Anda di halaman 1dari 1

GAYA BAHASA

TEKNIK PENULISAN
(1)Dialog. Perbualan antara 2 orang watak atau lebih watak membicarakan tentang apa-apa
sahaja perkara. Contohnya perbualan di antara Tuan Syeikh Alam Di Rimba dengan Badak
ketika TSADR menziarahi Badak yang cedera kerana dikatakan berlawan dengan Raksasa.
Penggunaan teknik penceritaan dialog adalah mendatangkan kesan realistik dalam
perkembangan jalan cerita.
(2)Pemerian . Pengarang menggambarkan sesuatu secara terperinci samada keadaan alam,
suasana, peristiwa atau seseorang watak. Disampaikan dalam bentuk wacana. Contohnya
pengarang secara ironis memberikan gambaran tentang Raksasa. Raksasa dikatakan memiliki
mata yang bagai bola api, besar, menggerunkan dan memiliki suara bagai halilintar. Tujuan
teknik ini digunakan oleh pengarang ialah untuk memberitahu, memerikan, menjelaskan
sesuatu agar pembaca faham dan jelas tentang suasana penceritaan.
(3)Monolog Dalaman. Monolog juga dikatakan sebagai percakapan sendiran melalui kata-
kata yang tidak didengar oleh orang lain. Contohnya teknik ini memaparkan watak kera yang
bercakap sendirian apabila melihat kelakuan Badak yang lari lintang pukang dalam hutan
ketakutan. Monolog ini bertujuan untuk menggerakkan imaginasi pembaca agar menjadi
lebih menarik dan jelas.
(4)Imbas Muka. Ramalan sesuatu peristiwa atau kejadian yang akan atau mungkin berlaku
sama ada pada watak atau masyarakat. Muncul melalui dialog, monolog atau monolog
dalaman. Contohnya audiens dapat meneka Badak akan mendapat malu setelah melihat
peristiwa dia berbohong dihadapan TSADR ketika TSADR melawatnya. Dengan
memasukkan imbas muka dapat mengurangkan ketegangan/saspen pembaca,
memperlahankan plot dan pembaca mendapat bayangan (walau pun samar) apa yang akan
berlaku. Keburukannya ialah mengurangkan ransangan pembaca dan membuatkan pembaca
tidak perlu memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya.
(5)Imbas Kembali. Peristiwa dan kejadian digambarkan semula melalui penceritaan semula
seperti mimpi, ketenangan atau ingatan kepada watak-watak tertentu. Contohnya watak
Badak yang mengenang kembali bagaimana dia berlawan dengan raksasa. Tujuan teknik
imbas kembali digunakan adalah untuk menguatkan makna gambaran sehingga pembaca
mudah faham.

Anda mungkin juga menyukai