Anda di halaman 1dari 2

Penulisan Skrip dan lakon layar

Genre Filem

Nama : Mohammad Firdhaus Bin


Daruwis
No. Matrik : S0001991
Genre filem

Komedi Genre komedi adalah filem yang dipenuhi dengan adengan komedi
dan lucu. Jalan ceritanya yang ringan dan mudah difahami membuat
filem bergenre komedi digemari oleh semua lapisan masyarakat. Filem
komedi ditujukan untuk menghibur penontonya dengan aksi komedi
yang mampu mengundang tawa. Antara contoh filem bergenre komedi
adalah Rush Hour, Shaolin Popey, Zombi Kampung Pisang dan
sebagainya.

Sejarah Genre sejarah adalah filem yang mengandungi cerita masa lalu iaitu
kejadian dan peristiwa yang telah menjadi sejarah. Filem bergenre
sejarah akan membawa penonton ke masa silam dimana penonton
dapat melihat latar masa ketika itu, kostum, dan kemegahan kerajaan
sewaktu itu. Filem sejarah menghiburkan penonton dengan aksi konflik
yang besar dan latar yang menarik ditambah dengan latar musik yang
epic. Antara contoh filem bergenre sejarah adalah Titanic, IPman,
Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya.

Aksi Genre aksi adalah filem yang secara umumnya dipenuhi dengan
adengan kejar-mengejar, pergaduhan, tembak-menembak dan
letupan.Kebanyakan filem bergenrekan aksi mempunyai tempo cerita
yang cepat. Filem aksi menghiburkan penonton dengan aksi-aksi yang
menarik,cerita yang mencemaskan dan letupan yang banyak. Antara
contoh filem bergenrekan aksi adalah Mission Impossible, Who Am I,
The raid dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai