Anda di halaman 1dari 9

Nama: CINDY LEE XIN YUE

ID: FD1803-028
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan
maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu
hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita
atau ayat keterangan.

Contoh: Dia suka menonton rancangan televisyen.


Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu hal. Terdapat dua jenis ayat tanya,
iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan
kata tanya. Tanda soal diletakkan pada akhir ayat
dalam tulisan.
Contoh: (a) Bas itu sudah bertolak?

(b) Pemain piano itu siapa?

(c) Siapakah pemain piano itu?


Contoh: (a) Fikirkanlah sebelum bertindak.
(b) Jangan petik bunga itu.
(c) Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
(d) Tolong ambilkan saya secawan air.

Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan


sesuatu tindakan. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis
a) Ayat suruhan
Ayat Suruhan - Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
b) Ayat larangan
Ayat Larangan - Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
c) Ayat silaan
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.

Ayat Silaan - Menjemput atau mempersilakan seseorang Menggunakan kata


d) Ayat permintaan
silaan seperti sila atau jemput.

Ayat Permintaan - Memohon permintaan dan pertolongan. Menggunakan kata


permintaan seperti minta atau tolong.
Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk
melahirkan perasaan seperti takut, marah,
gembira, sakit, benci dan sebagainya. Tanda seru
biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
Kadang-kadang ayat seruan didahului oleh kata
seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan
sebagainya.
Contoh: (a) Amboi, cantiknya gadis itu!
(b) Syabas, kamu telah menang!
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai
152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang
pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah
Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah
prolifik Abdul Layip Talib, memaparkan kisah serangan terakhir askar
Jepun di Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar Melayu
yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
Dua anggota askar memegang kedua-dua tangan Samad untuk dibawa keluar. [m/s 294]
Analisis: Ayat ini menghuraikan situasi dua anggota askar. Sebabnya, ayat ini ialah ayat penyata.

Sampai bila kita akan dibelenggu orang asing hinggakan semuanya diatur mengikut rentak dan acuan
yang mereka inginkan? [m/s 100]
Analisis: Ayat ini juga ayat tanya dengan kata tanya (“bila”).

Koperal, tangkap pengkhianat ini. [m/s 294]


Analisis: Ayat perintah ini ialah ayat suruhan daripada Koperal.

Teruskan perjuangan dan jangan hiraukan saya. [m/s 315]


Analisis: Ayat perintah ini ialah jenis ayat larangan. Ayat ini menunjukkan pengorbanan.

Anak kita biar kurang makan asalkan jangan kurang ajar! [m/s 92]
Analisis: Ayat ini tidak ada kata seru, ayat ini meluahkan perasaan marah.
Novel ini sangat inspirasi. Saya tidak membaca keseluruhan buku, tetapi dari apa yang
saya dapat lihat, nampaknya meninggalkan kesan. Ia telah membolehkan saya melihat
kehidupan dengan cara yang berbeza. “Leftenan Adnan” adalah cerita tentang sesuatu
yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan sebenar, juga ada filem tentang Leftenan
Adnan. Keadaan ini berlaku semasa Peperangan Dunia II ketika Jepun menyerang kami.
Leftenan Adnan hanya berusia 27 tahun ketika dia meninggal dunia, dia meninggalkan
isterinya dan dua anaknya untuk mengorbankan dirinya untuk melindungi negaranya.
Nilai murni yang saya dapatkan daripada membaca sinopsis sahaja adalah saya telah
belajar bahawa ketekunan adalah apa yang membuat anda bertarung untuk terus
hidup, sama seperti bagaimana tugas yang tenggelam tetapi saya akan bertahan dan
melaluinya.

Anda mungkin juga menyukai