinkan pihak pemerintah ditimpa bencana.
Kezaliman Raja Iskandar Syah
Raja Iskandar Syah merupakan pemerintah Singapura selepas kemang katan Paduka Seri
Maharaja. Baginda mempunyai seorang bendahari yang bernama Sang Rajuna Tapa. Anak Sang Rajuna
Tapa merupakan salah seorang daripada gundiknya dan baginda sangat kasih akan gundiknya itu.
Walau bagaimanapun, sebagai akibat suatu fitnah, gundik itu telah dijatuhi suatu bentuk
hukuman yang mengaibkan, iaitu disula di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa, bapa gundik itu,
berasa amat malu lalu beliau berpakat dengan Majapahit dengan bertindak mengutus Surat kepada
betara Majapahit dan menyatakan kesediaannya untuk membantu Majapahit mengalahkan
Singapura. Beliaulah yang membuka pintu kota semasa Majapahit menyerang Singapura.
Sebagai akibatnya, Singapura jatuh ke tangan Majapahit dan Raja Iskandar sendiri terpaksa melarikan
diri dari Singapura.
Perbuatan Raja Iskandar ini jelas melanggar ketetapan dalam waad tersebut yang meminta
supaya "segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan difadihatkan,
dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, t u a nku; jangan duli tuanku aibi".
Keterlanjuran itu telah menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan mengkhianati raja,
sebagaimana yang dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa. Raja perlu ,sedar bahawa pengkhianatan
rakyat dapat menyebabkan raja hilang kuasa dan takhta.
Kezaliman Sultan Mahmud Syah

Sultan Mahmud Syah merupakan sultan yang bemafsu tinggi terhadap wanita serta banyak membunuh
orang yang dimusuhi atau dibencinya walaupun atas alasan yang kecil dan tidak munasabah.
Ketakrasionalan baginda ini banyak mencetuskan konflik dan krisis, sama ada kepada individu atau
keluarga yang terlibat mahupun kepada Melaka dan negeri yang dinaunginya. Rentetan keserakahan
nafsu baginda terhadap wanita bermula dengan tindakan baginda "bermain dengan isteri Tun
Biajid" sehingga menyebabkan Tun Biajid, anak Laksamana Hang Tuah, merajuk dan tidak
menghormati baginda lagi. Baginda juga membuat hubungan sulit dengan Tun Dewi dan apabila
mendapati perempuan itu menjalin hubungan dengan Tun Ali Sandang, baginda telah
membunuh lelaki itu. Keserakahan nafsu baginda tidak berhenti di situ sahaja. Baginda seterusnya
telah merampas "Tun Teja daripada tunangannya, Sultan Abdul Jamal hingga menyebabkan sultan itu
membawa diri ke hulu Pahang. Yang lebih menyayat hati, badinda tergamak membunuh Bendahara Seri
Maharaja Tun Mutahir yang juga bapa saudaranya hanya semata-mata mahu memiliki Tun Fatimah, anak
bendahara itu, yang telah pun bernikah dengan Tun Ali.
Sepertimana yang dijelaskan, Sultan Mahmud yang pendendam dan pendengki banyak membunuh
hamba rakyat dan pembesar negeri. Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang yang menjalin
hubungan dengan Tun Dewi, perempuan yang disukainya. Kemudian, baginda membunuh
pula Seri Bija Diraja yang didendaminya dengan menjadikan ketakhadiran pembesar itu pada hari raya
sebagai alasan bagi mewajarkan pembunuhan itu. Selanjutnya, Raja Zainal (saudaranya sendiri) yang
digilai oleh gadis dan wanita Melaka pula dibunuh oleh baginda. Malah, baginda telah
membunuh Tun Mutahir empat sekeluarga (Tun Tahir, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali) untuk
melunaskan dendamnya terhadap bendaharanya itu. Akhir sekali, baginda telah membunuh Sultan
Ahmad, putera baginda sendiri (yang sebelum itu enggan diambil darahnya sebagai hantaran
peminangan Puteri G u n u n g L e d a n g ) , h a n y a k e r a n a p u t e r a n y a i t u t i d a k memperlihatkan
rasa hormat terhadap pembesar negara.
Kedua-dua bentuk kezaliman yang merupakan pelanggaran terhadap waad yang dipersetujui itu
telah mendatangkan musibah kepada Melaka dan kepada diri Sultan Mahmud sendiri,
sebagaimana yang ditegaskan oleh Demang Lebar Daun: 'jikalau raja Melayu itu mengubahkan
perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya." Dalam hal ini,
pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dikagumi oleh kapitan Peringgi sepertimana

katanya, "jikalau lagi ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun besarnya angkatan Goa mau
menyerang, Melaka tiada akan alah", telah melemahkan Melaka hingga akhimya berjaya ditawan
oleh tentera Peringgi. Baginda sendiri terpaksa melarikan diri ke sana ke mari kerana dihambat oleh
tentera Peringgi. Justeru, pihak pemerintah/raja tidak harus menganiaya rakyatnya.
Pembelotan/Pengkhianatan Sang Rajuna Tapa
Sang Rajuna Tapa ialah bendahari Raja Iskandar Syah. Anak Sang Rajuna Tapa pula merupakan gundik
kesayangan Raja Iskandar Syah. Walau bagaimanapun, gundik itu telah menjadi mangsa fitnah dan
telah dihukum bunuh oleh Raja Iskandar Syah dengan cara yang memalukan (disula di khalayak ramai).
Peristiwa itu mengguris perasaan Sang Rajuna Tapa lalu beliau mengkhianati raja Singapura itu dengan
menawarkan bantuan kepada Majapahit untuk menyerang Singapura. Bantuan beliau telah membolehkan
Majapahit menawan Singapura dan Raja Iskandar Syah terpaksa melarikan diri. Walau bagaimanapun,
tindakan Sang Rajuna Tapa yang jelas melanggar waad tersebut telah mendatangkan musibah kepada
dirinya. Beliau suami isteri telah menjadi batu dan hal ini bertepatan dengan sebahagian daripada
ketetapan yang terdapat dalam waad tersebut iaitu Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan
perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.

Anda mungkin juga menyukai