Anda di halaman 1dari 5

Buku Teks SJKC Tahun 6

Tema 1 : Istimewanya Keluargaku

Unit 1 : Kasih Insan Istimewa

Ms vi

Pengenalan watak

Min Li dan Sarmeela bermain batu seremban di gazebo.

Izuni membaca buku cerita manakala Pei Shan melakukan rujukan menggunakan kamus pelajar.

Damrong, Atoi dan Raksud bermain yoyo Cina bersama-sama.

Ruben, Islah dan Jian Hui sedang bermain sepak raga.

Ms1

Mendeklamasikan sajak

Melafazkan pantun

Ms2

1. Ragam ayat
(a) ayat aktif
(b) ayat pasif

Ragam Ayat
ayat aktif ayat pasif
Kami banyak melakukan aktiviti bersama- Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama-
sama, ayah. sama, ayah.
Kami membaca beberapa buah buku cerita. Beberapa buah buku cerita kami baca.
Saya juga mengajar adik melukis. Adik juga saya ajar melukis.
Adik telah melukis dua keping gambar. Dua keping gambar telah dilukis oleh adik.
2. jenis ayat
(a) ayat penyata
(b) ayat perintah
(c) ayat tanya
(d) ayat seruan

(a) ayat penyata


Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama-sama, ayah.
Kami membaca beberapa buah buku cerita.
Adik juga saya ajar melukis.
Adik telah melukis dua keping gambar.
Dia menghadapi masalah pembelajaran.

(b) ayat perintah


Islah, tolong buka pintu.

(c) ayat tanya


Apakah yang kamu dan adik kamu lakukan hari ini, Islah?

(d) ayat seruan


Wah, cantiknya !

Kata nama am
Islah, tolong buka pintu.
Kami membaca beberapa buah buku cerita.
Adik juga saya ajar melukis.
Adik telah melukis dua keping gambar.
Ayah, lihatlah lukisan Irfan.

Penjodoh bilangan

Kami membaca beberapa buah buku cerita.


Adik telah melukis dua keping gambar.
Ms3

1. Terangkan masalah yang dihadapi oleh Irfan.


Masalah yang dihadapi oleh Irfan ialah dia menulis huruf secara terbalik. Selain itu, dia juga
tidak dapat membaca dengan betulnya seperti kanak-kanak yang lain.

2. Ceritakan tindakan yang diambil oleh keluarga Irfan.


Keluarga Irfan telah bertindak membawa Irfan berjumpa dan mendapatkan rawatan daripada
doktor pakar kanak-kanak.

3. Berikan maksud disleksia.


Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran yang merujuk kepada kesukaran untuk
mengeja, membaca dan menulis.

4. Jelaskan nasihat yang diberikan oleh doktor.

Doktor menasihati keluarga Irfan agar menghantar Irfan untuk mendapatkan rawatan dan
menjalani terapi. Selain itu, doktor turut menasihati keluarga Irfan agar tidak berputus asa,
bersemangat kental dan tabah menghadapi dugaan. Di samping itu, doktor juga menasihati
keluarga Irfan agar sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah Irfan kerana setiap penyakit pasti
ada ubatnya.

5. Nyatakan nilai yang terdapat dalam syair.

Syair tersebut menyatakan nilai kasih sayang seperti keluarga Irfan yang mengambil berat
akan masalah yang dihadapi oleh Irfan. Selain itu, syair tersebut turut memaparkan nilai
bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh keluarga Irfan. Mereka tidak mengabaikan Irfan
sebaliknya menghantar Irfan untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan daripada doktor pakar
kanak-kanak. Di samping itu, syair tersebut juga menyatakan nilai kecekalan, ketabahan dan
kesungguhan keluarga Irfan yang tidak pernah berputus asa. Keluarga Irfan juga reda akan
masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka.

Ms4

Menyalin catatan “Hebatnya Adikku”


Ms5

Adikku Istimewa

Aku mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Irfan. Tidak seperti kanak-kanak
normal yang lain, Irfan telah disahkan menghidap disleksia. Disleksia merupakan sejenis
masalah pembelajaran yang merujuk kepada kesukaran untuk mengeja, membaca dan menulis.

Kami sekeluarga berasa bimbang, namun setelah mendapatkan nasihat doktor, kami
sekeluarga terutamanya ibu bapaku tidak berputus asa. Kami bersemangat kental dan tabah
menghadapi dugaan. Selain itu, kami juga sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi Irfan dan membela nasibnya.

Walaupun Irfan seorang kanak-kanak istimewa, namun dia mempunyai cita-cita untuk
menjadi seorang pelukis ternama apabila dewasa kelak. Dia ingin mengadakan pameran lukisan
untuk mempamerkan hasil karyanya. Untuk merealisasikan cita-citanya, Irfan kerap menyertai
pertandingan melukis dan mewarna. Selain itu, dia juga rajin melakukan latihan untuk
meningkatkan dan menambahbaik kemahiran mewarna dan melukis.

Kami sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan Irfan, adikku yang istimewa.


Ms 6

Kata nama am dan penjodoh bilangan

Encik Zakaria memandu sebuah kereta baharu yang berwarna merah. Kereta baharunya
mempunyai Sistem Pengesanan Global (GPS) yang membantunya mengesan lokasi dengan tepat.
Dalam perjalanan, mereka ternampak beberapa batang pohon yang rendang di sepanjang jalan.
Mereka juga melalui sebuah rumah tradisional Melayu yang tersergam indah.

Encik Zakaria memandu keretanya dengan berhati-hati melalui sebatang jalan yang
sunyi. Tidak banyak kereta di jalan kerana hari masih pagi. Dia melihat seutas jam tangan yang
dipakainya. Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Jam tangan berwarna perang itu merupakan
hadiah pemberian isterinya. Untuk mengelakkan rasa bosan, Encik Zakaria dan keluarganya
berbual-bual sambil mendengar beberapa buah lagu yang diputarkan di radio.

Keluarga Islah tiba di Hutan Lipur Lata Bayu setelah menempuh dua jam perjalanan.
Setelah meletakkan kenderaan, mereka bergambar di pintu masuk kawasan hutan tersebut. Cuaca
pada hari itu sungguh cerah. Kelihatan beberapa gumpal awan putih berarak perlahan di ruang
langit biru. Sekawan burung terbang riang di angkasa seolah-olah menyambut kedatangan
keluarga Islah. Terdapat juga beberapa ekor monyet yang bergayutan di dahan pokok.

Setelah tiba di kawasan perkelahan, ibu Islah membentangkan sebidang tikar mengkuang.
Kemudian, dia pun menghidangkan makanan dan minuman yang dibawa dari rumah. Dia
meletakkan beberapa potong kek, sepinggan ayam goreng, sesikat pisang, seikat buah
rambutan dan segugus buah langsat di atas tikar tersebut. Dia juga membancuh sejag air sirap.
Setelah itu, dia memasukkan beberapa ketul ais ke dalam jag tersebut. Islah membantu ibunya
menuangkan air sirap ke dalam beberapa biji gelas yang dibawa oleh ibunya. Encik Zakaria
memuji dan berterima kasih kepada isterinya kerana menyediakan juadah yang istimewa untuk
mereka sekeluarga.

Selepas menjamu selera, Islah dan keluarganya bermandi manda di kawasan air terjun
tersebut. Walaupun mereka gembira berekreasi, namun mereka tidak lupa menjaga keselamatan
diri. Bak kata pepatah, “malang tidak berbau”. Percutian tersebut bukan sahaja menggembirakan
tetapi juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Islah dan Irfan berasa sungguh seronok
kerana dapat beriadah bersama-sama dengan keluarga mereka.

Anda mungkin juga menyukai