Anda di halaman 1dari 5

HANG TUAH - Pengajaran utama apa yg patut diambil dari kisahnya ?

Published by Sang karut under Hang Tuah - Dari Kaca mata Teropong on Khamis, Januari 26, 2012 AMARAN : Artikal ini adalah artikal dongeng lagi tidak berbukti jadi janganlah marah jika ia bertentangan dengan kajian tuan selama puluhan tahun . Walaubagaimanapun jika ia boleh membantu kajian tuan tentang HANG TUAH kami mempersilakan mengambil beberapa DONGENG dari kisah di bawah ini - Sang Karut . Bismillahirahmanirahim, salam dan salawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, salam juga kepada para nabi dan rasul serta waliuallah, arifbillah, para syahid, ulama' dan umara', para guru, susur galur keturunan kita, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang hidup dan mati baru atau mati lama. Al fatihah Siapakah Parameswara ( Kisah parameswara serta rombongannya ketika berlabuh di pelabuhan ) Oleh kerana terlalu banyak versi berkenaan Parameswara dan juga Hang Tuah ..maka Tuan Kelarias Al Fateh meminta Senopati Kesuma Dewi meneropong dengan menggunakan teropongnya ... mula -mula Senopati Kesuma Dewi meneropong babak -

babak ...

Parameswara melarikan diri berhijrah di Tanah orang Mblayu ini

TuanKelarias Al Fateh :orang yg mengkaji Hang Tuah sebenarnya akan terdorong menjadi seorang ahli sufi dan ahli tarikat sejati..ini suatu perkara yg sgt dibenci oleh syaitan laknatullah. Hang Tuah adalah salah seorang gengster dizamannya yg telah bertaubat kembali ke fitrah dirinya dengan mengamalkan kesufian dan juga tarikat dalam hidup terakhirnya sehingga beliau dikenali sebagai salah seorang wali jin dizamannya. beliau telah meninggal dunia. maka syaitan cuba memutar belitkan isu bersejarah ini supaya tidak akan dapat dikenal siapakah dia dari mana datangnya dan ke manakah dia selepas itu..ini adalah kerana syaitan cuba menyembunyikan rahsia keabadaian sejati si Hang Tuah yg telah berjaya dalam hidupnya sebagai seorang yg telah menyakitkan hati manusia yg lemah dan menggembirakan hati hati yg kaya raya dan gagah perkasa di dalam kerajaannya. Tetapi akhirnya beliau telah memilih untuk menjadi seorang darwisy ( ahli qanaah ) untuk mengenali tuhannya..setelah beliau ditegur sapa dan disindir oleh Nabi Khidir as.

ketika sebuah kapal kecil terumbang ambing dipukul ombak dari arah selatan..mendekati tanah melayu ini bersama para pengikutnya dan menteri-menteri nya yg masih setia padanya..itulah Sultan Muzaffar Syah seorang ahli tarikat dan pengamal ilmu martabat tujuh..yg melarikan diri dari Tanah Jawa setelah diusir oleh kerajaan baru yg menguasainya...PARAMESWARA. Singgah di pulau terpencil Singa berpura-pura..dan itulah asal usul kisah yg sebenarnya..sasilah seorang raja singa hatinya berpura-pura menjadi seorang hindu dengan nama Parameswara. khuwatir dirinya di cam oleh pemburu baginda maka baginda menggunakan gelaran Sang Para Meswara.seorang singa sang raja handalan berperang telah terpaksa melarikan diri kerana menyelamatkan agamanya.Mendarat di pulau singa berpura-pura. Teropongkan lah keadaan yg sebenar berlaku pada masa itu wahai Senopati Kesuma Dewi ? Senopati Kesuma Dewi :saya telah berada di atas tanah melayu yang kelihatan menghijau TuanKelarias Al Fateh.Ya Tuan saya melihat sebuah kapal berwarna coklat dan berlayar putih sedang melabuhkan layarnya. di dalamnya terdapat beberapa orang lelaki dan ada juga wanita dan kanak-kanak.Terdapat seorang lelaki yang memakai pakaian satin berwarna kuning emas memakai samping, terselit keris disisinya dan memakai tanjak. yang lainnya berpakaian lebih kurang serupa tetapi pakaian mereka dari kain yang biasa sahaja..wajah wanitanya seperti ketakutan dan mungkin baru terlepas dari pertempuran. Wajah mereka kepenatan dan ada sinar kelegaan. dalam golongan lelaki tersebut ada beberapa org yg muda dan ada 3 orang yang sudah berusia.. terdapat seorang yg agak berusia mengiringi parameswara yg saya percaya sebagai penasihatnya.wanitanyanya berkebaya seperti kebaya jawa dan berkain batik.sang raja berusia seperti 30 an memiliki susuk badan yang tegap, berwajah putih jernih.. melihat jauh ke kawasan yang baru mereka tiba.sang raja mendahului rombongannya turun dari kapal diikuti dengan yang lainnya.. sang raja sentiasa memegang keris seolah berhati-hati dengan setiap ancaman yang tiba.Ada 3 orang wanita yg hamba nampak ada 2 orang kanak-kanak lelaki.Tak ramai di atas sana, mereka umpama pelarian . Yang lebih ramai adalah golongan lelaki. Jadi kesimpulannya ialah Parameswara ialah Sultan Muzaffar Shah ..sudah sedia beragama Islam sejak dari Sumatera lagi bahkan pengamal Tarikat tegar dan juga pengamal martabat tujuh ( puncak segala ilmu ) . Baginda melarikan diri utk menyelamatkan agama dan nyawanya ...dan juga utk menyambung kesinambungannya ilmu tarikatnya ditempat yg baru ... Kisah Hang tuah Asal usul negara kelahiaran Hang Tuah ialah Negara China dan nama negerinya ialah? ...dan ibu negerinya bernama? .....ikutilah kisah pengembaraan Senopati Kesuma Dewi di alam dimensi pada masa lampau .... Oleh kerana fokus pengembaraan teropongan Senopati Kesuma Dewi ini kepada individu yg tiada tanda baginya wujud di Kerajaan Melaka sehinggkan tokoh ini dinobatkan sebagai Tokoh Lagenda sebagai punca psikologi bagi yg memerlukan motivasi ....maka

kami tinggalkan Kisah Parameswara ini ..cukuplah hanya mengetahui asal usul nama dan agamanya serta menjadi Intro bagi kisah Hang Tuah versi teropongan dongengan . TuanKelarias Al Fateh: Senopati Kesuma Dewi silalah tunggu pula isyarat dari wafak yg ada ke mana kamu akan dibawa naikilah tikar itu dan terbang belayar dilautan lepas ikutkan saja wafak itu membawa kamu ke mana..berniatlah di dalam hati Ya Allah ya tuhanku..tunjukkanlah dari arah mana sebenarnya Hang Tuah datang bersama rombongannya.bacalah alif lam mim, zalikal kitabu la raiba fihi hudal lil muttaqiin.rabitah jgn tinggal..sambil berzikir lah spaya tidak akan lalai.Ya Allah ya tuhanku, kau tunjukkanlah jalan yg benar lagi disaksikan oleh mereka yg menyaksikan..agar aku dan wafak ini dibawa pergi ke suatu tempat kelahiran si Hang Tuah dan saudaranya..bukan aku yg berkata, guru yg berkata, berkat doa lailahaillallah." Senopati Kesuma Dewi : ( Pengembaraan dengan menggunakan tikar wafa telah membawa ke Destinasi yg di maksudkan )wafak jin membawa hamba merentasi hanoi, hongkong.Dan berhenti di; Guang zhao.Guang zhau adalah Guandong.Guangzhou ibu negeri. Guangdong adalah negeri. saya sekarang sudah turun disebuah bandar pesisiran pantai terdapat perlabuhan yg sangat sibuk di sini. jadi benarlah guang zhou dan guandong adalah tempat yg sama.kebanyakkanya adalah kapal pedagang arab dan ada dari tanah melayu dari pemakaian mereka. Bukan kami mahu mencipta polimik dan petelagahan pendapat dikalangan sejarahawan ...tidak!...kami seperti para pembaca juga mahukan kebenaran.... desas-desus yg bermacam-macam itu diluar sana berkenaan asal usul Hang Tuah ..kami pun sebenarnya tidak mengetahui sebelum ini ..dan kami juga bukan meminjam pendapat para pengkaji yg lain utk menghasilkan artikal ini .Artikal ini yg sering diingatkan pada setiap kali ia keluar ..kami kategorikan sebagai dongeng . Selepas itu Senopati meneruskan pengembaraannya( setelah mengetahui asal usul negeri kelahiran Hang Tuah ) ....SKD terus sahaja mencari tempat tinggal al Hang Tuah dan adik beradiknya ....

Tuan Kelarais Al Fateh : Apabila kamu SKD sudah sampai di pekan tempat kelahiran 4 bersaudara miskin lagi anak yatim piatu..cuba bertanya dengan mereka di mana masjid guang zhaou dan mintalah tunjukkan rumah tok siak masjid guang zhao zaman itu. nanti jumpa rumah kecil tiang seribu , di sanalah tok siak dan anak2 bersama sama..tok siak adalah penjaga budak2 anak yatim piatu yg agak ramai. dia diamanahkan oleh pihak masjid menjaga mereka semua dan mengajarkan mereka membaca al quran dan solat.dari ramai2 itu akan ada empat org yg wajahnya mirip2 arab berwajah cina..mereka sebenarnya adalah anak anak keturunan Saad Abi Waqash.Duta besar kerajaan Jazirah Arab di zaman baginda Rasulullah saw ke negeri China yg telah menetap lama dan menyebarkan islam di daerah Guang Zhaou. Maka teruskanlah pengembaraan mu hai Senopati Kesuma Dewi ...

Senopati Kesuma Dewi :Hamba menahan seorang pemuda yang lalu disitu dan bertanyakan dimanakah kedudukan masjid.Beliau menunjukkan hamba perlu melalui lorong disebelah kedai

tempat hamba menunggu disitu tadi.. terus menyelusuri lorong tersebut dan hamba akan nampak sebuah masjid.Kawasan di situ tembok bangunannya agak tinggi.Hamba sampai ke perkarangan bangunan yang agak besar dan lapang.Susah nak kenali masjid china kerana senibina atap bangunannya hampir serupa tidak seperti di sini yang masjid mempunyai kubah. Tapi hamba melihat ada seorang lelaki berpakaian putih sedang solat di situ jadi hamba yakin inilah masjidnya.Hamba menunggu lelaki yg sedang solat itu selesai solatnya utk bertanyakan rumah tok siak . Lelaki itu pakai jubah putih berjanggut.rupanya seperti orang arab berkening tebal dan dia tersenyum pada hamba. TuanKelarias Al fateh :tunjukkan wafak itu lynn padanya utk bezakan jin atau bukan.. Senopati Kesuma Dewi :Lelaki tersebut menganggukkan kepalanya dan dia mengenali wafak itu. Dia memperkenalkan diri sebagai wali ALLAH dan mengatakan hang tuah berasal susur galur keturunannya.Dia bawa saya kebelakang masjid di sebuah rumah yang agak sederhana, tak terlalu usang tapi tidak baru. Melangkah masuk ke pintu gerbangnya. Ya rumah itu terdiri dari banyak tiang.masjid dia mempunyai 3 bumbung, atas segitiga, bawah segitiga. Muka pintunya ada beranda ke depan.Beranda itulah hamba bertemu wali tersebut yg sedang solat. Tuan kelarias AlFateh: jangan sebut wali-wali, saya tak minat nak baca. Bagitahu dia semua istilah wali tiada dalam hal ni.elok kamu bagi pelempang sikit. Memandai mengaku wali Allah pula. Mana ada wali mengaku wali. Gila.Itu jin munafik yang menyerupai Saad ibnu Waqash.Saya hampir2 terperdaya lagi kali ni.Jin munafiq tak lut dengan wafak. Jin2 seperti itu memang taraf sakthi.Teruskan perjalanan kamu tp berdoalah kepada Allah agar terlindung dari tipu daya jin dan syaitan yang menyamar.Kamu ceritakan rupa dan pakaian mereka satu persatu Senopati Kesuma Dewi . Pengembaraan ke dimensi yg lain amat-amat merbahaya jika tidak dipantau oleh yg arif akan perkara ini ......kemudian Senopati Kesuma Dewi meneruskan pengembaraannya ... Senopati Kesuma Dewi :baik tuan, hamba melangkah masuk ke rumah tersebut yang dipagari dengan tembok yg agak tinggi.Di luarnya nampak biasa sahaja tapi sebenarnya di bahagian dalam nampak sedikit daif. ada palang kayu yang sudah jatuh di suatu sudut.Di situ hamba nampak tok siak sedang duduk mengajar kanak2 disitu membaca sambil pegang rotan. Tok siak itu hanya memakai pakaian putih lusuh wajahnya seakan sudah capai usia 40 -50an.Ada ramai anak2 kecil di situ yang bermain2 dan mereka berpakaian agak lusuh.Hamba mencari dalam ramai2 anak2 tersebut 4 orang anak kecik bersaudara yang di maksudkan. Di kalangan lebih kurang 15-20 orang anak kecik yg berada di situ. Saya telah jumpai mereka tuan, mereka berempat duduk menunggu giliran untuk mengaji bersama tok siak. Yang paling besar umurnya dalam 10-12 tahun. Dia agak tinggi, badan tegap, mata sepet tapi hidungnya mancung, nampak orangnya seakan ketua pada yang lain.dia seorang pendiam dan dari wajahnya menyembunyikan seribu rahsia kehidupannya.Yang keduanya agak rapat dengan yg tua itu, badannya kecil sikit. Saya menjangkakan beza usia mereka setahun sahaja. Wajahnya hampir seiras cuma yang kedua itu menampakkan airmukanya yang mempunyai sedikit sifat amarah. memiliki mata lebih sepet berbanding yg pertama.

Yang ketiga dan keempat yg agak kecil tubuh mereka berbanding abang2 mereka. Mereka berdua ini sangat rapat anatara satu sama lain dan sgt manja dengan abg mereka yg tua itu. Mereka masih kecil dan sy merasakan usia mereka antara 6-7 tahun.Keluarga mereka bernama hwang kalau tak silap pendengaran hamba.Orang cina di sana kebanyakkan tinggal dalam satu keluarga yang besar dan mereka datang dari keluarga yang sama.Saya bertanyakan siapa yang bernama hwang too ah, hamba halakan jari hamba seorang demi seorang bermula dari paling kecil. ketiga mereka itu mengelengkan kepala dan paling besar itu mengangguk kepalanya. Hamba bertanyakan sekali lagi sambil zikir agar tidak terpesong atau tanpa ganguan.Yang sulung itu terus memegang tangan hamba dan merapatkan kedadanya dan menyebut Hwang too Ah, kalau tak salah ejaannya. Mohamad Fazari Mohamad Sukri :Hwang/Huang mgkin ada kaitan dgn maharaja china dahulu kala..Huang Di atau Qin Shi Huang Di adalah satu nama gelaran bg maharaja..kalau tidak silap saya first emperor of china..ada juga kaitan dengan lagenda/mitos 'Three Sovereigns and Five Emperors' yg trselamat dalam 1 banjir besar. Alhamdulillah Senopati Kesuma Dewi telah menemui Hang Tuah dan 3 adik beradiknya di sebuah masjid di Ghuan Zhaou ..China ...4 orang adik beradik yg akan melakar sejarah di Tanah Melayu ...semestinya mereka muslim walaupun berbangsa kacukan arab dengan China ...Hang Tuah tidak akan lupa asal usul nya dari bangsa arab dan cina tetapi apa yag paling penting dia adalah muslim dan tidak segan utk melafazkan sumpah keramat gurunya Adiputra TA MELAYU HILANG DI DUNIA .... bersambung ..

Anda mungkin juga menyukai