Anda di halaman 1dari 54

ANALISIS KARYA MODEN:

NOVEL JUARA

NAMA

NO MATRIK

SUPARDI BIN LASUPU

D20131063328

NURUL RAFINA BT RUZUWAN

D20131063329

NUR FATIN BT MOHD ZALI

D20131063291

NORERMA FARHANA BT ABD KADIR

D20131063264

NIK NUR AMIRA BINTI NIK RAZALI

D20131063229

PENGENALAN
Juara ialah novel kelima Syed Othman Al Yahya
atau dikenali sebagai S.Othman Kelantan
(Sasterawan Negara).
Juara mengambil latar masyarakat Melayu
(Selatan Siam dan Kelantan).
Terbitan pertama pada tahun 1976.
Telah diadaptasi kepada filem bertajuk Jogho oleh
U-Wei Hj. Shaari.

SINOPSIS

Juara mengisahkan Mamat dan anak-anak buahnya yang terdiri


daripada Mat San, Jali, Seli, Sani dan Salim yang kematian rakan
seperjuangan mereka , iaitu Abang Lazim kerana ditembak mati selepas
mereka memenangi laga lembu. Mamat merupakan ahli politik yang
meletak jawatan setelah gagal dalam pilihan raya sebanyak dua kali.
Setelah kalah dalam politik di Kelantan, Mamat berpindah ke Siam dan
mula mendekati laga lembu. Mamat sebenarnya ingin menuntut bela
atas kematian sahabatnya, Abang Lazim. Dipercayai dilakukan oleh Pak
Isa, Dollah Munduk dan kumpulan mereka yang tidak berpuas hati
dengan kemenangan yang dicapai oleh Abang Lazim dan Mamat. Selepas
kematian Abang Lazim, Mamat mula melatih Aral yang merupakan
lembu muda. Seterusnya, Aral beradu dengan seekor lembu dari Pulau
Lonel yang merupakan lembu Pak Isa. Sebelum berlaku pertarungan
juara tersebut, Pak Isa telah membuat persediaan yang rapi terhadap
lembunya dengan membaluti tanduk lembu dengan besi agar lebih tajam
dengan tujuan ingin membunuh Aral. Namun, yang berlaku pada hari
tersebut bukanlah laga lembu, tetapi pertarungan hebat antara Pak Isa
dengan Mamat. Pertelingkahan telah diakhiri dengan kematian Pak Isa
yang mati ditembak oleh Mamat di hadapan semua penyokong laga
lembu.

PEMIKIRAN DALAM
NOVEL JUARA

PENGENALAN
Menurut S.Othman Kelantan (1997:269), pemikiran bermaksud
idea

yang

wujud

daripada

golongan

intelektual

yang

menggunakan kritikan dalam mindanya untuk memikirkan


sesuatu

masalah

dalam

masyarakatnya.

Pemikirannya

disebarkan ke dalam atau ke luar lingkungan masyarakatnya.


Pemikirannya

bermula

dengan

idea,

yang

kemudiannya

dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi


buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan.(Mohd Rashid
Idris et.al, 2014)

1. PERJUANGAN DALAM POLITIK DEMI


KEMERDEKAAN

Mamat serta sahabatnya menuntut daripada British untuk


diadakan pilihan raya bagi membuktikan bahawa mereka
mahukan kemerdekaan.

Pilihan raya telah diadakan namun Mamat tidak menjadi


calon dan Parti Persatuan Melayu menang besar.

Selepas kemerdekaan dicapai, pilihan raya diadakan lagi dan


Mamat telah menjadi calon. Mamat telah kalah.

Mamat telah berjanji untuk bersara daripada dunia politik.

2. SISTEM POLITIK DALAM LAGA LEMBU


Tindakan Mamat yang masih berlaga lembu
untuk kembali menjadi juara itu merupakan
suatu manifestasi protesnya terhadap nostalgia
politiknya di tanah tumpah darahnya.
gelanggang politk dengan gelanggang lembu itu tidak jauh bezanya dengan
praktik. Lembu itu pun sama dengan politik, sama-sama diperjudikan. Kalau
lembu itu kalah, orangnya pun kalah.Kalau politk kalah, orangnya pun
kalah.Politik itu lembu.Dan lembu itu politik!

(Juara:71)

3. SIKAP PEMIMPIN SETEMPAT


Sikap pemimpin yang tidak menjadikan dirinya sebagai model
kepada pengikutnya. Sebagai contoh, Mamat yang sepatutnya
menjadi ketua keluarga yang memberikan contoh keperibadiaan
dan akhlak yang baik kepada keluarganya tetapi tidak terjadi
dalam novel ini. Walau bagaimanpun, dia meletakkan harapan
pada Jusuh. Anak lelaki bongsunya yang dihantar belajar ke
sekolah agama di Kelantan.
Tindakan menghantar anaknya belajar di tempat yang
membuang dirinya dahulu itu, merupakan refleksi bahawa
jauh di lubuk hatinya, Kelantan masih segar dalam diri Mamat.

Jusuh adalah diri dia sendiri.Kegagalan dia memberi


pelajaran, ertinya kegagalan jusuh untuk menjadi manusia.
Kegagalan dia menanam otak ke dalam anak laki-lakinya
yang seorang ini, akan hilang semua keturunan yang
selamanya dikenal sebagai pejuang. Sekalipun
perjuangannya tidak pernah dikenang walau seurat
benangpun
(Juara:38)

4. SOSIO BUDAYA MELAYU DI


DAERAH SELATAN THAILAND
S.Othman Kelantan telah mewujudkan jambatan kritikan
sosial, sama ada secara halus atau secara nyata.
Sosiobudaya Melayu seperti berjudi laga lembu yang
kurang disenanginya dikritik secara terbuka.
Tradisi perlagaan Lembu yang ditonjolkan yang merupakan
suatu aktiviti riadah serta hiburan bagi warga Thailand di
sana.

FALSAFAH DALAM
NOVEL JUARA

Menurut

Seri

Lanang

Jaya

(at.el)

2016,

Falsafah

bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran.


Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti
pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapat
kebenaran.

Tegasnya,

berfalsafah

ialah

mencari

kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang


segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara
radikal,sestematik dan sejagat.
Di antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah
etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi,
politik dan logik, pendidikan dan pengajaran

1. POLITIK DAN KEKUASAAN


Aspek falsafah yang paling banyak dalam Novel Juara karya
S. Othman Kelantan ialah falsafah berkaitan dengan politik
dan kekuasaan. Hal ini demikian kerana sepertimana yang
kita ketahui, novel ini sendiri adalah merupakan satira politk
yang mengisahkan Mamat sebagai watak utama. Mamat
merupakan orang politik yang meletak jawatan atau
melarikan diri setelah dua kali gagal dalam pilihan raya
walaupun beliau merupakan antara orang yang kuat dalam
usaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

2. SOSIAL (KEHIDUPAN
MASYARAKAT)

Juara mengisahkan mengenai masyarakat Melayu yang


tinggal di Bangnara, Siam yang bersempadan dengan
Kelantan. Di Bangnara, kegiatan masa lapang orang
lelakinya ialah berlaga lembu. Mamat sendiri merupakan
seorang yang selalu berlaga lembu sehinggakan dia digelar
Pahlawan Lembu dan Juara. Mamat memberikan perhatian
yang lebih kepada lembunya berbanding isteri dan anakanaknya sendiri.

EKONOMI
Dari aspek ekonomi pula, penulis turut menggambarkan
keadaan di mana Mamat yang bergantung pendapatan dengan
cara yang salah iaitu dengan mengharapkan wang
kemenangan dari judi berlaga lembu. Hal ini dibuktikan
melalui petikan :

Dia (Mamat) bangga dengan kemenangannya sebagai


lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di
julukan itu memudahkan dia mendapat

pahlawan

daerah ini. Nama

wang dari mana sahaja. Bila-

bila!
(Juara :30-31)

NILAI BUDAYA
DAN
PANDANGAN HIDUP

Nilai Budaya

Budaya

dikatakan

berasal

daripada

perkataan

bahasa

Sanskrit yakni buddayah yang diinovasikan daripada kata


jamak buddhi yang membawa maksud budi pekerti dan akal
manusia. Budaya merupakan sebuah elemen yang hanya
membahasakan berkenaan aspek budi dan akal manusia.
Jika diungkap dari segi luarnya pula, budaya dapat diertikan
sebagai segala sesuatu yang dibawa atau dilakukan oleh
manusia.

1. Nilai perjuangan dalam diri

Semangat perjuangan dalam diri ditunjukkan dalam novel ini


menerusi watak Pak Mat. Semangat perjuangan dalam diri
seseorang mendorong individu tersebut dalam mencapai
sesuatu yang diingini.

.
Mamat kembali ke dalam dadanya. Kedalam ingatannya
.Dia sedang berjuang sekarang. Perjalanannya ialah
perjalanan orang yang berjuang.
( Juara: 29)

2. Nilai kesungguhan dalam diri

Nilai kesungguhan dalam diri perlu ada untuk mencapai


sesuatu matlamat yang diingini.

Dalam kepala Jali ternampak kesungguhan jaguh tua ini dalam mengawal
dan melatih lembu-lembu adu. Di teringat bagaimana Mamat berhai-hari,
berminggu-minggu melatih dan menggalakkan Calet sebelum masuk bong.
Di teringat bagaimana suatu hari perut Mamat hampir-hampir robek
ditandukoleh Calet.

(Juara : 41-42)

3. Nilai amanah
Sifat amanah ialah sifat yang ada dalam diri
seseorang ke atas perkara, janji atau pesanan
yang diberikan kepadanya untuk sesuatu hal yang
penting dengan adanya kepercayaan yang tinggi
kepada individu tersebut.

Jusuh akan belajar sungguh-sungguh, ayah. Dia hampir-hampir meraung


mendengar ikrar tidak sengaja anaknya yang bongsu itu.Tunggal laki-laki.
(Juara: 32)

Pandangan Hidup

Pandangan hidup merupakan pendapat atau pertimbangan


yang dijadikan pegangan, pedomanan, arahan, petunjuk
manusia yang hidup di muka bumi ini. Pendapat atau
pertimbangan

itu

hasil

daripada

pemikiran

manusia

berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat


hidupnya.

1. Kasih sayang yang tinggi


terhadap rakan seperjuangan

Mamat sangat mennyayangi rakannya, iaitu abang Lazim.


Mereka berkongsi hidup bersama dalam perjuangan laga
lembu. Walaupun abang Lazim sudah tiada, namun
perjuangan dalam melaga lembu itu tetap diteruskan oleh
Mamat sebagai simbolik dalam meneruskan legasi pejuangan
mereka.
Dia baru pulang daripada meratib arwah Abang Lazim. Dia sebenarnya
amat terasa kehilangan manusia seorang itu. Dia kehilangan sesuatu yang
sangat berharga. Harga itu ialah kewibawaan Abang Lazim selama
hayatnya.

(Juara: 49)

2. Hutang darah dibayar darah


Kematian Abang Lazim begitu terasa oleh Mamat
sehingga menyimpan rasa dendam pada dirinya untuk
membalas kematian rakan seperjuangannya yang tiada
gantinya itu. Bagi Mamat, kematian Abang Lazim harus
dibayar

dengan

nyawa

kerana

keadilan

harus

ditegakkan.
Tiba-tiba Mamat merasakan dia sangat rakus. Sangat tamak. Mengapa
semuanya sekali mesti mati? Kemudian dengan penuh jengkel, dia
membenarkan. Pak Isa mesti mati. Dolah Munduk mesti mati. Beberapa
orang lain mesti mati.

(Juara: 111)

3. Berpegang pada janji

Perkara ini dilihat apabila Mamat bersumpah janji dengan


perjuangan politiknya. Beliau berhasrat untuk tidak lagi
terlibat dalam dunia politik sekiranya kalah dalam pilihan
raya seterusnya. Perkara tersebut ditunaikan apabila beliau
kalah pada pilihan raya seterusnya dan terus bersara dalam
dunia politik.

Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana
lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya.
Perjuangan masih perlu. Tapi apa boleh buat. Rakyat sendiri menentukan
kedudukan.
(Juara : 17-18)

4. Tidak lupa dengan asal usul

Mamat merupakan seorang anak jati Kelantan. Walaupun


beliau telah kalah dalam pilihan raya yang menyatakan
bahawa beliau tidak lagi diterima oleh rakyat disitu, namun
beliau tetap pulang setelah lama meninggalkan kawasan
kampungnya itu bertahun- tahun.
Sekarang dia kembali. Akan tetapi, dia tidak merasa kekembalianya
sebagai pahlawan yang diasingkan bertahun-tahun di luar negeri, yang
disambut kepulangannya dengan ribuan rakyat. Tidak. Dia hanya berasa
kepulangannya hanya sebagai sebuah sisa daripada suatu daging yang
lemah dan separuh busuk dan hampir hancur.
(Juara : 25)

ESTETIKA DAN
KEPENGARANGAN
DALAM NOVEL JUARA

1. Kepengarangan berkaitan
dengan Keagamaan
Kepengarangan S. Othman bukan sahaja menumpukan
persoalan politik masyarakat tradisi tetapi berkaitan juga
dengan keagamaan.
Dalam novel ini, Mamat sentiasa menunaikan solatnya dan
sentiasa berzikir. Perkara ini juga turut dilakukan oleh ahli
keluarganya.
Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir. Mamat ikut berzikir
sungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat- ayat
suci al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang
Lazim.
(Juara : 18)

2. Penggunaan Teknik Monolog


Dalaman

Melalui novel ini, pengarang banyak menggunakan teknik


monolog dalaman.

Monolog dalaman bermaksud kata-kata yang terucap di


dalam hati sahaja tanpa didengari oleh orang lain.

Keadaan ini banyak berlaku terhadap Mamat. Dia seorang


yang memendam perasaan hanya dirinya sahaja yang
merasainya.
Pasti! Dia memutuskannya dalam hati. Sesuatunya harus berjalan
dengan berpadanan. Mengapakah kerana kalah harus membunuh
orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah! Kata Mamat dalam hati.
(Juara:29)

3. Penggunaan Teknik Imbas


Kembali

Pengarang banyak menerapkan teknik ini terutama pada


watak utama dalam novel ini.

Imbas kembali bermaksud mengingati kembali peristiwa


yang telah dilalui atau menceritakan semula keadaan atau
situasi yang berlaku dalam kehidupan seseorang.
Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya.
Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat
bahaya), dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah.
(Juara:17)

4. Penggunaan Dialek

S. Othman Kelantan yang berasal daripada Kelantan telah


memasukkan juga dialek-dialek Kelantan dalam novel ini.

Novel ini banyak menceritakan latar tempat di Kelantan dan


juga selatan Thailand, sempadan Kelantan.

Antara dialek seperti penggunaan perkataan pitis, ambo,


butir, demo dan lain-lain.
Apa pun alasan sama saja. Dolah jahat. Dia kalah. Dia membunuh
Chalet. Dapat balikkah pitisnya?. Jali agak geram. Matanya berpusing
di dalam kawahnya agak cepat.
(Juara : 38)

ESTETIKA

Dalam novel ini, S. Othman Kelantan telah menggunakan


beberapa aspek seni bahasa bagi mengindahkan lagi
penceritaan beliau terhadap jalan cerita novel Juara.

Jenis satira yang digunakan oleh pengarang ialah satira


berkias dan ibarat. Hal ini demikian kerana, pengarang
banyak mengemukakan kiasan dan ibarat dalam teks yang
telah dihasilkannya.

Terdapat beberapa gaya bahasa yang terdapat dalam novel


Juaraini. Gaya bahasa yang menarik telah digunakan oleh
pengarang.
* Satira : Karya atau prosa yang mempersendakan atau menyindir

1. Gaya Bahasa Metafora

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007, 85),


metafora merupakan sejenis gaya bahasa perbandingan yang
berbentuk tidak terus.

i.

Dia dipaksa bersabar dalam seluruh kehancuran dadanya.

( Juara : 2)
ii. Dia seolah-olah berada dalam satu gua masalahyang sangat hebat.
(Juara: 54)

2. Gaya Bahasa Personifikasi

Menurut

Nik

Hassan

Basri

Nik

Ab.

Kadir

(2007),

personifikasi merupakan sejenis gaya bahasa perbandingan


iaitu penginsanan atau pemberian sifat manusia kepada
benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa,
atau idea yang bersifat abstrak.

i.

Wang itu masih panas dan riang.


(Juara: 3)
ii. Sebaris asap tipis menari-nari di atas bibirnya.
(Juara : 41)

3. Gaya Bahasa Simile

Simile juga dikenali sebagai perumpamaan.

Simile merupakan gaya bahasa berbentuk perbandingan


terus iaitu perbandingan yang membandingkan dua perkara
yang berbeza tetapi sengaja dianggap sama.

i. Di sini manusia murah seperti kapur.


(Juara : 9)
ii. ...Sani yang bertubuh macam arang...
(Juara : 10)

4. Gaya Bahasa Hiperbola

Hiperbola merupakan sejenis gaya bahasa pertentangan yang


mengandungi kenyataan tentang sesuatu yang dinyatakan
secara berlebih-lebihan semata-mata untuk mencapai kesan
tertentu.

i. Dia melihat kepada Abang Lazim dibanjiri darah.Tubuh

Abang

Lazim diselimuti seluruhnya dengan darah yang sudah


mulai pekat.
(Juara : 5)
ii. Dua orang anak laki-laki Abang Lazim, membasahi mayat
ayahnya dengan air mata.
(Juara : 6)

5. Bahasa Asing (Bahasa Inggeris)

Penggunaan bahasa Inggeris tidaklah secara menyeluruh,


tetapi penggunaannya tetap diselitkan oleh pengarang.
i. Di dalam baju dalam Salim terselit browning.
(Juara : 43)
ii. Melihat ke dalam barrelnya.
(Juara : 131)
iii. Tangannya tetap pada tregar senapangnya laras duanya yang
sudah tetap dan tepat ke arah Pak Isa.
(Juara : 216)

6. Gaya Bahasa Epifora

Gaya bahasa pengulangan yang mengulang perkataan, frasa,


dan beberapa kata yang terdapat pada akhir ayat yang
berturutan.
i. Kemudian dilupakan. Dia mati dalam kelupaan, kemudian
dilupakan. Sama-sama mati dan sama-sama dilupakan.
(Juara : 7)
ii. Sani tidak tahu. Salim tidak tahu. Mamat sendiri tidak tahu.
Malah Faisah juga tidak tahu.
(Juara : 39)

NILAI ILMU
DALAM
NOVEL JUARA

KONSEP NILAI :
- Darjat, kualiti, mutu dan taraf
KONSEP ILMU :
- Pengetahuan
JENIS ILMU :
- Ilmu firasat
(tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain
untuk mengetahui kelakuan atau nasib
seseorang)
- Ilmu perdukunan
(orang-orang yang mengubati orang sakit
atau memberi ubat secara kampung)
(ilmu jampi <kata-kata tertentu>, ilmu
pengasih <azimat,doa>)

NILAI ILMU
ILMU
POLITIK

ILMU
TINGKAH
LAKU

ILMU
FIRASAT

ILMU LAGA
LEMBU

ILMU
MENGEN
AI
LEMBU

ILMU POLITIK

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), politik


bermaksud ilmu pengetahuan bukan cara pemerintahan,
iaitu ilmu pengetahuan mengenai dasar- dasar pemerintahan,
ilmu sahsiah, ilmu kenegaraan dan sebagainya.

Dalam novel Juara karya S Othman Kelantan telah


menerapkan unsur politik atau ilmu politik di mana, cerita
tersebut merupakan satu sindiran kepada masyarakat yang
terjebak atau melibatkan diri mereka dengan politik.

CONTOH .

Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan


politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkan
kawasan yang sangat bahaya), dia akan
Kemudian dia kalah. Dia pun bersara,

berhenti politik.

setelah dua puluh tahun

berjuang dalam politik.

(Juara, 2005 :17)

ILMU LAGA LEMBU

Dalam

cerita

Juara

ini

banyak

memperihalkan

atau

mengaitkan ilmu laga lembu dengan ilmu politik. Penulis


cuba mengaitkan ilmu politik dengan lembu di mana ilmu
laga lembu itu sendiri mempunyai unsur yang tidak baik
iaitu berkaitan dengan wang dan perjudian.

Ilmu laga lembu adalah sangat popular dan mereka yang


pandai dalam ilmu tersebut akan dipandang tinggi atau
dihormati oleh masyarakat lain.

CONTOH
Dia sudah kalah main politik, dia tidak mahu kalah sekali
lagidalam lapangan yang berlainan ini. Dia bangga

dengan

kemenangannya sebagai pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada


apa-apa hinanya di daerah ini.

Nama julukan itu memudahkan dia

mendapat wang dari mana sahaja. Dari mana sahaja. Bila-bila!


(Juara, 2005 :30)

Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan

perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan


perlawanan

laga

lembu

diibaratkan

seperti

medan

pertembungan pemikiran serta percakaran politik yang akhirnya


kemenangan akan tercapai kepada mereka yang kuat.

Seperti mana lembu itu sendiri dan bagaimana strategi yang

diatur oleh pelaga lembu untuk beroleh kemenangan, maka


begitu jugalah yang terjadi dalam medan politik.

Dalam medan politik, Mamat digambarkan sebagai seorang yang

tewas sebaliknya dalam medan laga lembu Mamat diletakkan


sebagai Juara.

ILMU MENGENAI LEMBU


Novel Juara banyak menceritakan ilmu mengenai lembu di
mana masyarakat Melayu atau Kelantan pada masa tersebut
sangat pandai atau mempunyai ilmu mengenai haiwan
lembu.

Dalam cerita ini, watak utama iaitu Mamat sangat pandai


dalam ilmu mengenai lembu.

Dia dapat mengetahui sama ada lembu tersebut boleh dibawa


masuk bong untuk bertanding atau pun tidak dan adakah
lembu itu kuat atau pun tidak.

CONTOH
Tanda ini mudah tertipu, kata Mamat lagi. kadang-kadang
pusaran tanda kijang itu dibuat-buat sahaja. Waktu kita
membeli senang tertipu . pusaran boleh dibuat dengan pelepah
pisang. Dikerat dan dipolet dua tiga kali. Pusaran kijang itu
tidak akan hilang dalam sehari dua.
(Juara, 2005, 44)

ILMU FIRASAT

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menyatakan


bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda
pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan
atau nasib orang.

Dalam novel Juara ini, watak utama iaitu Mamat telah


membuat ramalan mengenai lembu mudanya iaitu Aral.

Dia menyatakan bahawa Aral lebih kuat dari lembunya yang


dulu iaitu Calet.

CONTOH
Aral lebih sasa dari Calet kalau diasuh betul. Mamat
menegaskannya sungguh-sungguh. Dalam kepalanya segera
menangkap rupa anak lembu itu. Badannya yang agak
panjang. Kukunya membelok ke dalam. Alamat tegak tempat
berdiri dan sukar ditolak oleh lawan.
Engguhnya besar dan
tinggi. Alamat kuat batang
lehernya. Lehernya besar. Di atas
belakangnya jalur
racik yang halus. Jalur racik ini jarang ada
pada lembu- lembu adu biasa. Ini alamatnya tidak lari.
Bengkeng dan
payah mengenal gembala kalau marah.
(Juara, 2005 :42-43)

ILMU TINGKAH LAKU

Teori tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut


baik dan buruknya, sejauh mana yang dapat ditentukan
akal merupakan ilmu etika. Kata etika berasal daripada kata
ethos yang bermaksud adat kebiasaan.

Berbeza

dengan

pengertian

moral.

Moral

merupakan

tindakan manusia yang baik dan wajar, manakala etika pula


lebih bersifat teori dan lebih menyelidik, memikir dan
mempertimbangkan tentang yang baik dan yang buruk. Jadi,
moral ini sebenarnya dibentuk daripada etika yang lahir
hasil daripada budaya manusia.

CONTOH
Abang Lazim berjuang untuk orang-orang yang
bertaruh dalam perjudian laga lembu.
(Juara, 2005, 7)

Akan tetapi, apa yang menimpa Mamat sangat berat


untuk ditolak. Mamat pernah menolongnya. Mamat pernah
berbuat baik kepadanya.
(Juara, 2005, 33)

KESIMPULAN
S. Othman Kelantan telah memberikan sumbangan yang
amat besar dalam bidang penulisan novel tanah air.
Dalam karya Juara ini, beliau berani menyelitkan unsurunsur patriotisme selain mengetengahkan latar penceritaan
yang berlaku di negeri kelahirannya iaitu negeri Kelantan.
Oleh itu, kita sewajarnya mencontohi peribadi beliau yang
bersikap rendah diri dan cintakan tanah air dalam
kehidupan seharian selain menonjolkan sifat-sifat tersebut
dalam bidang penulisan kreatif.

RUJUKAN
Abu Hassan Abdul. (2013).Seni mengarang. Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Asmah Haji Omar. (1986).Bahasa danalam pemikiran Melayu.KualaLumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
A.Rahim Abdullah. (1995).Pemikiran sasterawan Nusantara; suatu kajian
perbandingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hizari Othman (2000).Adaptasi novel ke filem: Analisis perbandingan antara
filem Melayu dan filem barat.Universiti Malaya: Tesis Ijazah Sarjana Sastera.
Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya.
(2014).Karya Agung Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris :
Tanjong Malim
S. Othman Kelantan. (2005).Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai