Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1

Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran


mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar
dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk
keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan
dalam kemahiran bertutur.
Selain itu, Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran
membaca di samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca
merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang
betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul
kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.
Seterusnya, Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis.
Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan
imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi
dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
Di samping itu, Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan
kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan
aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati
bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan
mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi
teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur.
Akhir sekali ialah Modul Tatabahasa. Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi
dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu
diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan
supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam
pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.

1
Modul-modul ini bertujuan sebagai garis panduan untuk membantu guru Bahasa
Malaysia mencapai objektif bagi setiap Standard Kandungan yang telah ditetapkan.
Pencapaian sesuatu objektif amat penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Malaysia kerana ianya membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran bahasa
bagi melancar proses penguasaan bahasa murid.
Bagi Tahap 1 iaitu untuk Tahun 2, Standard Kandungan yang saya pilih ialah Standard
Kandungan 1.2 iaitu, Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad,
suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Bagi Tahun 2, objektif yang perlu
dicapai oleh murid ialah mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan betul dan tepat. Melalui Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
modul ini berkesan dalam membantu murid agar mereka dapat mencapai objektif tersebut
bagi membolehkan mereka mengungkapkan frasa yang tepat ketika menggunakan Bahasa
Melayu dalam komunikasi seharian mereka. Selain itu, modul ini akan membolehkan murid
menuturkan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat dalam pergaulan seharian
mereka sekali gus mengukuhkan penguasaan bahasa mereka. Seterusnya, bagi Tahap 2
untuk Tahun 4 yang juga berpandukan Standard Kandungan yang sama iaitu 1.2 Mendengar,
mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat dengan betul. Murid dikehendaki berjaya mencapai objektif iaitu mendengar,
memahami dan memberi respons yang sesuai secara lisan dan gerak laku terhadap
arahan berdasarkan ayat perintah dan soalan dengan betul. Keberkesanan modul ini
dapat diukur seandainya murid boleh melaksanakan arahan berdasarkan ayat perintah dan
soalan dengan betul secara lisan mahupun gerak laku yang bersesuaian. Tahap
keberkesanan Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur ini akan menjadi tunjang untuk
melahirkan murid-murid yang berupaya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu secara fasih.
Seterusnya, Standard Kandungan yang bersesuaian untuk menguji keberkesanan
Modul Kemahiran Membaca bagi Tahap 1 untuk Tahun 2 ialah Standard Kandungan 2.3
iaitu Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul. Objektif yang perlu dicapai oleh murid-murid Tahun 2 ialah berupaya
untuk membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas,
mengikut tanda baca dan intonasi yang betul. Modul Kemahiran Membaca ini berkesan
dalam mencapai objektif tersebut kerana modul ini menitikberatkan kelancaran, penyebutan
dan intonasi yang jelas serta penggunaan tanda baca yang betul dalam kalangan murid.
Modul ini akan memastikan murid mampu membaca pelbagai jenis ayat yang terdapat dalam
konteks dengan betul dan meminimakan kesilapan tatabahasa mereka dalam proses
membaca. Di samping itu, bagi Tahap 2 iaitu Tahun 4 yang berpandukan Standard
Kandungan yang sama iaitu 2.3, murid diyakini akan dapat mencapai objektif kemahiran
membaca iaitu membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara

2
mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Modul Kemahiran
Membaca ini berkesan dalam mencapai objektif tersebut kerana modul ini akan membantu
membina keyakinan murid untuk membaca secara lantang dengan lancar. Selain itu, modul
ini membolehkan murid membezakan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam bahan bacaan dan
secara tidak langsung membantu dalam proses pembacaan secara lancar tanpa sebarang
keraguan akan cara sebutan dan intonasi. Keupayaan murid untuk mencapai objektif ini akan
mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid dan
membuktikan bahawa modul yang telah dirancang berkesan untuk membentuk seorang
penutur bahasa yang fasih.
Di samping itu, Modul Kemahiran Menulis juga berkesan dalam membantu guru dan
murid merealisasikan Standard Kandungan 3.3 iaitu Membina dan menulis perkataan, frasa
dan ayat dengan betul. Pada Tahap 1 iaitu Tahun 2, murid harus mencapai objektif iaitu
berupaya untuk membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi
perkataan diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul
serta tulisan yang kemas dan cantik. Modul Kemahiran Menulis terbukti berkesan dalam
mencapai objektif tersebut kerana, murid akan dibimbing sehingga mereka berupaya untuk
menulis ayat-ayat yang merangkumi aspek tatabahasa yang ditetapkan secara tepat dan betul
mengikut hukum-hukum bahasa serta struktur ayat yang tepat. Selain itu, Modul Kemahiran
Menulis ini juga akan dapat memperkukuhkan kemahiran psikomotor halus dalam kalangan
murid untuk menulis secara kemas dan cantik bagi memudahkan pembacaan guru. Selain itu,
untuk Tahap 2 iaitu bagi Tahun 4 berpandukan Standard Kandungan yang sama iaitu 3.3,
murid dipercayai berupaya mencapai objektif iaitu membina dan menulis jawapan
pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul. Keberkesanan
Modul Kemahiran Menulis ini akan membantu murid untuk mengenal jenis-jenis soalan
bertumpu dan bercapah sekali gus membolehkan mereka menjawab soalan yang berkaitan
dengan memberikan jawapan yang tepat. Seterusnya, Modul Kemahiran Menulis ini juga
berkesan jika dipraktikkan kerana modul ini membolehkan murid membina Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid-murid ketika berhadapan dengan bentuk-bentuk
soalan bertumpu dan bercapah dengan menulis jawapan yang kreatif serta melibatkan
pemikiran kritis dan inovatif tanpa terpesong daripada kehendak soalan.
Seterusnya, Modul Aspek Seni Bahasa juga dititikberatkan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Malaysia. Modul Aspek Seni Bahasa dipercayai berkesan dalam
membantu guru dalam memastikan murid berjaya mencapai objektif bagi Standard
Kandungan 4.1 iaitu Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian
secara didik hibur. Objektif bagi Standard Kandungan 4.1 ialah menyebut dan memahami
perkataan dalam lirik lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur bagi
murid-murid Tahun 2. Keberkesanan modul ini dapat ditunjukkan sekiranya murid berjaya

3
melafazkan lirik lagu dalam bentuk nyanyian dengan melakukan gerak laku yang bersesuaian
serta menikmati sesi tersebut tanpa sebarang kekangan yang berlaku dari segi pemahaman
murid dan penerimaan murid berkaitan lirik yang melibatkan penggunaan kata-kata yang
mudah difahami. Selain itu, modul ini juga berkesan disebabkan ianya memuatkan unsur didik
hibur kerana seperti sedia maklum, murid-murid akan lebih mudah memahami input
pengajaran sekiranya mereka merasa terhibur ketika belajar. Kemudian, bagi Tahap 2 iaitu
Tahun 4 juga berpandukan Standard Kandungan 4. 1, murid harus berupaya untuk mencapai
objektif iaitu menyebut, memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi nilai
secara berpandu dan menyampaikannya secara didik hibur. Modul Aspek Seni Bahasa
ini berkesan kerana murid akan berupaya untuk mengasah kemahiran berfikir mereka dalam
menghasilkan lirik lagu yang mengandungi nilai. Hal ini kerana proses ini memerlukan murid
untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam memilih perbendaharaan kata untuk dijadikan lirik
sekali gus menyelitkan unsur moral dalam proses pembejalaran mereka. Selain itu, murid
akan mengasah kreativiti mereka dalam penyampaian mereka secara didik hibur yang
menerusi kaedah pembelajaran secara langsung iaitu penglibatan aktif dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
Akhir sekali, Modul Aspek Tatabahasa juga merupakan satu modul yang berkesan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid.
Berdasarkan Standard Kandungan 5.3 iaitu Memahami dan membina ayat yang betul
dalam pelbagai situasi. Murid-murid Tahap 1 spesifiknya Tahun 2 perlu mencapai objektif
iaitu memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks. Modul Aspek
Tatabahasa ini berkesan untuk mencapai objektif kerana modul menitikberatkan pemahaman
murid terlebih dahulu sebelum mereka boleh membina ayat yang betul mengikut situasi yang
berdasarkan hukum-hukum tatabahasa. Hal ini selari dengan kaedah deduktif yang
menekankan huraian kepada contoh iaitu murid perlu memahami struktur-struktur ayat dasar
terlebih dahulu dan kemudiannya membina ayat dasar yang betul berdasarkan konteks. Di
samping itu, untuk Tahap 2 iaitu Tahun 4 murid perlu mencapai objektif Standard Kandungan
4.3 iaitu memahami dan membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat
serta ayat aktif dan ayat pasif dengan betul dalam pelbagai situasi. Modul Aspek
Tatabahasa ini berkesan kerana murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis ayat tunggal
sekali gus membantu murid untuk membezakan antara ayat aktif dan ayat pasif. Keupayaan
murid untuk berbuat sedemikian akan menjadi nilai tambah untuk murid agar mereka mampu
menentukan maksud ayat dalam proses membina ayat tunggal yang melibatkan perluasan
subjek dan predikat serta membezakan tafsiran ayat dalam ayat aktif dan ayat pasif dengan
betul. Seterusnya, murid-murid juga akan terdedah dengan Transformasi-Generatif tanpa
mereka sedari dalam proses membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.

4
Konklusinya, kelima-lima Modul yang terkandung dalam Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Bahasa Malaysia Sekolah Rendah ini terbukti
keberkesanannya dalam memupuk penguasaan Kemahiran-kemahiran bahasa serta
memantapkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid. Selain itu, modul-
modul yang telah diperkenalkan ini akan memudahkan pemahaman serta penerimaan bahasa
Melayu oleh murid-murid kerana Pendekatan Modular seperti ini akan menjadi proses
penguasaan kemahiran bahasa dalam kalangan murid lebih mudah kerana setiap kemahiran
diajar secara peringkat demi peringkat. Di samping itu, murid juga akan lebih seronok dalam
mempelajari bahasa Melayu kerana terdapatnya elemen didik hibur dalam modul-modul yang
telah diperkenalkan dalam DSKP. Seterusnya, modul-modul ini akan mampu melahirkan
penutur bahasa Melayu yang berupaya untuk berkomunikasi secara lancar, tepat dan betul
dalam pergaulan seharian mereka. Modul-modul ini diharapkan akan dapat membantu murid
untuk memperkukuhkan aspek sosial dalam kalangan murid dari segi komunikasi dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum tanpa bersifat prejudis melalui medium
komunikasi iaitu bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan yang bersimbolikkan
sebagai bahasa penyatuan.

5
Senarai Rujukan

1. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2011). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran


Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 1. Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9 Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
PUTRAJAYA.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2011). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 2. Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9 Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
PUTRAJAYA.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2011). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 3. Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9 Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
PUTRAJAYA.
4. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2011). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9 Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
PUTRAJAYA.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2011). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9 Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
PUTRAJAYA.
6. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2011). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9 Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
PUTRAJAYA.
7. Nur Lela Zulkipli, (2 April, 2016). Bahasa Sumber, Bahan Ilmu. Diperoleh dari
http://www.hmetro.com.my/node/127302?m=1. Diakses pada 19 Ogos 2016.
8. Ahmad Kamal Bin Ramtan, (17 Januari 2013). Kepentingan Didik Hibur Dalam
Pengajaran. Diperoleh dari http://documents.tips/documents/keperluan-didik
hibur-dalam-pengajaran.html. Diakses pada 19 Ogos 2016.

Anda mungkin juga menyukai