Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN KELAS 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi


Peti Surat 190, 89058 Kudat Sabah, Malaysia
Tel / Fax : 088-677431


Email : smk_banggi@yahoo.com

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS (PKK) SMK BANGGI 2011


TEMA: KE ARAH KELAS KONDUSIF, SUATU TRANFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KERJASAMA UNIT 3K SMK BANGGI 2011

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN KELAS 2011

Pendahuluan Program 3K merupakan satu program yang menjurus ke arah menghasilkan suasana persekitaran sekolah yang memberangsangkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3K merujuk kepada Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan. Secara amnya jika ketiga-tiga elemen ini diterapkan ke dalam suasana persekitaran sekolah, sudah pasti para guru dan pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan itu, pihak pentadbiran SMK Banggi dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan unit 3K sekolah mengambil inisiatif menganjurkan projek keceriaan kelas kerana yakin, minda pelajar akan teransang sekiranya persekitaran kelas yang kondusif, bersih dan ceria dapat diwujudkan. Bermula sesi 2011, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Keceriaan Kelas (PKK) ini. Objektif Program Mewujudkan kelas yang bersih, ceria dan tersusun bagi membolehkan P&P berjalan dalam keadaan kondusif Mewujudkan warga sekolah sihat yang mengamalkan nilai murni mencintai kebersihan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian Mengelakkan wujudnya tempat penyebaran penyakit bawaan vektor seperti Denggi yang mungkin membiak di tempat-tempat yang terbiar dan kotor di kawasan kelas atau sekolah Menanamkan sikap bertanggung jawab dan bekerja sama dalam diri warga SMK Banggi melalu program ini Meningkatkan kretiviti dan imiginasi warga SMK Banggi disamping mewujudkan budaya inovasi dan berfikir di luar kotak. Kumpulan Sasaran Seluruh warga SMK Banggi, guru-guru kelas dan pelajar setiap kelas di SMK Banggi Tempoh Pelaksanaan Program Sepanjang tahun 2011 Urusetian program Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha I Setiausaha II Ajk

: Pengetua (Encik Rozlan Bin Hashim) : PK HEM (Puan Aslina Binti Abdullah) : Encik Tajul Rosli Bin Shuib (Penyelaras) : Guru Penyelaras 3K (Encik Mohd Zulhakimi Bin Zulkepli) : Semua PK Guru B&K Guru Penyelaras Kesihatan Guru Penyelaras Keselamatan Guru Penyelaras Kebersihan Guru Kelas

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN KELAS 2011

Guru Bertugas Mingguan

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN KELAS 2011

Perbelanjaan / peralatan yang dipohon No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Alatan Penyapu sampah Penyodok sampah Pemadam papan putih Tong sampah Manila kad Pen marker Peruntukkan RM 100 setiap kelas Kuantiti 2 (setiap kelas) 1(setiap kelas) 1(setiap kelas) 1(setiap kelas) 5 (setiap kelas) 3 (setiap kelas) 23 kelas Jumlah 46 23 23 23 115 69 RM 2300 Keseluruhan (RM)

RM 2300

Peruntukkan ini digunakan oleh guru kelas untuk membeli alatan wajib seperti jam dinding, mangga bagi mengunci pintu kelas, lapik meja guru, cermin, calendar dan beberapa alatan lain yang difikirkan perlu Dilarang menggunakan wang peruntukkan ini untuk membeli kepentingan pribadi guru. Setiap pembelian harus dilampirkan dengan resit dan borang yang disertakan Kegagalan melengkapkan prosedur tersebut boleh dianggap cuai dan tidak amanah dan boleh dikenakan panalti jika disabitkan kesalahan Penutup Diharapkan projek ini mendapat kerjasama dari semua guru bagi meningkatkan lagi imej sekolah. Usaha ini diharap dapat melahirkan warga sekolah yang lebih menghargai kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Sesungguhnya unit 3K akan mendokong segala usaha ke arah penjanaan tranformasi SMK Banggi sebagai SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2014. . Disediakan Oleh; ... MOHD ZULHAKIMI BIN ZULKEPLI PENYELARAS UNIT 3K SMK BANGGI 2011 Diluluskan Oleh: . ROZLAN BIN HASHIM PENGETUA SMK BANGGI

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN KELAS 2011

BORANG PENGGUNAAN PERUNTUKKAN PROGRAM KECERIAAN KELAS (PKK) TAHUN 2011 NAMA GURU :KELAS :.. Bil Alatan Yang Dibeli Kuantiti Harga

Sila lampirkan resit pembelian. Sebarang masalah sila berhubung Penyelaras 3K sekolah. Pengakuan Saya. Guru kelas sesungguhnya mengaku telah membelanjakan wang peruntukkan mengikut garis panduan yang telah diberikan. Saya bertanggung jawab sepenuhnya di atas perbelanjaan yang telah dibuat. Sekian terima kasih

Tandatangan : Nama : Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai