Anda di halaman 1dari 5

MEKANISME HELAH BELA DIRI.

Merupakan proses psikologi bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ia juga boleh
diibaratkan sebagai membohongi diri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia menggunakan
helah bela diri untuk melindungi dirinya apabila berada dalam keadaan terancam. Antara strategi
yang digunakan untuk helah bela diri AKTIF ialah:

HELAH BELA PENERANGAN CONTOH


DIRI
Penyangkalan merupakan penafian atau penolakan seseorang yang tidak dapat
tentang realiti. Sesuatu peristiwa yang menerima berita kematian
traumatik yang tidak tertanggung oleh orang yang penting di dalam
fikiran dan perasaan. hidupnya

Rasionalisasi Untuk menyembunyikan tujuan dan Syazwan tidak menang dalam


perkara yang sebenar demi menjaga satu pertandingan melukis.
maruah dan harga diri, individu akan Beliau mengatakan bukan
memberikan sebab musabab. beliau tidak pandai melukis
Rasionalisasi digunakan untuk tetapi segaja untuk memberi
membuktikan bahawa tindakannya peluang kepada rakannya
adalah betul dan sesuai serta perlu Shaffiq tidak tidak pernah
diterima oleh orang lain. Melalui memenangi sebarang hadiah
penjelasan ini, individu akan merasa dalam pertandingan melukis.
lebih tenang dan tidak terancam. Ini dilakukan adalah kerana
untuk mengelakkan bahawa
sebenarnya lukisannya tidak
cantik pada hari pertandingan
tersebut.
Sublimasi Satu bentuk pindahgantian yang menyanyi, melukis, drama
berunsur seksual, apabila desakan dan semua kegiatan kreatif
seksual dialihkan ke arah tindakan yang dan kesenian. Sekiranya
berbentuk sosial dan bermanfaat serta pindahgantian berunsurkan
kreatif. desakan yang ganas maka
sublimasi berbentuk kegiatan
yang ganas akan mengambil
alih seperti sukan berbentuk
lasak.
Individu yang akan
menyalurkan tingkahlaku
yang kurang disenangi dalam
bentuk aktiviti-aktiviti yang
lebih memberi manfaat dan
diterima oleh orang lain.
Sebagai contoh, individu
yang suka lepak dan
menyanyi ditepi jalan dengan
menyalurkan aktiviti tersebut
kepada menyertai
pertandingan menyanyi dan
dijadikan sebagai kerjaya
yang lebih mendatangkan
faedah.
Pemindahan atau Pemindahan atau penyaluran digunakan individu yang dimarahi oleh
penyaluran oleh individu dengan menyalurkan guru akan melepaskan
tindakan kepada sasaran lain yang lebih tingkahlakunya kepada
selamat dibanding dengan sasaran asal. rakanya. Ini disebabkan
individu tidak mampu
melawan semula gurunya
tetapi dipindahkan kepada
rakannya.
Projeksi Projeksi adalah cara melindungi dirinya individu yang gagal dalam
daripada kualiti atau keinginan- peperiksaan akan
keinginan yang tidak dapat dipenuhi. menjelaskan bahawa gurunya
Sebaliknya individu bertingkahlaku tidak mengajar topik tersebut
untuk menyalahkan orang lain di atas untuk mengelakkan orang
kegagalan atau keinginan yang tidak lain mengatakan bahawa dia
dapat dicapai atau dipenuhi. tidak pandai.
Introjeksi Introjeksi ialah satu cara bagaimana Shaffiqah membuat atau
individu melakukan sesuatu dengan cuba melakukan ciri-ciri peribadi
menyifatkan dirinya seperti orang lain. seorang artis yang menjadi
Mereka akan mengambil ciri-ciri orang idolanya.
lain untuk dijadikan ciri-ciri dalam
dirinya. Tujuannya ialah untuk
menyamakan diri dengan orang yang
lebih berkebolehan atau mempunyai
status yang lebih baik.
Pembentukan  Proses ini merupakan satu  desakan melakukan
reaksi perkembangan sikap yang kegiatan
bertentangan dengan perkara `mengotorkan'
yang telah dipendam. Keadaan bertentangan dengan
ini berasaskan kepada prinsip desakan kegiatan
bertentangan polariti. `bersih' yang ada
 Pembentukan reaksi ialah satu dalam pendaman.
cara bagaimana individu  Ali sangat dibenci
melakukan sesuatu yang oleh adik beradiknya
bertentangan untuk menidakkan tetapi Ali membentuk
keinginannya. Ia adalah satu reaksi dengan
strategi individu untuk membalas kebencian
mempertahankan dirinya dari mereka dengan
ancaman. berbuat sangat baik
dengan adik
beradiknya.

Kompensasi Kompensasi ialah perlakuan yang Apabila seseorang itu


hampir-hampir sama yang dilakukan melakukan sesuatu aktiviti
oleh individu terhadap sesuatu yang yang hampir sama dengan
tidak mampu dilakukannya. tujuan menggantikan sesuatu
aktiviti yang tidak berupaya
dilakukannya.
Fantasi Seseorang itu cuba mengurangkan
ketegangannya dengan cara berkhayal
dan membentuk suatu situasi lain dalam
imaginasinya yang tidak begitu
mengancam dan lebih selesa daripada
keadaan sebenar.

HELAH BELA DIRI PASIF

HELAH BELA PENERANGAN CONTOH


DIRI
Represi Represi digunakan oleh individu untuk individu melupakan
menghilangkan pemikiran dan perasaan kegagalan percintaannya
yang menganggu alam sedar dalam yang tidak ingin diingati
dirinya. Individu akan melupakan atau kerana kesan yang sangat
memendamkan khususnya sesuatu yang menyakitkan.
tidak menyeronokkannya dan disimpan
dalam alam tidak sedar.
Penafian Penafian ialah salah satu cara bagimana Boy telah dimaklumkan oleh
individu enggan menerima menerima doktor bahawa dia mengidap
sesuatu yang menimpa pada dirinya penyakit yang merbahaya.
dengan membuat sesuatu yang Boy akan membuat penafian
menidakkannya. Ia bertujuan mengelak dengan mengatakan bahawa
ancaman yang terjadi pada dirinya. dirinya adalah sihat dan
mampu menjalani kehidupan
seperti biasa.
Agresi Agresi ialah satu bentuk tingkahlaku Hamzah telah menumbuk
agresif yang dilakukan oleh individu majikannya kerana
untuk melepaskan ancaman atau tekanan memarahinya di hadapan
yang dialaminya. Tingkahlaku ini boleh orang ramai sehingga
memudaratkan orang lain seperti mencalarkan maruah dan
mencederakan atau merosakkan sesuatu harga dirinya.
objek.
Regresi Regresi adalah satu cara bagaimana Amin yang menghadapi
individu melepaskan tekanan atau tekanan yang amat sangat
ancaman yang terjadi pada dirinya menangis seperti kanak-
dengan melakukan tingkahlaku seperti kanak.
kanak-kanak. Ini seolah-oleh
menunjukkan perlakuan individu
tersebut kembali semula ke peringkat
perkembangan awal kanak-kanak. Ini
diistilahkan sebagai pengunduran
kepada tingkahlakau terdahulu sebelum
mencapai kematangan.

Anda mungkin juga menyukai