Anda di halaman 1dari 2

Pengarah Produksi

Pengarah membangunkan konsep produksi, menjelaskan kepada pelaku-pelaku, membantu


pelaku mewujudkan peranan dan watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan
produksi. Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah produksi yang melibatkan kerja-
kerja teknikal dan proses kreatif. Dia juga merupakan pemimpin kepada sekumpulan tenaga
kerja pentas bagi melaksanakan kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti. Maka
itu seorang pengarah harus jelas terhadap kerja seni yang hendak disempurnakan.
Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang boleh difahami oleh semua yang
terlibat dengan produksinya.

Bertanggungjawab mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam sesebuah produksi


seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk. Tugas-tugas pengarah ialah:

Skrip:
-Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta persoalan yang ingin
disampaikan oleh penulis.
-Menentukan gaya pementasan yang hendak disampaikan
-Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu dengan syarat mendapat
persetujuan daripada penulis asal.

Konsep Persembahan:
-Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan produksi.
-Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki kepada semua pelaku serta
petugas-petugas lain.
-Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang diketahuinya untuk
melaksanakan realiti konsep persembahan.
-Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah persembahan.

Lakonan/Pelakuan:
-Memahami watak-watak (peranan-peranan) – fizikal, psikologi, mental
-Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam persembahan.
-Memilih pelaku (dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk memilih)
-Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat, pendisiplin serta penggarap pada sebuah
persembahan.
-Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku di pentas.
-Menyediakan jadual latihan.
Teknikal:
-Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum (busana), tatacahaya, tatarias supaya
sesuai dengan konsep yang dipilih.
-Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain dengan berjumpa dan
berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep produksi.
-Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka mesti menyediakan perkara
tersebut.
-Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa ke semasa untuk meninjau
perkembangan setiap seksyen.

Anda mungkin juga menyukai