Anda di halaman 1dari 34

LAMPIRAN A

KEMENTERIANKEMAJUANDESADAN
WILAYAH

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM
SALAM DI TABIKA KEMAS
TAHUN 2023

BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
(KEMAS)
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

1. TUJUAN
Garis Panduan ini disediakan sebagai rujukan bagi membantu Pendidik
Masyarakat (PM) TABIKA KEMAS dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran di
kelas masing-masing dalam tempoh tiga (3) bulan proses peralihan/ tansisi
kanak-kanak masuk ke alam persekolahan.

2. LATAR BELAKANG
2.1. Program SA.LA.M (Sahsiah Lambang Modal Insan Unggul) merupakan
platform yang disediakan mulai tahun 2021 bagi menggantikan Modul 3
Bulan Tanpa Buku yang telah dilaksanakan di TABIKA KEMAS sebelum ini.

2.2. Bersesuaian dengan nama program yang telah dijenamakan semula ini,
matlamat utama program adalah membentuk sahsiah diri kanak-kanak yang
unggul dalam tempoh tansisi/ pengenalan sesi persekolahan disamping
melahirkan kanak-kanak “Ceria, Cerdas & Cerdik”.

2.3. Seiring dengan matlamat ini, pengisian dan strategi pelaksanaan


pembelajaran di kelas sepanjang Program SALAM juga menekankan aspek
“hands on” serta konsep “belajar melalui bermain” supaya proses
pengenalan ke alam persekolahan dapat dijalankan dengan lebih bermakna.

2.4. Garis Panduan ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir KEMAS Negeri serta
KEMAS Daerah dalam membantu kanak-kanak TABIKA KEMAS menghadapi
perubahan alam persekolahan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran
yang baru.

3. OBJEKTIF

BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1


GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

3.1. Menyediakan aktiviti pembelajaran yang boleh membentuk keperibadian


serta perwatakan berdasarkan prinsip kekuatan moral dan insaniah;

3.2. Membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam proses peralihan dari


rumah ke TABIKA;

3.3. Merangsang perkembangan SEFIR dan sekaligus melahirkan kanak-kanak


yang Ceria, Cerdas & Cerdik; dan

3.4. Meningkatkan kreativiti serta pemikiran kritis kanak-kanak dan pendidik


melalui penggunaan bahan maujud (sekeliling/ sedia ada) tanpa
menggunakan lembaran kerja/ buku aktiviti.

4. PENGISIAN
4.1. Pelbagai pengisian berkonsepkan belajar melalui bermain atau aktiviti
boleh dijalankan sepanjang tempoh Program SALAM. Namun,
aktiviti pembelajaran perlulah dirancang mengikut tahap perkembangan
kanak-kanak.

4.2. Aktiviti pembelajaran Program SALAM merangkumi 12 minggu dengan


focus utama seperti berikut:

BIL MINGGU FOKUS RUJUKAN


1 1–2 Orientasi GP Amalan Kebersihan, PPI,
• Aktiviti Suai Kenal PEERS, SIVIK & English Is Fun
• Aktiviti Awal
• Amalan Kebersihan
• Sahsiah Diri

2 3–4 Bertema Modul Patriotik


• Diri Saya
BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL MINGGU FOKUS RUJUKAN


• Saya & Keluarga
• Saya & Rakan
• Saya & Sekolah
3 5–6 Bertema Modul Keyakinan Diri
• Haiwan
4 7–8 Aktiviti STREAM Modul e-STREAM (Medical
• Medical Science Science)
(Pemakanan)
5 9 – 10 Pendekatan Berasaskan Projek pelaksanaan mengikut
(Projek Pendek) perancangan masing-masing
• Pintar Botani (Fasa 1 & 2)
6 11 - 12 Pendekatan Berasaskan Projek pelaksanaan mengikut
(Projek Pendek) perancangan masing-masing
• Pintar Botani (Fasa 3)

4.3. Cadangan pengisian boleh dirumuskan seperti Jadual 1.1 di Lampiran A1.
PM TABIKA perlu digabungjalin dengan tunjang berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) supaya semua perkembangan
atau objektif pembelajaran dapat dicapai.

4.4. Aktiviti pembelajaran yang dirancang juga perlu memberi fokus kepada
kemahiran literasi awal (membaca, menulis dan aktiviti motor halus yang
bersesuaian dengan perkembangan/ usia kanak-kanak);

4.5.PM TABIKA boleh memuat turun bahan pembelajaran digital serta rujukan
modul-modul pembelajaran berkaitan melalui pautan
https://tinyurl.com/modulkemas ATAU https://tinyurl.com/medicalstream

5. KAEDAH PELAKSANAAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3


GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

5.1. Program SALAM ini dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan mengikut
fokus seperti para 4.2 melibatkan semua kanak-kanak TABIKA KEMAS
berusia 4-6 tahun. Tempoh tiga (3) bulan adalah dari tarikh pertama sesi
persekolahan bermula.

5.2. PM TABIKA dinasihatkan untuk menggunakan berkonsep belajar melalui


bermain serta yang boleh dilaksanakan menerusi:
5.2.1. Pendekatan bertema; dan
5.2.2. Pendekatan Berasakan Projek (Projek Pendek).

5.3. Rumusan tindakan program bagi setiap peringkat adalah seperti berikut:
BI
PERKARA TINDAKAN
L
1 Merancang, melaksanakan & merekod pelaksanaan aktiviti. PM TABIKA

2 Memantau dan memastikan aktiviti dilaksanakan serta direkod. PP PAK

3 Memastikan Program SALAM dilaksanakan mengikut GP yang KEMAS


ditetapkan. Negeri

5.4. Sepanjang pelaksanaan Program SALAM adalah dinasihati supaya:


5.4.1. PM TABIKA perlu merancang aktiviti dan mengenalpasti SK/ SP
yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak;
5.4.2. PM TABIKA perlu memastikan kemahiran literasi awal
didedahkan kepada kanak-kanak secara bersepadu dengan
aktiviti yang dilaksanakan
5.4.3. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti adalah digalakkan. Cth:
Menyediakan bahan kitar semula; dan

BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4


GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

5.4.4. PM TABIKA perlu menulis aktiviti yang dirancang dalam RPH bagi
tujuan rekod.

5.5Program ini perlu dijelaskan kepada ibubapa/ penjaga dan pelaksanaan


aktiviti sepanjang Program SALAM merupakan aktiviti pembelajaran
kanak-kanak yang bermakna sebagai pengenalan awal mereka kepada sesi
persekolahan di TABIKA KEMAS.

6. PELAPORAN
6.1. Semua aktivitI Program SALAM perlu direkod bagi tujuan pentaksiran. PM
TABIKA digalakkan untuk memuat naik aktiviti pembelajaran serta hasil
kanak-kanak menerusi media sosial dengan tanda pagar berikut:

#salamdikemas2023
#sahsiah2023
#imkemas

6.2. RPH perlu dicatit mengikut perancangan berkenaan dan membuat refleksi
sewajarnya bagi tujuan pentaksiran.

6.3. PM TABIKA melaporkan pelaksanaan aktiviti PdPR mengikut surat arahan/


garis panduan yang berkuat kuasa bagi tujuan pemantauan.

BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 5


GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

7. PENUTUP
Adalah diharapkan Program SALAM dapat memberi impak kepada sahsiah kanak-
kanak kerana setiap aktiviti bersifat holistik dan tidak tertumpu kepada
kemahiran membaca, menulis dan mengira semata-mata. Pelaksanaan aktiviti
secara serta menjadikan program ini lebih
bermakna kepada perkembangan kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar
melalui pengalaman/ penerokaan sebenar (tidak bergantung sepenuhnya kepada
helaian kerja/ buku aktiviti).

Bahagian Pendidikan Awal Kanak- Kanak (BPAK)


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Mac 2023

BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 6


GP PELAKSANAAN PROG RAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

LAMPIRAN A1

JADUAL 1.1: CADANGAN AKTIVITI PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

MINGGU FOKUS AKTIVITI


Orientasi • Minggu orientasi memberikan penekanan kepada aktiviti pengenalan yang akan membantu
(1 – 2) kanak-kanak menghadapi pengalaman baru di TABIKA

• Aktiviti yang dirangka akan dapat membimbing kanak-kanak menyesuaikan diri dengan situasi
persekitaran

• Antara contoh aktiviti orientasi yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

MINGGU 1

AKTIVITI PENGISIAN RUJUKAN


• Memberi Salam MKD (RUTIN)
• Menyusun Kasut
Aktiviti Awal • Mencuci Tangan
• Membaca Doa PPI
• Adab di TABIKA
Penggunaan Tandas • Meminta izin sebelum ke tandas MKD (RUTIN)
• Mengenalpasti simbol jantina pada tandas
• Membaca doa masuk tandas
GP PELAKSANAAN PROG RAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

MINGGU FOKUS AKTIVITI

MINGGU 1 (SAMB…)

AKTIVITI PENGISIAN RUJUKAN


Sarapan dan Minum • Beratur & mencuci tangan mengikut MKD (RUTIN)
Pagi barisan
• Membaca doa makan
• Bercerita mengenai makanan

Kebersihan Diri • Etika Ketrampilan Diri MKD (RUTIN)


• Etika Hidup Sihat
• Langkah mencegah penyakit berjangkit
• Amalan Kebersihan Diri

Norma Baharu • Kesedaran berkaitan Covid-19 GP Amalan Kebersihan


• Amalkan Norma Baharu Elakkan 3S (AK)
GP PELAKSANAAN PROG RAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

MINGGU FOKUS AKTIVITI

MINGGU 2

AKTIVITI PENGISIAN RUJUKAN


Kebersihan Ruang • Ruang Pembelajaran GP Amalan Kebersihan (AK)
• Tandas
• Ruang luar kelas (cth: Pintar Botani

Kebersihan Peralatan • Peralatan dalam kelas (cth: BBM) GP Amalan Kebersihan (AK)
• Peralata luar kelas (cth: rak kasut)

English is Fun • English is Fun







PEERS • Sentuhan selamat & tidak selamat Modul PEERS
• Badan Saya Kepunyaan Saya
GP PELAKSANAAN PROG RAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

MINGGU FOKUS AKTIVITI

MINGGU 2 (SAMB…)

AKTIVITI PENGISIAN RUJUKAN


SIVIK • Saya sedia membantu Modul SIVIK
• Sekolah saya tanggungjawab saya
• Jom bersihkan sekolah
• Saya anak Malaysia

3–4 • Aktiviti Pembelajaran dilaksanakan menggunakan Pendekatan Bertema.

• Modul Patriotik akan digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan aktiviti ini.

• Ianya akan menggabungjalinkan semua tunjang yang dapat membantu kanak-kanak


menghubungkan di antara pemahaman, kemahiran dan sikap.

• Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

MINGGU 3 – 4
AKTIVITI PENGISIAN RUJUKAN
Rutin Pagi • Ikrar Rukun Negara Modul Patriotik
• Bacaan Doa
GP PELAKSANAAN PROG RAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

MINGGU FOKUS AKTIVITI

MINGGU 3 – 4 (SAMB…)

AKTIVITI PENGISIAN RUJUKAN


Perbualan Awal BICARA CILIK Modul Patriotik
• Diri Saya
• Keluarga Tersayang
• Rakan Baikku
• Tabikaku Indah

Aktiviti PdP DIRI SAYA


• Dadu Pintar
• Bertuahnya saya
• Jom Susun

SAYA & KELUARGA


• Sayang Selalu

SAYA & RAKAN


• Kempen Mesra Rakan
• Puppet Tangan Siapa Saya

SAYA & SEKOLAH


• Peraturan kelas
GP PELAKSANAAN PROG RAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

MINGGU FOKUS AKTIVITI


• TABIKAku Sayang

5–6 • Aktiviti Pembelajaran dilaksanakan menggunakan Pendekatan Bertema.

• Modul Keyakinan Diri akan digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan aktiviti ini.

• Aktiviti yang dilaksanakan memberi fokus untuk meningkatkan kemahiran bersosialisasi serta
kendiri positif kanak-kanak.

• Rujuk Strategi Pelaksanan Modul Keyakinan Diri bertemakan haiwan (Lamb Craft) seperti
LAMPIRAN 1

7–8 • Aktiviti STREAM akan digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan aktiviti ini. Namun, aktiviti
tidak semestinya menggunakan ruang pembelajaran.

• Aktiviti mengaplikasikan kemahiran proses sains serta semua elemen lain dalam Pendidikan
STREAM ( )

• Rujuk Strategi Pelaksanan Aktiviti STREAM bertemakan seperti LAMPIRAN 2


yang merangkumi aktiviti berikut:

AKTIVITI PENGISIAN RUJUKAN


BAHASA HEALTHY & UNHEALTHY FOOD Modul STREAM
- Bersoal jawab berkaitan penjagaan (Medical Science)
pemakanan
PENEROKAAN PENCERNAAN
GP PELAKSANAAN PROG RAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

MINGGU FOKUS AKTIVITI


- Membuat pemerhatian dan penerokaan
sistem pencernaan manusia

AKTIVITI PENGISIAN RUJUKAN


KRAF & KREATIF SUKU-SUKU SEPARUH Modul STREAM
- Menghasilkan pinggan suku suku separuh (Medical Science)
INOVASI PIRAMID MAKANAN
- Menghasilkan binaan piramid makanan
MAIN PERANAN PERUT SAYA SAKIT
- Melakonkan situasi di klinik antara pesakit
dan doktor
FIZIKAL DAM JOM SIHAT..
- Melakukan aktiviti di luar kelas dengan
bermain dam sihat @ sukaneka Jom Sihat

9 – 12 • Pendekatan berasaskan projek (projek pendek) akan digunakan sepenuhnya dalam


melaksanakan aktiviti ini.

• Aktiviti projek dilaksanakan menggunakan Taman Pintar Botani di kelas masing-masing


GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

LAMPIRAN 1

STRATEGI PELAKSANAAN PENDEKATAN BERTEMA


MODUL KEYAKINAN DIRI (MKD)

TEMA : HAIWAN TERNAKAN


TAJUK : LAMB CRAFT

B PERKARA CATATAN
I
L
1 STANDAR KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif
D dalam penghasilan karya seni
KANDUNG (Ekspresi
AN Kreatif)

2 STANDAR KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif


D
PEMBELA
JARAN
TUNJANG SA 3.3.1 Menamakan haiwan
YANG
DISEPADU SA 3.3.6 Membanding dan membeza
KAN haiwan mengikut makanan
utamanya:

ii) Haiwan yang makan


tumbuh- tumbuhan

KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu:


i) Sabar
ii) Berdikari
iii) Berkeyakinan

3 BBM Cawan, kertas, pinggan kertas, tin kosong, kotak, kapas ( ),


kain felt, penyepit baju (kayu), gam, gunting, kertas keras, tisu, belon,
pen marker dan
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

B PERKARA CATATAN
I
L
4 KEMAHIR
KENDIRI POSITIF SOSIAL
AN
i) Yakin i) Berkongsi
ii) Berani ii) Keterlibatan
iii) Sabar iii) Menyelesaikan Masalah
iv) Berdikari iv) Berkomunikasi
v) Faham perasaan diri sendiri
vi) Ekspresi
vii)Mengawal Perasaan

5 OBJEKTIF i) Kanak-kanak dapat menghasilkan Lamb secara berdikari.


ii) Kanak-kanak yakin dan sabar semasa membuat Lamb Craft.
iii) Kanak-kanak boleh menamakan haiwan

6 STRATEG 1. Nyanyian lagu “Pak Atan Ada Ladang”


I 2. Guru menayangkan slide gambar pelbagai rupa biri-biri.
PELAKSA 3. Guru memperkenalkan bahan-bahan untuk pelaksanaan aktiviti
NAAN
4. Kanak-kanak membuat aktiviti Lamb kreativiti
mereka dengan menggunakan bahan yang mereka kehendaki
Contoh:

i) Mengambil bahan-bahan untuk pelaksanaan aktiviti


(bebas memilih bahan).
ii) Mewarnakan bahagian bawah penyepit baju dengan
menggunakan pen marker sebagai tapak kaki kambing
biri- biri.
ii) Melekatkan penyepit baju pada bahagian atas cawan kertas
sebagai kaki kambing biri-biri.
iii) Melekatkan kapas pada bahagian badan cawan.
iv) Melekatkan telinga, mata dan mulut di bahagian kepala
kambing biri-biri.

5. Setelah siap, setiap kanak-kanak bercerita tentang hasil


di hadapan kelas.
6. Hasil kerja kanak-kanak dipamerkan di sudut pameran.
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

B PERKARA CATATAN
I
L
7 CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI
1. Mengenal pasti tema yang sesuai
- Guru mengenalpasti tema yang sesuai berdasarkan peristiwa semasa, minat dan
pengetahuan sedia ada kanak-kanak

2. Menjana idea berkaitan dengan tema


- Guru perlu menyediakan bahan-bahan atau peralatan yang berkaitan yang
mampu merangsang minda kanak-kanak
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

B PERKARA CATATAN
I
L

3. Mencipta web tema


- Guru mencatat idea yang diberi oleh kanak-kanak dalam bentuk web

4. Membuat sumbangsaran berdasarkan topik


• Percambahan idea di mana semua kanak-kanak dapat
menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap tema yang
dibincangkan.
• Setiap idea serta pandangan kanak-kanak di catat oleh guru.
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

B PERKARA CATATAN
I
L

5. Mengenal pasti aktiviti berdasarkan tunjang


• Kanak-kanak dan guru berbincang untuk mengenal pasti aktiviti yang
sesuai dengan tajuk yang dipilih

6. Menyediakan persekitaran kelas dan pusat pembelajaran yang bersesuaian


dengan tema

• Kanak-kanak dan guru bersama-sama menyediakan persekitaran kelas dan


pusat pembelajaran yang kondusif, sesuai dan selamat untuk pelaksanaan aktiviti
bertema seperti menyediakan meja tema yang menempatkan gambar-gambar
serta model haiwan.
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

B PERKARA CATATAN
I
L

7. Pelaksanaan Aktiviti
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

B PERKARA CATATAN
I
L

8. Penglibatan ibubapa

• Ibu bapa bersama-sama menyediakan bahan-bahan untuk pelaksanaan aktiviti serta


boleh berkolaborasi dengan guru dengan menyediakan bahan yang berkaitan dengan
tema.

Catatan: pendidik boleh mengubah aktiviti kepada tema haiwan yang


lain mengikut minat kanak-kanak. Walau bagaimanapun proses aktiviti
bertema perlu dipatuhi.

LAMPIRAN 2
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI STREAM

FUNGSI : LITERASI / BAHASA


TAJUK : HEALTHY AND UNHEALTHY FOOD

B PERKARA CATATAN

1 STANDARD KANDUNGAN Listen to and respond


BI 1.2
appropriately
2 STANDARD Listen to and enjoy simple
BI 1.2.5
PEMBELAJARAN stories
3 STREAM To identify healthy and
S
unhealthy food.
Laptop, smart TV and
T
speaker
R Tolerate and cooperation
E Illustrate the picture of food.
A Sing a song
M Know the types of the food
4 OBJEKTIF PEMBELAJARAN At the end of lesson, children able to name healthy and
unhealthy food.
5 BBM TV
6 NILAI MURNI Cooperations, respect, tolerate
7 STRATEGI PELAKSANAAN
1. Children watch videos on healthy and unhealthy food.
2. Teacher ask questions regarding the healthy and unhealthy food they watched
from the video.
3. Children share their view about healthy and unhealthy food.
4. Children identify the name of the food.
5. Children draw healthy and unhealthy in their jurnal.
Nota: sekiranya tiada TV atau peralatan digital di kelas, pendidik boleh bersoal jawab
berkaitan topik menggunakan bahan sedia ada yang berada disekeliling TABIKA.
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

LAMPIRAN 2

STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI STREAM

FUNGSI : PENEROKAAN
TAJUK : PENCERNAAN

BIL PERKARA CATATAN


1 STANDARD SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima-lima
KANDUNGAN deria

2 STANDARD SA 2.1.1 Memerhati persekitaran menggunakan deria


PEMBELAJARAN (5+) i) Penglihatan
ii) Pendengaran
SA 2.5.2 Membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan
(5+) aktiviti yang dijalankan

3 STREAM S Pemerhatian proses pencernaan


T Video , Smart TV, Alatan anatomi badan manusia,
R Mengkagumi ciptaan tuhan.
E Mengenal pasti model sistem pencernaan
A Melukis bahagian anatomi pencernaan.
M Urutan proses pencernaan
4 OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat mengetahui
PEMBELAJARAN bagaimana proses pencernaan tubuh badan manusia berlaku.
5 BBM Kertas kraf, gunting, gam, tiub getah, corong plastik, botol mineral,
air berwarna, kertas warna, pen maker, cable ties
6 NILAI MURNI Bertolak ansur, bekerjasama dan hormat menghormati dalam
menyelesaikan tugasan
7 STRATEGI PELAKSANAAN
1. Guru menayangkan video sistem pencernaan manusia.
https://youtu.be/bXQzex5cIuQ
https://youtu.be/G-xQpu-vwKM

Nota: sekiranya tiada TV atau peralatan digital di kelas, pendidik boleh melaksanakan
aktiviti bersoal jawab berkaitan topik menggunakan bahan sedia ada yang berada
disekeliling TABIKA.
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL PERKARA CATATAN


2. Kanak-kanak mendengar penerangan guru tentang proses-proses yang berlaku
semasa pencernaan menggunakan anatomi badan manusia.

3. Sistem pencernaan:
- Pengambilan makanan
- Mulut
- Esofagus
- Perut
- Deodenum (hempedu dan pankreas)
- Usus kecil
- Usus besar
- Dubur

4. Kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menekap bentuk badan


manusia dan melukis sistem pencernaan.

5. Kanak-kanak melukis dan menghasilkan model sistem pencernaan manusia


menggunakan bahan terbuang dan bahan kos rendah

6. kanak-kanak membuat ujikaji menggunakan model tersebut:

● memasukkan air berwarna melalui corong plastik


● melihat bagaimana air tersebut bergerak melalui saluran tiub getah.
● bersoal jawab mengenai proses yang berlaku.

7. Pada akhir pembelajaran kanak-kanak menceritakan semula proses sistem


pencernaan manusia.
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL PERKARA CATATAN

PERINGKAT1-MULUT
Percernaansecarafizikal-mengunyah
Pencernaansecarakimia-Kanji akanditukarkepadamaltosabilabercampurdenganenzimAmilasedalamairliur

PERINGKAT2-ESOFAGUS
GerakanPeristalsisakanmenggerakkanbolus(makananyang dikunyah)ke arahperut

PERINGKAT3-PERUT
Pencernaansecarakimia
-JusGastrikbagi membunuhbakteriadanmengaktifkanenzimprotease
-EnzimProtease bagi menguraikanprotein
-Menghasilkankim(makananseparapepejal)

PERINGKAT4-DUODENUM
Pencernaansecarakimia
-Hempeduakanmengemulsikanlemakdanmeneutralkankim
-Juspankreas:enzimAmylase,enzimProtease,enzimLipase

PERINGKAT5-USUSKECIL
Pencernaansecarakimia
-JusUsus:enzimMaltase, enzimProtease,enzimLipase
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL PERKARA CATATAN

LAMPIRAN 2

STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI STREAM

FUNGSI :
TAJUK : SUKU-SUKU SEPARUH

BIL PERKARA CATATAN


1 STANDARD KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan
KANDUNGAN karya seni
2 STANDARD KE 3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti
PEMBELAJARAN sendiri
3 STREAM Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian
S
melalui hasil kerja.
T Gunting
R Mengamalkan sikap toleransi dalam pergaulan
Menampal gambar makanan sihat di pinggan
E
menggunakan pelbagai bahan
A Mewarnakan gambar
M Meletakkan gambar pada kedudukan tertentu
4 OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat menghasilkan
PEMBELAJARAN pinggan sihat serta mengetahui sukatan makanan yang
betul mengikut keperluan iaitu “Suku suku separuh”.
5 BBM pinggan kertas /polisterin , gambar ,gam , pensel warna dan
gunting
6 NILAI MURNI Kanak-kanak akan dapat bekerjasama menyelesaikan
tugasan.
7 STRATEGI PELAKSANAAN
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL PERKARA CATATAN


1. Kanak-kanak menyanyi mengikut muzik lagu suku-suku separuh sambil
membuat pergerakan. https://youtu.be/GH_RUFzks_A

Nota: sekiranya tiada TV atau peralatan digital di kelas, pendidik boleh


melaksanakan aktiviti ini secara manual atau hanya perlu menjelaskan berkaitan
dengan pinggan suku suku separuh

2. Kanak-kanak mendengar penerangan guru dan bersoal jawab mengenai


pemakanan sihat bagi mengamalkan diet yang seimbang menggunakan konsep
“Suku suku separuh” (Pinggan Sihat Malaysia).

3. Kanak-kanak mewarna, menggunting dan menampal pada pinggan kertas bagi


menghasilkan pinggan sihat dan melabelkan jenis dan khasiat makanan
tersebut.

4. Kanak-kanak bercerita tentang hasil kerja mereka.

5. Pada akhir pembelajaran kanak-kanak menyanyikan lagu “Suku-suku separuh”


sambil membuat pergerakan.
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

LAMPIRAN 2

STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI STREAM

FUNGSI : BLOCK & PUZZLE/ INOVASI


TAJUK : PIRAMID MAKANAN

BIL PERKARA CATATAN


1 STANDARD MA 6.3 Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti
KANDUNGAN

2 STANDARD MA 6.3.3 Membuat binaan menggunakan pelbagai bahan


PEMBELAJARAN mengikut kreativiti dan menceritakannya

3 STREAM S Proses penyediaan piramid makanan


T Model Piramid makanan, dan video
Kerjasama dan mengambil giliran semasa
R
aktiviti
E Melukis lakaran piramid makanan
Menghasilkan model piramid makanan
A
mengikut lakaran
M Pengelasan makanan mengikut kategori
4 OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat menghasilkan
PEMBELAJARAN piramid makanan menggunakan bahan terbuang
5 BBM kotak, gambar, warna air, berus lukisan, gunting, gam, tali,
penebuk lubang
6 NILAI MURNI Bertolak ansur, bekerjasama dan hormat menghormati dalam
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL PERKARA CATATAN


menyelesaikan tugasan
7 STRATEGI PELAKSANAAN
1. Kanak-kanak menyanyikan lagu “makanan seimbang”.
https://youtu.be/xeS4p24rKe0
https://youtu.be/r6Gy7dXOSSU

Nota: sekiranya tiada TV atau peralatan digital di kelas, pendidik boleh


melaksanakan aktiviti ini secara manual atau hanya perlu menjelaskan berkaitan
dengan piramid makanan.

2. Kanak-kanak menonton video mengenai piramid makanan

3. Kanak-kanak mendengar penerangan guru mengenai Piramid Makanan.

Sumber: https://www2.moh.gov.my/index.php/pages/view/2725
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL PERKARA CATATAN


4. Kanak-kanak mengumpul keratan gambar berkaitan dengan piramid makanan
yang dibawa dari rumah.

Contoh (gambar):
● roti
● biskut
● buah-buahan
● sayur-sayuran
● ayam dan lain-lain.

5. Kanak-kanak dibahagi kepada tiga kumpulan.

6. Setiap kumpulan berbincang dan melakar piramid makanan mengikut kreativiti.

7. Kanak-kanak menghasilkan piramid makanan mengikut lakaran.

8. Kanak-kanak bersoal jawab mengenai piramid makanan yang telah dipelajari


GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

LAMPIRAN 2

STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI STREAM

FUNGSI : MAIN PERANAN / DRAMA


TAJUK : PERUT SAYA SAKIT

BIL PERKARA CATATAN

1 STANDARD KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri


KANDUNGAN

2 STANDARD KD 1.1.5 Mengurus emosi sendiri dengan memilih


tindakan yang sesuai
PEMBELAJARAN

3 STREAM S Memahami proses pesakit mendapat rawatan


T kotak pertolongan cemas, stetoskop
R Mendengar nasihat dan mengambil giliran
E Menyusun peralatan perubatan mengikut fungsi
A Melakonkan watak berdasarkan situasi
M Urutan proses mendapatkan rawatan
4 OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat
menyatakan proses mendapatkan rawatan
PEMBELAJARAN
apabila sakit.
5 BBM Bahan maujud, , meja, kerusi, katil, , uniform doktor, jururawat,
pen, kertas
6 NILAI MURNI Bertolak ansur, bekerjasama, hemah tinggi, keadilan,
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL PERKARA CATATAN

hormat-menghormati
7 STRATEGI PELAKSANAAN

1. Kanak-kanak mendengar penerangan guru berkaitan bahan dan peralatan


yang akan digunakan untuk merawat pesakit.

2. Kanak-kanak memilih watak yang disukai dan memakai uniform/kostum


- Ibubapa/ penjaga
- Doktor
- Jururawat
- Pesakit
- Kaunter pendaftaran
- Kaunter farmasi

3. Kanak-kanak berlakon mengikut watak mereka semasa berada di dalam


“klinik”.

4. Kanak-kanak menceritakan semula aktiviti yang telah dijalankan.


GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

LAMPIRAN 2

STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI STREAM


FUNGSI : AKTIVITI LUAR
TAJUK : DAM JOM SIHAT!

BIL PERKARA CATATAN


1 STANDARD
KANDUNGAN FK 2.2 Melakukan pelbagai pergerakan lokomotor

2 STANDARD Melakukan pergerakan:


PEMBELAJAR (i)berjalan
AN FK 2.2.1 (ii)berlari
(ii)melompat
(iv)melompat sebelah kaki
3 STREAM S Mengenal pasti jenis makanan sihat dan tidak sihat
T Giant board game ( dam jom sihat)
R sabar, toleransi dan kerjasama
E Teknik bermain dam jom sihat
A Bermain dam dengan iringan muzik
M konsep nombor dan urutan permainan
4 OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat meningkatkan
PEMBELAJAR kemahiran motor kasar dan mematuhi peraturan permainan
AN
5 BBM dam, dadu, radio
6 NILAI MURNI Bertolak ansur, bekerjasama, hemah tinggi, keadilan,
hormat-menghormati
7 STRATEGI PELAKSANAAN
1. Kanak-kanak mendengar arahan dan penerangan guru mengenai aktiviti yang
akan dijalankan.
GP PELAKSANAAN PROGRAM SALAM DI TABIKA KEMAS TAHUN 2023

BIL PERKARA CATATAN

2. Kanak-kanak bermain Dam Jom Sihat dengan membaling dadu yang disediakan.

3. Kanak-kanak bergerak ke petak dam berpandukan bilangan nombor yang


terdapat pada dadu apabila dibaling.

4. Kanak-kanak bermain dam dengan iringan muzik secara bergilir-gilir.

5. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru mengenai aktiviti yang telah dijalankan.

Nota: sekiranya tiada dam dadu di kelas, pendidik boleh menghasilkan dam dadu
dengan bahan sedia ada di TABIKA bersama kanak-kanak terlebih dahulu sebelum
aktiviti dilaksanakan. Pendidik juga boleh mengubahsuai permainan ini mengikut
kreativiti dan bahan sedia ada di sekitar TABIKA. (cth: sukaneka berkaitan
pemakanan sihat dll)

Anda mungkin juga menyukai