Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental,


emosi dan spiritual dengan pelbagai gejala sosial remaja yang berlaku
hampir setiap hari. Kehidupan remaja yang penuh dengan pelbagai
permasalahan sosial sangat merunsingkan ibu bapa dan juga pemimpin
negara.

Banyak cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke
arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun mereka tetap
memilih jalan yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut, penyalahgunaan
dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah,seks bebas, lumba motor
haram, Black Metal dan yang seumpamanya yang mana semua ini
semakin berleluasa dari sehari ke sehari.

Mereka seolah-olah suka membuat sesuatu yang negatif yang


mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga
kepada orang lain.

Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan


satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara
sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang
negara”

Persoalannya,jika remaja kita musnah akibat kesan keseronokan yang


sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan masa depan
mereka? Justeru itu, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada
semua pihak seperti golongan ibu bapa,guru,masyarakat, negara dan
termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu sebelum keadaan menjadi semakin teruk, satu pelan


menyeluruh berkaitan perancangan program pencegahan masalah
sosial remaja perlu dirangka oleh pasukan kesihatan termasuk Pegawai
Kerja Sosial Perubatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan
dapat dilaksanakan dengan lancar.

1. kin kronik.

Anda mungkin juga menyukai