Anda di halaman 1dari 17

EKOSISTEM HUTAN BAKAU

Ekosistem Hutan Bakau


Konsep & pengezonan ekosistem hutan bakau Komponen biotik & abiotik dalam ekosistem hutan bakau Rantaian/siratan makanan dalam ekosistem hutan bakau Kepentingan ekosistem hutan paya bakau

Konsep & pengezonan ekosistem hutan bakau


ekosistem bakau adalah penting kerana sifatnya yang dinamis yang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa & dari musim ke musim. Ekosistem bakau boleh didapati di perantaraan muara & daratan, & keadaan airnya adalah payau

Komuniti utama bakau ialah Rhizophora (pokok bakau kurap & bakau minyak), keluarga Avicennia(pokok api-api), keluarga Sonneratia (pokok perepat, gedahu,& berembang) & juga

Bruguiera (pokok berus,tumu & mata buaya).

Taburan & jenis pokok bakau yangg hidup di zon litoral adalah tidak seragam.

Perbezaan ini disebabkan pengaruh banjir pasangsurut air laut menyebabkan setiap zon mengalami

perubahan-perubahan tertentu.

sumber

kayu arang & kayu api. Bahan binaan seperti cerucuk & pancang kayu dalam pembinaan benteng & jambatan. Merupakan sumber perubatan. Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai. Ekosistem hutan bakau diubah menjadi kolam ternakan akuakultur.

Komponen biotik & abiotik dalam ekosistem hutan bakau

1)

Komponen biotik; tiga jenis pokok bakau yang utama iaitu Rhizophora, Sonneratia & Bruguiera yang mendominasikan komponen biotik dalam ekosistem hutan bakau. sesetengah haiwan ini dikenali sebagai hidupan dua alam yang boleh di dalam air & di daratan. Selain itu, sesetengah kawasan hutan bakau dihuni oleh haiwan primat.

2) Komponen abiotik: komponen bukan hidupan meliputi air payau, udara(oksigen),tanah seperti lumpur yang terhasil dari mendapan oleh ombak & sungai serta bahan-bahan nutrien @ mineral yang telah direput. Zon hutan bakau dianggap sebagai zon makanan bagi pelbagai spesis.

Rantaian/siratan makanan dalam ekosistem hutan bakau


Ekosistem

hutan bakau mempunyai rantaian & siratan makanannya yang tersendiri. Pokok bakau merupakan pengeluar makanan utama dalam ekosistem hutan bakau. Pokok bakau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis setelah mendapat tenaga dari matahari.

Hidupan

dua alam ini mendapat sumber makanan dair dedaun & buah pokok bakau yang gugur & jatuh ke tanah. Apabila serasah daun bakau ini jatuh ke dalam air maka ia akan diuraikan oleh mikrorganisma seperti bakteria & fungi untuk menjadi nutrien. Nutrien menjadi sumber makanan pengguna primer dalam ekosistem bakau.

Pengguna

primer akan mnjdi sumber makanan kepada pengguna sekunder yang lain. Zooplankton juga memainkan peranan yang penting dalam rantaian makanan ekosistem bakau ini. Ia menjadi penghubung antara pengeluaran primer dengan pengeluaran tertier.

Kepentingan ekosistem hutan paya bakau


1)

2)

Menstabilkan muara sungai & persisir pantai. Pokok bakau yang berakar berceracak & tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen (bahan enapan)dari kawasan muara & pantai. Berfungsi sbg zon penampan semulajadi untuk mengurangkan @ mencegah hakisan pantai oleh ombak, angin & arus.

3) Penapis bahan pencemar. Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen & sebatian fosforus. 4) Menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air & daratan. Fungsi hutan bakau sebagai tempat perlindungan & pembiakan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, tiram & ikan. 5) Mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida setempat. Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida & membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya.

6) Kepada manusia ekosistem bakau juga memainkan peranan yang penting. Antaranya ialah; sumber kayu arang & kayu api. Bahan binaan seperti cerucuk & pancang kayu dalam pembinaan benteng & jambatan. Merupakan sumber perubatan. Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai. Ekosistem hutan bakau diubah menjadi kolam ternakan akuakultur.

HUTAN PAYA BAKAU

Anda mungkin juga menyukai