Anda di halaman 1dari 25

KAJIAN TINDAKAN

PENULISAN ARTIKEL

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA


Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

NAMA NO MATRIK
Mohd Fizal bin Omar L 051441

Kod Kursus DWP 10703


Nama Kursus Kajian Tindakan
Semester Dua (II)
Nama Pensyarah Puan Rosmani binti Ali
CARTA ALIR MUDAH: MENINGKATKAN PENGGUNAAN SISTEM APLIKASI
e-KEHADIRAN MURID (APDM) DALAM KALANGAN GURU KELAS DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT PAYONG, BESUT, TERENGGANU

Disediakan Oleh:
Mohd Fizal Bin Omar
Guru Data: Smk Bukit Payong,
22010 Jertih,Besut,Terengganu.
e-mel :Puterafaizal84@yahoo.com

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan amalan penggunaan sistem Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM) dalam kalangan guru kelas SMK.Bukit Payong,Besut dengan menggunakan
konsep carta alir mudah. Konsep Kajian ini bertujuan untuk membantu guru-guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Besut, Terengganu untuk meningkatkan penggunaan sistem
aplikasi e-Kehadiran murid (APDM) dalam kalangan guru kelas. Sampel kajian melibatkan
seramai 20 orang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada capaian penggunaan
sistem aplikasi e-Kehadiran dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Tinjauan awal telah
dibuat melalui menunjukkan penggunaan sistem aplikasi e-Kehadiran yang telah direkodkan
dalam sistem e-Kehadiran (APDM) oleh guru tingkatan tidak menepati masa yang telah di
tetapkan. Oleh itu, penggunaan carta alir mudah merupakan satu cara untuk meningkatkan
kefahaman penggunaan aplikasi e-Kehadiran murid (APDM). Saya juga mendapati bahawa guru
tidak mengetahui tatacara untuk rekod kehadiran pelajar dalam aspek penggunaan aplikasi e-
Kehadiran (APDM) murid sebagai rekod kedatangan murid ke sekolah mengikut masa yang
ditetapkan setiap hari. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menyediakan satu carta alir mudah
untuk meningkatkan penggunaan aplikasi e-Kehadiran (APDM) dalami kalangan guru tingkatan.
Hasilnya saya dapati, terdapat peningkatan dalam pengisian data kehadiran murid dengan
menggunakan carta alir mudah oleh guru tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Payong.
Abstract

This study aims to help teachers in Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Besut,
Terengganu to increase the use of e-Attendance application system (APDM) among class teachers.
The study sample involved a total of 20 teachers involved in this study. I focus on accessing the
use of the e-Attendance application system in the Student Database Application (APDM).
Preliminary survey has been made by showing the use of e-Attendance application system that has
been recorded in the e-Attendance system (APDM) by form teachers do not meet the deadline.
Therefore, the use of simple flow chart is a way to increase the understanding of the use of e-
Attendance student application (APDM). I also found that teachers do not know the procedure for
recording student attendance in terms of the use of e-Attendance application (APDM) students as
a record of student attendance to school according to the set time each day. To overcome this
problem, I have prepared a simple flow chart to increase the use of e-Attendance (APDM)
application among form teachers. As a result, I found that there was an increase in filling in
student attendance data by using a simple flow chart by form teachers at Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Payong.

PENDAHULUAN
Mesyuarat Penyelarasan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dengan Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) pada 27 Disember 2011 telah bersetuju supaya Sistem
Pengurusan Murid menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang sedang dibangunkan
oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dijadikan pangkalan data utama bagi murid selari dengan
keputusan YAB Menteri Pelajaran ke arah satu pangkalan data murid seluruh negara. Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan
data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas
guru. Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali
dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan diguna sama oleh pelbagai sistem yang
dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang. Menerusi APDM, terdapat
pelbagai modul seperti e-Daftar Rendah, e-Daftar Menengah, e-Kehadiran dan Permohonan ke
Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh. Selain itu, para guru menggunakan APDM bagi
mengisi kehadiran murid setiap hari. APDM ini disediakan oleh pihak Kementerian untuk mengurus
segala maklumat dan latar belakang murid. Kegunaan APDM juga membantu guru kelas dalam
pengurusan kelas masing-masing dan membantu guru untuk update murid yang dapat bantuan dan
biasiswa. Pihak kementerian akan menggunakan maklumat pendapatan melalui APDM untuk
menentukan kelayakan seseorang murid mendapat bantuan RMT,KWAPM dan pelbagai lagi. Oleh
yang demikian, sistem APDM merupakan satu elemen yang penting bagi sistem pendidikan masa
kini untuk saluran maklumat data pelajar secara atas talian (online).

LATAR BELAKANG KAJIAN

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1977 dengan hanya pelajar seramai 50 orang dan guru seramai
8 orang. Pada tahun 2019 ( Kini) jumlah tenaga pengajar seramai 109 orang dan 980 orang pelajar
yang terdiri daripada 49 kelas iaitu 8 kelas bagi setiap tingkatan. Sekolah menengah yang terletak
di kawanan hulu Besut ini merupakan di antara sekolah yang menjadi sekolah perintis
Transformasi (TS25).Peserta kajian merupakan kumpulan guru yang berkhidmat dalam bidang
pendidikan yang menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) iaitu e-Kehadiran pelajar
di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong Besut, Terengganu. Sistem e-kehadiran ini
merupakan satu daripada tugas guru kelas untuk menggantikan buku rekod kedatangan yang
digunakan sebelum ini. Sistem ini menggunakan penggunaan secara online dalam talian di seluruh
negara . Setiap orang guru kelas akan diberikan password dan kata laluan oleh guru data bagi log
masuk dalam sistem e-Kehadiran murid (APDM) untuk rekod kedatangan murid setiap hari.
Dalam konteks ini, bidang fokus kajian mengenai penggunaan sistem e-Kehadiran pelajar dalam
(APDM) untuk memudahkan guru rekod kedatangan pelajar dengan menggunakan sistem e-
kehadiran ini dengan penggunaan Carta Alir Mudah. Kajian ini melibatkan 20 orang guru daripada
49 orang yang merupakan guru tingkatan yang diberi tanggungjawab setiap hari dalam rekod data
kehadiran pelajar dalam sistem e-Kehadiran (APDM). Peserta kajian ini yang terdiri daripada 20
orang guru lelaki dan 10 orang guru perempuan yang terdiri daripada pelbagai tingkatan.

FOKUS KAJIAN
Saya telah menganalisis keperluan penggunaan APDM pada masa kini penting dalam sistem
pendidikan pada masa kini untuk mempercepatkan perolehan maklumat data keberadaan murid
secara cepat dan efisien. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) memainkan peranan yang
penting dalam memaparkan keseluruhan data pelajar untuk kegunaan pelbagai Jabatan dalam
sektor pendidikan. Penggunaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ini juga digunakan oleh
guru data sekolah dalam menentukan jumlah bilangan pelajar dalam setiap kelas dan enrolment
pelajar baru, pelajar pindah dan pelajar tercicir. Data pelajar dalam (APDM) ini memaparkan
semua data mengenai keseluruhan maklumat pelajar untuk Guru data sekolah. Oleh yang demikian
dalam kajian meningkatkan penggunaan sistem e-Kehadiran murid (APDM) kaedah pemerhatian
digunakan untuk melihat bilangan guru kelas yang log masuk sistem e- Kehadiran murid untuk
rekod data ketidakhadiran pelajar.
Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui pemerhatian yang dipantau
dalam sistem e-kehadiran (Admin) untuk melihat jumlah bilangan guru kelas yang log masuk data
kehadiran pelajar dalam sistem e-kehadiran pelajar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
tidak melebihi pukul 10.00 pagi setiap hari.
Seterusnya, kaedah temu bual dengan guru-guru kelas untuk mendapatkan maklumat dan
permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam log masuk dalam aplikasi e-kehadiran murid.
Melalui kaedah temu bual ini.

OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman guru kelas terhadap penggunaan
sistem e-kehadiran dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui carta alir
mudah.
ii. Meningkatkan penggunaan sistem APDM di kalangan guru kelas melalui carta alir mudah.

PERSOALAN KAJIAN
i. Bagaimanakah meningkatkan kefahaman guru kelas terhadap penggunaan sistem e-
kehadiran dalam (APDM).
ii. Bagaimanakah meningkatkan penggunaan sistem e-Kehadiran pelajar di kalangan guru
kelas.

RASIONAL KAJIAN
Aplikasi e-Kehadiran (APDM) murid dibangunkan untuk merekot data kehadiran murid pada
setiap sesi persekolahan mengikut kelas secara masa sebenar dengan lebih mudah dan pantas tanpa
guru meninggalkan kelas. e-Kehadiran murid boleh memberikan maklumat dengan lebih cepat,
tepat, efisien, sistematik dan mesra pengguna. Aplikasi pangkalan Data Murid (APDM)
merupakan satu aplikasi yang menyimpan semua data murid untuk kegunaan sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Aplikasi ini diselia oleh
seorang guru data yang memantau rekod pelajar baru daftar dan pelajar berpindah. Penggunaan e-
Kehadiran murid ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru untuk rekod
kedatangan pelajar ke dalam buku kedatangan pelajar.
Pada setiap minggu hasil pemerhatian saya mendapati tidak kesemua guru tingkatan yang
terdiri daripada 49 kelas mengisi data pelajar yang tidak hadir ke dalam sistem e-Kehadiran
(APDM) mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi pukul 10 pagi bagi setiap hari.
Oleh yang demikian, untuk meningkatkan kefahaman penggunaan aplikasi e-Kehadiran murid
(APDM) dalam kalangan guru kelas satu carta alir mudah untuk guru rekod kedatangan murid ke
dalam aplikasi e-Kehadiran.

PERNYATAAN MASALAH
Tinjauan awal telah dibuat melalui menunjukkan penggunaan sistem aplikasi e-Kehadiran yang
telah direkodkan dalam sistem e-Kehadiran (APDM) oleh guru tingkatan tidak menepati masa
yang telah di tetapkan. Oleh itu, penggunaan carta alir mudah merupakan satu cara untuk
meningkatkan kefahaman penggunaan aplikasi e-Kehadiran murid (APDM). Saya juga mendapati
bahawa guru tidak mengetahui tatacara untuk rekod kehadiran pelajar dalam aspek penggunaan
aplikasi e-Kehadiran (APDM) murid sebagai rekod kedatangan murid ke sekolah mengikut masa
yang ditetapkan setiap hari. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menyediakan satu carta alir
mudah untuk meningkatkan penggunaan aplikasi e-Kehadiran (APDM) dalami kalangan guru
tingkatan. Hasilnya saya dapati, terdapat peningkatan dalam pengisian data kehadiran murid
dengan menggunakan carta alir mudah oleh guru tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Payong. Fenomena ini menyebabkan satu carta alir mudah dengan menggunakan bar code
log in bagi guru kelas untuk merekod kedatangan murid dalam sistem untuk paparan PPD dan
JPN.

LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di SMK Bukit Payong ,Besut, Terengganu dan Sekolah menengah yang
terletak di kawanan hulu Besut ini merupakan di antara sekolah yang menjadi sekolah perintis
Transformasi (TS25).Peserta kajian seramai 20 Orang merupakan kumpulan guru yang
berkhidmat dalam bidang pendidikan yang menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM) iaitu e-Kehadiran pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong Besut,
Terengganu.

PESERTA KAJIAN
Jadual 1: Senarai Peserta dan Sifat Unik Guru
BIL NAMA GURU (BUKAN NAMA SIFAT UNIK GURU
. SEBENAR)
1. Cikgu Azmi  Tidak mahir menggunakan
komputer
 Tidak menggunakan sistem APDM
2. Ustazah Munira  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
3. Cikgu Halim  Tidak mahir menggunakan
komputer
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
4. Cikgu Izzah  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
5. Ustaz Dzulkifli  Tidak mahir menggunakan
komputer
 Tidak menggunakan sistem APDM
6. Teacher Hafizah  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
7. Cikgu Faiz  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
8. Teacher Norihan  Tidak mahir menggunakan
komputer
 Tidak menggunakan sistem APDM
9. Ustaz Zubir  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
10. Cikgu Najihah  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
11. Cikgu Zahir  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
12. Cikgu Ainna  Tidak mahir menggunakan
komputer
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
13. Cikgu Ayub  Tidak menggunakan sistem APDM
14. Cikgu Kamariah  Tidak mahir menggunakan
komputer
 Tidak menggunakan sistem APDM
15. Cikgu Razak  Tidak mahir menggunakan
komputer
 Tidak menggunakan sistem APDM
16. Ustazah Syanajwa  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
17. Sir Lothman  Tidak mahir menggunakan
komputer
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
18. Teacher Katira  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
19. Ustaz Sahari  Tidak menggunakan sistem APDM
20. Cikgu Syuhada  Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar

METADOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian yang digunakan ialah :

Dalam menjalankan kajian ini, bagi mendapatkan data untuk dianalisis pelbagai kaedah digunakan
iaitu:
KRETERIA SKOR INDIKATOR
 Kaedah
3 Menepati Masa
Masa
2 Tidak Menepati Masa
1 Tidak Login
Kekerapan 3 Kerap
Penggunaan 2 1 Hingga 2 Kali Seminggu
1 Tidak Login

pemerhatian.
 Kaedah temu bual.
 Analisis dokumen kaunseling daripada pentadbir.
Kaedah Pemerhatian

Jadual 1: Skor kekerapan penggunaan sistem e-kehadiran guru tingkatan

Pemerhatian merupakan satu ringkasan perhubungan atau satu interaksi yang berlaku di antara
pengkaji dengan peserta tentang tempat atau sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan kajian
tindakan. Kaedah pemerhatian tidak berstruktur yang digunakan merujuk kepada data sistem e-
kehadiran yang di rekod apabila guru kelas mengisi nama pelajar dalam sistem e-kehadiran.
Pemantauan melalui sistem e-kehadiran admin yang dapat dilihat menerusi paparan APDM dalam
sistem admin e-kehadiran. Pemerhatian akan rekod untuk dianalisis untuk dibuat pengesahan guru
kelas yang menggunakan sistem e-kehadiran untuk mengisi data pelajar yang tidak hadir ke
sekolah. Rekod penghantaran maklumat oleh guru tingkatan data e-kehadiran ke dalam sistem
oleh guru kelas sebelum penggunaan carta alir mudah. Data dari Sistem Pangkalan Data Murid
(APDM) akan merekodkan masa yang telah guru tingkatan log masuk sistem akan di rekodkan
menerusi sistem ini. Tindakan seterusnya boleh diambil untuk tujuan pemantauan bagi pihak
pentadbir untuk mengenal pasti guru yang log masuk sistem e-kehadiran ini atau sebaliknya.
Rekod kekerapan penggunaan guru tingkatan akan dinilai dengan menggunakan kekerapan skor
sistem ini seperti dalam jadual skor dibawa.

Jadual 2: Rekod Login Guru Kelas Sebelum Penggunaan Carta Alir Mudah
Masa
NAMA GURU (BUKAN Login
BIL SIFAT UNIK GURU
NAMA SEBENAR) Sistem /
Pagi
1. Cikgu Azmi  Tidak mahir menggunakan komputer 10.35
 Tidak menggunakan sistem APDM
2. Ustazah Munira  Lambat mengemas kini kehadiran 11.00
pelajar
3. Cikgu Halim  Tidak mahir menggunakan komputer 10.45
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
4. Cikgu Izzah  Lambat mengemas kini kehadiran 10.00
pelajar
5. Ustaz Dzulkifli  Tidak mahir menggunakan komputer 11.00
 Tidak menggunakan sistem APDM
6. Teacher Hafizah  Lambat mengemas kini kehadiran 10.35
pelajar
7. Cikgu Faizal  Lambat mengemas kini kehadiran 10.28
pelajar
8. Teacher Norihan  Tidak mahir menggunakan komputer 10.15
 Tidak menggunakan sistem APDM
9. Ustaz Zubir  Lambat mengemas kini kehadiran 10.05
pelajar
10. Cikgu Najihah  Lambat mengemas kini kehadiran 11.15
pelajar
11. Cikgu Zahir  Lambat mengemas kini kehadiran 10.46
pelajar
12. Cikgu Ainna  Tidak mahir menggunakan komputer 10.14
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
13. Cikgu Ayub  Tidak menggunakan sistem APDM 10.30
14. Cikgu Kamariah  Tidak mahir menggunakan komputer 10.50
 Tidak menggunakan sistem APDM
15. Cikgu Razak  Tidak mahir menggunakan komputer 10.15
 Tidak menggunakan sistem APDM
16. Ustazah Syanajwa  Lambat mengemas kini kehadiran 10.24
pelajar
17. Sir Lothman  Tidak mahir menggunakan komputer 10.08
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
18. Teacher Katira  Lambat mengemas kini kehadiran 10.30
pelajar
19. Ustaz Sahari  Tidak menggunakan sistem APDM 10.35
20. Cikgu Syuhada  Lambat mengemas kini kehadiran 10.15
pelajar
Sumber: Data APDM

Rekod penghantaran maklumat oleh guru tingkatan data e-kehadiran ke dalam sistem oleh guru
kelas selepas penggunaan carta alir mudah.
Jadual 3: Rekod Login Guru Kelas Selepas Penggunaan Carta Alir Mudah

Masa
NAMA GURU (BUKAN Login
BIL SIFAT UNIK GURU
NAMA SEBENAR) Sistem /
Pagi
1. Cikgu Azmi  Tidak mahir menggunakan komputer 09.45
 Tidak menggunakan sistem APDM
2. Ustazah Munira  Lambat mengemas kini kehadiran 08.55
pelajar
3. Cikgu Halim  Tidak mahir menggunakan komputer 08.20
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
4. Cikgu Izzah  Lambat mengemas kini kehadiran 08.12
pelajar
5. Ustaz Dzulkifli  Tidak mahir menggunakan komputer 08.15
 Tidak menggunakan sistem APDM
6. Teacher Hafizah  Lambat mengemas kini kehadiran 09.00
pelajar
7. Cikgu Faizal  Lambat mengemas kini kehadiran 09.25
pelajar
8. Teacher Norihan  Tidak mahir menggunakan komputer 08.40
 Tidak menggunakan sistem APDM
9. Ustaz Zubir  Lambat mengemas kini kehadiran 08.36
pelajar
10. Cikgu Najihah  Lambat mengemas kini kehadiran 09.15
pelajar
11. Cikgu Zahir  Lambat mengemas kini kehadiran 08.24
pelajar
12. Cikgu Ainna  Tidak mahir menggunakan komputer 08.50
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
13. Cikgu Ayub  Tidak menggunakan sistem APDM 09.10
14. Cikgu Kamariah  Tidak mahir menggunakan komputer 08.30
 Tidak menggunakan sistem APDM
15. Cikgu Razak  Tidak mahir menggunakan komputer 08.26
 Tidak menggunakan sistem APDM
16. Ustazah Syanajwa  Lambat mengemas kini kehadiran 08.28
pelajar
17. Sir Lothman  Tidak mahir menggunakan komputer 08.15
 Lambat mengemas kini kehadiran
pelajar
18. Teacher Katira  Lambat mengemas kini kehadiran 08.45
pelajar
19. Ustaz Sahari  Tidak menggunakan sistem APDM 08.25
20. Cikgu Syuhada  Lambat mengemas kini kehadiran 08.50
pelajar

Sumber: DATA APDM


Kaedah Temu Bual
Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang boleh
dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik dapat memperoleh
informasi dan maklumat terus daripada responden kajian pengumpulan data melalui hasil temu
bual adalah berdasarkan kepada beberapa soalan yang dikemukakan dalam temu bual separa
berstruktur. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sesi temu bual beberapa orang guru dipilih
dan akan ditanya beberapa soalan yang jelas kepada permasalahan yang hendak dikaji. Kaedah
temu bual dilakukan terhadap guru kelas yang telah dikenal pasti dan merupakan peserta kajian.
Soalan separa berstruktur telah dijalankan kepada para guru kelas bagi mendapatkan maklum
balas mengenai masalah yang dihadapi oleh guru kelas untuk log masuk dalam sistem e-kehadiran
dan rekod kedatangan pelajar. Di antara soalan temu bual.

Soalan 1
 Apa yang cikgu faham tentang e-kehadiran? Pernahkah cikgu mengaplikasikan e-
kehadiran.
Soalan 2
 Berapa kerap penggunaan e-kehadiran.
Soalan 3
 Apakah pandangan guru berkenaan pengaplikasian e-kehadiran di sekolah? Bagaimanakah
guru menggunakan e-kehadiran di sekolah.
Soalan 4
 Apakah masalah dan kekangan semasa melakukan e-kehadiran? Apakah harapan cikgu
tentang pengaplikasian e-kehadiran pada masa akan datang di institusi pendidikan.

Melalui temu bual ini, pengumpulan data akan dibuat berdasarkan respond yang diberikan
oleh peserta temu bual. Berdasarkan kepada soalan 1, hasil temu bual guru menunjukkan bahawa
guru tidak faham cara untuk log in sistem e-kehadiran ini kerana sebelum ini sistem baru
berbanding dengan penggunaan buku rekod kedatangan yang sebelum ini digunakan. Oleh yang
demikian, kekerapan guru untuk log masuk sistem ini amat sedikit. Soalan yang kedua, kekerapan
guru adalah amat kurang kerana guru kelas yang tidak mengetahui kata laluan dan cara log in
sistem ini kerana semua kata laluan dan password sistem ini di buat oleh guru data sekolah kepada
guru tingkatan.
Mengenai pandangan guru berkenaan pengaplikasian sistem e-kehadiran ini dan
bagaimanakah guru menggunakan sistem ini kebanyakan guru tidak menggunakan sistem ini
kerana sebelum ini guru menggunakan buku rekod kedatangan sebelum beralih pengisian secara
online dalam sistem e-kehadiran. Soalan yang terakhir, guru tidak mempunyai masa untuk rekod
kedatangan pelajar menggunakan sistem e-kehadiran kerana faktor masa dan pengajaran di awal
pagi. Harapan guru pada masa akan datang mengenai sistem ini ialah guru berharap agar pihak
Kementerian Pendidikan seharusnya merancang dan meneliti penggunaan sistem ini kerana sistem
ini memerlukan penggunaan kemudahan internet yang baik di semua sekolah. Masalah akan
berlaku di sekolah-sekolah luar bandar yang mempunyai kemudahan jalur lebar yang baik akan
mengalami masalah untuk menggunakan sistem ini.

Analisis Dokumen Pentadbir (Login Pentadbiran)

Seterusnya analisis data daripada dokumen yang diperoleh daripada kaunseling pentadbir
merupakan salah satu daripada kaedah pengumpulan data untuk memperoleh maklum balas
terhadap masalah penggunaan e-kehadiran dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Dalam konteks ini, data ini merupakan satu dokumen maklum balas guru terhadap penggunaan
aplikasi ini dalam meningkat penggunaan e-kehadiran untuk rekod kedatangan pelajar harian.
Melalui rekod pentadbir sekolah akan memaparkan nama guru tingkatan yang secara keseluruhan
maklumat guru yang memaparkan kekerapan guru kelas menggunakan aplikasi ini untuk
mengemas kini data kehadiran pelajar dan juga kemas kini data pelajar untuk maklumat data
sekolah.

CARA PENGGUNAAN CARTA ALIR MUDAH


Proses penggunaan Carta Alir MUDAH dimulakan dengan guru melayari laman sesawang
https://apdm.moe.gov.my/ menggunakan pelayar Google Chrome, Firefox dan Internet Explorer
10+ dengan resolusi minimum 1280 x 960 bagi memastikan kelancaran penggunaan dari segi
teknikal. Setelah guru memasukkan alamat laman sesewang berkenaan, paparan berikut akan
keluar pada pelayar yang digunakan.

Gambar 1: Log Masuk Pengguna

Seterusnya, guru memasukkan ID yang telah ditetapkan pada kotak Log Masuk Pengguna. Pada
ke kotak ID Pengguna, guru perlu memasukkan butiran nombor kad pengenalan guru berkenaan,
manakala pada kotak Kata Laluan pula guru perlu memasukkan nombor kad pengenalan guru
berkenaan tanpa dua nombor terakhir nombor kad pengenalan guru. Guru berkenaan seterusnya
perlu klik pada butang Hantar.
Guru yang pertama kali menggunakan sistem ini perlu mengemas kini kata laluan dengan
mengikuti langkah-langkah berikut; guru perlu klik Tukar Kata Laluan yang terdapat pada kolum
Kemudahan. Seterusnya guru perlu memasukkan kata laluan asal yang telah diberikan oleh pihak
pengurusan sekolah, kemudian masukkan kata laluan baharu dan sahkan kata laluan baharu
tersebut dengan memasukkannya sekali lagi. Guru Seterusnya perlu klik pada butang kemas kini.
Gambar 2: Kemas Kini Kata Laluan Admin / Guru Kelas

Sementara itu, bagi guru yang telah mengemas kini kata laluan mereka boleh terus melakukan
langkah-langkah yang berikut. Guru perlu klik pada Kehadiran yang terletak di kolum Modul.
Nama-nama pelajar telah ditandai (tick) secara automatik oleh sistem, oleh itu guru perlu menyah
tanda (untick) nama-nama pelajar yang tidak hadir pada hari berkenaan. Menu sebab ketidak
hadiran pelajar secara automatik akan dipaparkan bersebelahan nama pelajar yang tidak hadir,
oleh itu guru seterusnya perlu memilih sebab ke tidak hadirkan pelajar. Guru seterusnya perlu klik
pada Kemas kini bagi memuktamadkan proses menandai kehadiran pelajar. Setelah guru kelas log
masuk ke dalam sistem e-kehadiran dan telah menukar kata laluan kepada kata laluan yang baru,
guru kelas klik menu kehadiran pelajar yang berada pada sebelah kiri untuk membuat tindakan
yang seterusnya.

Gambar 3: Klik Menu Kehadiran Pelajar


Sekiranya sistem memaparkan ke kotak kodifikasi Sistem Gagal Dikemas kini, berlaku ralat
semasa guru memasukkan maklumat ke tidak hadiran pelajar. Justeru, guru perlu menyemak
semula data yang dimasukkan. Guru seterusnya perlu mengemas kini maklumat sebab ketidak
hadiran pelajar yang tertinggal semasa memasukkan data sebentar tadi.
Gambar 4: Klik Menu Kehadiran Harian Kelas

Langkah seterusnya seperti dalam gambar 4, guru akan memilih tarikh dan mengunci masuk
kehadiran ke dalam sistem e-kehadiran bagi kelas berkenaan .

Gambar 5: Klik Menu Sebab Ketidakhadiran Murid dan Kemas kini dalam Sistem

Langkah 5 yang seterusnya guru kelas akan memilih sebab ketidakhadiran pelajar ke sekolah.
Guru akan tick pelajar yang tidak hadir mengikut sebab pelajar yang tidak hadir.

Gambar 6: Klik Menu sebab tidak hadir


PERANCANGAN PERLAKSANAAN KAJIAN
Mengenal Pasti Masalah
Tinjauan awal Kajian berkaitan dengan mengenal pasti masalah guru dan seterusnya mengenal
pasti punca guru kelas gagal untuk rekod kedatangan pelajar melalui penggunaan sistem e-
kehadiran pelajar. Langkah pertama adalah mengenal pasti masalah yang dihadapi. Dalam konteks
ini, pengkaji melihat masalah penggunaan e-kehadiran di kalangan guru kurang
memberangsangkan. Kebanyakan guru tidak log masuk dalam APDM bagi mengemas kini data e-
kehadiran pelajar setiap hari mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu sebelum pukul 10.00 pagi
setiap hari. Fenomena ini menyebabkan berlakunya masalah data e- kehadiran dalam sistem
APDM tidak dapat diproses untuk pemantauan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN.
Masalah ini menjadi isu kepada kajian ini adalah untuk mengetahui mengapakah punca dan
masalah yang telah dihadapi oleh guru kelas khususnya untuk login masuk APDM (e-kehadiran)
untuk mengemas kini data pelajar yang tidak hadir secara harian dalam sistem Aplikasi Pangkalan
Data Pelajar (APDM). Langkah pemerhatian, temu bual merupakan salah satu daripada langkah
awal telah diambil untuk mendengar respons peserta kajian mengapa guru tidak menggunakan
sistem ini untuk rekod kedatangan pelajar.

Merancang Tindakan
Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru ini pengkaji untuk membuat satu kaedah
iaitu penggunaan carta alir mudah dalam memantapkan kefahaman guru mengenai penggunaan
aplikasi e-kehadiran pelajar dalam kalangan guru kelas untuk login masuk dalam sistem untuk
rekod kedatangan pelajar. Carta alir mudah ini merupakan satu panduan kepada guru tingkatan
khususnya yang memudahkan para guru untuk log masuk ke sistem e-kehadiran dalam Aplikasi
Pangkalan Data Pelajar dengan cepat sebelum masa yang telah ditetapkan oleh setiap sekolah
untuk menyelesaikan kemasukan data /senarai nama pelajar yang tidak hadir ke sekolah. Dalam
konteks ini, menerusi penggunaan carta alir mudah ini akan memberikan panduan tatacara
penggunaan e-kehadiran dengan cepat. Melalui sistem pentadbir (admin) yang mengawal sistem e-
kehadiran ini dapat melihat data mentah waktu log masuk bagi setiap orang guru tingkatan dan
masa akan direkodkan apabila selesai rekod data pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

Melaksanakan Tindakan
Untuk melaksanakan kajian ini, pelbagai kaedah digunakan bagi meningkatkan penggunaan
kefahaman guru mengenai penggunaan sistem e-kehadiran dalam kalangan guru kelas khususnya.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi taklimat kepada guru-guru tingkatan. Dalam sesi
taklimat ini penerangan diberikan kepada guru tingkatan cara penggunaan carta alir mudah untuk
rekod kedatangan pelajar melalui penggunaan sistem e-kehadiran. Pemerhatian dilakukan terhadap
sistem e-kehadiran (admin) yang dikawal oleh pengkaji yang dapat melihat secara keseluruhan
data dan masa yang telah di key in oleh guru kelas selepas sesi taklimat ini diberikan. Daripada
data ini pengkaji dapat memerhati guru secara individu yang log masuk mengikut masa yang telah
ditetapkan.

Refleksi
Pada peringkat awal tahap penggunaan sistem e-kehadiran dalam kalangan guru kelas di sekolah
kajian mendapati bahawa kebanyakan guru kelas tidak memahami cara menggunakan sistem e-
kehadiran untuk rekod pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sistem ini merupakan sistem
yang baru yang menggantikan penggunaan buku rekod kedatangan pelajar secara manual. Namun
demikian, setelah sesi taklimat dan pengenalan carta alir mudah ini dapat memudahkan kefahaman
para guru kelas khususnya untuk log masuk sistem e-kehadiran dan seterusnya rekod kehadiran
murid dapat direkodkan dengan awal menepati masa yang telah ditetapkan sebelum jam 10 pagi
setiap hari berbanding dengan sebelum adanya carta alir mudah ini guru tidak log in masuk sistem
e-kehadiran ini. Hasil daripada pemantauan sistem yang dikawal oleh pentadbir dan admin sekolah
menunjukkan rekod guru kemas kini kedatangan pelajar semakin baik mengikut masa yang telah
diberikan. Carta alir mudah ini membantu guru untuk mengemas kini segala butiran pelajar secara
dalam talian yang mudah dan cepat.

DAPATAN KAJIAN
Setelah beberapa aktiviti dan langkah-langkah yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan dalam penggunaan sistem aplikasi e-kehadiran murid dalam Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM). Guru kelas melakukan penerokaan kendiri berdasarkan panduan
yang telah diberikan iaitu penggunaan carta alir mudah yang menjadi panduan kepada guru
tingkatan. Pemantauan menerusi sistem e-kehadiran telah mendapati berlakunya peningkatan
penggunaan sistem ini oleh guru tingkatan selepas taklimat yang telah diberikan kepada guru
tingkatan. Guru tingkatan menjadikan carta alir mudah ini sebagai rujukan untuk rekod
kedatangan pelajar dengan cepat menepati masa yang telah di tetapkan.
Jadual 3: Perbandingan Rekod Login Guru Kelas Selepas Penggunaan Carta Alir Mudah

BIL NAMA GURU (BUKAN NAMA Sebelum Selepas Beza masa


SEBENAR) (Masa) (Masa)
1. Cikgu Azmi 10.35 09.45 10 Minit
2. Ustazah Munira 11.00 08.55 3 Jam 05 Minit
3. Cikgu Halim 10.45 08.20 2 Jam 25 Minit
4. Cikgu Izzah 10.00 08.12 2 Jam 28 Minit
5. Ustaz Dzulkifli 11.00 08.15 2 Jam 45 Minit
6. Teacher Hafizah 10.35 09.00 1 Jam 15 Minit
7. Cikgu Faizal 10.28 09.25 1 Jam 03 Minit
8. Teacher Norihan 10.15 08.40 2 Jam 15 Minit
9. Ustaz Zubir 10.05 08.36 2 Jam 09 Minit
10. Cikgu Najihah 11.15 09.15 2 Jam
11. Cikgu Zahir 10.46 08.24 2 Jam 22 Minit
12. Cikgu Ainna 10.14 08.50 2 Jam 04 Minit
13. Cikgu Ayub 10.30 09.10 1 Jam 20 Minit
14. Cikgu Kamariah 10.50 08.30 2 Jam 20 Minit
15. Cikgu Razak 10.15 08.26 2 Jam 29 Minit
16. Ustazah Syanajwa 10.24 08.28 2 Jam 36 Minit
17. Sir Lothman 10.08 08.15 2 Jam 33 Minit
18. Teacher Katira 10.30 08.45 2 Jam 25 Minit
19. Ustaz Sahari 10.35 08.25 2 Jam 10 Minit
20. Cikgu Syuhada 10.15 08.50 2 Jam 05 Minit
Sumber : Data APDM

Berdasarkan kepada Jadual 3, rekod log masuk guru kelas (Peserta kajian) sebelum dan selepas
penggunaan carta alir mudah yang telah dijalankan mendapati bahawa terdapat peningkatan
penggunaan aplikasi sistem e-kehadiran dalam kalangan guru kelas.
Seterusnya, berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan mendapati bahawa terdapat 4
soalan yang telah di temu bual kepada guru tingkatan. Berdasarkan kepada soalan 1 mendapati
bahawa hampir 70% guru kelas tidak tahu mengaplikasikan e-kehadiran dalam rekod kehadiran
murid dalam sistem. Masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh masalah guru tingkatan yang
tidak faham tentang tatacara pengisian data pelajar dalam sistem e-kehadiran ini. Soalan yang ke
2, kebanyakan guru tidak kerap menggunakan sistem e-kehadiran kerana tidak tahu dengan lanjut
cara penggunaan tatacara log in masuk ke dalam sistem e-kehadiran untuk rekod secara teratur
mengikut langkah-langkah untuk selesai dan kemas kini data ketidakhadiran pelajar dalam sistem
e-kehadiran ini. Soalan yang ketiga, pandangan guru mengenai pengaplikasian e-kehadiran dan
bagaimanakah cara penggunaan guru adalah kurang. Guru kelas tidak mengaplikasikan e-
kehadiran ini kerana tidak tahu tatacara yang mudah untuk log masuk dan rekod data kehadiran
pelajar dalam sistem ini. Soalan yang seterusnya yang diperoleh daripada hasil temu bual yang
dijalankan terhadap guru kelas terhadap pengaplikasian sistem e–kehadiran dalam kalangan
pelajar adalah disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi oleh guru. Dalam konteks ini,
kebanyakan guru tiada masa untuk log masuk sistem e-kehadiran ini. Seterusnya harapan guru
terhadap pengaplikasian sistem e-kehadiran ini pada masa yang akan datang adalah. Guru
berharap pada masakan datang sistem ini dipermudahkan. Guru juga berharap agar ada dari
kalangan mereka yang diberikan kursus dan taklimat yang ringkas mengenai tatacara log masuk
sistem ini.

REKOD KEMASKINI GURU TINGAKAN MENGGUNAKAN


SISTEM e-KEHADIRAN
SEBELUM DAN SELEPAS
sebelum selepas

9.45 8.55 8.2 8.12 8.15 9 9.25 8.4 8.36 9.15 8.24 8.5 9.1 8.3 8.26 8.28 8.15 8.45 8.25 8.5

10.35 11 10.45 10 11 10.3510.2810.1510.0511.1510.4610.1410.3 10.510.1510.2410.0810.310.3510.15

i i l i
zm nira alim zzah lkifl zah aiza ihan ubir ihah ahir inna yub riah azak jwa an tira har ada
A I fi j
a u Z A u A ma a m a Sa yuh
u M
u H u zu Ha u F or z Z R an th K
ki g ah ikgu Cikg az D er ikg r N sta gu N ikg ikgu ikg Ka ikgu Sy r Lo her staz u S
C az C t h C he U ik C C C gu C zah Si ac U ikg
t Us eac ac C ik Te
Us T Te C st a C
U

REKOD PENGGUNAAN e-KEHADIRAN SEBELUM


PENGGUNAAN CARTA ALIR MUDAH BERDASARKAN
REKOD MASA
17

10 PAGI 11 PAGI
REKOD PENGGUNAAN e-KEHADIRAN SELEPAS
PENGGUNAAN CARTA ALIR MUDAH BERDASARKAN
REKOD MASA
15

8.00 PAGI 9.00 PAGI

REFLEKSI
Setelah sesi taklimat yang telah diberikan kepada guru kelas mengenai cara penggunaan carta alir
mudah untuk rekod kedatangan pelajar dengan menggunakan sistem e-kehadiran menunjukkan
respond yang positif terhadap oleh guru kelas. Pihak pentadbiran juga memberikan respond yang
baik kerana tahap penggunaan sistem e-kehadiran ini menunjukkan rekod guru hantar kedatangan
pelajar tidak hadir ke sekolah lebih awal sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berbanding
sebelum ini.

PENILAIAN PENGGUNAAN DATA E-KEHADIRAN

Langkah-langkah yang dirancang telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Semasa
penggunaan carta alir ini didapati majoriti guru tingkatan memahami dengan mudah cara
penggunaan carta alir ini dengan mudah dan cepat untuk log masuk pelajar yang tidak hadir
berbanding sebelum penggunaan carta alir mudah ini. Soalan-soalan temu bual juga membuktikan
kebanyakan guru kurang log masuk sistem e-kehadiran kerana kebanyakan guru kelas tidak
memahami dengan lengkap tatacara log masuk dengan mudah dalam sistem e-kehadiran murid.
Jika di buat perbandingan melalui pemerhatian melalui sistem admin e-kehadiran sebelum dan
selepas kajian dengan penggunaan carta alir mudah ini mendapati bahawa berlakunya peningkatan
terhadap log masuk data pelajar yang tidak hadir dengan cepat selepas pengenalan carta alir
mudah ini. Meningkatkan minat guru untuk terus mengunakan e-kehadiran pada masa yang akan
datang kemudahan internet sekolah seharusnya dipertingkatkan kerana sistem ini merupakan
sistem yang digunakan di seluruh negara untuk semua sekolah. Daripada tinjauan yang telah
dibuat selepas guru menggunakan carta alir mudah ini, guru lebih cepat rekod kedatangan dalam
sistem e-kehadiran mengikut langkah yang telah diberikan secara terperinci dalam carta alir yang
diberikan.

CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN


Penggunaan carta alir mudah ini banyak membantu para guru tingkatan khususnya dalam
meningkatkan penggunaan sistem e-kehadiran dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Keadaan ini memberikan respons positif terhadap pengaplikasian data pelajar untuk pemantauan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Oleh itu, dicadangkan untuk meningkatkan penggunaan
sistem e-kehadiran di kalangan guru kelas adalah dengan penggunaan carta alir mudah yang dapat
meningkatkan kefahaman dan juga memudahkan para guru tingkatan log masuk ke sistem e-
kehadiran mengikut masa yang telah ditetapkan dengan cepat. Pada masa akan datang guru kelas
akan diberikan sesi taklimat tentang penggunaan carta alir mudah ini dalam meningkatkan
pengaplikasian penggunaan sistem e-kehadiran ini dalam kalangan guru kelas dan juga bukan guru
kelas.
Kajian akan datang, dicadangkan untuk meningkatkan penggunaan sistem ini guru kelas akan
diberikan ‘’bar code’’ yang memudahkan cara guru login sistem e-kehadiran ini tanpa berulang
kali memasukan username dan password yang diberikan secara individu kepada guru kalas yang
berbeza. Kaedah ini secara tidak langsung mempercepatkan log masuk ke sistem e-kehadiran ini.
Seterusnya guru kelas juga akan diberikan taklimat pada masa yang akan datang bagi
memantapkan dan meningkatkan kefahaman tentang penggunaan Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM) kerana sistem ini merupakan sistem penting untuk maklumat pelajar secara dalam talian.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya yang disasarkan. Tahap
kefahaman guru tingkatan dalam mengaplikasikan sistem e-kehadiran ini untuk rekod kehadiran
pelajar dan juga mengemas kini maklumat data peribadi pelajar lebih baik kerana guru lebih
mudah untuk log masuk ke web APDM guru kelas yang telah diberikan. Kajian tindakan yang
saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada semua guru tingkatan untuk kemas kini data
kehadiran pelajar dan juga guru kelas dapat mengemas kini segala maklumat pelajar dengan cepat
dan data dapat di hantar ke pentadbir sekolah secara dalam talian. Sebagai guru yang inovatif dan
peka dengan perubahan masa yang menggunakan teknologi masa kini untuk mencapai hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk menjadikan bidang teknologi seiring dengan
perubahan masa menjelang Revolusi Industri 4.0.

SENARAI RUJUKAN
Web Site :https://apdm.moe.gov.my/panduan/ekehadiran.pdf

Web Site :https://apdm.moe.gov.my/#

Web Site Guru Data :


https://apdm.moe.gov.my/panduan/INFORGRAFIK_KEMASKINI_APDM.pdf

Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 )Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur ,PTS Profesional
Publishing Sdn Bhd.

Azizi Yahaya dan rakan-rakann.2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS


Professional Publishing Sdn.Bhd.

Attaran and VanLaar (2001).Managing The Use of School Technology: An Eight Steps Guide for
Administrators. Journal of Management Development, vol. 20 Iss 5pp. 393- 401.

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian Tindakan


Teknologi Pendidikan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.


(2008). Kaedah Penyelidikan. . (2nd ed). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Khalid Johari. (2004). Penyelidikan Dalam Pendidikan : Konsep dan Prosedur. Petaling Jaya
:Pearson Prentice Hall.

Kahn & Cannell. (1999). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Mohd Majid K. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mohd,Nihra Haruzuan Mohammad Said dan Intan Marini Suhamimi. 2008. Pembangunan Sistem
Pengurusan Pelajar. Jurnal pendidikan Malaysia 26(2)(2008) : 11-19.

Mok soon sang. 2008. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar. CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn.Bhd.

Norsiah Abdullah, Rosnah Ahmad Zain, Mazilah Abdullah. 2011. Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi. Penerbit Multimedia Sdn.Bhd.

Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

Zawiyah Mohammad Yusof Dan Mariah Lambak. 2008. Pengurusan Sistem Maklumat
Pendidikan : Implikasi Pengaoutomasian Ke Atas Pengajaran Dan Kebolehgunaan Data.
Akademika 74 (Disember) 2008:89-113
LAMPIRAN

 LAMPIRAN CONTOH SOALAN TEMBUAL GURU TINGAKTAN

BORANG TEMU BUAL GURU KELAS

NAMA :
TARIKH ;
MASA :

SOALAN :

Soalan 1
 Apa yang cikgu faham tentang e-kehadiran? Pernah kah cikgu mengaplikasikan e-
kehadiran.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………..
Soalan 2
 Berapa kerap penggunaan e-kehadiran.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
Soalan 3
 Apakah pandangan guru berkenaan pengaplikasian e-kehadiran di sekolah?
Bagaimanakah guru menggunakan e-kehadiran di sekolah.
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
......................................................................................
Soalan 4
 Apakah masalah dan kekangan semasa melakukan e-kehadiran? Apakah harapan cikgu
tentang pengaplikasian e-kehadiran pada masa akan datang di institusi pendidikan.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

 RUBRIK PEMERHATIAN SISTEM e-KEHADIRAN

RUBRIK PEMERHATIAN SISTEM e-KEHADIRAN


SMK.BUKIT PAYONG,BESUT.

PETUNJUK PRESTASI
MASA KEKERAPAN PENGGUNAAN
NAMA GURU (BUKAN
BIL Menepati Tidak Tidak Kerap 1 Hingga 2 Tidak Login
NAMA SEBENAR)
Masa Menepati Login Kali
Masa Seminggu

1. Cikgu Azmi
2. Ustazah Munira
3. Cikgu Halim
4. Cikgu Izzah
5. Ustaz Dzulkifli
6. Teacher Hafizah
7. Cikgu Faizal
8. Teacher Norihan
9. Ustaz Zubir
10. Cikgu Najihah
11. Cikgu Zahir
12. Cikgu Ainna
13. Cikgu Ayub
14. Cikgu Kamariah
15. Cikgu Razak
16. Ustazah Syanajwa
17. Sir Lothman
18. Teacher Katira
19. Ustaz Sahari
20. Cikgu Syuhada
 CARA PENGGUNAAN CARTA ALIR MUDAH SISTEM e-KEHADIRAN

CARA PENGGGUNAAN CARTA ALIR MUDAH

Anda mungkin juga menyukai