Anda di halaman 1dari 2

WATAK DAN PERWATAKAN

TOK TUAI
Seorang ketua rumah panjang yang dikenali sebagai Apai atau Tok Tuai. Berusia lebih 60
tahun namun secara fizikalnya masih gagah perkasa. Tok Tuai sangat dihormati di kalangan
anak-anak buahnya dan juga daerah-daerah lain juga. Namanya cukup terkenal dan
digeruni akibat kehebatannya dalam peperangan meluaskan kuasa. Tok Tuai sangat kuat
berpegang kepada adat resam dan budaya rumah panjang masyarakat Ibannya. Beliau
juga sangat kuat mengamalkan amalan nenek moyangnya yang begitu percaya kepada
petanda dan alamat yang dicetuskan oleh Roh Petara Aki dan Roh Petara Ini.

SABANG
Beliau adalah anak sulung Tok Tuai. Bakal menggantikan Tok Tuai di rumah panjang itu.
Bertubuh tegap dan sasa. Berusia pertengahan 30an. Namun masih lagi bujang. Sabang
merupakan anak muda yang gagah perkasa dan handal beprperang. Justeru itulah beliau
sangat digeruni. Sikapnya yang sangat mudah pemarah dan aggresif itu sering
menjadikannya cepat panas baran dan mudah berkelahi. Beliau juga amata gemar
berperang dan tidak gentar dengan musuh. Namun dia juga ada berperasaan irihati dengan
adiknya Labang kerana mungkin menggugat peluangnya untuk menjadi ketua di rumah
panjang itu.

LABANG
Labang adalah anak kedua Tok Tuai. Berusia sekitar 20an. Rupanya kacak dan tampan dan
menjadi idaman ramai gadis-gadis di rumah panjang itu. Perawakannya menarik dan
bersopan santun. Labang adalah satu-satunya anak muda Iban yang berilmu pengetahuan
kerana berpeluang belajar di luar negeri. Justeru itulah dia menentang hasrat Tok Tuai dan
Sabang yang masih lagi ingin meneruskan amalan kuno masyarakat Iban yang suka
berperang sesama sendiri semata-mata bertujuan meluaskan pengaruh. Hal inilah yang
mencetuskan konflik antaranya dan Sabang.
PEMBESAR 1,2 DAN 3
Merupakan orang-orang kuat Tok Tuai dalam pentadbiran rumah panjang. Berumur 50an.
Mereka merupakan orang-orang tua yang dipercayai dan kuat menyokong usaha Tok Tuai
dalam melakukan sebarang perancangan. Dalam banyak perkata, mereka ini sangat patuh
segala arahan Tok Tuai. Justeru, tidak berlaku sebarang masalah dalam menguruskan
rumah panjang dengan bantuan mereka.

JENGKA
Ia adalah panglima perang rumah panjang Tok Tuai. Berusia lebih kurang 40an. Beliau
amat arif dalam melatih pahlawan untuk pergi berperang. Beliau juga bertanggungjawab
menyediakan peralatan perang. Disebabkan pengalaman yang banyak dalam peperangan,
maka beliau mahir dalam menganggar segala keperluan senjata, makanan dan perubatan.

GENTA
Beliau adalah anak gadis di rumah panjang itu. Berusia awal 20an. Berperawakan cantik
dan menarik. Beliau menaruh hati pada Labang (mungkin juga kekasih Labang sebelum ia
pergi merantau ke luar negeri) Genta sangat sopan dan pandai menjaga adat resam rumah
panjangnya. Justeru itu ia redha bila akan ketidakupayaannya bersuara di rumah panjang
itu.

INDAI
Indai adalah isteri Tok Tuai. Berusia lewat 50an. Berperawakan keibuan dan sangat
menyanyangi anak-anaknya. Sebagai isteri, Indai patuh kepada Tok Tuai dalam segala apa
juga yang dilakukan.

PELAKON TAMBAHAN
SAMBUN
ANAK LELAKI RUMAH PANJANG TANAH BUGAU
PENGIKUT DAN PENGIRING TOK TUAI
RAKAN-RAKAN SABANG

Anda mungkin juga menyukai