Anda di halaman 1dari 4

KAB 2013 Membaca dan Bercerita Bahasa Melayu

Memahami dan Menghargai Sastera Fantasi/Khayalan

Berdasarkan penulisan Patti J. Kurtz (2007), beliau telah banyak memberi cadangan dan
membincangkan mengenai buku-buku atau novel yang ditulis oleh penulis-penulis terkenal yang
mempunyai unsur-unsur fantasi atau khayalan yang sesuai untuk rujukan pembaca baru dan juga
kanak-kanak. Beliau juga mengulas mengenai pendapat-pendapat mereka mengenai sastera
fantasi. Dalam penulisan ini juga kita dapat melihat kepada sastera dalam genre fantasi, definisi
sastera fantasi, sejarah fantasi, serta fantasi sebagai genre kanak-kanak.

Kajian mengenai sastera fantasi telah menyebabkan penulis dan pengkritik menghadapi
kesukaran untuk mempelajari fantasi sebagai satu genre dan mendefinisikan maksud sebenar
fantasi. Mereka telah mengembangkan istilah fantasi dan ada antara mereka yang bertentangan
pendapat antara satu sama lain dalam membahaskan maksud fantasi. Walaubagaimanapun,
mereka mempunyai pendapat yang sama dalam mengatakan bahawa fantasi haruslah
mengandungi elemen ‘sihir’ atau ‘ghaib’. Menurut buku yang bertajuk ‘The Encyclopedia of
Fantasy’ yang disunting oleh John Clute and John Grant, fantasi adalah adalah cerita atau kisah
yang tidak logik, dongeng, khayalan, dan tidak mungkin terjadi dan diterima dalam dunia realiti.
Selain itu, fantasi juga dikenali sebagai genre fantasi tinggi dan fantasi haiwan dan secara tidak
langsung buku ini akan dapat membantu memahami skop genre ini.

Berbeza pula dengan pendapat editor Fantastic Literature: A Critical Reader, David
Sandner, yang mengatakan fantasi adalah lebih luas berbanding dengan sastera yang
mengandungi unsur ‘magic’ yang ringkas. Beliau tidak bersetuju bahawa sastera fantasi dapat
membuka ruang penilaian pembaca dari apa yang dilihat atau sebaliknya. Bagi Sandner, fantasi
boleh menjadi khayalan dan nostalgia yang tulen (lari dari kenyataan) dan perpecahan sastera
yang dapat menunjukkan kepada pembaca cara baru dalam memandang dunia mereka. Cerita-
cerita fantasi telah bermula dari zaman dahulu lagi kerana kanak-kanak amat menggemari cerita
yang berunsur khayalan, dongeng, dan angan-angan. Mereka suka berimaginasi dan
menganggapnya sebagai realiti. Contohnya seperti ‘bedtime stories’ yang diamalkan oleh
ibubapa sebelum anak-anak mereka tidur.

1
KAB 2013 Membaca dan Bercerita Bahasa Melayu

Selama beberapa tahun fantasi kanak-kanak telah dianalisis dalam kajian sastera
umumnya untuk kanak-kanak awal. Tolkien telah mencadangkan ‘The Hobbit and the Lord of
the Rings’ untuk mereka, dan populariti buku yang bertajuk Rowling’s Harry Potter telah
meningkatkan permintaan terhadap novel fantasi di kalangan kanak-kanak. Walaupun begitu,
kesungguhan kanak-kanak dalam meminati cerita fantasi akan menimbulkan kesukaran kerana
mereka menggangap cerita itu adalah realistik dan situasi ini harus dipandang serius. Fantasi
kanak-kanak telah diharamkan dari sekolah dan juga perpustakaan kerana bimbang ia akan
memberi kesan kepada minda kanak-kanak. Sebagai contoh, pembaca muda atau kanak-kanak
akan mempercayai ia adalah benar dan tidak mampu membezakan samada realiti atau tidak dan
benar atau salah.

Pamela Gates dalam buku beliau ‘Fantasy Literature for Children and Young Adult’
bukan sahaja menyediakan kaedah genre yang berguna tetapi juga membantah kepentingan
pembangunan fantasi untuk kanak-kanak. Penulis yang juga merupakan seorang guru telah
membuat kajian yang menunjukkan kanak-kanak memerlukan cerita fantasi hanya kerana ia
menyediakan cerita yang bagus dan mendorong kanak-kanak untuk membaca. Penulis juga ada
menyediakan ulasan-ulasan yang baik dari karya-karya sastera fantasi bagi kanak-kanak.

Kajian mengenai sastera fantasi adalah berakar umbi daripada cerita dongeng dan
khayalan. Oleh itu, pengkritik selalu membantah dan meminta agar cerita-cerita yang berunsur
fantasi diberhentikan dan dihalang. Namun begitu, dari sudut lain sastera fantasi dianggap
mempunyai penulisan yang tinggi nilainya dan dapat membentuk keperibadian kanak-kanak.
Setiap perbincangan antara penulis atau tokoh-tokoh yang membela sastera fantasi tidak akan
lengkap tanpa menyebutkan aspek dari novel E.M Forster. Ini kerana Forster telah
membincangkan mengenai kepentingan fantasi dan kesannya terhadap pembaca terutamanya
kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa ‘fantasi’ adalah salah satu tambahan di dalam
pembacaan kanak-kanak agar mereka lebih minat untuk membaca. Selain itu juga, penulis
Tolkien and Rowling juga telah mengumpulkan karya yang menceritakan mengenai teori
perkembangan kanak-kanak, dan juga nilai moral dan sosial yang terdapat di dalam sastera
kanak-kanak.

2
KAB 2013 Membaca dan Bercerita Bahasa Melayu

Fantasi telah datang dari dongeng dunia Eropah di mana perjalanan genrenya telah
dikritik, dipuji, dan, dianalisis. Walaupun terdapat pelbagai pendapat dan keraguan penulis dan
pengkritik mengenai fantasi dalam sastera, namun cerita dan karya fantasi terus bertahan dan
berkembang dan ini penting bagi perkembangan kanak-kanak. Ini dapat dibuktikan dengan
larisnya penjualan buku cerita Harry Potter. Oleh itu, ibubapa, guru, dan orang yang lebih
dewasa, memainkan peranan yang penting dalam membimbing kanak-kanak agar mereka lebih
memahami dan menghargai sastera fantasi ini.

3
KAB 2013 Membaca dan Bercerita Bahasa Melayu

Bibliografi

Patti J Kurtz (2007). Understanding and appreciating fantasy literature. Academic


Research Library, 4. Diperoleh pada Julai 16, 2010.

Anda mungkin juga menyukai