Anda di halaman 1dari 8

PUTERI GUNUNG LEDANG

Terima kasih saya ucapkan kepada pengacara majlis, barisan panel hakim,
guru-guru dan warga dewan sekalian.
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.Pada hari yang indah dan ceria ini,
saya ingin menyampaikan cerita yang bertajuk Puteri Gunung Ledang.
Tersebutlah kisah di serata negeri.
Kisah seorang tuan puteri,
Parasnya cantik tidak terperi,
Di Gunung Ledang tempat sembunyi. (melodilagu Tanya SamaHati)

Kawan-kawan nak dengar cerita Puteri Gunung Ledang,


Ceritanya.
Gunung Ledang terletak di puncak sebuah hutan yang tebal dan Puteri
Gunung Ledang diceritakan tinggal di puncak gunung itu. Puteri gunung
Ledang sangat terkenal kerana kecantikannya.Sesiapa yang melihat Puteri
GunungLedang pasti berasa kagum dan tertawan hatinya.
Kawan-kawan nak tahu,
Berita kecantikan Puteri Gunung Ledang tersebar sehingga ke istana Melaka.
Sejak itu, Sultan Melaka hendak meminang Puteri Gunung Ledang.
Kebetulan Sultan Melaka telah bermimpikan seorang perempuan yang terlalu
cantik paras rupanya.
Sultan Melaka pun memanggil pembesar istana dan ahli nujum mentafsir
mimpinya itu.
Akhirnya sultan bertitah,
Beta mahu meminang Puteri Gunung Ledang. Hantar utusan meminang
Puteri Gunung Ledang.
Patik akan menghantar rombongan meminang Puteri Gunung
Ledang,tuanku. Berikan kami masa bersiap, kata pembesar istana.

Sultan Melaka berasa gembira.Rombongan diraja diketuai Tun Mamat pergi


meminang Puteri Gunung Ledang. Tun Mamat dan ahli-ahli rombongannya
berasa sukar dan menempuh pelbagai cabaran semasa mendaki gunung itu.
Kawan-kawan ,
Sebelum sampai ke puncak Gunung Ledang, mereka bertemu dengan nenek
kebayan.Mereka berasa terkejut. Terdapat sebuah balai kecil di situ yang
dibina dari tulang manusia dan berbumbungkan rambut.
Di mana istana Puteri Gunung Ledang, nenek? tanya Tun Mamat.
Istana Puteri Gunung Ledang terletak di puncak gunung, jawab nenek
kebayan.
Tun Mamat dan rombongannya tidak tahu sebenarnya Puteri Gunung
Ledang yang menyamar sebagai nenek kebayan. Namun mereka berasa
suasana semakin aneh di situ. Udara di situ juga dingin dan berbau harum.
Rombongan diraja berasa Ietih. Akhirnya sampailah mereka di puncak
gunung. Mereka menemui istana Puteri Gunung Ledang yang sangat cantik.
Akhirnya kawan-kawan,
Tun Mamat dapat menghadap Puteri Gunung Ledang. Tun Mamat
memberitahu hajat Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syahhendak
meminang Puteri Gunung Ledang.
Kawan-kawan fikir Puteri Gunung Ledang menerima pinangan sultan..?
Ya sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti

Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana melaka hingga


ke puncak Gunung Ledang,sebuah jambatan perak yang dibina
dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh
dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan
air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan
semangkuk darah Raja Muda.

Rombongan diraja pulang ke istana Melaka. Setiba di istana, Tun Mamat


memberitahu Sultan Melaka akan syarat peminangan Puteri Gunung Ledang.
Sultan Melaka berasa hampa dan terkejut mendengar permintaan Puteri
Gunung Ledang. Sultan Melaka insaf dan sedar bahawa syarat-syarat itu
bukti Puteri Gunung Ledang menolak pinangannya.
Beta batalkan hajat meminang Puteri Gunung Ledang. Lebih baik beta
menjaga rakyat beta. Beta lebih sayang kepada mereka, titah Sultan
Melaka.
Begitulah rakan-rakan, Raja yang Adil, Raja disembah.
Kawan kawan,
Pengajaran daripada cerita ini ialahyang pertama janganlah kita berhajat
terlalu tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab yang sebenar. Yang
kedua kita tidak boleh mementingkan diri sendiri.
Berakhirlah sudah sebuah cerita,
Jadikan teladan untuk semua. (melodilagu Tanya SamaHati)
Sekian, terima kasih.

3.
PUTERI GUNUNG LEDANG

Terima kasih saya ucapkan kepada pengacara majlis, barisan panel hakim,
guru-guru dan warga dewan sekalian.
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.Pada hari yang indah dan ceria ini,
saya ingin menyampaikan cerita yang bertajuk Puteri Gunung Ledang.
Tersebutlah kisah di serata negeri.
Kisah seorang tuan puteri,
Parasnya cantik tidak terperi,
Di Gunung Ledang tempat sembunyi. (melodilagu Tanya SamaHati)

Kawan-kawan nak dengar cerita Puteri Gunung Ledang,


Ceritanya.
Gunung Ledang terletak di puncak sebuah hutan yang tebal dan Puteri
Gunung Ledang tinggal di puncak gunung itu. Puteri gunung Ledang sangat
cantik.
Kawan-kawan nak tahu,
Berita kecantikan Puteri Gunung Ledang tersebar sehingga ke istana Melaka.
Sejak itu, Sultan Melaka hendak meminang Puteri Gunung Ledang.
Akhirnya sultan bertitah,
Beta mahu meminang Puteri Gunung Ledang. Hantar utusan meminang
Puteri Gunung Ledang.
Patik akan menghantar rombongan meminang Puteri Gunung
Ledang,tuanku. Berikan kami masa bersiap, kata pembesar istana.
Sultan Melaka berasa gembira. Rombongan diraja diketuai Tun Mamat pergi
meminang Puteri Gunung Ledang. Tun Mamat dan ahli-ahli rombongannya
berasa sukar dan menempuh pelbagai cabaran semasa mendaki gunung itu.
Kawan-kawan ,
Sebelum sampai ke puncak Gunung Ledang, mereka bertemu dengan nenek
kebayan.Mereka berasa terkejut. Terdapat sebuah balai kecil di situ yang
dibina dari tulang manusia dan berbumbungkan rambut.

Di mana istana Puteri Gunung Ledang, nenek? tanya Tun Mamat.

Istana Puteri Gunung Ledang terletak di puncak gunung, jawab nenek


kebayan.
Mereka tidak tahu sebenarnya Puteri Gunung Ledang yang menyamar
sebagai nenek kebayan.
Akhirnya kawan-kawan,
Tun Mamat dapat menghadap Puteri Gunung Ledang. Tun Mamat
memberitahu hajat Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah hendak
meminang Puteri Gunung Ledang.
Kawan-kawan fikir Puteri Gunung Ledang menerima hajat sultan..?
Ya sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti

Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana melaka hingga


ke puncak Gunung Ledang,sebuah jambatan perak yang dibina
dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh
dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan
air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan
semangkuk darah Raja Muda.
Rombongan diraja pulang ke istana Melaka. Sultan Melaka berasa hampa dan
terkejut mendengar permintaan Puteri Gunung Ledang.
Sultan pun bertitah ,
Beta batalkan hajat meminang Puteri Gunung Ledang.
Begitulah rakan-rakan, Raja yang Adil, Raja disembah.

Berakhirlah sudah sebuah cerita,


Jadikan teladan untuk semua.
Sekian, terima kasih.

(melodilagu Tanya SamaHati)

3.

Anda mungkin juga menyukai