Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

EDUP3023
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Nama : ANNUR NISSAK BINTI JALALUS


SAYUTI
No. K/P : 010615-08-0916
Angka Giliran : 2020242340222
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : V12
Nama Pensyarah : DR MOHAMAD
ZAKARIA BIN MMAT
KHAZANI
Tarikh Hantar : 27 OKTOBER 2020

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Konsep Perkembangan Kanak-kanak 3

3.0 Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak 4

4.0 Faktor Perkembangan Kanak-Kanak 5

5.0 Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak 6

6.0 Kesimpulan 8

7.0 Rujukan 9

2
1.0 Pengenalan

Setiap manusia akan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan dan


proses ini seiring dengan pertambahan usia seseorang. Proses ini berterusan dari
individu itu lahir hingga mencapai kematangan sehingga akhir hayat. Fokus utama
dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah proses perkembangan kanak-kanak dari
segi kognitif. Ini kerana melalui perkembangan kognitif yang sempurna dan matang
akan mempengaruhi keperibadian individu itu dari segi emosi, rohani, moral dan
sebagainya tetapi ia juga bergantung kepada pengalaman yang terdapat pada
kanak-kanak tersebut. Jadi perkembangan kognitif kanak-kanak perlulah diambil
berat oleh orang dewasa supaya dapat membentuk kanak-kanak menjadi individu
yang berjaya dari pelbagai aspek.

2.0 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang


tersusun dan teratur. Setiap perubahan dalam perkembangan ini akan membantu
individu dalam mencapai proses kematangan. Menurut Santrock (2008) oleh
Haliza Hamdah dan Joy N. Samuel (2008) menafsirkan perkembangan sebagai
biologi individu, kognisi dan masyarakat dari peringkat percambahan hingga akhir
hayat perubahan corak emosi.

Menurut Crow dan Crow perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif


serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan
yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku atau sahsiah adalah
dipengaruhi oleh aturan semula jadi dan sifat-sifat sejagat.

Menurut Atan Long, perkembangan ialah perubahan kualititatif dan ia tidapat


diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku antara sifat
baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dan perkembangan membawa seseorang individu ke
peringkat yang lebih matang dan terus berlaku walaupun pada peringkat
kematangan maksimum. Pekembangan manusia terdiri daripada aspek perubahan
jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani dan dipengaruhi oleh dua faktor utama
iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Dua faktor ini dikaitkan dengan

3
pertumbuhan iaitu perubahan fizikal tubuh badan manakala perkembangan pula
pada asasnya ialah perubahan tingkahlaku mental individu.

3.0 Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak

Prinsip perkembangan kanak-kanak bergerak seiring dengan pertumbuhan


kanak-kanak. Pertumbuhan berlaku pada tahap tertentu sahaja tetapi
perkembangan akan terus berlaku sehingga akhir hayat. Perkembangan dan
pertumbuhan adalah saling berkaitan ini kerana apabila pertumbuhan jasmani dan
fizikal kanak-kanak kurang sihat ia akan memberi kesan kepada perkembangan
kanak-kanak dari segi rohani, emosi dan sosial.

Menurut Haliza Hamzah (2009), prinsip asas perkembangan kanak-kanak


terbahagi kepada lima. Pertama ialah “proses perkembangan yang berlaku
mengikut aturan”, kedua ialah “perubahan yang berlaku dalam petumbuhan dan
perkembangan yang beransur daripada keadaan umum kepada objek yang lebih
spesifik”. Prinsip ketiga ialah “pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu
proses yang berlaku secara berterusan”. Prinsip keempat ialah “corak dan aturan
perkembangan yang hampir sama namun kadar perkembangan manusia adalah
berbeza bagi setiap individu”. Prinsip terkahir ialah “perkembangan yang
bergantung kepada hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran”.

Prinsip pertama menerangkan bahawa perkembangan mengikut aturan


contohnya bayi yang pada mulanya hanya berbaring kemudian meniarap, duduk,
merangkak, berdiri, berjalan kemudian berlari. Begitu juga dengan perkembangan
terhadap kefahaman kanak-kanak iaitu bermula daripada konkrit iaitu memikirkan
objek yang boleh dilihat kepada abstrak iaitu sesuatu yang ridak dapat dilihat.
Prinsip kedua menerangkan perkembangan bermula secara umum kemudian
secara khusus contohnya bayi dapat menggunakan fungsi lengan dahulu sebelum
menggunakan jari.

Prinsip ketiga pula perkembangan dan pertumbuhan berlaku secara berterusan


iaitu kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak dan kemahiran baru yang
dipelajari. Prinsip keempat pula kadar perkembangan manusia berbeza seperti
kadar kebolehan bayi mula bercakap berbeza. Bagi prinsip terakhir kematangan
adalah potensi semula jadi dalam diri kemudian dapat digunakan dalam
pembelajaran seperti latihan, proses peniruan dan sebagainya.

4
4.0 Faktor Perkembangan Kanak-Kanak

Proses perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada beberapa aspek iaitu


aspek fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Dan setiap perkembangan kanak-kanak
dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor genetik atau baka dan faktor persekitaran.
Faktor genetik merupakan gen-gen yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-
anak melalui persenyawaan yang berlaku antara sel sperma dengan sel ovum.
Faktor genetik ini dapat dilihat daripada segi fizikal seperti ketinggian, warna kulit,
bentuk badan, daripada segi fisiologi iaitu kesihatan, daripada sahsiah iaitu
personaliti dan daripada segi mental iaitu kecerdasan mental sesorang individu.

Contoh perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal yang dipengaruhi oleh


faktor baka dapat dilihat daripada bentuk tubuh badan. Bentuk tubuh badan seperti
gempal, kurus, tinggi dan rendah menentukan perkara-perkara yang dapat dibuat
dan tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak yang kecil dan
berbadan lemah ataupun terlalu gemuk akan terhalang daripada melakukan
berbagai-bagai jenis sukan dan permainan. Contoh seterusnya dari segi mental
iaitu kecerdasan mental yang menjadi keupayaan individu untuk menghadapi dan
menyelesaikan masalah. Kecerdasan yang sederhana membolehkan individu
menyesuaikan diri dengan keadaan sosial manakala kecerdasan yang sangat
rendah atau terlalu tinggi akan menyukarkan individu bersosial kerana individu ini
mempunyai konsep sendiri yang menentang penyesuaian sosial yang sempurna.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.


Persekitaran kehidupan keluarga dan kemasyarakatan merupakan pengaruh yang
besar terhadap perkembangan individu. Menurut al-Na’imy (1994), manusia
berbeza berdasarkan persekitaran di mana ia berada. Santrock (2014)
menjelaskan “faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak terbahagi kepada dua, iaitu faktor persekitaran biologi
dan faktor persekitaran sosial”. Faktor persekitaran biologi ialah daripada
penjagaan kesihatan, pemakanan dan yang berkaitan dengannya. Contohnya
apabila individu membesar dengan sentiasa memakan makanan yang tidak
berkhasiat seperti gula-gula, asam dan makanan ringan yang lain akan memberi
kesan kepada kesihatan seperti pelupa, obesiti, kencing manis dan sebagainya.

Faktor persekitaran sosial pula seperti keluarga, rakan sebaya, masyarakat,


budaya dan sebagainya. Contohnya pengaruh keluarga terhadap kehidupan

5
kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapa. Keluarga yang sering bertengkar, bercerai,
tidak memberi perhatian terhadap anak-anak akan membawa kepada keadaan
emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Begitu juga sebaliknya akan
memberi kesan positif kepada kanak-kanak seperti menunjukkan aspirasi ego yang
lebih tinggi, ketekunan dan ketabahan.

Perkembangan kanak-kanak menurut teori ekologi Bronfenbrenner ialah kanak-


kanak dipengaruhi oleh perhubungan sosial di dalam keluarga, kejiranan, komuniti,
negara dan dunia tempat mereka tinggal dan dibesarkan. Pengaruh ini terjadi
secara langsung dan langsung. Terdapat lima persekitaran yang mempengaruhi
perkembangan individu. Pertama ialah ‘microsystem’ iaitu pengaruh paling utama
yang terdiri daripada orang yang paling dekat dengan kanak-kanak seperti
keluarga. Kedua ialah ‘mesosystem’ iaitu perhubungan rapat antara mikrosistem
seperti sekolah dan rakan sebaya. Ketiga ialah eksosistem dimana kanak-kanak
tidak telibat secara langsung tetapi dipengaruhi oleh kesan persekitaran terhadap
mikrosistem seperti pekerjaan ibu bapa. Keempat ialah makrosistem iaitu
dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Terakhir ialah
kronosistem iaitu pengaruh masa dalam pembangunan individu dan keluarga dan
perkara yang berlaku pada peringkat awal akan memberi kesan kepada peringkat
selanjutnya.

5.0 Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Perkembangan kognitif menurut Berk (2006) ialah proses dalaman dan hasilan
minda yang membawa kepada pengetahuan. Maklumat yang diterima diproses
oleh mental dalaman melalui pemilihan, perbandingan, dan penyatuan dengan
maklumat lain yang sedia ada kemudian diubah dan disusun semula. Teori Piaget
tentang perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat
iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat pra-operasi (2-7 tahun), peringkat
operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun).

Teori Piaget juga menjelaskan bahawa terdapat empat konsep penting iaitu
skema, asimilasi, akomodasi dan adaptasi. Skema ialah proses penyusunan
pengalaman dalam minda setiap kali individu memperoleh pengalaman. Asimilasi
ialah penambahan maklumat baru ke dalam skema yang sedia ada tanpa
ubahsuai. Akomodasi ialah menyesuaikan diri, mengubah dan memahami
maklumat baru mengikut skema yang baru. Adaptasi pula ialah menyeimbangkan
proses penyerapan dan pengubahsuaian yang berlaku. Sebagai contoh, kanak-

6
kanak mungkin mempunyai skema tentang rasa buah mempelam. Jika
pengalaman awal kanak-kanak itu adalah dengan merasa buah mempelam yang
manis dan ranum, dia mungkin akan mempercayai bahawa semua mempelam
mempunyai rasa manis dan ranum. Apabila kanak-kanak merasa mempelam yang
masam, dia kan mengambil maklumat baru ini dan mengubah suai skema yang
sedia ada untuk memasukkan pemerhatian baru ini. Proses pengambilan maklumat
baru ke dalam skema yang sedia ada ini dikenali sebagai asimilasi. Kemudian
kanak-kanak akan mendapat akomodasi apabila dia dapat menyesuaikan diri dan
memahami bahawa terdapat pelbagai rasa mempelam dan mencapai adaptasi
apabila mencapai keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi.

Teori perkembangan kognitif menurut Lev Vygotsky pula menekankan peranan


sosial dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut beliau,
kebanyakan kemahiran kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak
dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan orang dewasa. Zon Perkembangan
Proksimal adalah istilah yang digunakan oleh beliau untuk menerangkan
bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan dengan mendapat bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa dan
rakan yang lebih mahir. Terdapat had atas dan had bawah di dalam zon
perkembangan proksimal ini. Had atas ialah kemahiran yang dicapai dengan
bantuan individu lain dan had bawah pula ialah kemahiran yang telah dicapai
sendiri oleh kanak-kanak. Scaffolding adalah istilah yang digunakan apabila kanak-
kanak mendapat bimbingan dan bantuan daripada individu yang lebih mahir.
Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses scaffolding untuk
mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik.

Ibu bapa dan guru boleh menggunakan kedua-dua teori ini untuk membantu
perkembangan kognitif anak-anak mereka. Sebagai contoh, diawal permulaan
kelas sebelum mengajar tajuk yang baharu, guru boleh mengarah murid-murid
untuk memberitahu dan berbincang sesama mereka tentang perkara yang mereka
ketahui berdasarkan tajuk yang akan dipelajari. Murid akan berkongsi pendapat
antara mereka dan akan berlaku proses asimilasi antara mereka kerana
mengetahui perkara yang tidak diketahui kerana perbezaan ilmu antara murid. Jika
aktiviti ini sentiasa dilakukan, kemahiran komunikasi antara murid juga akan
berkembang. Selepas itu guru perlulah mengajar dan membetulkan pendapat
murid-murid jika ada yang salah.

7
Untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, guru boleh mengadakan aktiviti
berkumpulan antara murid dan memberi latihan dan tugasan tentang topik yang
dipelajari. Guru perlu meronda setiap kumpulan dan memberikan scaffolding jika
terdapat pertanyaan dan ketidakfahaman supaya murid berada dalam had atas.
Melalui aktiviti kumpulan dapat melatih kerjasama antara murid untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan. Ia juga dapat melatih kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah antara murid seterusnya dapat melahirkan murid yang
berfikiran kritis.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, perkembangan adalah perubahan yang dialami oleh individu


dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Aspek-aspek
perkembangan kanak-kanak perlulah diambil berat supaya dapat melahirkan
kanak-kanak yang seimbang. Walaupun perkembangan ini dipengaruhi oleh faktor
baka seperti tahap kecerdasan, ia bukanlah suatu perkara yang menghalang
seseorang itu daripada berjaya dan faktor persekitaran sangat penting untuk
perkembangan seseorang itu seperti usaha guru dan ibu bapa untuk membantu
perkembangan kanak-kanak. Oleh itu penting untuk kita pelajari tentang
perkembangan kanak-kanak dapat melahirkan individu yang seimbang

8
7.0 Rujukan

Baharom, B. (2006). Persekitaran keluarga dan kesannya terhadap tingkah laku

devian remaja di Daerah Pontian, Johor. Penyelidikan Sarjana Pendidikan,

UTM,

https://www.researchgate.net/publication/46164021_Persekitaran_Keluarga_Dan_

Kesannya_Terhadap_Tingkah_Laku_Devian_Remaja_Di_Daerah_Pontian_Johor

Berk, L. E.(2006). Child Development (6th ed). Boston: Allyn & Bacon.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi, (2008). Perkembangan Kanak-

kanak

Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.

Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009). Perkembangan Kanak-kanak Untuk

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd

Rohani Abdullah (2000). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian serta Portfolio,

Serdang: Universiti Putra Malaysia

Wong Kiet Wah et al. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford

Fajar.

Yahaya, A., & Baharom, B. (2010). Persekitaran keluarga dan kesanny terhadap

tingkah laku devian remaja. Retrieved from Universiti Teknologi Malaysia

Institutional Repository: http://eprints. utm. my/10616/1/6. pdf.

Yahaya, A. (2008). Pembentukan personaliti remaja. Skudai: UTM.

9
10

Anda mungkin juga menyukai