Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN JENIS TINDAKAN

Aku meletakkan basikalku di tepi sebuah kedai. Aku masuk ke dalam kedai itu untuk membeli barang yang disuruh oleh ibu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi satu letupan yang sangat kuat. Asapa berkepul-kepul dari arah belakang kedai. Orang ramai menjadi gempar Kebakaran! Tolong! Tolong! Api! Api! suara orang ramai menjerit. Sejurus kemudian, aku lihat api mulai marak di belakang kedai itu. Orang ramai yang sedang membeli barang, bergegas keluar dari kedai. Aku berlari ke pondok telefon di hadapan kedai untuk menghubungi pasukan bomba dan penyelamat. Aku lihat tuan kedai dan beberapa orang pekerjanya berusaha mengeluarkan barang-barang dari kedainya. Aku segera membantu. Begitu juga orang ramai yang berada di situ. Barang-barang yang sempat diangkat dihimpunkan di halaman kedai. Api semakin marak, tuan kedai masih mahu menyelamatkan barangbarangnya. Orang ramai telah menghalangnya. Wang saya masih tertinggal di dalam kedai! jerit pekedai itu sambil meronta-ronta. Kami cuba menenagkan pekedai itu. Setelah dipujuk akhirnnya pekedai itu akur. Sejurus kemudian pasukan bomba dan penyelamat tiba. Mereka terus berusaha memadamkan api agar tidak merebak ke kedai-kedai yang berdekatan. Akhirnya, api dapat dipadamkan. Pasukan bomba memeriksa kawasan dalam kedai. Tuan kedai ikut bersama-sama. Menurut pihak bomba punca kebakaran tersebut masih belum dapat dipastikan. Pihak bomba akan membuat siasatan tentangnya. Pasukan bomba mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memberikan kerjasama. Pihak bomba juga menasihati orang ramai agar sentiasa berhatihati supaya kebakaran dapat dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai