Anda di halaman 1dari 4

Disiplin asas kecemerlangan diri

Bismillahirrahmanirrahim
AssalammualaikumSalam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Alhamdullah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, selawat dan
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sejambak kasih seharum kasturi buat Peneraju Majlis, Jemaah Hakim yang
berintegriti, Warga Pendidik yang disanjungi, seterusnya rakan-rakan
seperjuangan yang dihormati.

Burung Camar terbangnya tinggi,


Hinggap sebentar di pohon jati,
Disiplin Asas Kecemerlangan Diri,
Tajuk Pidato santapan rohani.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara,


sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinasikan frasa yang membina
tajuk pidato Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Agar hadirin terbuka minda, agar
hakim tidak terpinga-pinga dan saya petah berkata-kata.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Disiplin membawa maksud


peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
Asas pula ialah tapak, alas atau pun dasar. Manakala kecemerlangan pula
merupakan satu kegemilangan, keelokan ataupun keindahan. Diri pula merujuk
kepada empunya badan. Ini dapat difahami bahawa kepatuhan kepada
peraturan merupakan tapak permulaan kepada kegemilangan seseorang
individu itu.
Hadirin yang bervisi,
Kututup rapat pintu definasi, kubuka pula maksud isi. Disiplin Asas
Kecemerlangan Diri. Berdasarkan ungkapan tersebut, muncul satu persoalan
dibenak fikiran kita. Sejauh mana disiplin dapat menjadikan seseorang itu berjaya
seterusnya cemerlang dalam bidang yang diceburi? Ya, sebenarnya disiplin
adalah kunci dalam kehidupan kita. Hidup tanpa disiplin boleh diumpamakan
seperti layang-layang yang terputus talinya.

Putera putri anak pertiwi,


Lontaran idea seterusnya berteraskan kata kunci Akal yang cerdas
terletak kepada tubuh badan yang sihat. Tubuh yang sihat dan cergas memang
diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu faktor yang
perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila
pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet
dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan saraf otak berjalan lancar.
Bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk
menghafal sesuatu. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kegemukan
dan obesiti. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan.

Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan


diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga
pemakanan anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Peraturan
semestinyanya ada di sekeliling kita. Hidup tanpa peraturan, ibarat tinggal di
rumah yang gelap gelita.
Warga dewan yang budiman,

Dihias indah fakta seterusnya, Patuh kepada Arahan dan Peraturan. Di


rumah adanya ibu bapa, di sekolah adanya guru, di jalan raya adanya trafik, di
mana-mana kita berada pasti ada arahan dan peraturannya tersendiri.
Anak yang soleh, merupakan anak yang mendengar arahan ibu
bapanya. Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada
arahan gurunya. Manakala pengguna jalan raya yang berhemat adalah
pengguna yang akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya. Kajian akal
menunjukkan individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan.

Contohnya, guru menyuruh pelajar mengulang kaji pelajaran dan


menyiapkan kerja sekolah tetapi pelajar ini bukan seorang yang patuh pada
arahan dan pasti tidak diendahkan kata-kata guru tersebut. Bagaimana ingin
cemerlang jika berlaku sedemikian rupa? Ingat, patuh pada arahan,
kecemerlangan dalam tangan!
Sidang pendengar yang budiman,

Menelusi hujah seterusnya, peribahasa Melayu ada mengatakan Di mana


ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Penat saya menyusun kata, tapi iltizam, keinginan, daya usaha, daya saing
sedikit pun tidak terbit dalam hati, macam mana mahu cemerlang? Sebenarnya
masing-masing perlu menanamkan semangat juang untuk berjaya dengan
cemerlang. Orang cemerlang adalah orang yang mempunyai semangat juang
dan disiplin yang tinggi.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan negara dan Datuk Nicol
David, pemain squash negara contohnya, berteraskan disiplin yang tinggi,
keinginan yang tinggi, kemahuan yang membuak-buak untuk mengharumkan
nama negara, inilah resepi utama yang membolehkan mereka mengecapi
kemanisan kejayaan dan kecemerlangan.
Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin yang berdisiplin, yang bersungguh-
sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti disanjung masyarakat.
Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnya. Siapa yang bersungguh-sungguh
dia akan dapat kejayaannya.

Anak-anak bangsaku,
Konklusinya, rahsia disiplin telah saya bongkarkan. Disiplin Asas
Kecemerlangan Diri adalah tunjang kehidupan masyarakat madani. Ayuhlah
anak-anak bangsaku!, terapkan nilai disiplin di dalam diri, kita kekalkan warisan
gemilang selagi hayat dikandung badan. Jadikan Disiplin Asas Kecemerlangan
Diri walau di mana kita berada. Semoga kejayaan dan kecemerlangan sentiasa
mengiringi kita. Masyarakat cemerlang negara terbilang.

Sekian Salam Kasih sayang.


Wabillah hitaufiq walhidayah wassalammualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai