Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN HASIL TUTORIAL 2

Hasil daripada kajian pada lampiran 1 yang menunjukan gambar rajah susun
atur sebuah bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan oleh
kumpulan kami daripada gambar rajah susun atur bilik darjah tersebut kami telah
mengenalpasti beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik darjah tersebut. Susunan
fizikal bilik darjah tersebut sememangnya mempunyai beberapa masalah dari pelbagai
faktor dalam sesebuah bilik darjah.

Hasil pemerhatian dan kajian ini juga kami telah membuat beberapa cadangan
bagi mengatasi masalah tersebut berserta dengan justifikasi kami tersendiri dalam
menyelesaikan masalah susunan fizikal bilik darjah itu. Antara masalah pertama yang
dapat kami kenalpasti berdasarkan rajah tersebut ialah kedudukan computer
workstation adalah tidak sesuai pada kedudukan tersebut. Kedudukan computer
workstation tersebut terlalu jauh dari kedudukan meja guru. Secara amnya penggunaan
komputer di dalam kelas adalah satu kemudahan teknologi yang disediakan untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan urusan pentadbiran guru dalam
sesebuah bilik darjah. Jadi, melihat kepada kedudukan computer workstation dalam
bilik darjah tersebut terlalu jauh dari meja guru dan membuatkan guru akan bergerak
dengan lebih jauh dari mejanya untuk menggunakan komputer tersebut untuk urusan
pentadbiran mahupun membantunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, bagi menyelesaikan masalah susunan ini computer workstation tersebut perlulah
disusun dan diletakkan pada kedudukan rapat dengan meja guru dalam bilik darjah
agar mudah untuk urusan pentadbiran guru dan membantunya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kedudukan meja kerusi yang tidak menghadap sepenuhnya ke arah
chalkboard juga merupakan salah satu masalah susunan fizikal dalam bilik darjah
tersebut. Melihat kepada susunan kedudukan meja belajar murid di dalam bilik darjah
tersebut ianya menampakkan satu susunan yang tidak kondusif dan strategik bagi
murid belajar di dalam bilik darjah tersebut dan sukar untuk memberi perhatian
sepenuhnya kepada guru yang sedang mengajar di hadapan.

Anda mungkin juga menyukai