Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,


Sesungguhnya kami pada pertemuan ini, ingin merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,


Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan pengharapan
memohon Ihsan dan rahmatmu agar engkau anegerahkan kesejahteraan, taufiq dan
hidayah kepada yang diraikan CIKGU WAN ALIFAH BINTI WAN AHMAD dalam
majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih pada hari ini. Berikanlah kepada beliau
kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menjalani hidup sebagai muslimah sejati di
hari-hari yang mendatang.

Allahumma ya Munzilar rahmah wa ya fatihal barakah


Kurniakanlahlah ya Allah ganjaran ,syafaat dan keredhaanmu di atas jasa baik beliau
yang telah dicurahkan kepada kami dan seluruh warga pendidik khususnya di SMK
Seksyen 19 ini. Begitupun jua ya Allah di atas semangat juangnya yang tidak pernah
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik yang sentiasa
berusaha menyumbang tenaga, idea, kepakaran demi meningkatkan kualiti kurikulum dan
ko-kurikulam pelajar-pelajar di sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana
amnya.Mudah-mudahan segala pengorbanan beliau menjadi pendorong untuk kami
meneruskan perjuangan sebagai pendidik.
.
Allahumma Ya alim wa ya qadhial hajat
Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada negara kami keamanan, kesejahteraan dan
kemakmuran yang berpanjangan .Jauhkanlah negara kami dari gejala-gejala mungkar
yang boleh merosakkan kedaulatan dan keamanan negara.
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Berikankanlah kepada kami
limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami,
eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk
memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan
kegemilangan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang


dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang
diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan
mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari
memperolehi rahmatMu ya Allah.

Anda mungkin juga menyukai