Anda di halaman 1dari 34

SIAPA

DIRI SAYA…??
JADILAH
DIRI ANDA SENDIRI…
Untuk berjaya
kita tidak perlu menjadi orang lain.

Kita mungkin
Perlu melakukan beberapa perubahan….
Adakah anda mempunyai kebiasaan berikut:
1. Tidak membuat jangkaan
2. Terlalu memikirkan kesilapan
3. Memaksa diri secara keterlaluan
4. Tidak percaya pemikiran sendiri
5. mendiamkan diri apabila tidak faham.
6. Asyik mencari jawapan yang betul.
7. Tidak mempunyai sistem mengingati idea
8. Menanti nasihat daripada orang yang dikenali.
 Tanamkan di dalam minda anda bahawa kadang kala
kebiasaan perlu diubah untuk mendapatkan kejayaan
yang lebih cemerlang.
 Pada kelazimannya, kebanyakan masalah pelajar
berpusat kepada sikap dan perilaku pelajar itu sendiri.
 Masalah yang kelihatannya sungguh sukar, sebenarnya
boleh diselesaikan atau dipecahkan sendiri oleh pelajar.
 Walau bagaimanapun, sebagai pelajar, anda boleh
mengambil beberapa langkah tertentu bagi mengatasi
masalah yang mungkin timbul.
1. Berdoa untuk mendapatkan kekuatan
2. Bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan yang paling teruk.
Penentuan kemungkinan ini amat penting bagi mencari alternatif
yang lebih baik.
3. Cuba melihat sesuatu permasalahan dari sudut yang berbeza
(pemikiran positif).
4. Mengambil iktibar daripada pengalaman lepas.
5. Cuba menilai semula segala kejadian yang menyebabkan
permasalahan tersebut (pemikiran positif).
6. Mengambil iktibar daripada pengalaman lepas.
7. Cuba menilai semula segala kejadian yang menyebabkan
permasalahan tersebut.
8. Berjanji kepada diri sendiri untuk tidak mengulangi perkara yang
sama.
9. Menerima masalah tersebut dengan hati terbuka.
 Mengekalkan Disiplin Diri Sebagai Seorang Pelajar

 Sebagai seorang pelajar, disiplin diri amat penting.


Matlamat yang telah dirancangkan perlu dilaksanakan
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
 contoh di sini, anda meletakkan matlamat anda untuk
mendapatkan A bagi semua subjek yang dipelajari.
Walaupun pada hakikatnya agak mustahil berbanding
dengan komitmen pada kerja dan keluarga. Semua orang
boleh berjaya jika rajin berusaha dan disiplin serta patuh
pada perancangan.
 Berikut adalah beberapa tips melalui buku Teknik
Menjadi Pelajar Cemerlang oleh Dr. Hasan Mohd. Ali  :
 Berikan fokus dan tumpuan usaha anda kepada
pencapaian matlamat yang paling penting dalam diri
anda. Laksanakan perkara utama terlebih dahulu.
 Pamerkan segala matlamat anda di tempat yang mudah
dilihat supaya senang anda mengingati matlamat anda.
 Amalkan perancangan harian selain daripada
perancangan bulanan dan tahunan. Tentukan apa tugasan
yang hendak dilaksanakan berdasarkan prioritinya.
 Tetapkan dan tentukan tarikh akhir yang realistik dan
relevan bagi menyiapkan tugasan yang tidak disukai
ataupun yang sukar dilaksanakan. Tarikh akhir
menimbulkan keinginan menyegerakan tugasan itu.
 Pastikan segala usaha sesuatu tugas terhindar daripada
keinginan mencapai kesempurnaan yang menyeluruh
sehingga menyebabkan pelajar langsung tidak mahu
berusaha kerana bimbang kegagalan daripada segi
kesempurnaan tugas itu. Percayalah yang anda sudah
mencapai kejayaan apabila mula melakukan sesuatu
tugas.
 Wujudkan satu momentum bagi menguatkan semangat
melakukan sesuatu tugasan yang tidak digemari, jemu,
membosankan dan sukar dilakukan. Luangkan
sebahagian masa mengusahakan ataupun memulakan
kerja pada bahagian atau perkara yang mudah terlebih
dahulu.
 Sentiasa ingatkan diri anda setiap hari.

 Hitung kos kerugian perbuatan melengah-lengahkan


ataupun menangguhkan sesuatu kerja.
 Pastikan anda memantau peningkatan dan kemajuan
secara berkala bagi setiap matlamat.

 Sentiasa meraikan kejayaan anda dan menghadiahkan
kepada diri anda dengan perkara yang menggembirakan
hati anda.
 Selalu bertanya kepada diri sendiri, bagaimana
menggunakan masa dengan cara yang terbaik dalam
hidup anda?
 yang penting sekali, kita jangan mudah putus asa ya...
TIDAK
DAPAT DISANGKAL LAGI
BAHAWA ARAS KEYAKINAN DAN
MOTIVASI DIRI
BANYAK BERGANTUNG KEPADA
HARGA DIRI (SELF-ESTEEM)
SESEORANG PELAJAR.
DISIPLIN
PENTING UNTUK KEJAAAN
DISIPLIN DIRI
YANG BAIK AKAN MEMBAWA
MURID MENJADI MURID YANG
BERJAYA
SEBAGAI PELAJAR,
TANAMLAH MOTIVASI YANG TINGGI DAN
DISIPLIN DAN SIKAP YANG POSITIF UNTUK
BERJAYA
DALAM PEPERIKSAAN.

UNTUK MENGEKALKAN
MOTIVASI YANG BERTERUSAN, PELAJAR SENTIASA
MENGINGATKAN DIRI TENTANG KEPENTINGAN
KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN DAN KERUGIAN
BESAR APABILA MENGABAIKANNYA.
MOTIVASI
MAMPU MENGUBAH
ORANG BIASA
MENJADI
LUAR BIASA.
DISIPLIN
MAMPU MENGUBAH
LUAR BIASA
MENJADI
HEBAT.
RENUNGKANLAH….
APA YANG
ANDA FIKIR
ITULAH DIRI
ANDA…….
JADIKAN
DIRI ANDA HARI INI LEBIH BAIK DARI
SEMALAM…

BERUSAHA TANPA HENTI..


STRATEGI
MEMBINA HARGA
DIRI
PERTAMA
Bebaskan diri anda daripada sifat
teragak-agak atau dikongkong dengan
persoalan bolehkah saya? dalam
melaksanakan sesuatu perkara yang
positif. Oleh itu jangan melayani
perasaan ini dan teruskan tindakan
anda tanpa ragu-ragu untuk memenuhi
potensi yang ada pada diri anda.
YAKIN
KEDUA

Hormatilah keperluan dan impian yang


anda ingini. Kenal pasti apa kehendak
anda sebenarnya dan jangan cuma
merungut sahaja.
sahaja
TEKAD
KETIGA
Tetapkan matlamat atau objektif yang
boleh dicapai pada satu-satu situasi.
Kemudian buat perancang dan lakukan
tindakan yang spesifik dan sistematik
untuk mencapai matlamat tersebut.
MATLAMAT
RUMUSAN
1. Jadilah diri anda sendiri.
2. Bersedia melakukan perubahan.
3. Hadapi masalah dengan bijak.
4. Usaha hingga berjaya.
5. Berfikiran positif dan bermotivasi
6.Berani menghadapi kegagalan.
Sesi soal jawab
&
Refleksi
“Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk
berjaya , melainkan dengan berusaha
mengikut cara yang betul.”

“Orang yang berhenti tidak akan berjaya


dan orang yang berjaya tidak akan
berhenti.”

Sekian terima kasih…


Semoga bermotivasi dan berjaya..

Anda mungkin juga menyukai