Anda di halaman 1dari 6

Tips Membuat Nota

Nota adalah ringkasan dan isi –isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari.
Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepada
kemampuannya menyediakan nota yang baik.Hasil dari satu eksperimen yang
dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang
mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25% .Antara kelebihan membuat nota
ialah:·

 Menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir


peperiksaan.· Nota sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari
dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.·
 Membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting . Ini bererti
nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai
dan hafal.·
 Memudahkan proses mengingat.Berikut adalah senarai langkah-langkah
membuat nota yang baik· Membaca teks pelajaran secara menyeluruh sekurang-
kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat nota.·
 Mendapat kefahaman yang menyeluruh.· Nota yag dibuat mestilah mengikut teks
dalam perkara-perkara berikut (ta’rif , dalil , bahagian-bahagian , pendapat-
pendapat ). Ini adalah kerana perkara-perkara ini perlu dihafal.·
 Menggabungkan syarahan pensyarah dan teks.·
 Membuat rujukan ketika perlu.·
 Gunakan buku atau kertas kajang yang baik . Sebaik-baiknya menggunakan
garisan-garisan berjalur.·
 Pastikan tulisan anda jelas, terang dan mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan
dakwat yang lebih jelas dan mudah dibaca.· Gunakan teknik menggaris kata
kunci , simbol , ringkasan huruf dan gambarajah jika perlu.
 Nota yang dibuat hendaklah ringkas dan padat.

PERINGATAN

Pelajar perlu bijak mengolah dan memanjangkan nota ini ketika peperiksaan. Di sini
letaknya peranan kebolehan kita mengarang dengan baik dan peranan kefahaman
yang jelas. Tanpa kefahaman dan kebolehan mengarang , bagaimanakah kita akan
mendapat markah yang baik. Kerap kali pelajar yang bergantung kepada nota menjadi
kaku di dewan peperiksaan dan gagal untuk mengingati kembali isi kandungan
paelajaran yang dipelajari .Lebih dahsyat lagi , apabila dia hanya bergantung kepada
nota tanpa membaca muzakkirat. Semoga pelaja-pelajar boleh mengaplikasikan untuk
membuat nota-nota ringkas dan pendek. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan.
saya juga menggunakan perkara yang sama semasa menuntut di sekolah dan akhirnya
keputusannya amat memberangsangkan.
Tips Pemakanan Untuk Belajar Cemerlang

Salah satu cara untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan atau kekuatan
akal ialah melalui pemakanan yang berkhasiat dan mengelakkan sumber makanan
yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada otak. Di sini diberikan sedikit
panduan pemakanan untuk membantu dalam kesihatan otak dan sekali gus membantu
dalam perkembangan daya pemikiran yang cerdas.

Makanlah makanan otak (brain food)


Makanan yang baik untuk otak termasuklah buah avokado, pisang, daging tanpa lemak,
brokoli. beras perang, kobis Brussels, sayuran hijau, tembikai Cantaloupe, telur,
kekacang, makanan bersumberkan gandum, oren, mentega kacang, kacang pea,
kentang, kacang soya, ikan salmon, ikan tuna, kismis, kurma, badam dan madu lebah.
Semua makanan ini kaya dengan anti-oksida, vitamin dan mineral, juga mengandungi
nisbah karbohidrat, protin dan lemak yang membantu mengekalkan fungsi badan dan
mental yang sihat. Rasulullah pernah memberitahu bahawa akal yang sihat itu terdapat
pada badan yang sihat. Lebih-lebih lagi semua jenis makanan di atas adalah sumber
semulajadi yang mana sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan tiruan yang
mendatangkan kesan sampingan.

Makan makanan yang kaya dengan anti-oksida


Fungsi anti-oksida adalah melindungi sel-sel badan, termasuk sel-sel otak. Sesetengah
makanan seperti prune, kismis, strawberi, blueberi, raspberi, bawang putih, kailan dan
bayam mengandungi anti-oksida yang sangat tinggi. Tanpa anti-oksida, daya pemikiran
akan merosot kerana sel-sel otak akan merosak akibat dari pemusnahan oleh radikal
bebas. Oleh kerana itulah kita harus mengambil makanan yang tinggi khasiat anti-
oksida dalam diet harian.
Pengambilan serat
Gizi makanan yang seimbang mestilah mengandungi serat. Ia bukan sahaja
menyingkirkan toksin dalam badan malah menjauhkan brain fog atau hilang ingatan
secara tiba-tiba yang disebabkan oleh toksin dalam badan.

Elakkan lemak berlebihan


Kebanyakan lemak adalah kaya dengan Omega-6. Lemak tepu telah terbukti
membantutkan pertumbuhan sel-sel otak, manakala asid lemak Omega-3 merupakan
unsur yang menyeimbangkan asid-asid lemak dalam badan juga otak.

Elakkan makanan yang mengandungi bahan tiruan


Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bahan-bahan tiruan seperti pewarna, perasa
atau pemanis, kola, sirap jagung, makanan sejuk beku, minuman segera bergula tinggi,
makanan mengandugi MSG dan sebagainya, memberikan kesan tidak baik kepada
otak. Secara asasnya makanan-makanan segera atau tiruan mempunyai kesan-kesan
negatif jangka pendek dan jangka panjang. Walau sedikit sahaja pengambilan makanan
jenis ini, ia akan memberika kesan kepada otak dalam masa 24 jam, lalu menyebabkan
mental menjadi bengap, keliru dan kekurangan kuasa penumpuan.

Elakkan gula dan karbohidrat berlebihan


Gula dan juga karbohidrat berlebihan akan menjadikan minda menjadi mengantuk,
lemah dan kurang bertenaga, juga boleh menyebabkan terjadinya brain fog, dengan
kerana itu minda tidak dapat menjalankan proses berfikir dengan jelas dan lancar. Jadi
elakkanlah makanan yang mengandungi glukos atau karbihidrat yang tinggi sebelum
melakukan tugas-tugas yang banyak menggunakan proses berfikir, seperti kerja-kerja
penulisan, kreativiti, penyelesaian masalah dan decision making.
Jangan tinggalkan sarapan pagi
Kajian menunjukkan bahawa, apabila kanak-kanak yang tidak makan sarapan pagi
telah mula mengambilnya, didapati markah ujian matematik mereka mengalami
peningkatan. Tetapi harus diketahui bahawa kita di Malaysia ramai orang suka
mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Nasi lemak boleh menyebabkan minda
menjadi mengantuk, dan kepala ikan bilis yang terkandung dalam sambalnya itu
menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. Jangan makan nasi lemak pada sebelah
pagi. Pastikan ikan bilis dibuang kepalanya sebelum dibuat sambal.
Jangan makan dengan berlebihan
Kesan makan berlebihan untuk jangka masa singkat, darah dalam badan ditumpukan
kepada proses penghadaman, maka darah akan berkurangan pada bahagian otak.
Untuk jangka masa panjang, oleh kerana lemak yang berlebihan (karbohidrat yang
berlebihan akan disimpan sebagai lemak) saluran darah akan menyempit akibat
penempelan lemak di sekitar pembuluh darah. Ini menjadikan darah akan kurang
mengalir pada bahagian otak, lalu menyababkan otak menjadi lemah.

Alkohol - Elakkan sama sekali


. Dari segi kesihatan mental , arak atau alkohol akan membunuh sel-sel otak yang
mennyebabkan kewarasan dan kecedersan fikiran merosot. Ramai yang mengadu
bahawa alkohol telah menjadikan memori dan daya intelek mereka melemah akibat
pengambilan alkohol.
Tujuan dan Adab Berdoa

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa
yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut:

1. Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah SWT
2. Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya
3. Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana (tidak terlalu laju)
4. Doa dibaca dengan nada suara yang sesuai (tidak terlalu kuat dan sebaliknya)
5. Doa dibaca dengan rasa penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT
6. Merasa yakin dan ikhlas bahawa apa yang dipohon akan dimakbulkan oleh Allah
SWT

Doa Dan Wirid Untuk Pelajar

Doa & Wirid Untuk Pelajar

1. SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu


(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati


Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham
Syed Abdullah Assogoff)

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati


“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan
pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”
6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati

“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan


pesuruh yang amat tinggi.Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang
Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan
pembukaan yang sepenuhnya.”

Anda mungkin juga menyukai