Anda di halaman 1dari 21

Jenis-Jenis

Ekosistem
Jenis-Jenis Ekosistem
• Ekosistem akuatik
• Ekosistem hutan hujan tropika
• Ekosistem paya bakau
• Ekosistem hutan gambut
• Ekosistem kolam
• Agro ekosistem spt ekosistem sawah
padi & ekosistem ladang kelapa sawit

2
Ekosistem Akuatik

• Ekosistem yg terletak
dlm jasad air
• Terdiri drp ekosistem air
masin & ekosistem air
tawar

Terumbu Karang di
Pulau Perhentian

3
Ekosistem Air Masin (Marin)
• Meliputi hampir 71% daripada permukaan
bumi dan mengandungi hampir 97%
daripada air dunia.
• Ekosistem ini menjana 32% dari
pengeluaran bersih utama dunia.
• Hampir 85% daripada bahan terlarut
dalam air laut adalah natrium dan klorida.

4
Ekosistem Marin
• dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :-
i .Bahagian cetek (oceanic)
ii. Bahagian air dalam (Profundal)
iii. Dasar laut (benthic);
iv. Kawasan antara tidal (tides) tinggi dan rendah (intertidal)
v. Muara (estuaries)
vi. Paya Garam (salt marshes)
vii. Terumbu Karang (coral reefs)
ix. Kawasan bakteria sulfur kimosintetik membentuk makanan
asas (hydrothermal vents)

5
Ekosistem Marin
• Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem
marin termasuklah alga perang, dinoflagellates, karang,
cephalopods, echinoderms, dan jerung.
• Ikan dalam ekosistem marin adalah sumber makanan
komersial yang terbesar .
• Masalah alam sekitar yang berlaku kepada ekosistem
marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak
mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan
pinggir pantai.

6
Ekosistem Air Tawar
• Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada
permukaan bumi dan mengandungi 0.009%
dari jumlah air dunia.
• Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran
bersih dari air dunia.
• Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari
spesis ikan dunia.

SCE3107_RM2011 7
Ekosistem Air Tawar
• Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;-
1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam
dan tasik.
2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan
sungai.
3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana
tanah tepu dengan air

SCE3107_RM2011 8
Ekosistem Air Tawar
• Asas makanan dari alur dan sungai terdiri daripada hutan ripari
yang mempunyai kanopi yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan
alga di dalam sungai yang menjadi sumber makanan kepada ikan
anaromous.
• Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien penting kepada
hidupan lain.
• Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah kehilangan air,
empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis.
• Tanah lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan
ekosistem semulajadi yang produktif.

SCE3107_RM2011 9
Ekosistem Kolam
• Merupakan ekosistem air tawar yang khusus
dimana alga merupakan aras trof yang asas
iaitu pengeluar.
• Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya
terdiri daripada ikan.
• Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.

10
Fungsi Ekosistem Akuatik
• Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh
kitar nutrien, air bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan
menyediakan habitat untuk kehidupan haiwan liar.
• Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia dan sangat penting
untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir pantai.
• Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam
sekitar termasuklah perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke
dalam air.
• Pencemaran kimia pula mengakibatkan kekurangan nutrien, oksigen
terlarut berkurang dan menjadi toksin kepada hidupan .
• Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi
tekanan kepada ekosistem akuatik.

SCE3107_RM2011 11
Ekosistem Hutan Hujan Tropika
• Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi
dan terletak di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa.
• Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti di Hutan
hujan tropika ini, iklimnya adalah sangat panas, dimana julat suhunya
adalah diantara 20-26 °C serta menerima lebih daripada 250 sm³ hujan
setahun.
• Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama sepanjang
tahun.
• Faktor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan
tumbuh-tumbuhan yang pelbagai.
• Faktor latitud adalah kawalan iklim utama di hutan hujan tropika.

12
Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan
Ekosistem Hutan Hujan Tropika
• Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan
ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran
mereka.
• Satu daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah
kebolehan melakukan penyamaran yang berkesan.
• Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau
daun hidup.
• Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun
mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran
itu serta sukar dilihat daripada atas.
• Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan
kaedah ini.

SCE3107_RM2011 13
Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan
Ekosistem Hutan Hujan Tropika
• Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk
memberi amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat
beracun.
• Sebagai contoh katak beracun dari species Dendrobates auratus yang
berwarna putih dan hitam, D. leucomelas mempunyai warna kuning terang
dan hitam serta D. granuliferus yang berwarna merah di bahagian atas
serta sisi dan kaki pula berwarna hijau.
• Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di
dalam biome ini.
• Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang
menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini.

SCE3107_RM2011 14
Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan
Ekosistem Hutan Hujan Tropika
• Tumbuh-tumbuhan di ekosistem hutan hujan tropika ini mempunyai pucuk
atau daun muda yang berwarna merah.
• Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga.
• Ada haiwan yang hidup di lantai hutan.
• Kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan
ini seperti di kanopi hutan ini.
• Serangga adalah antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini.
• Anai-anai adalah sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini.
• Kerana kompleksiti ekosistem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.

SCE3107_RM2011 15
Ekosistem Paya Gambut
• Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di
penuhi dengan air.
• Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah
mati dan lapisan bahan daripada tumbuh-tumbuhan
setebal 20 meter.
• Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri-ciri terendam
air, kandungan nutrien dan oksigen larut pada tahap
yang rendah serta kawasan air yang berasid.

16
Ekosistem Paya
Gambut
Hutan gambut adalah jenis
tanah berair yang terbesar
iaitu meliputi 75% daripada
keseluruhan kawasan tanah
berair di negara ini.
Dianggarkan terdapat seluas
1.54 ribu hektar tanah
berair jenis ini masih kekal di
Malaysia, di mana 70%
daripadanya terdapat di
Sarawak, kurang daripada
20% di Semenanjung
Malaysia dan yang
selebihnya terletak di
Sabah.

17
Biodiversiti, Kekompleksiti dan Kestabilan Ekosistem
Hutan Paya Gambut

• Kawasan hutan paya gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik
dan tempat tinggal kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan
pusat perlindungan bagi lebih daripada 60 spesies haiwan yang
disenaraikan sebagai terancam seperti Orang utan, Proboscis Monkey,
Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storm’s Stork and
Wrinkled Hornbill.
• Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank gen semula jadi tumbuhan.
• Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan
diterokai.

18
Biome
• Biome adalah satu kawasan geografi yang luas dan
tersendiri dan terdapat kumpulan haiwan dan
tumbuhan yang disesuaikan dengan persekitaran
tertentu.
• Iklim dan geografi sesuatu kawasan menentukan
jenis sesuatu biome.
• Setiap biome terdiri daripada satu ekosistem yang
terdiri daripada banyak komuniti yang telah
menyesuaikan diri dengan iklim dan persekitaran
biome tersebut.

SCE3107_RM2011 19
Biome
• Biome boleh dibahagikan kepada 6 kumpulan utama:
• Semua hidupan adalah berkait rapat dengan persekitaran mereka.
• Mana-mana perubahan dalam satu
bahagian persekitaran, seperti peningkatan atau penurunan
sebanyak satu spesies haiwan atau
tumbuhan, menyebabkan kesan riak perubahan melalui bahagian-
bahagian lain alam sekitar.
– Air tawar
– Marin
– Gurun
– Hutan
– Padang rumput
– tundra

20
Biome Air Tawar

• Air Tawar mempunyai kepekatan garam yang rendah -


biasanya kurang daripada 1%.
• Tumbuhan dan haiwan di kawasan ini diselaraskan ke
kandungan garam yang rendah dan tidak akan
dapat bertahan di kawasan-kawasan garam yang tinggi
(air laut).
• Terdapat pelbagai jenis kawasan air tawar: kolam &
tasik, sungai dan tanah lembap.

21

Anda mungkin juga menyukai