Anda di halaman 1dari 8

SKRIP TEATER BERCERITA ADAPTASI NOVEL TAWARIKH CINTA

Pencerita : Pelakon :

Al Hafiz Bin Sapuan Muhamad Bin Che Ros Muhammad Adhaa Bin Lamry

Watak :

Putera Jauhari Firus Puteri Cempaka Wilis Wazir Syamsul Azmi Nadim Tun Jana Khatib Temenggung

Pada suatu zaman yang tidak diketahui tarikhnya, terdapat sebuah negeri yang diterajui arus kemodenan iaitu Ujana Madani. Ujana Madani ialah sebuah negeri yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Rakyatnya pernah dipimpin oleh seorang ratu yang sangat berpengaruh dan berkuasa sehinggakan pengaruh baginda ratu sampai ke seluruh negeri jiran. Ratu Hassanatul Ridhwan Tempawan Kesuma nama diberi merupakan nama keramat bagi Ujana Madani. Kini sampai pula giliran cucunda baginda ratu ia itu Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis untuk menaiki takhta dan memimpin rakyat negeri Ujana Madani. Malangnya Kitab Gemala Sakti yang menjadi kemegahan negeri Ujana Madani rupa -rupanya hanyalah salinan. Kemana perginya kitab yang asal? Putera J auhari Firus perlu mencarinya sebelum baginda ditabalkan menjadi pemimpin Ujana Madani dengan bantuan adindanya Puteri Cempaka Wilis dan Ayahnda Wazir Syamsul Azmi.

Putera Jauhari Firus Puteri Cempaka Wilis

: :

Jadi, benarlah hakikat mimpi kanda malam tadi? Ya, dinda pun rasa begitu. Mimpi kanda itu seolah olah ingin menyampaikan suatu alamat. Tapi, kanda masih bingung. Apa sebenarnya alamat mimpa kanda. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam mimpi kanda itu.

Putera Jauhari Firus

Puteri Cempaka Wilis

Apa kata kita mohon buah fikiran ayahanda wazir? Adinda percaya mimpi kakanda itu membawa petanda luar biasa. Bukankah almarhumah bonda pernah bercerita, orang seperti kita ada kelebihan yang orang lain tidak ada. Dengan kelebihan itul ah dapat dipermudah jalan untuk memimpin rakyat jelata ke arah yang benar.

Maka Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis pun segera berjumpa dengan Wazir Syamsul Azmi. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan petunjuk daripada kebijaksanaan Wazir Syamsul Azmi mengenai petanda mimpi Putera Jauhari Firus. Mimpi luar biasa itu seringkali singgah dalam tidur Putera Jauhari Firus. Mimpi yang sama iaitu pertemuan Putera Jauhari Firus dengan Ratu Hassanatul Ridhwan Tempawan Kesuma. Baginda ratu menitahkan Pute ra Jauhari Firus untuk mencari Kitab Gemala Sakti yang asal dan dibawa pulang ke Ujana Madani. Kebingungan Putera Jauhari Firus hanya dapat dirungkaikan oleh Wazir Syamsul Azmi.

Wazir Syamsul Azmi

Memang naskhah Kitab Gemala Sakti yang berada di menara istana itu bukanlah yang asli. Kalau kitab itu bukan yang asli, mengapa ada Cahaya yang mengelilinginya. Bukan sebarang kitab dapat mengeluarkan cahaya, ayahanda. (Menangguk-angguk sambil memejamkan mata Memikirkan sesuatu.) Ceritakanlah wahai ayahanda wazir. Kita hanya membilang purnama sebelum tiba hari pertabalan kita. Bagaimanakah kita dapat memerintah dengan adil dan saksama, jika banyak rahsia tidak sampai ke pengetahuan kita? Anakanda Jauhari, apabila sesuatu per kara Ditanyakan, ertinya maklumat itu penting bag orang yang bertanya. Sebaliknya, perkara yang diberitahu tanpa ditanya, lazimnya tidak memberi pengaruh pun kepada orang yang diberitahu itu. (tersenyum) (Terdiam seketika sambil merenung wazir.) Kitab Gemala Sakti yang asli tidak berada di Ujana Madani. Naskhah yang tersimpan di menara istana

Putera Jauhari Firus

Wazir Syamsul Azmi

Putera Jauhari Firus

Wazir Syamsul Azmi

Putera Jauhari Firus Wazir Syamsul Azmi

: :

itu ialah naskhah salinan yang wujud sejak pemerintahan Ratu Hassanatul Ridhwan Tempawan Kesuma. Tiada siapa yang tahu di mana letaknya kitab yang asal itu. Mengikut cerita, baginda Ratu Hassanatul Ridhwan Tempawan Kesuma menitahkan agar kitab itu ditegaskan akan kewujudannya. Tiada siapa yang akan mempertikaikan keaslian naskhah itu kerana tidak ramai yang tahu membacanya. Ujana Madani memerlukan suatu lambang yang menjadi perisai kekuatan engeri. Selain daripada kekuatan tentera ngara, Ratu Hassanatul Ridhwan Tempawan Kesuma mahukan supaya Ujana Madani dipanda ng tinggi kerana pemilikan kitab itu. Pada suatu ketika, badinda pun menghebahkan ke seluruh negeri bahawa Kitab Gemala Sakti menjadi lambang kekuatan dan kemajuan negeri yang mencintai ilmu. Baginda juga mengatakan bahawa selagi kitab itu berada di bawah pemilikan raja-raja berdaulat, negeri Ujana Madani akan terus aman makmur. Pengumuman itu telah mengundang rasa cemburu daripada negara -negara jiran yang kemudiannya bertindak menyerang Ujana Madani. Melalui serangan itulah Kitab Gemala Sakti hilang akia bt dicuri. Semenjak itu Ujana Madani mula mengalami zaman kejatuhannya. Negeri ini bagaikan tidak mampu mengorak langkah lebih jauh untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Namun, Ratu Hassanatul Ridhwan Tempawan Kesuma ada berpesan kepada Wazir Syamsul Azmi bahawa hanya dengan anak muda yang cendikia, dengan kepintaran melangkaui akal wazir dan raja yang dapat membawa Kitab Gemala Sakti itu ke Ujana Madani. Pesanan itu datang dalam mimpi Wazir Syamsul Azmi. Puteri Cempaka Wilis juga mendapat mimpi didatang i Ratu Hassanatul Ridhwan Tempawan Kesuma. Baginda menyampaikan amanat dalam pantun: Pokok tanjung di tepi tasik, Berbunga lebat tumbuh tak rapat; Andai ditenung tengah Tenmasik, Rahsia berlipat dalam makrifat.

Puteri Cempaka Wilis

Setelah mendengar alamat mimpi Kanda Jauhari dan juga ayahanda wazir, sudah ada petunjuk yang mula bercantum dalam fikiran kita ini. Tetapi, marilah bersama-sama diselongkari khutubkhanah ini terlebih dahulu, kerana dinda yakin jawapan yang dicari ada di sini. (Terdiam sambil mengamati kata-kata puteri.) Pantun itu sudah berulang -ulang kali kita

Putera Jauhari Firus Puteri Cempaka Wilis

: :

menyebutnya. Jika benar kitab itu berada di Temasik, perlu dicari siapakah anak muda yang cendekia, dengan kepintaran melangkaui akal wazir dan raja yang dapat membawa Kitab Gemala Sakti ke Ujana Madani. Setelah sepekan berlalu, Putera Jauhari Firus pun bersedia untuk ke Temasik. Segala jawapan akan dapat dirungkaikan di Temasik. Putera Jauhari Firus perlu mendapatkan semula Kitab Gemala Sakti dan mencari anak muda yang cendikia. Namun zaman kerajaan Ujana Madani dengan zaman Temasik merupakan dua zaman yang berbeza. Bagaimanakah Putera Jauhari Firus dapat merentas zaman yang sudah jauh ketinggalan di belakang? Bagaimana hendak pergi ke z aman Temasik? Gapura masa. Ya, itulah cara untuk merentas zaman. Hanya beberapa orang sahaja yang mampu untuk membuka gapura masa. Salah seorangnya ialah Zulfakar, hulubalang istana yang sangat taat pada rajanya. Dengan bantuan Zulfakar, Putera Jauhari Firus merentas zaman untuk menyelamatkan anak muda cendikia yang berada di Temasik. Anak muda yang bernama Nadim.

Nadim Temenggung

: :

Apa salah hamba datuk? (tanya berulang kali) (Hanay mendiamkan diri sambil menarik tangan nadim ke penajara.) Datuk, tolonglah, berilah hamba mengerti. (Jawab dengan nada serba salah) Aku hanya menjalankan titah raja, anakku. Maafkan aku. (Berlalu pergi meninggalkan nadim di dalam penjara.) (Berjalan mundar-mandir dengan perasaan sedih ) (Sebelum masuk ke pentas) Sabar anakku, sabar. (Terpusing-pusing mencari dari arah mana datang suara tersebut) Sabar anakku, sabar. Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah. (Sambil berjalan masuk k e pentas.) (Menggosok-gosok mata. Ketakutan sedikit seperti nampak hantu. Usah taku anakku. Kita ini sama -sama senasib. Nasib yang bagaimana tuan maksudkan?

Nadim Temenggung

: :

Nadim Tun Jana Khatib Nadim

: : :

Tun Jana Khatib

Nadim

Tun Jana Khatib Nadim

: :

Tun Jana Khatib

Tanah ini tanah bertuah, tetapi mereka yang berkuasa tidak menghargai manusia yang cendikia. Orang berilmu, pandai dan mahir menggunakan akal dianggap berbahaya serta menjadi ancaman kepada mereka. Ya, ancaman kepada kecetekan fikiran mereka. (Terkebil-kebil sambil mengamati bicaranya) Anakku, di sini bukan tempatmu dan engkau pun sudah menerima titah paduka raja. Benar tuan, hamba ini mahu dihukum bunuh. Tetapi apa kesalahan hamba? Kau tidak bersalah apa-apa, anakku. Yang menjadikan kau dihukum di bumi Temasik ini adalah kerana kau cerdik, mahu berfikir dan panjang akal. Seperti juga aku yang dihukum bunuh tidak lama dahulu. Tuan pernah dihukum bunuh? (Ketakutan) (Tersenyum sambil mengangguk-angguk) Tuan ini Tun Jana Khatib? (Tersenyum sambil mengangguk-angguk) Tetapi mengapa paduka tuanku mahu membunuh hamba, tuan? Hamba masih tidak mengerti. Anakku. Kau telah berjaya menyelamatkan Temasik daripada serangan todak. Kau telah memberikan buah fikiran yang bernas tetapi buah fikiran itu kau suarakan di hadapan baginda bersama-sama para pemimpin, juga hulubalang serta rakyat jelata. Tetapi hamba bukannya meminta balasan daripada buah fikiran itu. Hamba tidak menuntut apa-apa pun. Mengapa mesti hamba dibunuh? Kerana akal cendikiamu, anakku. Tidak ramai orang yang lebih dewasa serta berkuasa dapat menerima buah fikiran orang yang lebih muda. Paduka Seri Maharaja, walaupun beras a lega kerana selesainya masalah todak namun berasa

Nadim Tun Jana Khatib

: :

Nadim

Tun Jana Khatib

Nadim Tun Jana Khatib Nadim Tun Jana Khatib Nadim

: : : : :

Tun Jana Khatib

Nadim

Tun Jana Khatib

terhina kerana penyelesaiannya bukan datang daripada kebijaksanaan baginda, tetapi disembahkan oleh seorang budak di depan khalayak. Nadim : (Termenung seketika) Sewajarnya hamba bisikkan buah fikiran itu kepada tuk penghulu terlebih dahulu. Tun Jana Khatib : (Tersenyum sambil mengangguk-angguk)

Begitulah Tawarikh yang berlaku kepada Nadim, seorang anak muda yang hanya mahu membantu rakyat Temasik diripada diserang todak. Pada awalnya arahan dari istana menitahkan supaya para nelayan berkubukan betis sebagai benteng pertahanan serangan todak. Sungguh cetek dan jahil pemerintah Temasik pada zaman itu. Namun setelah Nadim menyuarakan penyelesaian bagi serangan todak tanpa menumpahkan darah rakyat Tem asik, Nadim pula dihukum bunuh. Sungguh malang nasib Nadim. Walaubagaimanapun, tawarikh akan berubah. Nadim tidak akan mati begitu sahaja. Kebijaksanaannya tidak akan terkubur begitu sahaja. Putera Jauhari Firus dan Zulfakar dalam perjalanan untuk menyela matkan Nadim. Setelah merentas masa dengan gapura masa, Putera Jauhari Firus menunggu masa yang seusai untuk menyelamatkan Nadim. Benar seperti sangkaan Putera Jauhari Firus, Nadim tidak dibunuh di hadapan khalayak ramai. Pembunuhannya mahu dirahsiakan de mi nama baik Paduka Seri Maharaja. Nadim dibawa pengawal istana ke pantai untuk di hanyutkan ke laut. Peluang ini digunakan oleh Puteri Jauhari Firus dan Zulfakar untuk menyelamatkan Nadim. Dengan bekalan ilmu yang dipelajari, Putera Jauhari Firus dan Zulf akar berjaya membawa lari Nadim dan hilang dalam pandangan. Pengawal istana yang ada di situ terkebil-kebil dan terpinga-pinga memikirkan ke mana Nadim dan penyelamatnya menghilankan diri dalam pandangan. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++++++ Setelah beberapa hari berada di Ujana Madani, Nadim bersedia untuk menjalankan tugasannya mencari Kitab Gemala Sakti. Kali ini hanya Nadim dan Putera Jauhari Firus sahaja yang akan melaksanakan tugasan ini. Mereka perlu merentas zaman sekali lagi untuk mencari kitab tersebut yang berada Temasik.

Nadim

Tengku, patik fikir kita sudah sampai di pelabuhan Temasik. Tetapi lain sekali keadaannya kerana demikian banyaknya jong dan perahu di hadapan kita ini. Nadim, ini angkatan dari Majapaht. Panji -panji yang berkibar di dalam perahu-perahu itu, panji-panji kerajaan Jawa. Petaka apakah ini tengku? Temasik dilanggar Majapahit? Kita sengaja memilih untuk tiba pada zaman ini, beberapa keturunan selepas zaman saudara Nadim dahulu. Ini bukan zaman baginda Paduka Seri Maharaja lagi. Pada ketika itu Kitab Gemala Sakti belum lagi berada di sini. Berdasarkan petunjuk daripada kajian yang dilaksanakan, Kitab Gemala Sakti sepatutnya wujud pada zaman yang ini. Apakah Kota Temasik akan rebah dalam perang ini, tengku? Tidak, Kota Temasik tetap utuh. (Menarik nafas lega) Pada zaman ini Sang Rajuna Tapa tidak berpuas hati dengan cara hukuman dilaksanakan ke atas anaknya. Caranya terlalu kejam. Mayatnya terkapar dan tidak dibenarkan jenazahnya diuruskan sehingga raja berpuas hati. Beliau amat dukacita atas hukuman yang dikenakan tanpa usul periksa. Lalu apa tindakan Sang Rajuna Ta pa? Nadim, Majapahit tidak akan datang ke sini dengan sebegini berani, jika tiada siapa menyampaikan khabar bahawa Temasik dapat ditembusi. Adakah Sang Rajuna tapa yang menyampaikan khabar itu? (Mengangguk-angguk) Dia telah mengutus warkah kepada Demang Mangku Negara, Betara Majapahit dengan janji akan membuka pintu kota.

Putera Jauhari Firus

Nadim

Putera Jauhari Firus

Nadim

Putera Jauhari Firus Nadim Putara Jauhari Firus

: : :

Nadim Putera Jauhari Firus

: :

Nadim

Putera Jauhari Firus

Nadim

Barangkali, iniliah balasannya kepada Temasik. Kalaulah tawarikh ini dapat diubah. (Sedih dan tertunduk) (Tersenyum) Hanya tuhan yang tahu, wahai Nadim. Bala yang diturunkan itu ada hikmahnya bagi orang yang mahu berfikir. Apa maksud tengku? Malam ini bakal tercipata peristiwa penting, iaitu Temasik bakal tewas di tanagn Majapahit. Raja akan berundur dari istana ke Seletar. Ini musim kejatuhan Temasik, kejatuhan yang harus berlaku. Jika tidak, Melaka mungkin tidak wujud. (Kehairanan sambil menggaru kepala) Melaka? (Ketawa kecil) Ah Nadim, kita terlalu hanyut bercerita. Cukuplah dahulu pengetahuan saudara sampai di situ.

Putera jauhari Firus

Nadim Putera Jauhari Firus

: :

Nadim Putera Jauhari Firus

: :

Askar-askar Majapahit semakin mara ke gigi air. Putera Jauhari Firus dan Nadim terpaksa berundur dahulu untuk menantikan hari malam. Mereka berlindung di madrasah yang berdekatan. Di situ mereka didatangi Tun Jana Khatib. Putera Jauhari Firus dan Nadim diberi amanat sebelum menyambung perjalanan mencari Kitab Gemala Sakti di Temasik. Matahari sudah tenggelam dan bulan pula mengambil alih tempat matahari. Putera Jauhari Firus dan Nadim saling berpandangan dan mengangguk menandakan sudah tiba masanya untuk mereka menyelesaikan tugasan di Temasik. Kitab Gemala Sakti berada di Istana Temasik. Putera Jauhari Firus dan Nadim menunggu peluang sehingga si pembelot Temasik, Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota untuk askar-askar Majapahit. Akhirnya mereka berjaya membawa Kitab Gemala Sakti pulang ke Ujana Madani. Dalam hiruk pikuk peperangan antara Temasik dan Majapahit, mereka merentas semula zaman pulang ke Ujana Madani. Belum sempat menarik nafas lega, mereka terkejut kerana suasana di Ujana Madani sama seperti di Temasik. Peperangan juga berlaku di Uja na Madani. Apa yang terjadi? Adakah perubahan tawarikh mengakibatkan Ujana Madani menjadi begini? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Semuanya terkandung dalam novel Tawarikh Cinta.

Anda mungkin juga menyukai