Anda di halaman 1dari 5

FORMAT LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nota Kes Dan Nota Kemajuan Berbentuk Struktur

— Format DART

D = Penerangan tentang klien dan situasi (Description of the client and situation)

A = Penaksiran tentang situasi (Assessment of the situation)

R = Respon kaunselor dan klien (Response of the counselor and the client)

T = Rawatan kaunseling dan perancangan (Treatment implication and plan

Contoh format nota laporan


sesi D.A.R.T.:
D: Penerangan tentang
klien dan situasi
(Description of the client
and situation)a
Contoh
Klien hadir tepat pada
masanya. Baju kurung dan
tudung klien nampaknya
berkedut. Air
mukanya seolah-olah
terkawal dan senyumannya
juga kelihatan dibuat-buat.
Walau
bagaimanapun, klien sebak
dan menitiskan air mata
dua kali semasa sesi.
Perhatian klien
terganggu beberapa kali
tanpa rangsangan luaran.
Klien mengatakan beliau
sering
menangis
selama dua bulan, tidak
gembira, rasa takut, dan
tidak ada minat untuk
membuat apa-apa.
Klien mengalami
kemurungan. Secara
keseluruhan, penampilan
klien hari ini tidak banyak
berbeza dengan
penampilan semasa sesi
temu bual permulaan
Contoh format nota laporan sesi D.A.R.T.:

D: Penerangan tentang klien dan situasi (Description of the client and situation)

Contoh

Klien hadir tepat pada masanya. Baju kurung dan tudung klien nampaknya berkedut. Air mukanya
seolah-olah terkawal dan senyumannya juga kelihatan dibuat-buat. Walau bagaimanapun, klien sebak
dan menitiskan air mata dua kali semasa sesi. Perhatian klien terganggu beberapa kali tanpa rangsangan
luaran. Klien mengatakan beliau sering menangis selama dua bulan, tidak gembira, rasa takut, dan tidak
ada minat untuk membuat apa-apa. Klien mengalami kemurungan. Secara keseluruhan, penampilan
klien hari ini tidak banyak berbeza dengan penampilan semasa sesi temu bual permulaan

A: Penaksiran tentang situasi (Assessment of the situation)

Contoh

Ujian Inventori : contohnya guna Kemurungan Beck (BDI) atau apa-apa soalselidik atau senarai semak
pun boleh dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemurungan klien. Didapati klien mengalami
kemurungan sederhana. Daripada jawapan klien, klien tiada pemikiran dan rancangan untuk membunuh
diri dan klien tahu masalahnya diakibatkan oleh kerisauan terhadap kerjaya dan perasaan sepi
R: Respon kaunselor dan klien (Response of the counselor and the client)

Contoh

Klien menyatakan dia tidak pernah mengalami episod kemurungan yang teruk seperti kini. Klien
mengakui bahawa dia pernah mengalami “kesedihan yang teramat sangat” semasa penceraian ibu bapa
lima tahun lepas tetapi hanya untuk tempoh masa yang singkat sahaja. Topik yang menjadi tumpuan sesi
ini contohnya ialah (i) kerisauannya terhadap kerjaya, dan (ii) perasaan kesepian. Klien menyatakan
bahawa dia gagal menjalankan kerjanya mengikut kehendak dan kualiti yang dikehendaki. Klien bimbang
dengan penilaian prestasi tahunannya yang akan datang. Klien juga berasa sepi kerana tiada kawan yang
dia dapat berkongsi perasaan dan mengadu masalahnya.

T: Rawatan kaunseling dan perancangan (Treatment implication and plan)

Contoh

Pada sesi kaunseling yang berikutnya, tumpuan akan diberi kepada kekuatan dan kemahiran yang sedia
ada pada klien bagi menangani masalah risau tentang kerjanya yang dihadapi (iaitu penilaian prestasi
tahunan). Penumpuan ini membantu pembentukan perancangan intervensi dan tindakan. Matlamat
kaunseling adalah untuk (i) membantu klien memikirkan tindakan yang boleh diambil untuk menjalankan
tugas-tugas di pejabat dengan lebih berkesan; (ii) mengenalpasti 2-3 orang rakan sejawat yang dapat
membantunya; (iii) mengenalpasti 2-3 orang kawan yang dia boleh telefon untuk berkongsi pemikiran
dan perasaan; (iv) mengenalpasti strategi untuk mendapat peluang bertemu dan berinteraksi dengan
kawan baru (lelaki dan perempuan).

Anda mungkin juga menyukai