Anda di halaman 1dari 3

Penculikan van putih

Nizam dan Ricky berjalan sambil membawa beg sekolah masingmasing. Mereka keluar agak lewat dari sekolah.Tiba-tiba sebuah van
berwarna putih berhenti di hadapan mereka.Secara tiba-tiba dua orang
lelaki yang berbadan tegap dan besar yang memakai topeng hitam keluar
dari van dan menarik mereka masuk kedalam van itu.
Mereka tidak mampu menjerit atau melawan mereka kerana terlalu
terkejut.Dua orang lelaki itu kemudian menekup muka mereka dengan
sehelai kain.Ia berbau seperti klorofom,mereka kemudiannya pengsan
kerana terhidu klorofom itu.sebaik sahaja mereka sedar mereka telah
diikat dan diletakkan di dalam ruang bagasi.Mereka menjerit meminta
tolong tetapi malangnya mulut dan tangan mereka telah diikat supaya
mereka tidak melarikan diri.
Selepas beberapa jam van itu pun berhenti,ruang bagasi pun dibuka
dan mereka ditarik keluar dari van itu.Mereka ternampak sebuah ladang
kelapa sawit,rupa-rupanya mereka berada di tepi jalan yang sunyi dan
suram.Ikatan kain dimulut mereka dibuka,kemudian mereka dipaksa
makan sekeping roti yang sudah berkulat.Mereka menolak makanan itu
kerana takut ianya mengandungi racun.Walaupun tidak mahu mereka
tetap dipaksa makan dengan cara yang kasar oleh penculik-penculik itu.
Mereka pun diikat kembali dan dimasukkan ke dalam ruang bagasi
semula.Perjalanan mereka diteruskan,perjalanan kali ini mengambil masa
yang agak lama.Tiba-tiba mereka terdengar suara seorang lelaki yang
agak garau bercakap dalam bahasa melayu dengan pelat Thailand. Lelaki
itu berkata Sila buka ruang bagasi encik sekarang. Terdengar seorang
lagi lelaki berkata Alah malaslah, nah aku kasi duit ni kat kau buat makan
anak isteri kau.Lelaki itu kemudiannya menerima duit itu lalu
membenarkan mereka pergi.Van itu kembali bergerak,setelah beberapa
lama mereka berhenti di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat,rumah
itu kelihatan gelap dan menakutkan.

Penculik mereka segera mengeluarkan mereka dari ruang bagasi dan


membawa mereka masuk ke sebuah bilik yang terletak di dalam banglo itu.
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an masuk ke dalam bilik.Lelaki itu
membuat perjanjian dengan penculik mereka untuk membeli Nizam dan Ricky
dengan harga RM250 000 seorang.Penculik mereka bersetuju lalu membawa
mereka ke bilik sebelah.Didalam bilik itu terdapat banyak alatan yang tajam
dan sudah berlumuri darah dan terdapat juga meja yang sudah dibasahi darah
sehingga darah menitis ke atas lantai.Nizam dan Ricky ketakutan sehingga
menangis,tiba-tiba seorang lelaki menarik Nizam lalu meletakkan ke atas meja
tadi.Nizam mahu menjerit dan melawan tetapi tidak mampu kerana
kepenatan,manakala Ricky hanya mampu melihat.Tiba-tiba seorang lelaki
yang memakai jubah putih mencucuknya dengan ubat penenang,Nizam
terbaring kaku kesan dari ubat penenang tadi.Dia menghampiri Nizam sambil
memegang skalpel,tiba-tiba mereka terdengar bunyi siren diikuti dengan
deruman kereta polis.Rumah itu diserbu,semua orang di dalamnya ditangkap
dan Nizam juga Ricky diselamatkan.
Kesemua penjahat itu ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk siasatan
lanjut.Nizam dan Ricky diberitahu bahawa ada seorang lelaki yang telah
melihat kejadian tadi lalu menghubungi polis,mereka mengucapkan terima
kasih kepada lelaki itu.Seorang anggota polis memberitahu bahawa mereka
akan dihantar balik ke rumah mereka pada keesokan hari.Mereka berasa
sangat gembira kerana akan kembali ke pangkuan keluarga.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai