Anda di halaman 1dari 3

Barah pornografi rosak masyarakat

Kanak-kanak dan remaja boleh akses dengan mudah menerusi telefon pintar dan
gajet
Ketahui apa yang dilayari anak-anak anda. - Gambar hiasan

KECANGGIHAN dunia hari ini melampaui sempadan kehidupan sehinggakan


batas norma susila yang selama ini tertutup kerana dipandang sebagai isu yang
tabu, boleh ditonton dengan hanya satu sentuhan, dibantu internet menerusi
alatan seperti telefon dan gajet pintar.
Seharusnya ibu bapa hari ini perlu berasa bimbang dengan gejala menonton
video lucah atau pronografi yang sewenang-wenangnya boleh diakses menerusi
telefon pintar atau gajet-gajet sosial yang bakal menganggu perkembangan
kehidupan golongan kanak-kanak dan remaja khususnya.
Mungkin kira-kira 10 tahun lalu, anak-anak dilalikan dengan penguasaan internet
menerusi komputer atau komputer riba, namun menjelang ke persekitaran yang
sangat hebat, kuasa dunia di hujung jari, liputan pornografi boleh diakses
menerusi telefon pintar tanpa sekatan. Apa yang sangat membimbangkan,
telefon pintar pada hari ini merupakan satu gajet yang harus ada kepada anakanak sebagai satu alat perhubungan yang diberi oleh ibu bapa sendiri.
Memetik kata-kata Pengarah Pusat Terapi Perkahwinan, Keluarga dan KanakKanak KIN & KIDS, Chais Wong pada satu majlis, baru-baru ini, generasi yang
dilahirkan tahun 1995 hingga 2009 merupakan generasi Gen Z yang salah satu
daripada kriteria kehidupan mereka untuk bersosial ialah saling berhubung
menerusi laman-laman sosial seperti twitter dan facebook sehinggakan mereka
menjadi golongan sindrom skrin elektronik.
Berdasarkan daripada pendapat yang dikeluarkan oleh Chais, kita sendiri dapat
menilai berapa lama golongan ini terdedah kepada internet secara berleluasa,
seharian tanpa kawalan.
Kekhuatiran kita ke atas golongan remaja dan kanak-kanak yang boleh melayari
laman-laman yang menghidangkan porno dan seterusnya menjadi ketagih ada
benarnya, Pensyarah Kanan Program Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan
Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Azlin Hilma Hilaluddin berkata, porno
ibarat barah dalam masyarakat yang menyumbang kepada kehancuran keluarga,
kehamilan haram, kelahiran haram, membuang bayi, sumbang mahram, rogol
dan perosak mental kanak-kanak serta kemungkinan besar akan menjadi
mangsa pedofilia.
Inilah sebenarnya punca utama masalah kehamilan dan pembuangan bayi yang
dilaporkan berleluasa berlaku.
Jelas Azlin Hilma, golongan kanak-kanak dan remaja ini boleh mencapai akses
porno berdasarkan kepada beberapa keadaan. Ada yang menonton porno atas
dasar sukarela dengan mencari laman itu sendiri kerana tertarik dengan
mengenai perkara berkenaan, ada juga yang mengakses laman lain tetapi keluar
video porno tanpa disengajakan yang akhirnya membawa kepada keseronokan,

ada yang dipaksa menonton video lucah oleh pedofilia, malah ada ibu bapa yang
tidak kisah menonton video lucah bersama anak-anak mereka.
Di luar negara mengikut kajian kes yang dijalankan, golongan kanak-kanak
seawal usia lapan tahun, lelaki dan perempuan pernah menonton video lucah
atau berciuman dan seterusnya melakukan pencabulan secara sukarela
terhadap rakan-rakan masing-masing, katanya.
Azlin memberitahu, di negara ini pula menerusi kajian yang dilakukan olehnya
berserta kumpulannya pada tahun 2011 di sekolah menengah di sebuah negeri
di utara Semenanjung, mendapati kira-kira 40 peratus kanak-kanak di sekolah itu
yang berusia 13 hingga 17 tahun mengaku pernah menonton video lucah yang
majoriti daripadanya adalah pelajar-pelajar lelaki.
Jelasnya, peratusan pengakuan berkenaan pasti jumlahnya akan meningkat
sekiranya kajian tersebut dilakukan di sekitar sekolah di bandar-bandar besar.
Kita maklum mengenai sifat ingin tahu yang melampau golongan remaja
terhadap semua perkara termasuk dari segi seksualiti dan apabila ditanya
bagaimana mereka dapat menonton video lucah, mereka memberitahu
memperolehnya daripada rakan-rakan, internet dan juga televisyen. Di sini kita
dapat menilai bahwa pengaruh rakan-rakan adalah punca utama mereka tertarik
ingin melihat video-video porno.
Apabila kita menjalankan kajian ke atas rumah-rumah perlindungan yang
menempatkan gadis-gadis hamil luar nikah, penghuninya menyatakan rasa
teruja untuk melakukan seks bersama teman lelaki hasil video porno yang
disaksikan bersama. Begitu juga kes sumbang mahram terjadi akibat adik atau
abang atau ayah melihat video lucah di dalam rumah.
Itulah peranan porno sebenarnya kerana video seperti ini bertujuan untuk
merangsang nafsu, katanya yang bimbang dengan keadaan semasa sekarang.
Apabila ditanya bagaimana membendung permasalahan ini, Azlin Hilma
memberitahu, di sini letaknya peranan ibu bapa yang perlu memantau
perkembangan anak-anak dan perilaku mereka.
Katanya, ibu bapa perlu selalu memeriksa telefon anak-anak terutama ke atas
aplikasi dan laman-laman web yang mereka gunakan serta selalu memberi
nasihat berbentuk nilai-nilai positif kepada anak-anak.
Ada yang beranggapan sekiranya anak-anak mengakses laman web yang biasa,
mereka merasakan anak-anak tidak akan terdedah kepada video lucah, tetapi
apa yang mereka tidak tahu gambar-gambar lucah ini boleh diakses sama ada
secara tidak sengaja di laman-laman sosial lain.
Sebagai contoh, sekiranya anak anda melayari facebook, mungkin ada dalam
kalangan kenalan mereka itu yang terdiri daripada mereka yang berada di luar
negara, atau dalam kalangan pedofilia sendiri yang akhirnya boleh
menjerumuskan golongan ini ke laman yang tidak sepatutnya. Begitu juga
sekiranya ada antara kenalan mereka yang menghantar secara pesanan peribadi
gambar-gambar yang tidak sepatutnya.
Terdapat juga laman-laman iklan yang cuba menarik minat pelayar laman web
dengan iklan tertentu tetapi di situ juga diselitkan gambar-gambar tidak

senonoh. Dalam erti kata lain begitu mudahnya gambar-gambar porno ini
diakses oleh kanak-kanak, remaja, malah yang dewasa pun, ia berada di manamana secara tidakl angsung.
Lebih parah lagi sekiranya ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan mengakses
gajet atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai internet yang beranggapan
semua yang diakses anak-anak adalah yang elok-elok belaka, katanya yang
memberitahu, mereka yang melayari porno melakukannya secara senyapsenyap.
Azlin Hilma menambah, di sini pentingnya pendidikan seks diajar kepada
golongan remaja di sekolah-sekolah sebagai satu sistem pendidikan, malangnya
masyarakat tidak dapat menerima perkataan pendidikan seks seolah-seolah
pendidikan itu akan menggalakkan isu sosial dalam kalangan remaja, dan ramai
yang salah faham mengenai pendidikan seks yang dikatakan sebagai satu
perkara yang tabu dan tidak perlu diperbincangkan.
Sistem pendidikan ini sebenarnya lebih luas kerana tidak memfokuskan satu
perkara sahaja tetapi lebih menyeluruh termasuklah penekanan soal agama,
moral dan kesihatan. Bahaya porno bukan sahaja terhadap sikap dan mental
malah dari sudut kesihatan, kanak-kanak dan remaja lelaki akan cuba melakukan
onani untuk melampiaskan rasa ghairah mereka. Sekiranya dilakukan selalu
pasti akan menjejaskan sistem reproduktif mereka.
Bahkan apabila mereka melihat porno, apabila berumahtangga kelak, remaja ini
tidak akan melakukan seks secara normal, apatah lagi apabila mereka selalu
melihat laman seks sosial yang menghidangkan seksual secara ekstrem atau
ganas berbentuk penyeksaan dan sadis, menyebabkan mereka terfikir cara
berkenaan adalah normal dan bukan yang sepatutnya melakukan seks. katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/barah-pornografirosak-masyarakat-1.93575#sthash.zpCBpzS8.dpuf

Anda mungkin juga menyukai