Anda di halaman 1dari 8

Markah

BSK3013
DRAMA DAN AMALI SENI LAKON

TUGASAN 1:
 PERANAN TEATER MODEN

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NUR IZZATI BINTI SAZALI D20201093321

PENSYARAH:
DR. MOHD AMIR BIN MOHD ZAHARI

KUMPULAN KULIAH:
B

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN


KEPUJIAN

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMESTER 2 2022/2023
APRIL 2023
PENGENALAN

Perkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat
menonton pada zaman Yunani ( greek tua ). Teater juga merupakan satu gabungan kerja-
kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada
naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh
ruang dan waktu. Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan
kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli
persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor. Suatu bentuk kerja secara bersama
(berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam
produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.

Seni teater merupakan satu seni yang rumit dan kompleks. Teater adalah gabungan
pelbagai cabang kesenian seperti tarian, lakonan, nyanyian, muzik seni visual dan
multimedia. Seni berteater menggabungkan tiga unsur yang penting dalam penilaian diri
iaitu V. A. K; visual, audio, dan kinestetik (gerak) termasuk bunyi, suara, muzik, gerak dan
bahasa badan (Staub. 1973:2). Seni teater merupakan adalah seni pementasan yang
menggabungkan seni penulisan, seni pengarahan, seni rekaan serta seni pertukangan. Teater
adalah sebuah seni bersifat kolektif dan memerlukan kerjasama semua pihak dalam
produksi.Teater bukan sekadar hiburan tetapi ia juga berperanan sebagai medium untuk
pendidikan , alat sebaran dan sebagainya. Teater terbahagi kepada beberapa pecahan genre
seperti teater absurd, sandiwara , moden , monodrama, muzik dan sebagainya. Teater
bersifat tradisional seperti Mak Yong, Bangsawan, Jikey, Mek Mulung , Hamdolok, Menora
, Wang Kulit seharusnya terus dilindungi dan diwarisi.

Seni teater juga adalah satu proses pembelajaran. Pelajar belajar mengenal diri dan
masyarakat melalui aktiviti drama yang mencerminkan kehidupan individu serta
masyarakatnya. Melalui aktiviti drama, pelajar dibimbing berkomunikasi secara lisan dan
bukan lisan (body language) dengan berkesan. Mereka dilatih menggunakan laras bahasa
mengikut kesesuaian melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Pembelajaran
melalui drama menjadikan proses pembelajaran para pelajar lebih menyeronokkan. Di
samping itu, aktiviti drama menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara
berkesan dan jelas. Drama juga boleh digunakan untuk membantu kefahaman mata
pelajaran tertentu, contohnya, mengajar mata pelajaran sejarah. Guru boleh memilih untuk
mendramakan kisah sejarah yang dipelajari dengan membinanya sendiri bersama pelajar
melalui teknik improvisasi atau simulasi. Plot atau konflik dalam cerita boleh diwujudkan
melalui kaedah perbincangan, ramalan manakala penyelesaian cerita boleh menggunakan
kaedah penyelesaian masalah. Aktiviti ini menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, disamping menggalakkan pelajar memahami permasalahan masyarakat dan
cuba menjadikan persoalan di dalam drama sebagai satu pengajaran yang menambahkan
pengalaman mereka tentang erti kehidupan. Guru secara tidak langsung dapat menerapkan
nilai-nilai murni dan membentuk peribadi pelajar itu sendiri.

Dalam sistem pendidikan, teater membolehkan pelajar mempertingkatkan potensi diri


dalam banyak aspek termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya. Aktiviti teater
yang berpusatkan pelajar, akan menjadikan penyertaan pelajar lebih aktif. Melalui aktiviti
drama, pelajar dapat memahami diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran,
memahami rakan serta meningkatkan keupayaan skill mereka dalam pelbagai aspek. Teater
berupaya menjadi medium unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu
sebagaimana yang diharapkan dalam sistem pendidikan masa kini.

Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, drama dan teater juga


berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Di Barat, pendidikan seni teater secara formal bukanlah sesuatu yang asing.
Boleh dikatakan hampir setiap institusi pendidikan di Barat ada menawarkan Sijil, Diploma,
Ijazah dan Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pengajian seni teater. Seni teater di sana
mampu menjadi sebahagian dari budaya kehidupan masyarakat Barat melewati lingkungan
umur dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Teater adalah
kehidupan dan manusia merangkumi rentetan peristiwa, konflik dan hubungan sesama
manusia. Teater adalah lambang ketamadunan negara dan bangsa dan setiap negara maju
mempunyai pergerakan dan kegiatan teaternya sendiri. Di Malaysia, bidang teater masih
belum mampu menembusi pasaran pendidikan nasional walaupun masyarakat kita telah
didedahkan kepada dunia teater sejak beratus tahun seperti teater tradisional seperti
Makyung, randai, menora, teater transisi Bangsawan, Sandiwara, purbawara dan teater
moden. Kehidupan masyarakat ketika itu sangat kuat dipengaruhi oleh alam sekeliling yang
menjadi penentu kepada perjalanan dan pengurusan kehidupan seharian dan elemen teater
telah dijadikan sebagai wadah untuk membantu menyempurnakan kehidupan seharian itu.
SKRIP

Skrip Teater Bisikan Miswath

Sinopsis

Mengisahkan tentang Muhsin yang mewarisi harta peninggalan daripada ayahnya Baharom
yang tidak pernah dikenalinya sejak dari kecil. Muhsin mendapat ilham dari mimpi yang
dialaminya untuk mewakafkan kesemua harta tersebut, lalu melantik sebuah agensi guaman
untuk menguruskannya. Namun suatu kejadian misteri telah terjadi di pejabat guaman
tersebut selepas bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba mengakibatkan kesemua mereka
terperangkap. Sewaktu terperangkap mereka telah diganggu oleh bisikkan suara yang
muncul melalui panggilan telefon merah yang aneh. Bisikan itu menyebabkan mereka hilang
kewarasan. Muhsin yang menyedari apa yang terjadi cuba untuk melawan bisikan suara
tersebut.

WATAK-WATAK

MUHSIN Lelaki hartawan yang berperwatakan menarik berusia awal 30 an. Muhsin
mewarisi harta peninggalan daripada ayahnya Baharom. Muhsin tidak pernah kenal
ayahnya kerana telah dibesarkan di rumah kebajikan sejak dari kecil. Akibat merasa ragu
akan asal usul harta yang diwarisinya Muhsin bertindak mewakafkannya dan melantik
sebuah agensi guaman untuk menguruskan harta tersebut.

BAHAROM Merupakan ketua kongsi gelap yang ditakuti kerana sikapnya yang ganas
dan selalu bertindak di luar batasan. Baharom mengumpul kekayaan melalui pelbagai
kegiatan haram. Dia mempunyai ramai koco yang sanggup mati deminya.

MANG JAGA Pengawal keselamatan yang bersifat penakut dan kelakar bila berbicara
walaupun dalam keadaan serius. Mang seorang yang baik hati dan jujur tapi lurus bendul.

SALLY Adalah seorang kerani pejabat berusia lewat 20 an. Sally mempunyai rupa dan
susuk tubuh yang menawan. Sally adalah seorang penggoda dan sanggup melakukan apa
sahaja demi mendapatkan Kamil.

KAK MEK Seorang 'cleaner' yang suka bergosip. Dia sering memasang telinga dan
mengetahui akan rahsia-rahsia setiap orang di pejabat itu.
BABAK 1

Muhsin seperti putus ada dan kebingunggan. Dia memikirkan sesuatu.


Mulutnya membaca ayat-ayat suci. Muhsin seperti sudah tahu apa yang telah
berlaku dan siapa yang dia hadapi. Baharom muncul dari dalam gelap.
Beberapa kali dia memanggil nama Muhsin.

BAHAROM
Muhsin.. Muhsin...

Muhsin dongakkan kepala dan melihat ke arah suara yang memanggil


namanya. Perlahan-lahan Muhsin bangun.

MUHSIN
Siapa kamu?

BAHAROM
Ini ayah Muhsin..

MUHSIN
Ayah..? Tapi..

BAHAROM
Ini ayah Muhsin.. datanglah pada ayah Muhsin.

MUHSIN
Tapi.. ayah dah mati! Bagaimana ayah.. tak mungkin, tak mungkin..

BAHAROM

Ayah tak mati Muhsin.. bukankah ayah ada di sini. Muhsin nampak ayah kan?
Maknanya ayah tak mati..
(Muhsin memegang kepalanya)

MUHSIN
Kalau ayah tak mati, ke mana ayah pergi selama ini?

BAHAROM
Ayah sentiasa bersamamu Muhsin.. cuma Muhsin yang tak pernah nampak ayah.
Ayah berbisik pada Muhsin dari kiri dan kanan tapi Muhsin tak dengar. Ayah
berbicara dengan Muhsin dari depan dan belakang tapi Muhsin tak menjawab.
MUHSIN
Tidak.. tidak. Kamu bukan ayahku.

BAHAROM
Muhsin.. apakah Muhsin tidak kenal ayahmu sendiri? Tataplah wajah ayah
Muhsin.. tataplah. Muhsin...

MUHSIN
Memang aku tidak pernah kenal dengan Ayahku.. tapi aku tidak akan menatap
wajah iblis. Aku tahu siapa kamu.. kamulah iblis laknat. (muka Baharom
berubah. dia kelihatan sangat marah. (Baharom ketawa)

BAHAROM
Manusia apakah kamu ini yang tidak terhasut olehku?

MUHSIN
Namaku Muhsin.. kamu tahu makna namaku. Aku tidak akan terhasut oleh tipu
daya kamu wahai iblis..!

Tiba-tiba Baharom cuba menerjah Muhsin. Muhsin menepis dan mengelak.


Pergelutan berlaku. Baharom dan Muhsin bersilat. Masing menyerang dan
membalas serangan. Pergelutan semakin rancak. Baharom melancarkan
serangan ke arah perut Muhsin. Muhsin jatuh melutut, belum sempat
bangun Muhsin ditendang pada bahagian dada. Muhsin jatuh tersungkur.

BAHAROM
Kamu tak akan dapat tewaskan aku. Kamu manusia yang dijadikan dari
tanah sedangkan aku dari api. Kamu sujudlah padaku wahai Muhsin.

(Baharom ketawa)

MUHSIN
Kamu lupa..

BAHAROM
Aku tidak pernah terlupa.. tiada perkara yang aku terlupa walau sesaat.
(Baharom masih ketawa)

MUHSIN
Kamu lupa.. aku tak pernah lupakan Allah..
Baharom terkejut dan merasa takut. Muhsin membaca sesuatu dan terus
menyerang. Baharom terkena serangan-serangan oleh Muhsin.
Muhsin membuat satu pukulan kuat yang mengenai leher Baharom.
Baharom menahan kesakitan.

BAHAROM
Bukan di sini akhirnya..

Baharom jatuh.

BABAK 2

Bekalan elektrik pulih. Kak Mek masuk ke pejabat tanpa mengesyaki apa-
apa. Sebaik membuka pintu Kak Mek terkejut apabila melihat mangsa-
mangsa bergelimpangan. Kak Mek menjerit memanggil Mang Jaga. Mang
Jaga terus naik ke tingkat atas dan masuk ke pejabat. Mereka terkejut.
Muhsin terbaring di satu sudut. Manakala Tuan Sidek, Farid, Kamil dan
Sahak terbaring kaku. Mang Jaga memeriksa, ternyata semuanya sudah tidak
bernyawa. Muhsin tiba-tiba bergerak, dadanya kencang. Kak Mek menjeri.
Mang Jaga menghampiri dan memeriksa Muhsin.

MANG JAGA

Ya Allah.. Kenapa ni encik? Apa yang dah terjadi di sini?

Muhsin cuba gagahkan diri untuk menjawab.

MUHSIN
Bawa saya keluar dari sini..

Sahak memapah Muhsin untuk bangun. Kak mek masih lagi ketakutan.
Masing-masing buntu memikirkan apa yang mereka lihat.

MUHSIN
Kita harus keluar dari sini cepat..!
Mang Jaga cepat-cepat membawa Muhsin keluar. Mang Jaga menoleh
Kak Mek yang masih berdiri kaku.
MANG JAGA

Kak Mek.. kita keluar cepat.


Mang Jaga terus keluar sambil memapah Muhsin. Kak Mek yang berada di
belakang melangkah dengan laju. Ketika melangkah keluar tiba-tiba lampu
terpadam. Bekalan elektrik terputus sekali lagi. Lampu kecemasan menyala.
Kak Mek yang ketakutan melihat ke kiri dan kanan. Tiba-tiba muncul Sally
dan terus menjerit apabila terlihat mayat yang bergelimpangan

SALLY

Kak Mek.. tolong Kak Mek! Sally takut.

KAK MEK
Apa yang dah jadi ni Sally? Kemana Sally hilang tadi?

SALLY
Sally terkunci dalam tandas. Dah puas Sally jerit minta tolong tapi tak ada orang
yang dengar jeritan Sally.

KAK MEK
Kak Mek rasa baik kita keluar sekarang.. tak tahu apa pula yang jadi kalau kita
terus tunggu dalam pejabat ni.

Sally mengangguk sahaja. Sally dan Kak Mek terus ke pintu. Kak Mek cuba
membuka pintu.

Pintu terkunci..!!

Tiba-tiba Telefon Merah berbunyi. Mereka berpandangan. Sally


menghampiri telefon. Dalam ketakutan Sally angkat telefon.
SALLY
Hello..

Pentas gelap

Anda mungkin juga menyukai