Anda di halaman 1dari 8

KISAH CUCU OMAR MOKHTAR

Pada 1981 filem Lion of the Desert begitu popular mendapat sambutan hangat dari penonton
termasuk Malaysia. Filem itu menceritakan kisah seorang pahlawan Libya bernama Omar
Mokhtar yang menentang pendudukan tentera asing di negaranya. Akhirnya Omar Mokhtar
ditangkap lalu dijatuhi hukuman gantung. Dalam filem itu ada digambarkan seorang Jeneral
memberi tabik hormat kepada jenazah Omar Mokhtar yang tergantung sebagai tanda hormat
di atas keberaniannya.
Tidak lama kemudian Jeneral tersebut pergi ke German. Turut dibawanya isteri Omar
Mokhtar yang amat cantik lalu dijadikan isterinya. Atas permintaan balu Omar Mukhtar itu
maka anak-anak mereka semuanya digandingkan dengan nama Mukhtar. Berpuluh tahun
kemudian seorang cucu perempuan dari balu Omar Mukhtar itu dinamakan Sirun Mokhtar.
Ayah dan ibu Sirun Mokhtar kuat memperjuangkan agama Kristian, kerana itu Sirun Mokhtar
dihantar ke gereja untuk dilatih sebagaifidai pejuang berani mati kristian. Ketika Sirun
Mokhtar berusia enam belas tahun sudah mula dihantar ke merata Negara termasuk Malaysia
ditempatkan di Sabah dan Sarawak.
Kemudian Sirun Mokhtar dihantar ke India ditugaskan menyibarkan agama Kristian di
kawasan penduduk Islam. Akhirnya beliau ditangkap pejuang Islam India lalu dikurung
selama dua minggu.
Semasa dalam kurungan itu Sirun Mokhtar dapat melihat kehidupan pejuang Islam. beliau
juga sering berbual dengan seorang pengawalnya bernama Muhamad yang sering bercerita
mengenai Islam, Tuhan dan Nabi Muhamad saw. Akhirnya Sirun Mokhtar menyatakan ingin
memeluk agama Islam. Mereka menasihatkan Sirun Mokhtar pergi ke Mesir bertemu dengan
Syeikh Azhar.
Setelah Sirun Mokhtar dibebaskan dan pulang ke negaranya. Apabila sampai di rumah
didapati ayah dan ibunya tidak ada lalu naik ke tingkat atas untuk melihat neneknya (balu

Omar Mokhtar). Sirun Mokhtar terkejut apabila melihat neneknya sedang sembahyang.
Rupanya neneknya seorang Islam yang disembunyikan keislamannya.
Sirun Mokhtar juga beritahu neneknya yang dia juga ingin memeluk agama Islam. Kemudian
barulah nenek Sirun Mokhtar yang ketika itu telah berumur hampir 90 tahun menceritakan
asal usul Sirun Mokhtrar adalah dari keturunan Pahlawan Libya Omar Mokhtar.
Sirun Mokhtar pergi ke Mesir lalu memeluk Islam di tangan Syeikh Azhar. Kemudian pulang
ke negaranya. Apabila ayah dan ibunya dapat tahu Sirun Mokhtar sudah memeluk Islam
beliau dikurung dipukul. diugut dan diseksa oleh ibu dan ayah sendiri. Mereka merasa sangat
malu kerana anak mereka memeluk Islam sedangfkan mereka penganut setia Kristian.
Mereka lebih rela Sirun Mokhtar mati dari hidup sebagai Islam.
Neneknya tidak tertahan melihat cucunya diperlakukan sedemikian rupa lalu meminta
persatuan Agama Islam Jerman untuk membantu Sirun Mokhtar melarikan diri ke Mesir.
Tetapi ibu ayahnya dapat mengetahu perkara tersebut lalu memasang perangkap.
Semasa Sirun Mokhtar berada di airport ada seorang lelaki datang kepada nya lalu
memberinya bungkusan yang dikatakan sebagai hadiah.Tanpa rasa syak apa isinya, Sirun
Mokhtar terus membawa bungkusan tersebut ke Mesir. Di airport Mesir dia ditahan. Rupanya
hadiah yang dibawanya itu berisi dadah yang dikirimkan oleh ibu ayahnya. Mereka telah
merancang agar Sirun Mokhtar ditangkap dan dihukum gantung .
Sirun Mokhtar ditangkap polis Mesir dan dijatuhkan hukuman mati. Atas campur tangan dan
rayuan Syeikh Azhar hukuman terhadap Sirun Mokhtar direngankan kepada penjara 25
tahun
Pada April 1994, 18 pelajar Arqam yang ditahan polis gara-gara mengambil alamat pelajar di
sebuah Taman Antarabangsa di Mesir. Mereka ditahan selama 41 hari pelbagai pengalaman
menarik yang mereka lalui termasuk tidur dalam lokap dan akhirnya dihantar ke penjara. Di
penjara itu pelbagai kisah menarik yang mereka lalui antaranya bertemu dengan Sirun
Mokhtar...

PENJARA QANATER
6 daripada 19 pelajar Arqam yang ditahan di penjara Khalifah dikeluarkan lalu dipisahkan
dengan kawan-kawannya.Walaupun terpaksa berpisah dan walaupun tidak tahu ke mana
mahu dibawa tidak ada pula yang membantah. Malah merayu pun tidak. Mereka telah dididik
reda dengan apa saja yang berlaku. Cuma sebelum berpisah mereka sempat bersalaman serta
berpelukan.
Kalau kita tak jumpa lagi di dunia pasti jumpa di akhirat, bisik Azwa kepada kawankawannya.
Mereka diKeluarkan dari Penjara Khalifah dibawa menaiki trak biru ke tempat yang mereka
pun tidak tahu. Trak itu tidak mempunyai kerusi hanya tingkap kecil berjaring di paras muka.
Sebaik saja keluar dari kawasan penjara Khalifah, truk yang mereka naiki memecut laju di
jalan raya. Kedengaran bunyi deruan kereta dan hon yang membingitkan. ltulah watak orang
Mesir membawa kereta dengan menekan hon bersahut-sahutan. Ia telah menjadi budaya
mereka. Sekali-sekala mereka berdiri di tingkap kecil untuk mengesan ke arah mana mereka
dibawa. Bila trak berhenti di lampu isyarat, mereka cepat menundukkan kepala malu kalau
dilihat orang di luar.
Bukankah sebelum ini kita sering melihat truk ini dijalanan membawa tahanan Ikhwan
Muslimin, kata Aswa yang berdiri melihat keluar dari tingkat kecil truk itu.
Benar dan biasanya mereka akan bertakbir sepanjang perjalanan, sokong Jamilah.
Sekarang truk ini digunakan membawa kita ke tempat yang kita tak tahu, kata Muna pula.
Apakah kita akan diperlukukan seperti tawanan Ikhwan Muslimin? tanya Nurul pula.
Ikhwan Muslimin menentang kerajaan Mesir, sedangkan kita tak menentang mereka, kata
Azwa pula.
Masing-masing cuba menyembunyikan rasa cemas diri sendiri demi untuk saling menguatkan
antara satu sama lain. Namun debaran di hati Tuhan saja yang tahu kerana mereka tidak tahu
ke mana lagi akan dibawa.
Wahai Tuhanku dan wahai guruku Abuya Ustaz Ashaari, kalau ini sebagai hukuman dosa
kami dan kalau seorang saja yang perlu dikorbankan, biarlah saya ini orangnya. Lepaskanlah
kawan-kawanku, rintih hati Azwa.
Dia tidak sanggup melihat kawan-kawannya diuji. Lebih-lebih lagi Muna yang masih demam
panas. Ditambah pula bila mereka terpaksa berpisah dengan tiga belas orang yang lain di
Penjara Khalifah. Sedangkan mereka tidak boleh berbahasa Arab dengan fasih kerana baru
dua bulan di Mesir.
Oh Tuhanku peliharalah mereka..Abuya Ustaz Ashaari tolonglah doakan mereka, Azwa
menangis merintih sendirian.

"Kita muhasabah, taubat dan tawasul terus ya, ujar Lela memecah suasana yang sepi.
Jika begitu mari kita duduk isi masa yang ada dengan berwirid, bertaubat dan
bertawasul,kata Latifah.
Setelah truk itu berjalan hampir satu jam mereka pun sampai ke tempat yang dituju. Truk itu
berhenti, pintu dibuka dan mereka disuruh turun. Memandangkan trak yang tinggi itu hanya
dengan dua mata tangga saja, mereka terpaksa turun dengan berhati-hati.
Mereka lihat kawasan sekitar. Di satu terdapat kawasan ladang kurma yang bersih dengan
pasirnya yang putih. Di hadapan mereka terdapat bangunan tembok yang cukup besar. Sambil
berbaris mereka masuk melalui pintu gerbang yang hanya dibuka pintu kecilnya. Kemudian
mereka diminta menunggu di tempat kawasan yang disediakan untuk menunggu.
Di kawasan dalam tembok batu itu terdapat beberapa buah bangunan seperti asrama yang
tersusun. Di tengah lapangan ada pokok besar dengan kerusi batu di bawahnya. Di situ
terdapat ramai wanita yang memakai jubah labuh berwarna putih dengan selendang putih di
kepala. Ada yang hanya diletak di bahu. Ada yang duduk bersantai beramai-ramai di bawah
pohon. Ada yang sedang melepak di balkoni bangunan dan ada juga yang sedang berkejaran
antara satu sama lain.
Macam sekolah kita di Batu Hampar, ujar Nurul mengingatkan mereka kenangan sewaktu
sekolah dahulu.
Ramai penghuninya. Apa nama tempat ini? Soal Nurul.
Tak tahulah. Tak sempat nak baca habis di pintu gerbang tadi. Ana sempat baca pusat
pemulihan saja, jawab Latifah.
Kita kena pakai baju macam tu juga ke? tanya Jamilah.
Tunggu jelah apa yang mereka nak arahkan kita, Lela yang lama berdiri menjawab sambil
mengambil batu yang berada berhampirannya.
Lalu dia duduk di atasnya diikuti dengan yang lain yang sudah kepenatan menunggu sambil
berdiri. Tiba-tiba datang seorang lelaki tinggi berbadan tegap berwibawa seperti seorang
pegawai tinggi dengan diiringi dua orang perempuan dengan pakaian seragam kemas.
Ahlan wa sahlan, saya Usom. Saya penyelia penjara ini. lni adalah Penjara Qanater tempat
untuk pemulihan bagi mereka yang terlibat dengan kes jenayah. Saudari sekalian ditahan atas
tahanan khas kerana kes saudari sekalian masih di dalam pantauan Rais Amni Dauli (Ketua
Keselamatan Antarabangsa).

Bertawassul Dalam Penjara Khalifah


19 pelajar Arqam ditahan polis Mesir atas kesalahan yang mereka sendiri tidak
mengetahuinyaikuti sambungan kisahnya...
Setelah bermalam dalam lokap balai polis maka keesokan harinya mereka dipindahkan ke
Penjara Khalifah iaitu tempat transit bagi tahanan yang akan ke penjara lain atau menunggu
urusan pembebasan mereka.
Para pelajar Arqam itu mula resah mengenangkan nasib mereka. Namun mereka pasrah
kepada Tuhan. Hati hanya bergantung kepadaNya. Tiada siapa yang boleh menyelamatkan
mereka kecuali Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Mereka dibawa masuk ke dalam bangunan yang usang dan tidak terurus. Sampah-sarap
berselerakan. Sampai di tingkat satu, pintu bilik dibuka lalu dibawa masuk ke bilik yang
sederhana besar. Di dalamnya sudah ramai tahanan dari kalangan perempuan dewasa. Mereka
terkejut melihat kedatangan para pelajar Arqam seramai sembilan belas orang. Mereka pun
bersalaman sebagai tanda perkenalan.
Min wein? tanya seorang perempuan dalam lingkungan lima puluhan dengan suara garau
loghat Arab Jordan.
Min Malizia Latifah menjawab.
Dalam bilik itu sudah penuh dengan tahanan Arab. Para pelajar Arqam duduk di tengahtengah mereka. Keadaan yang sesak membuatkan mereka hanya mampu tidur sambil duduk
atau berbaring dalam keadaan merengkok di celah kawan-kawan. Kadang-kadang mereka
bergilir memberi keselesaaan pada kawan-kawan yang lain. Tempat tahanan yang lain tidak
ganggu kerana mereka sangat menguasai suasana. Mereka perlu berhati-hati berhadapan
dengan mereka kerana sesama mereka pun selalu saja berlaku pertengkaran.
Kesusahan berada dalam penjara bertambah lagi bilamana dua orang kawan mereka, Muna
dan Tasnim demam panas yang bersangatan. Mujur ada juga ubat yang dibawa oleh Lela
membantu mengurangkan kesakitan mereka. Alhamdulillah.
Selain terpaksa duduk dalam keadaan sesak, mereka juga terpaksa banyak kali memejamkan
mata kerana sikap tahanan yang tidak mempunyai perasaan malu kerana suka berbogel.
Apabila keluar dari bilik air mereka membawa sebaldi air sambil sengaja mandi dan
bernyanyi di depan para pelajar itu tanpa seurat benang pun. Kadangkala mereka disuruh
berdiri di luar dengan alasan mahu membasuh lantai.
Berapa lama kita harus berada di sini? tanya Muna yang masih kurang sihat.
Kawan-kawan kita yang terlepas tidak kena tangkap tentu sudah melaporkan perkara ini
kepada pemimpin kita. Mereka pasti sedang berusaha membebaskan kita, pujuk Azwa bagi
menenangkan hati kawan-kawannya.
Atau mungkin mereka tidak tahu kita berada di sinikata Leha pula.
Oh Tuhan, tolonglah kami atas nama mursyid kami Abuya. Rintihnya.

Abuya Ustaz Ashaari mengajar kita bersiap lebih awal setiap kali masuk waktu solat, kata
Azwa mengingatkan kawan-kawannya.
Kami tak lupajawab mereka.
Mereka pun bersiap untuk solat berjemaah. Seperti biasa sebelum masuk waktu solat mereka
berselawat dulu seperti mana yang biasa mereka lakukan. Suara mereka bergema di sekitar
sel kurungan itu membuat ramai tahanan yang lain datang melihatnya. Dan apabila masuk
waktu mereka pun solat berjemaah. Para tahanan wanita yang lain memerhati sahaja. Tidak
seorang pun yang bersolat.
Selepas sembahyang mereka membaca doa jihad, likhamsatun serta doa taubat. Selepas solat
Subuh dan Maghrib pula mereka bertahlil. Para tahanan yang mulanya kelihatan semacam
pelik sudah mula tenang dan air muka mereka sudah nampak jinak. Mereka terus
memerhatikan apa saja yang pelajar-pelajar Arqam itu lakukan.
Kita sambung dengan nasyid, cadang seorang daripada mereka.
Mereka pun bernasyid bagi menghiburkan hati sendiri dan para tahanan lain dengan
mengharapkan sentuhan karamah mursyid. Ternyata ia amat berkesan. Para tahanan yang
sedang memerhatikan mereka nampak terhibur.
Mari kita bertawasul untuk mereka. Mudah-mudahan dengan karamah Abuya mereka mahu
sembahyang serta mendapat taufiq dan hidayah dari Allah, cadang Cikgu Aisyah.
Cikgu Aisyah adalah salah seorang isteri pemimpin jemaah yang baru dua bulan berada di
Mesir. Dia turut ditahan bersama pelajar Arqam di dalam penjara itu. Usaha mereka dapat
menjinakkan hati penghuni penjara itu. Mereka mula serasi dengan keadaan dan bermesra
dengan penghuni yang lain.
Mereka mula berkenalan dengan Mama Almas dari Amman Jordan. Dia sudah menjalani
hukuman penjara selama dua puluh lima tahun, dalam proses dihantar pulang ke Jordan. Dia
dihukum penjara kerana membunuh kawan seperniagaannya. Perwatakannya seperti orang
kaya dan sel mereka sering menjadi riuh rendah dengan suaranya yang garau. Lebih-lebih
lagi bila bertikam lidah dengan Ummu Faruk seorang tahanan yang juga menunggu urusan
untuk pulang ke kampungnya di Mansura. Apabila berlaku pertengkaran antara Mama Almas
dengan Ummu Faruk maka Jamilah selalu menjadi orang tengah.
lsbiri, lsbiri, khalas, khalas, kata Jamilah sambil mengurut belakang Ummu Faruk. Dan
selepas bertikam lidah mereka ketawa semula. Begitulah sikap orang Arab walaupun sedang
berada dalam penjara.
Mereka juga dapat berkenalan dengan satu keluarga dari Pakistan iaitu Sima dan dua orang
anaknya yang masih kecil. Mereka ditahan kerana tinggal di Mesir tanpa visa. Mereka juga
sedang diuruskan untuk dihantar balik ke Pakistan. Sima selalu menangis mengadu kepada
para pelajar Arqam itu.
Walaupun tidak memahami bahasa Urdunnya, Khaulah dan ljah seolah-olah memahami
bahasa hatinya yang dalam kesusahan. Khaulah dan ljah menasihatinya dengan bahasa isyarat
mengangkat tangan bertakbir dan berdoa mengajak dia meminta dan berserah diri kepada

Tuhan. Sungguh ajaib, berkat bertawasul Tuhan memberi hidayah kepada Sima. Dia mula
bersembahyang dan berdoa sambil menangis meminta pertolongan dari Tuhan. Perubahan
Sima di dalam bilik tahanan menjadi tontonan tahanan yang lain.
Tidak lama kemudian sudah ada tahanan selain Sima yang mahu belajar sembahyang dan
mengikut mereka sembahyang walaupun masih belum pandai membaca bacaan dalam
sembahyang.
Mama Almas pun begitu. Di dalam sifat garangnya, rupanya dia juga mula terkesan dengan
sentuhan kalbu yang diajar Ustaz Ashaari kepada pelajar-pelajar Arqam itu. Mama Almas
mula merendahkan dirinya minta diajarkan tentang mengenal Tuhan. Dia dan Ummu Faruk
bertanya siapa yang mengajar pelajar-pelajar Arqam itu mengamalkan Islam. Di kesempatan
itu mereka pun memperkenalkan siapa Ustaz Ashaari Muhamad dan mereka sangat
menerima.
Setelah tiga hari berada di penjara Khalifah datang Abu Rafiq menziarahi mereka. Sebagai
ketua kepimpinan di Mesir beliau sangat cemas. Dan sedang berusaha untuk meminta pihak
Kedutaan Malaysia Mesir memberi kerjasama menyelesaikan masalah.
Mereka juga sempat mengirim surat pada kawan-kawan di rumah untuk bertukar-tukar
perkembangan dan meminta tolong menukar pakaian dan barang keperluan. Bermula dari
saat itulah mereka selalu didatangi pihak ustaz dari markaz untuk mereka bertukar-pakaian
bersih. Mereka juga berpeluang mendapatkan barang keperluan sendiri. Sistem di bilik
tahanan sangat menyusahkan untuk mereka membasuh pakaian sendiri.
Hari keenam di Penjara Khalifah, tiba-tiba pengawal datang lalu mengumumkan di pintu
nama Azwa, Latifah , Jamilah, Muna , Nurul dan Lela supaya siap berpindah dari Penjara
Khalifah ke destinasi yang mereka tidak tahu. Kami pun bersalaman dan berpelukan dengan
kawan-kawan yang terpaksa ditinggalkan.

Anda mungkin juga menyukai