Anda di halaman 1dari 4

Pendekatan Efektif (Gabungan Kaedah Projek dan Pembelajaran Koperatif)

Sebenarnya, tiada satu pendekatan yang paling efektif dalam PdP matematik kerana
pendekatan yang dipilih perlu mengambil kira sasaran murid (sekolah rendah atau
menengah), tahap murid serta topik pengajaran matematik di dalam bilik darjah.

Sebagai seorang guru matematik di sekolah rendah, saya berpendapat bahawa kaedah
projek merupakan salah satu kerja praktik yang efektif untuk meningkatkan minat dan
kesediaan untuk melakukan aktiviti pembelajaran matematik yang menarik (m/s 46). Hal
ini demikian kerana murid-murid berpeluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, bagi topik pengurusan
data, murid-murid boleh diberi tugasan projek untuk mengumpul data daripada rakan
sekelas atau anggota keluarga seperti ketinggian, kemudian mempersembahkan dapatan
data dalam bentuk carta pai atau carta palang. Melalui ini, murid-murid bukan sahaja
dapat mempelajari kemahiran mengumpul data, menyusun data dan mempersembahkan
data, malah mereka juga dapat menguasai kemahiran mentafsir data apabila diberi
peluang untuk membentangkan hasil dapatan di hadapan kelas. Dengan ini, penilaian
terhadap sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka terhadap topik ini dapat
dilaksanakan. Sepanjang PdPr disebabkan pandemik Covid-19, tugasan projek sebegini
juga dapat dilaksanakan secara dalam talian, di mana murid-murid boleh mengumpul
data melalui Google Form, menghasilkan carta dengan aplikasi Microsoft Excel  dan
seterusnya membentangkan hasil dapatan semasa Google Meet dengan
menggunakan PPT. Pendekatan kaedah projek dimanfaatkan dengan aplikasi teknologi
sebenarnya telah memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.

Kaedah projek ini juga sangat fleksibel untuk diaplikasikan dalam kebanyakan topik
matematik. Misalnya, tugasan projek menghasilkan pelan rumah yang melibatkan bentuk
2D, perimeter dan luas serta ukuran panjang. Penglibatan murid dalam tugasan projek ini
memberi peluang kepada mereka untuk merasai kerja sebagai seorang “designer”. Justeru,
dapat dikatakan pendekatan ini berkesan kerana ia bersifat aktif yang mendorong daya
usaha murid, di samping menolong mereka menyedari matematik tidak setakat
pengetahuan abstrak tetapi juga berkaitan dengan kehidupan seharian (m/s 49). Dalam
buku Noraini Idris, beliau juga mengemukakan bahawa kerja projek ini merupakan
lanjutan kepada aktiviti pembelajaran yang dapat membantu pemahaman murid tentang
sesuatu perkara lebih baik apabila mereka dapat mengaplikasikan dalam situasi
sebenar (m/s 49).  Oleh itu, ia adalah bersesuaian dengan tahap murid sekolah rendah
untuk memindahkan ilmu yang abstrak kepada yang konkrit.

Bagi saya, sesuatu pendekatan yang efektif juga boleh digabungjalinkan dengan
pendekatan yang lain seperti pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran koperatif,
murid yang lemah dapat dibantu oleh murid lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah
matematik (m/s 43) agar tidak tercicir dalam pembelajaran matematik. Secara tidak
langsung, ia dapat meningkatkan potensi pencapaian harga diri dan kemahiran sosial
pelajar (m/s 44). Malahan pula, sifat kepimpinan juga terpapar ketika pengagihan kerja
dilakukan. Misalnya, pembelajaran koperatif yang diaplikasikan dalam tugasan projek
pengurusan data seperti yang dibincangkan di atas selain dapat melatih ketua kumpulan
mengagihkan kerja dan peranan mengikut kemampuan ahli kumpulan seperti
pengumpul data, penyusun data dan pembentang, ia juga melibatkan pertukaran dan
perbincangan idea ketika membuat keputusan agar dapat menghasilkan tugasan yang
lebih sempurna. 

Secara tuntasnya, pendekatan PdP yang efektif bergantung pada pelbagai faktor
termasuk cara guru merancang PdP yang menarik. Para pendidik juga boleh
mengaplikasikan lebih daripada satu pendekatan pada masa yang sama untuk
melaksanakan PdP yang berkesan di bilik darjah.

Pendekatan Efektif dalam P&P Matematik


Pendekatan dalam P&P matematik yang efektif menurut Dr. Noraini Idris dalam aspek
pengajaran secara lisan adalah suara guru perlulah terang, jelas dan mempunyai intonasi
suara yang tidak membosankan pelajar. Guru perlu menggunakan perkataan dan istilah-
istilah yang mudah difahami oleh pelajar (muka surat 28).

Dari aspek persembahan bahan pula penulis menekankan bahawa kuliah yang
disampaikan oleh guru haruslah bersama persembahan yang menarik sebagai contoh
tulisan guru pada bahan yang digunakan di papan hitam, transparensi dan sebagainya
mestilah jelas dan boleh dibaca pelajar. Penyampaian guru tidak boleh hanya tertumpu
pada buku teks semata-mata tetapi perlu kepelbagaian terutama menggunakan era
teknologi terkini. Guru juga perlu memasukan aktiviti yang ringkas untuk pelajar dan
memilih gaya persembahan bermakna yang mampu mengekalkan minat pelajar (muka
surat 28 dan 29). Guru juga perlu mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar ketika
P&P (muka surat 31). Eye Contact diantara guru dan pelajar juga merupakan pendekatan
yang efektif menurut penulis untuk memastikan pelajar berasa diri mereka diperhatikan
oleh guru sepanjang P&P berlansung (muka surat 32).  

Penulis juga menyatakan perbincangan mampu mencabar pemikiran pelajar, meransang


sikap dan kepercayaan, membina kemahiran interaksi, menggalakan perkembangan
mental dan melatih pelajar berfikir secara teliti (muka surat 32).  

Kaedah inkuiri dalam P&P matematik sangat efektif kerana membantu pelajar menjawab
sendiri perkara-perkara yang mereka ingin tahu. Ianya dapat meransang pembelajaran
pelajar dengan cara pelajar akan cuba berusaha mencari maklumat, menjalankan aktiviti
dan membuat kajian sendiri (muka surat 35).
Kaedah penemuan akan menyediakan para pelajar dengan data-data dan seterusnya
memerlukan mereka memproses data dan maklumat tersebut kepada keperluan yang
bermakna. Pendekatan ini akan menyedarkan pelajar bahawa ilmu pengetahuan
merupakan hasil daripada interpretasi pelajar itu sendiri (muka surat 39 & 40).

Selain daripada itu penulis juga menyenaraikan pembelajaran secara koperatif


merupakan pendekatan yang efektif. Cara ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar,
pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran sosial, dan interaksi serta keyakinan pelajar.
Pendekatan ini membantu pelajar yang lemah matematik, rakan dalam kumpulan dapat
berkongsi pandangan dan berbincang secara bersungguh-sungguh dalam mempelajari
matematik  (muka surat 43).

Dalam P&P matematik, kaedah projek juga boleh diaplikasikan sebagai salah satu cara
yang efektif. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah kerja praktikal, kajian, lawatan dan
permainan. (muka surat 46).

Pendekatan PdP Matematik: Kaedah Inkuiri


by DAHLAN BIN PAMUDA - Tuesday, 23 November 2021, 5:07 PM
Number of replies: 0
Merujuk buku Noraini Idris bab 2, pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran 
Matematik. Salah satu pendekatan pengajaran yang diketengahkan adalah pendekatan
kaedah inkuiri (muka surat 35-39). Kaedah inkuiri ialah proses pengajaran dan
pembelajaran yang berorentasikan mencari maklumat, menyoal dan mengkaji untuk
memperoleh sesuatu keputusan (Suchman, 1978).

              Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu


mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah
mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan
dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu
pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang
membangkitkan seseorang untuk berfikir. Individu yang menghadapi situasi sedemikian
(secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

              Kaedah pendekatan ini melibatkan 4 langkah iaitu pertama pembentukan soalan
untuk menyusun set fakta, kedua ialah membina prosedur dan memungut maklumat
yang digunakan. Ketiga pula ialah menggunakan prosedur utk mengenal pasti dan
mengembangkan pengetahuan. Terakhir ialah  menganalisis dan menilai proses inkuiri
tersebut.

              Sekiranya proses pendekatan inkuiri ini berjaya dipraktikkan dalam sesi pengajran
dan pembelajaran, pasti ianya akan memberi impak kepada murid dalam membina
pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan berasaskan pengetahuan sedia
ada. Selain itu ia juga mampu meningkatkan pemikiran secara kreatif dan kritis serta
menggalakkan pembelajaran secara kendiri.

Anda mungkin juga menyukai