Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1: Penulisan Akademik

1.0 Pengenalan
Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan
bagi kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan
masalah. Menurut Hansen, Warner dan smith (1980), kaunseling kelompok merupakan
proses perhubungan antara kaunselor dan beberapa klien atau ahli kelompok.
Kaunselor adalah sebagai fasilitator dan klien menjadi peserta dalam kelompok. Mereka
menilai diri dan situasi dalam usaha menukar sikap dan tingkah laku. Pada pandangan
Rogers (1970), beliau telah mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi
permasalahan dan proses pemulihan dalam usaha merasionalkan seseorang mengikut
kehendak ramai. Bagi Conyne & Racioppo (2000) pula mendefinisikan kaunseling
kelompok merupakan satu proses mempelajari cara baru, berkongsi pandangan dan
berinteraksi. Tujuan spesifik setiap ahli boleh berbeza tetapi melibatkan jangkaan
bahawa perubahan akan berlaku. Seterusnya, kaunseling kelompok membantu individu
mempunyai perasaan identiti sosial dan peribadi melalui aksi dan interaksi, kemahiran,
sikap dan cara bertingkah laku.

2.0 Aspek-aspek kepemimpinan kelompok

2.1 Kepemimpinan Authoritarian

Kelompok authoritarian merupakan proses kelompok kaunseling iaitu semua


keputusan dan kuasa terletak pada pemimpin. Kaunselor yang sebagai pemimpin
ataupun fasilitator dalam kelompok adalah berperanan memberi bimbingan atau
mencetuskan idea-idea yang berkaitan dengan masalah ahli-ahli kelompok. Kaunseling
kelompok authoritarian merupakan kelompok yang berarah.Pemimpin yang
mengamalkan gaya kepemimpinan ini menganggap diri mereka sebagai pakar yang
mampu menggerakkan sesi dengan melaksanakan aktiviti yang diterapkan. Pemimpin
gaya authoritarian biasanya menganggap diri mereka dapat menilai dinamik kelompok
ini dan juga dikenali sebagai kelompok bertumpukan pemimpin.Pemimpin dalam
kelompok yang menggunakan gaya ini akan mengarah, memberi tugasan , memberi
nasihat dan melakukan pentafsiran secara aktif. Mereka lazimnya mengawal segala
aspek dalam kelompok termasuklah corak komunikasi, topic perbincangan, keputusan
yang dibuat. Dengan ini, ahli-ahli dalam kelompok akan mengikuti arahan

2
pemimpin.Menurut Gladding (1991), gaya kepemimpinan ini berkesan sekiranya
kelompok memerlukan arah dan struktur yang jelas. Sebaliknya, kelompok yang pasif
memerlukan pemimpin yang berkarisma dan mampu mengarah dengan baik. Namun,
dalam kebanyakkan situasi yang bersifat authoritarian akan menyebabkan ahli kelompok
berasa kurang bebas bagi menyuarakan pendapat dan bersifat pasif iaitu sentiasa
menunggu arahan untuk bertindak daripada pemimpin.

Kelompok yang seterusnya adalah Kelompok Demokratik. Dalam kelompok


Kelompok ini, ketua kelompok berfungsi sebagai fasilitator proses kelompok dan tidak
bertindak sebakang tukang arah. Maksudnya kelompok demokratik ini adalah bersifat
terbuka. Kepemimpinan yang terbuka kepada ahli untuk membuat sebarang keputusan
dan melaksanakan kuasa. Ketua kelompok berpandangan bahawa individu berpotensi
untuk melaksanakan tugas dan bekerja kuat jika diberikan kebebasan.Jelasnya bahawa
penglibatan ahli dan pemimpin adalah sama penting. Kedudukan pemimpin dan ahli
kelompok adalah sama dan pemimpin menghormati pendapat ahli kelompok dan
memberi hak kepada ahli kelompok dalam membuat keputusan. Kelompok ini
merupakan Kelompok semi direktif iaitu ketua kelompok hanya membimbing ahli
kelompok dan bukannya sekadar mengawal dan mengarah sahaja. Kesemua polisi
mengenai perbincangan kelompok dan keputusan adalah dikongsi bersama dan dibantu
oleh kelompok.Oleh itu, galakan dan dorongan yang baik memberi peluang kepada ahli
untuk sama-sama terlibat dalam sesi kaunseling.
Selain itu, kelompok Laissez-faire adalah kelompok kepemimpinan yang amat
terbuka dan bersifat bebas. Ketua kelompok adalah hanya memimpin pada nama
sahaja. Penglibatan mereka dalam sesi adalah sebagai ahli dan bukannya sebagai
pemimpin seperti yang sepatutnya. Pemimpin laissez- faire gagal membekalkan struktur
dan arah yang diperlukan bagi memastikan keberkesanan sesi kelompok. Pemimpin
memberi sepenuh kuasa kepada ahli bagi mengawal dan mengarahkan kelompok. Ahli
kelompok adalah bebas untuk meluahkan masalah ataupun bertukaran pendapat antara
ahli kelompok lain.Hal ini disebabkan pemimpin Laissez-faire lazimnya mempercayai
ahli dapat bergerak sendiri tanpa bantuan pemimpin. Ahli kelompok bertanggungjawab
merancang, mengendali, menjalankan aktiviti dan mengambil keputusan tanpa bantuan
pemimpin. Pemimpin hanya berperanan sebagai pemerhati yang tidak menjalankan
sebarang fungsi. Ada kalanya pemimpin seolah-olah seorang ahli dalam kelompok yang
tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Akibatnya mungkin terdapat ahli yang
mendominasikan sesi bagi kepentingan diri sendiri kerana mereka mampu mengawal

3
kelompok berbanding pemimpin. Di samping itu, kebanyakan kelompok laissez-faire
gagal mencapai objektif yang diingini kerana ketiadaan matlamat dan tujuan yang jelas.

3.0 Pemilihan keahlian dalam kaunseling kelompok

Pemilihan keahlian merupakan sesi kaunseling kelompok yang dipilih secara


sukarela. Pemilihan ahli dalam kelompok mestilah mengikut klasifikasi jenis kelompok
yang hendak dilaksanakan dan kaedah kepimpinan yang akan digunakan oleh
pemimpin dalam mengendalikan kelompok tersebut. Ahli mempunyai pelbagai peranan
dalam kelompok yang membantu dalam mendefinisikan dan memberi matlamat ahli
kelompok.

3.1 Minat yang sama

Ahli kelompok mempunyai kegemaran yang sama adalah amat penting kepada
sesuatu kelompok.Hal ini kerana minat ahli kelompok akan mempengaruhi hubungan
antara ahli kelompok dalam perbincangan. Sekiranya mereka mempunyai topik
perbincangan yang sama, maka mereka dapat saling bertukaran pendapat antara satu
sama lain. Dengan ini, hubungan yang erat antara ahli kelompok dapat diwujudkan
dengan baik dan menghasilkan suasana yang harmoni dalam kelompok.

3.2 Umur sebaya

Umur yang berbeza mempunyai tahap pemikiran yang berbeza.Bagi kanak-


kanak yang berumur muda masih lagi berfikiran tidak matang manakala bagi remaja
yang berumur belasan tahun, mereka dapat berfikir ke arah yang lebih matang dan
rasional. Oleh itu, umur sebaya yang berbeza akan mempengaruhi tahap pemikiran
seseorang.Pemilihan ahli kelompok perlu disusun mengikut kategori umur masing-
masing untuk memastikan tahap pemikiran mereka adalah sama dan dapat menjanakan
idea yang bernas dalam menyelesaikan masalah.

3.3 Permasalahan

Permasalahan dalam pemilihan ahli kelompok merujuk kepada gangguan mental


seseorang individu pada masa sama. Pemilihan masalah yang sama sebagai ahli
kelompok bukan sahaja dapat menjimatkan masa untuk berbincang masalah malahan
dapat mengurangkan tekanan ahli kelompok. Hal ini disebabkan ahli kelompok tidak
akan berasa rendah diri apabila menluahkan masalah sendiri kerana orang lain adalah
menghadapi masalah yang sama. Seterusnya, masalah yang dihadapi oleh ahli

4
kelompok dapat diselesaikan dalam masa yang singkat berbanding dengan kaunseling
individu.

3.4 Latar belakang

Latar belakang dalam pemilihan ahli kelompok adalah penting dalam sesebuah
kelompok kerana dapat mempengaruhi keaktifan ahli apabila sesi kelompok dijalankan.
Hal ini disebabkan latar belakang akan menyebabkan seseorang berasa rendah diri
sekirannya ahli tersebut datang dari keluarga yang lebih miskin.Ia akan menyebabkan
ahli berasa takut dan bimbang apabila ingin mengemukakan pendapat dan masalah.
Mereka akan takut dipandang rendah dan dilihat tiada sebarang hak dalam kelompok
sekirannya latar belakang berbeza. Sebagai contoh, ahli kelompok yang hidup dalam
keluarga yang bahagia berbanding dengan ahli kelompok yang mempunyai keluarga
yang bercerai. Keadaan ini akan menyebabkan ahli kelompok tersebut dipandang
rendah oleh ahli lain

dan kemungkinan akan dikritik atau diejek oleh ahli lain. Situasi ini akan menganggu
sesi kelompok apabila dijalankan.

3.5 Bilangan ahli

Nekurug (2007) menjelaskan saiz kelompok selalunya bergantung kepada tujuan


dan jenis kelompok. Saiz yang sesuai untuk kelompok kaunseling adalah sekitar 5
hingga 15 orang. Saiz ahli kelompok amat mempengaruhi keaktifan kelompok. Menurut
kajian (Hansen, Warner&Smith, 1980), kelompok yang mempunyai ahli yang kurang dari
lima didapati kurang berfungsi dengan baik kerana setiap ahli menghadapi tekanan
apabila menyumbangkan idea ataupun meluahkan masalah.Bagi Hansen (1976) ahli
yang terlalu kecil iaitu kurang dari lima, ia akan kurang berfungsi sebagai satu kelompok
yang berkesan bagi ahli kelompok manakala bagi ahli yang terlalu, usaha untuk
mewujudkan hubungan yang bermakna serta kesan di antara ahli akan menjadi lemah
dan berkurangan. Oleh itu, bilangan ahli akan mempengaruhi keberkesanan setiap
kelompok.

5
4.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, gaya kepemimpinan kaunseling kelompok dan


pemilihan keahlian telah memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah
kelompok. Gaya kepemimpinan dan pemilihan ahli yang sesuai dapat meningkatkan
keberkesanan dalam kelompok serta menwujudkan celik akal dalam minda ahli
kelompok. Oleh itu, guru kaunselor perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan
menunjukkan suri teladan yang baik dan mempunyai strategi yang baik apabila memilih
ahli sebelum membina seseuatu kelompok. Kaunseling kelompok yang diurus dengan
tersusun bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah secara serentak dalam kalangan
kelompok manakala dapat meningkatkan kepercayaan kepada ahli. Dengan
kepercayaan yang ada, ahli kelompok akan menluahkan segala masalah yang dihadapi
kepada kaunselor secara sukarela. Oleh itu, gaya kepemimpinan dan pemilihan ahli
yang betul dapat melancarkan sesi kaunseling kelompok dan menwujudkan suasana
yang teraputik dalam kelompok tersebut.

6
Rujukan

Adzha, F. (2013, Jul 29). Keahlian Dalam Kaunseling Kelompok. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/156728096/Keahlian-Dalam-Kaunseling-Kelompok

Khadafi, A. (2012 , April 22). Kepimpinan dalam kelompok. Retrieved from


https://asrofulkhadafi.wordpress.com/2012/04/22/kepemimpinan-dalam-
kelompok/

Nuwa. (2010, April 10). Kepimpinan dalam kaunseling kelompok. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/29701330/Kepimpinan-Dalam-Kaunseling-Kelompok

Saipullah, N. A. (2014, Jan 10). Proses kaunseling Kelompok. Retrieved from


https://www.slideshare.net/NurAfiqahFatinSaipullah/25421422-
proseskelompokkaunseling

Sipon, S. (2012). Kaunseling Kelompok. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam


Malaysia.

Zuraidah Abdul Rahman, (2010). Pengenalan kaunseling kelompok. (Edisi keempat).


            Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai