Anda di halaman 1dari 1

Syarahan : Kepentingan Disiplin Kepada Murid-Murid

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana barisan panel hakim, Yang dikasihi guru-
guru serta hadirin sekalian. Kepentingan Disiplin Kepada Murid-murid”, itulah tajuk syarahan yang
akan saya sampaikan pada hari ini.

Hadirin yang dimuliakan,

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Disiplin
bermaksud “ latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada
tatatertib”. Daripada makna perkataan disiplin ini dapat kita fahami bahawa disiplin sangat mustahak
kepada murid-murid untuk mencapai kejayaan.

Murid yang berdisiplin dapat mengawal tingkah laku mereka ketika berada di sekolah. Keadaan ini
akan menyebabkan mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Guru-guru juga
dapat mengajar dengan sempurna.

Selain itu, murid yang mempunyai disiplin akan bertanggungjawab terhadap pelajarannya. Mereka
belajar dengan bersungguh-sungguh dan menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru dengan
sempurna. Sikap sebeginilah yang akan membawa kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Hadirin sekalian,

Disiplin juga amat penting untuk membentuk warganegara yang baik dan berakhlak mulia. Murid-
murid yang telah terasuh daripada awal lagi dengan disiplin diri, akan dapat membentuk jati diri
menjadi warganegara yang baik, bertatatertib dan berakhlak mulia. Keadaan ini sangat bertepatan
dengan peribahasa Melayu, “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya”.

Oleh yang demikian, suka saya tegaskan di sini bahawa disiplin sangat penting bukan sahaja
kepada murid-murid bahkan kepada semua orang. Hanya orang yang berdisiplin sahaja dapat
mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai