Anda di halaman 1dari 3

Tajuk:Puteri Gunung Ledang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya Ahmad Daniele Haiqhal bin Hafuzullah akan menyampaikan sebuah cerita

yang bertajuk, “Puteri Gunung Ledang”.

Pada zaman kesultanan Melaka terdapat sebuah kampung di kaki Gunung

Ledang. Di kampung itu mengalir sebatang sungai yang jernih airnya.

Pada suatu hari, Sultan Mahmud keluar memburu di kawasan itu. Selepas

beberapa ketika, baginda meninggalkan orang-orangnya. Baginda berjalan seorang

diri sambil menikmati keindahan alam di sekelilingnya. Tiba-tiba, baginda ternamapk

seorang wanita jelita di tebing sungai. Wanita itu sedang memetik bunga. Dia

terpandang sultan Melaka sambil tersenyum manis.

Sultan terpesona dengan senyuman itu bergegas ke tebing sungai tetapi

belum sempat baginda sampai, wanita itu menghilangkan diri. Sultan mencari di

serata tempat namun tidak ketemui. Baginda pulang ke istana dengan perasaan

hampa. Malam itu baginda tidak dapat tidur lena kerana asyik terkenang wanita itu.

Keesokannya baginda memanggil para pembesar masuk mengadap.

Sekalian pembesar datang menghadap dan baginda menerangkan tujuan tersebut

dan memberitahu apa yang baginda lihat di tebing sungai semalam.

Bendahara memberitahu bahawa baginda terserempak dengan Puteri

Gunung Ledang yang bersemayam di puncak Gunung Ledang. Bendahara

menceritakan kejelitaan Puteri Gunug Ledang kepada sultan. Baginda tertarik

mendengar cerita itu, lalu menitahkan bendahara mengatur rombongan peminangan

ke Gunung Ledang.

Hantaran buat Puteri Gunung Ledang mestilah paling istimewa. Antara yang

disediakan ialah kain songket yang ditenun emas dan barang kemas bertatahkan

intan permata. Sedang Bendahara sibuk menyediakan rombongan peminangan itu,

bendahara didatangi mimpi yang aneh.

Dalam mimpi itu, badan putera sultan penuh berlumuran darah. Datuk

bendahara menceritakan mimpi itu kepada pembesar lain. Beberapa hari kemudian
setelah segala persiapan diaturkan, rombongan peminangan itu bersedia untuk

bertolak ke Gunung Ledang.

Perjalanan mendaki gunung itu amat rumit. Sesekali mereka terpaksa

menghadapi serangan binatang buas, seperti harimau dan singa. Mereka tetap

meneruskan perjalanan walaupun Puteri Gunung Ledang dan istananya tidak

kelihatan.

Beberapa jam kemudian, mereka terserempak seorang tua yang bongkok

tiga. Dia menasihati mereka agar pulang ke istana dan batalkan hasrat menyunting

Puteri Gunung Ledang. Namun para pembesar terpaksa menempuh bahaya demi

melaksanakan titah sultan.

Nenek tersebut menjemput mereka ke pondoknya. Setelah beberapa jam

berjalan, mereka pun sampai di pondok buruk nenek kebayan. Mereka dihidangkan

dengan makanan sambil mendengar nenek kebayan bercerita. Sedang mereka

mendengar cerita itu mereka mula mengantuk dan akhirnya terlena.

Apabila mereka bangun, mereka amat terkejut kerana pondok dan makanan

dihidang itu telah lesap. Yang tinggal hanyalah sebatang pokok. Hari pun sudah

gelap. Sebenarnya perempuan tua itu bukan nenek kebayan tetapi Puteri Gunung

Ledang yang menyamar sebagai nenek kebayan kerana mengetahui ketibaan

rombongan peminangan itu.

Malam itu mereka tidak tidur nyenyak kerana diganggu bayang-bayang dan

suara yang menakutkan. Keesokannya semua mereka keletihan dan ketakutan. Tun

Mamat menawarkan diri pergi bersendirian. Beberapa hari kemudian, Tun Mamat

sampai di sebuah taman bunga. Bau di sekelilingnya amat harum.

Selepas melintasi taman itu, dia sampai di sebuah istana yang tersergam

indah. Awan terapung di sana sini. Beberapa gadis jelita menyambutnya di pintu

masuk. Belum sempat Tun Mamat masuk di terdengar pukulan gendang dan tiupan

serunai. Gadis-gadis itu mula menyanyi dan menari.

Selepas itu, dia dihidangkan dengan makanan yang lazat. Selesai makan

gendang dipalu dan serunai ditiup semula. Semua yang duduk bangun serta-merta.
Puteri Gunung Ledang muncul. Tun Mamat terbangun apabila terlihat rupa paras

yang begitu menawan. Wajahnya berseri-seri seperti mawar yang mekar di

tamannya.

Tun Mamat menyampaikan hasrat sultan Melaka untuk meminang Puteri

Gunung Ledang. Tuan Puteri mengangguk. Pembawa hadiah membuka peti-peti

besi dan mengeluarkan hadiah-hadiah di dalamnya.

Puteri Gunug Ledang hanya tersenyum kecil. Baginda tidak hairan dengan

hantaran yang agak istimewa itu. Tuan Puteri sudi memerima peminangan sultan

Melaka sekiranya baginda dapat memenuhi beberapa syarat.

Setelah mendengar segala syarat yang disampaikan oleh Puteri Gunung

Ledang itu, rombongan peminangan pun segera pulang ke istana. Setibanya di

istana, mereka terus menyampaikan permintaaan Tuan Puteri kepada baginda

sultan.

Sultan tidak menjawab. Baginda masuk ke dalam kamarnya dan hanya

muncul dua hari kemudian setelah berfikir masak-masak. Agar sukar juga untuk

memenuhi permintaan Tuan Puteri itu. Sekalipun jambatan emas atau perak,

baginda dapat membinanya tetapi bagi mendapatkan sedulang hati nyamuk,

setempayan air pinang muda dan semangkuk darah putera baginda menjadi perkara

mustahil untuk dilaksanakan.

Sultan lalu berjanji tidak akan menghantar rombongan peminangan ke

Gunung Ledang lagi. Para pembesar negeri pun menyambut keputusan sultan

dengan gembira. Semua akur pada kebijaksanaan Puteri Gunung Ledang yang

dapat mencari jalan yang licik untuk menolak pinangan sultan.

Pengajaran yang terdapat dalam cerita itu tadi ialah jangan kita berhajat

terlalu tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab yang sebenar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai