Anda di halaman 1dari 24

RANTAIAN MAKANAN DAN SIRATAN

MAKANAN
ARAS TROFIK
EKOSISTEM TASIK
 Merujuk kepada ekosistem air yang tidak
berarus yang jug disebut ekosistem Lentus spr
ekosistem kolam dan ekosistem perigi.
 air yang ditakung tidak mengalir.
Inpur air berpunca dpd hujan dan sistem
saliran lain yang memasuki ke dalam tasik.
Output terbesar air tasik ialah melalui proses
sejatan air dan permukaan tasik ke atmosfera.
KOMPONEN ABIOTIK
I. Air
II. Udara
III. Cahaya Matahari
IV. Pelbagai Jenis Garam Galian Yang Menjadi Nutrien

KOMPONEN BIOTIK
• Hidupan berbeza dgn ekosistem sungai krn tidak berarus,
perbezaan cahaya matahari, suhu air, bahan substrat(bahan
kimia)
• Ekosisitem tasik dibahagikan kepada beberapa zon hidupan.
Setiap peringkat mempunyai hidupan yang berbeza.
• Dibahagikan kepada:
i. Zon limne
ii. Zon profundal
iii. Zon litoral
ZON LITORAL
Bahagian Tepi Tasik/Tebing Tasik Yang Berhampiran
Dengan Daratan
• Zon yang paling kaya dengan pelbagai jenis organisma
• Dibahagikan kepada 2 iaitu Zon Eulitoral dan Infralitoral
• Zon Infralitoral- sentiasa dibasahi air- mengandungi
pelbagai jenis tumbuhan beraar spt pokok keladi,
telipot, teratai, lembayung
• di bahagian bawah tumbuhan ini erdapat pelnagai
jenis hidupan spt zooplankton, kumbang air, jentik-
jentik, berudu, katak, larva, serangga
• Zon litoral juga menjadi habitat kepada burung,cacing,
dan mikroorganisma
ZON LIMNE
Bahagian tasik yang sentiasa mendapat cahaya
matahari
 zon yang sering mendapat CM.
Habitat kepada tumbuhan autotrof iaitu
tumbuhan yang membuat makanan sendiri
spt lumut, alga dan plankton.
Hidupan ini menjadi sumber makanan utama
dan merupakan substrat pertama dalam
rantaian makanan ekosistem tasik.
Zon Profundal
• Berada lebih dalam atau hampir dengan dasar
tasik dan tidak menerima cahaya matahari
• Dihuni oleh organisma heterotrof seperti ikan
belut, ular air dan kura-kura
ALIRAN TENAGA DAN SIRATAN
MAKANAN DALAM EKOSISTEM TASIK.,
• Tenaga dari matahari ke tumbuhan hijau spt lumut dan
alga yang ada di permukaan tasik atau tebing.
• Tumbuhan hijau memproses makannya sendiri
menerusi proses fotosintesis daripada CM.
• Tumbuhan menyimpan tebaga kimia di dalam klorofil-
bertindka sebagai pengeluar-matahari berntindak
sebagai pembekal tenaga.
• Tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan hijau akan
dipindahkan kpd zooplankton apabila hidupan tersebut
memakan tumbuhan.
• Zooplankton bertindak sebagai pengeluar.
• Tenaga kimia dlm zooplankton akan berpindah kd
pengguna sekunder spt ikan kecil dan cacing apabila
haiwan tersebut memakan zooplankton.
• Tenaga kimia yang dipindahkan digunakan untuk
membiak, membesar dan mengerak.
• Tenaga kimia di dalam pengguna sekunder akan
dialirkan kepada pengguna tertier spt ikan yang lebih
besar apabila ikan tersebut memakan ikan kecil dan
cacing.
• Akhitnya tenaga akan berpindah kepada pengurai yang
terdiri daripada bakteria dan fungi setelah
menguraikan segala pengguna yang mati dan reput
daripada tumbuhan dan haiwan.
• Bahan organik yang mereput ini akan menambahkan
nutrien dalam tasik dan digunakan kembali oleh
tumbuhan hijau untuk membesar.
EKOSISTEM PAYA BAKAU
• Terdapat di perantaraan antara muara dan
darata, dengan keadaan air yang payau.
• Komuniti yang hidup di anatara pasang surut laut
dan tahan dpd air masin di zon pinggir pantai
atau zon litoral.
• Zon pemakanan kepada pelbagai spesies
• Terdapat tiga zon yang mempengaruhi
kepelbagaian spesies tumbuhan di paya bakau
• Taburanya berbeza mengikut zon disebabkan
pengaruh air pasang dan surut
I. Zon Pertama
- Zon yang paling hampir dgn laut
- Sentiasa mengalami pasang surut dan mempunyai
kadar kemasinan yang tinggi, lumpur yang tebal dan
lembut
- Pokok perepat, bakau api-api

2. Zon kedua
- Pokok bakau api-api, bakau tumbuh lurus, bakau kurap

3. Zon ketiga
- Zon pedalaman yang tidak dipengaruhi air pasang surut
air laut
- Nipah, nibung
Komponen Biotik
• Spesies pokok bakau yang utama iaitu Rhizophara, Sonneratia, Bruguiera
• Ketam bakau, siput belitong, kepah, tiram, ikan belacak, haiwan krustasea,
moluska, serangga
• Hidupan dua alam iaitu haiwan yang boleh hiduo di dalam air dan di
daratan. Cth memerang, buaya, ikan belacak, ketam nipah, ular
• Dihuni juga oleh haiwan yang berhijrah spt burung

Komponen Abiotik

• Air payau
• Udara
• Tanah spt lumpur, selut dan pasir yang terhasil melalui
pemendapan(tanah liat lanar)
• Bahan-bahan nutrien
Rantaian makanan dalam ekosistem
hutan bakau
• Rantaian makanan melibatkan tumbuhan di daratan dan
organisma hidup yang hidup di di dalam air dan daratan.
• Pokok bakau- pengeluar-membuat makanan sendiri melalui
fotosintesis setelah mendapat cahaya matahari.
• Daun, buah, dan bunga pokok bakau menjadi sumber makanan
kpd herbivor spt ulat, serangga, burung
• Rantaian makanan juga berlaku kepada hidupan yang bernaung
di bawah pokok bakau-mendapat sumber makanan daripada
dedaun dan buah pokok bakau yang gugur dan jatuh ke tanah
• Serasah daun bakau yang jatuh ke air diuraikan oleh
mikroorganisma spt bakteria dan fungi untuk menjadi nutrien.
• Nutrien2 tersebut menjadi sumber makanan pengguna primer
dalam ekosistem akau spt moluska, ketam dancacing serta udang
• Pengguna2 primer ini menjadi makanan kpd pengguna2
sekunder yang lebih besar spt ikan.
• Seterusnya ikan2 besar dan pengguna-
pengguna primer menjadi sumber makanan
kepada pengguna-pengguna tertier yang
bertindak sebagai karnivor di dalam ekosistem
spt memerang, biawak air, ular, buaya
• Akhirnya hasil2 perkumuhan pengguna primer
sekunder dan tertier akan diuraikan oleh
mikroorganisma yang lain untuk menjadi
bahan nutrien.
• Nutrien dalam ekosistem sentiasa berkitar dan
berterusan.
KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN
PAYA BAKAU KEPADA ALAM SEKITAR
FIZIKAL
1. MENSTABILKAN MUARA SUNGAI DAN PESISIR
PANTAI
 Pokok bakau yang berakar ceracak dan
tumbuh dengan padat mengurangkan
pengaliran sedimen dari kawasan muara dan
pantai.
 Berupaya untuk mengekalkan ekosistem
muara dalam jangka masa yang panjang
2. BERFUNGSI SEBAGAI ZON
PENAMPAN SEMULA JADI
 Mencegah hakisan pantai oleh ombak, angin,
arus
 Kanopi yang tebal dan padat dan sistem akar spt
akar ceracak dan akar jangkang yang timbul di
permukaan bumi menjadi penampan semula jadi
untuk mengurangkan kekuatan hakisan
khususnya yang berpunca dari ombak dan
fenomena pasang surut
 Hempada ombak menjadi lemah kerana dihalang
oleh akar yang ditimbul- banyak memendapkan
berbanding hakis
3. PENAPIS BAHAN PENCEMAR
 Menyerap bahan pencemar sebatian nitrogen
dan sebatian fosforus
 Keadaan ini mengurangkan pembiakan alga
dan bakteria E-Coli, seterusnya menambahkan
kandungan oksigen terlarut di dalam air yang
menjadi sumber pernafasan kepada hidupan
dalam ekosisitem ini.
4. MENJADI HABITAT KEPADA PELBAGAI JENIS HIDUPAN AIR DAN
DARATAN

• Tempat perlindungan dan pembiakan pelbagai


jenis udang, ketam, kepah, tiram, ikan, biawak,
kera
• Habitat kepada pelbagai jenis burung tempatan
dan burung hijrah yang menjadikan hutan bakau
sebagai tempat perlindungan dan persinggahan.
• Cth : hutan bakau di kuala gula, perak – tempat
persinggahan pelbagai jenis burung dari siberia,
china, rusia dalam perjalanan ke hemisfera
selatan
5. MENGEKALKAN KESEIMBANGAN OKISGEN
DENGAN KARBON DIOKSIDA SETEMPAT
• Menyerap karbon diksida dan membebaskan
oksigen melalui fotosintesis
• Pembekal oksigen utama untuk hidupan di
ekosisitem tersebut
KEPENTINGAN POKOK BAKAU KEPADA
ALAM SEKITAR MANUSIA
1. SUMBER PROTEIN DAN MAKANAN
2. SUMBER PELANCONGAN
3. SUMBER UBAT-ubatan tradisional(ubat sakit kerongkong
dari bakau minyak dan tahan muntah dari bakau perepat)
4. SUMBER EKONOMI-Industri membuat kayu arang (bakau
minyak, kayu api), industri pembinaan bangunan(cerucuk,
pancang kayu)
5. KEGIATAN PERIKANAN DAN AKUAKULTUR- diubah menjadi
kolam ternakan spt ikan kerapu dan udang harimau) /
kawasan terlindung untuk menangkap ikan sepanjang
tahun
6. KAWASAN UNTUK KAMPUNG NELAYAN- selamat kerana
terlindung dari ombak dan angin
KESAN PENGGUNAAN SUMBER PAYA BAKAU
SECARA BERLEBIHAN TERHADAP EKOSISTEM
1. Kemusnahan kepelbagaian biologi
- Penebangan pokok bakau secara berlebihan menyebabkan kurang
pengeluar-tiada habitar - hidupan akuatik mati
2. Gangguan terhadap kitaran hidrologi
- Kurang sejatpeluhan-kurang hujan
3. Gangguan terhadap rantaian makana
- Ketiadaan pokok-pokok bakau menyebabkan sumber makanan
kepada hidupan lain turut berkurangan
4. Keseimbangan ekosistem paya bakau terganggu
- Pengambilan sumber daripaa paya bakau secara berlebihan akan
menganggu keseimbangan ekosistem bakau
- Kehilangan biosfera dalam ekosistem paya bakau akan menganggu
sistem-sistem fizikal yang lain seperti sistem atmosfera, ltisfera
dan hidrosfera

Anda mungkin juga menyukai