Anda di halaman 1dari 20

PKPK3113

KESUSATERAAN DAN SENI DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

CERITA LAGENDA
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL NADIAH BINTI RUSDIN
CHIEW JING WENN
SITI NUR HAIDAR BINTI MAT HUSSIN
NORSHAHIRAH HANI BINTI AHMAD KAMAL

PENSYARAH PEMBIMBING:
CIK ASNIZA BINTI IBRAHIM
PENGENALAN
• Cerita lagenda adalah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu
tempat atau peristiwa zaman silam. Ia mungkin berkisah tentang
seorang tokoh, keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang
bersejarah lama mempunyai lagendanya sendiri. Misalnya di
Langkawi, kita akan menjumpai lagenda Mahsuri dan di Melaka kita
dapat menjumpai lagenda Hang Tuah.
CIRI-CIRI CERITA LAGENDA
• Menceritakan tentang karakter tertentu dari tokoh yang di anggap
berpengaruh dalam kehidupan mereka.
• Biasanya bersifat dunia (tidak berhubungan dengan agama tertentu)
• Lebih ke arah budaya lingkungan
• Diceritakan secara turun temurun dengan lisan
• Bercerita tentang kejadian di lingkungan setempat.
• Hubungan setiap peristiwa dalam cerita legenda merupakan
hubungan yang logik.
• Mempunyai latar masa dan latar tempat.
4 JENIS PENGELOMPAKAN CERITA LAGENDA
• Lagenda Keagamaan
• Lagenda Alam Ghaib
• Lagenda Perseorangan/peorangan
• Lagenda Setempat
Lagenda keagamaan Lagenda alam ghaib

• cerita tokoh atau kelompok • cerita tokoh yang


yang berhubungan dengan sumbernya dari alam lain,
keagamaan (orang soleh, tetapi tetap terjadi di bumi.
wali, orang-orang suci). • Fungsi legenda seperti ini
• Kisah wali songo di Jawa ialah untuk meneguhkan
kebenaran “ takhyul ” atau
kepercayaan rakyat
• kisah ratu pantai selatan
(nyi roro kidul)
Lagenda perseorangan Lagenda setempat

• cerita tokoh di daerah • cerita tentang terbentuknya


tertentu yang hebat sebuah tempat yang masih
ataupun yang memiliki ada sampai sekarang
kesan untuk daerahnya • misalnya terbentuknya
• si pitung pahlawan betawi, legenda danau toba dan
lutung kasarung (Jawa Barat) lagenda
sangkuriang/lagenda
gunung tangkuban perahu
Lagenda Puteri Gunung Ledang
Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang kelapan pada ketika itu baru sahaja
kemangkatan permaisurinya, Tun Kecil dan meninggalkan bakal pewaris takhta, Raja
Ahmad yang masih kecil. Hibanya tidak terkata mengenangkan isteri yang telah tiada
meskipun baginda mempunyai isteri-isteri yang lain, Tun Teja puteri dari Pahang serta
Puteri Onang Kening, anakanda Sultan Mansur Syah dari Kelantan. Tetapi hatinya masih
sunyi terasa seakan Istana Mahligai yang didiaminya itu terlalu kosong dan tidak
berpenghuni. Keadaan ini membuatkan baginda sudah berberapa hari tidak menjengah
Balai Rong Seri untuk bertemu para pembesar negeri. Ini amat menggusarkan hati para
pembesar terutamanya Bendahara Tun Perpatih Sedang dan Laksamana Hang Tuah, dua
pembesar yang amat dihormati dan berpengaruh di istana Melaka.
Namun apa yang berlaku pada suatu malam merubah segalanya apabila baginda
bermimpikan seorang perempuan yang terlalu cantik paras rupanya muncul dan
berasyik masyuk dengan baginda. Terlalu luar biasa akan rupa perempuan itu,
membelai dan menggoda baginda sehinggakan baginda seakan tidak mahu
langsung terjaga dari mimpinya. Menjelang matahari memancar di ufuk timur,
segera baginda menitahkan agar dipanggil nujum istana dan lalu ditanyakan,
siapakan perempuan tersebut yang muncul didalam mimpinya itu. Lalu dari telus
tilikan sang nujum, lalu dikhabarkan, perempuan itu adalah Puteri Gunung Ledang,
penjaga Gunung Ledang yang telah mendiami gunung tersebut sejak ratusan tahun
yang lalu. Selama ini baginda hanya mendengar akan cerita orang mengenai puteri
itu tetapi melalui mimpinya itu, baharulah baginda tahu yang puteri itu terlalu
cantik orangnya.
Titah baginda menggemparkan istana, Sultan Mahmud berkehendakkan puteri itu dan
dijadikan Permaisuri. Titah itu seakan mustahil tetapi titah tetaplah titah, yang juga
mustahil untuk dibantah. Puteri Gunung Ledang akan dilamar dan akan menjadi
Permaisuri Melaka. Jika benar puteri itu menerima pinangan baginda, bertambah gahlah
Kerajaan Melaka, yang sultannya beristerikan seorang puteri dari kayangan. Maka,
sebuah rombongan peminangan diadakan, diketuai oleh Laksamana Hang Tuah sendiri
yang pada ketika itu telah pun tua, diiringi oleh Sang Setia serta ketua orang Inderagiri
bernama Tun Mamat, yang dikatakan mahir dengan selok-belok didalam hutan. Segala
hantaran peminangan disiapkan untuk dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang,
dengan harapan puteri itu bakal menerima pinangan baginda.
Maka menjelang subuh sesudah rombongan tersebut mengerjakan solat di Masjid Istana,
mereka berangkat menuju ke arah selatan, dimana Gunung Ledang dikatakan terletak.
Setelah berberapa hari berjalan kaki meredah hutan, rombongan itu yang dianggotai oleh
Laksamana Hang Tuah, Sang Setia, Tun Mamat dan berberapa orang pengiring kini dapat
merasakan perubahan cuaca disekeliling mereka. Udara dirasakan semakin sejuk dan
dingin dan tahulah oleh mereka yang kini mereka sedang menaiki gunung tersebut.

Mungkin para pengiring yang lain masih gagah untuk meneruskan perjalanan ini untuk
beberapa hari lagi, tetapi ini menjadi tugas yang agak sukar bagi Hang Tuah. Hang Tuah ini
bukanlah lagi Hang Tuah yang dulu terkenal dengan kegagahannya, menumpaskan Hang
Jebat yan derhaka. Membinasakan pahlawan Jawa, Taming Sari dan membolot kerisnya
yang kini tersisip di pinggangnya. Hang Tuah ini telah pun dimakan masa, yang kini berada
diambang senja. Terlalu penat dan lemah untuk terus mendaki gunung yang gagah dan
angkuh ini.
Dan keadaannya ini disedari oleh Tun Mamat. Risau benar dia melihat keadaan Laksamana
tua itu yang kelihatan teramat lelah dan tercungap-cungap. Akhirnya, pada suatu tempat
perhentian di pertengahan jalan ke puncak gunung, Tun Mamat mengusulkan biarlah dia
sahaja dan pengiring yang lain meneruskan perjalanan. Sementara Sang Setia akan
menemani Laksamana di pertengahan jalan. Tapi, ini terlalu sukar bagi Laksamana ini untuk
menerima usul dari Tun Mamat itu. Diakan Laksamana, selama ini mana pernah titah dan
tugas dari Baginda Sultan gagal disempurnakan? Dia adalah Hang Tuah, pahlawan teragung
Kerajaan Melaka. Tapi...kini, keadaan dirinya benar-benar menyedarkan dia sebenarnya
hanyalah manusia biasa yang punya kudrat dan fitrah yang terhad.
Dengan berat Laksamana Hang tuah terpaksa mengiakan akan cadangan Tun Mamat itu.
Laksamana Hang Tuah yang terkulai lemah di banir sebatang pokok besar , sambil ditemani
Sang Setia, memerhatikan dengan rasa kecewa sebaik Tun Mamat dan pengikut-pengikut
yang lainnya mula mengorak langkah menuju ke puncak gunung hingga hilang dari
pandangan mata. Senja mula menjengah hari. Sudah terasa agak lama berjalan mendaki
semenjak meninggalkan Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia. Dan udara bertambah
menggigit sejuknya. Namun, Tun Mamat mula menyedari kelainan akan keadaan hutan
disekeliling mereka. Mereka tidak lagi dikelilingi oleh pepohon hutan yang besar mahupun
akar rotan yang berselirat disana sini, sebaliknya, muncul rimbunan pokok bunga yang
pelbagai warna dan rupa. Malah udara yang mereka hirup bukan setakat dingin dan sejuk
malah berbau harum pula.
Tun Mamat merasai keanehan itu. Mereka tidak lagi berada disebuah hutan belantara
sebaliknya disebuah taman yang terlalu indah. Lagi anehnya, suara merdu nyanyian
bersyair dan gurindam mendayu-dayu disana sini. Namun apa yang benar-benar menarik
perhatian Tun mamat dan pengiringnya adalah apa yang berada nun dihujung taman,
berada diatas puncak sebuah bukit kecil. Terdapat sebuah balai kecil yang menjadi pusat
kepada taman tersebut dan apa yang menariknya tentang balai itu, ia dibina dari tulang
manusia dan berbumbungkan rambut!

Dan kedengaran suara-suara perempuan sedang bergurau senda dari arah itu, lantas
membawa langkah Tun Mamat menghampirinya. Apabila telah benar-benar berada
diperkarangannya, dapat dilihat seorang perempuan tua bersama berberapa orang
perempuan lain sedang duduk bergurau senda. Tapi, sebaik menyedari akan seorang
lelaki asing menghampiri balai itu, gurau senda dan bualan mereka terhenti serta merta.
Pandangan mata mereka terpaku kepada kehadiran Tun Mamat yang sedang menanti di
muka tangga balai tersebut.
Tun Mamat memperkenalkan dirinya sebagai utusan dari Sultan Mahmud Syah, Sultan
Melaka yang membawa titah peminangan dari Baginda untuk Puteri Gunung Ledang.
Sebaik mendengar akan kata-kata Tun Mamat itu, lantas perempuan tua itu
memperkenalkan diri bahawa, beliau adalah Dang Raya Rani, ketua dayang-dayang istana
Puteri Gunung Ledang, dan gadis-gadis lain yang bersamanya adalah dayang-dayang
baginda. Setelah akan mendengar hajat Tun Mamat itu, Dang Raya Rani meminta untuk
berlalu supaya kehadiran Tun Mamat dapat dipersembahkan kepada Puteri Gunung
Ledang.
Hinggalah menjelang tengah malam, masih belum muncul Dang Raya Rani itu. Entahkan ya
entahkan tidak, mereka itu dayang-dayang Puteri Gunung Ledang, perasaan curiga mula
bercambah dihati Tun Mamat dan pengiring-pengiringnya. Tetapi, tiba-tiba, dari celah-celah
rimbunan pohon yang membanjiri taman tersebut, muncul seorang nenek tua. Tapi nyata,
yang ini, bukanlah Dang Raya Rani yang dilihatnya petang tadi. Sebaliknya nenek tua ini
sudah pun bongkok tiga hingga seakan terlipat belakangnya. Dia berjalan menghampiri Tun
Mamat yang mula berdiri di tangga balai sebaik menyedari kemunculan nenek tua itu.

Tanpa memberi peluang untuk Tun Mamat memperkenalkan diri, nenek tua itu seraya
berkata yang beliau membawa titah dari Puteri Gunung Ledang, yang baginda menerima
akan lamaran baginda tapi Baginda Sultan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebagai
hantaran perkahwinan iaitu

"Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hinga ke puncak Gunung Ledang,
sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka,
tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara,
tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda"
Terbeliak mata Tun Mamat mendengar akan syarat-syarat tersebut tetapi dia sebaik
mungkin cuba menyembunyikan perasaan itu. Kalau difikir dan diamati, semua syarat itu
semuanya mustahil untuk dipenuhi, dan kalau benar pun, ia tentu mengambil masa
bertahun-tahun untuk disempurnakan...

Sepanjang malam selepas nenek tua itu menghilangkan diri, sepatutnya setelah penat
seharian mendaki gunung, pastinya mudah untuk melelapkan mata, mencari kembali tenaga
sebelum mendaki turun menjelang subuh esok. Tapi tidak bagi Tun Mamat. Pelbagai perkara
bermain difikirannya, tentang taman bunga dipuncak gunung, tentang balai tulang itu,
tentang Puteri Gunung Ledang dan tentunya tentang syarat-syarat aneh tersebut....

Entahkan bila matanya terlelap, Tun Mamat sendiri tidak sedar. Menjelang matahari mula
memancar, Tun Mamat bersama pengiring-pengiring dan barang hantaran yang sepatutnya
dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang, mula mengorak langkah mendaki turun
dari puncak gunung. Mereka akan bertemu kembali Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia di
tempat dimana mereka ditinggalkan semalam.
Laksamana Hang Tuah menunduk apabila mengenangkan syarat-syarat yang dinyatakan
oleh Tun Mamat. Dalam diam, Laksamana tahu akan maksud yang tersirat disebalik
syarat yang dinyatakan oleh Puteri Gunung Ledang. Dan demi itu juga, Laksamana tua
itu juga sedar, dia telah gagal. Gagal menjalankan titah Baginda Sultan dan ini tidak
bermakna lagi bagi dirinya untuk pulang ke Melaka, menyembah Baginda Sultan. Maka
sebaik sahaja rombongan peminangan itu tiba di kaki Gunung Ledang dimana
terletaknya sebatang anak sungai, Hang Tuah berpesan kepada Tun Mamat

"Seandainya sungai ini bermuarakan Sungai Melaka, nescaya hamba akan muncul di
Melaka, tapi seandainya tidak, nescaya hamba telah pun tiada. Sesungguhnnya
khabarkan kepada Baginda Sultan hamba telah gagal menjalankan titah dan berasa
amat aib untuk mengadap Baginda"
Setelah menyerahkan Keris Taming Sari kepada Tun Mamat untuk diserahkan kembali
kepada Sultan Mahmud, Hang Tuah mencecahkan kakinya ke air sungai tersebut dan
meranduk airnya hingga hilang dari pandangan sekelian ahli rombongan
tersebut...Semenjak itu tidak lagi didengari sebarang khabar berita dari Laksamana
yang banyak jasanya itu.
KESESUAIAN BAHAN BERDASARKAN CERITA LAGENDA

• Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis


perkataan suku kata terbuka KV+KV.

• Mengukuhkan kemahiran mengeja dan menulis.

• Isi pengajaran (Perkataan KV+KV): raja, hari, mula, rasa.

• Bahan Bantu Mengajar: papan selit perkataan

Anda mungkin juga menyukai