Anda di halaman 1dari 13

TEMA 5: EKOLOGI DAN EKOSISTEM

KONSEP EKOLOGI Hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitarannya. KONSEP EKOSISTEM 1. 2. 3. Hubungan antara saling berinteraksi antara komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik / hidupan - pengeluar, pengguna dan pengurai. Komponen abiotik / bukan hidup - udara, air mineral, tanah, oksigen dan lain-lain.

KOMPONEN ASAS EKOSISTEM

Struktur biotik Benda hidup terdiri drp 3 kompenan utama:1. Pengeluar tumbuhan hijau. 2. Pengguna Herbivor (haiwan yang memakan tumbuhan). Karnivor (haiwan yang memakan daging). Omnivor (haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan). 3. Pengurai Organisma yang menguraikan bahan organik yang mati. Terdiri daripada bakteria, saprofit dan kulat.

Struktur abiotik Benda bukan hidup yang boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:1. 2. Sumber nutrien Sumber tenaga Cth: karbon dioksida, nitrogen, fosfat dan lain-lain. Cth: matahari

EKOSISTEM DARATAN Komponen biotik dan abiotik. Komponen biotik terdiri daripada:1. 2. 3. Komuniti tumbuhan Komuniti haiwan Komuniti mikroorganisma

Komponen abiotik seperti kuantiti air, suhu, tanih, dan bentuk muka bumi kawasan persekitarannya.

Tumbuhan adalah pengeluar utama dan membekalkan tenaga kepada haiwan dan tumbuhan parasit. Hidupan sebagai pengguna memperolehi makanan dan tenaga dari tumbuhan. Tumbuhan dan haiwan apabila mati akan menjadi punca bekalan tenaga utama kepada pengurai. Pengurai menukar bahan mati menjadi humus yang kaya dengan mineral yang akan menjadi unsur untuk tumbuhan membesar.

EKOSISTEM AKUATIK Komponen abiotik (tenaga suria, air, tanih, lautan mineral, suhu) Komponen biotik (tumbuhan hijau, fitoplankton, zooplankton, ikan, udang, bakteria, kulat) Pengeluar tumbuhan hijau fitoplankton zooplankton ikan

Pengguna primer Pengguna sekunder Pengguna tertier Pengurai -

kura-kura bakteria dan kulat

RANTAIAN MAKANAN DALAM EKOSISTEM Saluran / aliran tenaga dalam ekosistem. Mempunyai peringkat-peringkat pengguna. Makanan digunakan oleh kompenan dalam ekosistem untuk meneruskan kehidupannya. Terdapat 5 peringkat iaitu :i. Pengeluar ii. Pengguna primer iii. Pengguna sekunder iv. Pengguna tertier v. Peringkat puncak

SIRATAN MAKANAN Gabungan beberapa rantaian makanan. Pertalian makanan di antara beberapa habitat.

ALIRAN TENAGA SIRATAN MAKANAN

ALIRAN TENAGA YANG BERLAKU DALAM RANTAIAN MAKANAN 1. Tenaga haba terus dari matahari kepada pengeluar / tumbuhan hijau untuk proses fotosintesis. Tenaga di simpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak, dan asid tumbuhan dalam daun, bunga, buah dan sebagainya. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar / tumbuhan ke pengguna primer. Contoh: beluncas. Tenaga kimia (beluncas) dipindahkan ke pengguna sekunder (burung pipit) tertier (burung helang). Pada masa yang sama tenaga haba akan dibebaskan. ke pengguna

2.

3.

4.

Pengeluar dan pengguna mati dan mereput - organisma pengurai (bakteria dan kulat) memperolehi tenaga kimia dan disimpan dalam nutrien tanah yang kelak akan digunakan kembali oleh pengeluar.

KITAR OKSIGEN DAN KITAR KARBON DIOKSIDA

1.

Kitar oksigen berlaku menerusi proses pernafasan / respirasi haiwan dan manusia dengan proses fotosintesis oleh tumbuhan. Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia. Proses pernafasan / respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera. Karbon dioksida dibebaskan oleh haiwan digunakan tumbuhan hijau (fotosintesis) tumbuhan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera - digunakan oleh haiwan dan manusia. Proses ini berterusan / berkitaran dan berlaku seimbang. Okigen terikat dalam karbon dioksida semasa pernafasan haiwan dan manusia. Dalam fotosintesis karbon dioksida diikat dan digunakan oleh tumbuhan untuk membebaskan oksigen. Oksigen digunakan dalam pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petroleum dalam kenderaan lalu membebaskan karbon dioksida.

2.

3.

4.

PERANAN DAN KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA

Kepentingan kepada manusia 1. Ekonomi tradisional seperti masyarakat orang asli. 2. Sektor pembalakan. Sektor pelancongan spt hutan lipur, air terjun dan kepelbagaian spesis flora dan fauna. 4. Memajukan industri yg berkaitan dengan sumber hutan. 5. Kawasan tadahan air. Kepentingan kepada alam sekitar 1. Habitat pelbagai spesis biologi. 2. Haiwan membentuk lingkungan populasi dan meneruskan generasinya. 3. Mengawal rantaian makanan. 4. Perlindungan daripada hakisan tanah. 5. Menyekat dan memperlahankan halaju larian air permukaan. 6. Keseimbangan kitar hidrologi. 7. Storan air / kawasan tadahan air yang paling berkesan. Berlakunya proses transpirasi yang berkesan untuk membebaskan wap-wap air ke udara. Mengurangkan kelajuan angin, mengekalkan kelembapan udara dan menyederhanakan suhu sekitar.

3.

8. 9.

KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Menstabilkan muara sungai dan pesisir pantai. Mengurangkan hakisan pantai iaitu berfungsi sbg zon penampan semulajadi. Menapis bahan pencemar. Menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air dan daratan. Mengekal keseimbangan oksigen dan karbon dioksida. Sumber ekonomi penduduk. Ekopelancongan.

KAITAN SISTEM EKOLOGI DENGAN MANUSIA Bagaimana ekosistem hutan hujan tropika terganggu :Penyahutanan secara semulajadi 1. 2. Kebakaran hutan. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi.

Penyahutanan oleh aktiviti manusia 1. Menerusi pembinaan empangan hidroelekrik. Penebangan dan pembersihan hutan. Projek janakuasa hidroelektrik. Pembalakan tanpa kawalan. Pertanian. Pembukaan tanah baru. Aktiviti pertanian pindah. Pembinaan infrastruktur seperti lebuh raya, kabel elektrik.

2. 3.

4.

KESAN KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA Kesan terhadap alam sekitar fizikal 1. Kemusnahan habitat flora dan fauna. Penghijrahan spesis. Kerosakan ekosistem. Spesis flora dan fauna kepupusan / kemusnahan. 2. Peningkatan suhu mikro. Peningkatan suhu setempat. Pengurangan kelembapan udara. Tiupan angin yang lebih kencang. 3. Hakisan dan tanah runtuh. Percepatkan proses luluhawa dalaman, hakisan percikan dan larian air permukaan.

4. 5.

Pencemaran air. Banjir.

Kesan terhadap manusia 1. 2. 3. 4. 5. Kekurangan sumber makanan. Masyarakat orang asli menghadapi krisis bekalan makanan. Mengurangkan sumber kayu balak. Kemerosotan kesuburan tanih. Mengurangkan bekalan oksigen. Menjejaskan bekalan air.

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN HUTAN YANG BERKEKALAN 1. Pengurusan hutan melalui konsep pembangunan lestari (kekal dalam keadaan asal). Adunan pembangunan/kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. 2. Langkah perundangan. Dasar Perhutanan Negara 1978. Mengisytiharkan hutan simpan kekal. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Melaksanakan program latihan perhutanan.

Kepentingan ekosistem kepentingan ekosistem hutan 1 Sumber kayu kayan-menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport ini akan menghasilkan pendapatan negara. Di Malaysia terdapat 677 spesies pokok balak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan balau 2 Sumber makanan- kepelbagaian spesies tumbuhan hutan kaya dengan sumber makanan kepada hidupan 3 Ekonomi tradisional- orang-orang asli yang masih menjalankan pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan juga menjadi habitat atau tempat tempat tinggal orangorang asli di samping sumber hutan sebagai sumber makanannya. Sumber hutan juga menjadi sumber ekonomi orang-orang asli dengan menjual rotan, akar-akar kayu, damar dan lain-lain. 4. Sektor pelancongan- Kepelbagaian spesies flora dan fauna mampu menarik pelancongan dan seterusnya akan menambahkan pendapatan penduduk dan Negara. Kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang. Hutan Endau Rompin, Taman Negara Sepilok di Sabah dan lain-lain terkenal dengan destinasi pelancongan utama kerana keindahan khazanah kepelbagaian biologi hutannya.

5 Kawasan tadahan air- bagi membekalkan air kepada empangan untuk keperluan manusia dan hidupan. 6 Habitat flora dan fauna- Contoh hutan Amazon bagi satu hektar hutan terdapat 750 spesies haiwan dan 1500 jenis spesies tumbuhan. Haiwan ini hidup, membesar dan membiak dengan sempurna di dalam hutan. 7 Elak hakisan tanah-litupan tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan dan mengurangkan hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar. 8 Menyederhanakan suhu sekitar- berkaitan dengan kelembapan udara yang tinggi di kawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora hidup, membesar dan membiak. 9. Mengurangkan kelajuan angin- Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman. Dirian pokok dan kanopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan. 10. Membekalkan oksigen- tumbuhan melakukan proses fotosintesis dengan adanya cahaya matahari, air dan bahan-bahan mineral dalam tanah. Melalui proses tersebut oksigen dapat dibebaskan. Kepentingan Hutan Paya Bakau (kepada manusia) 1. Sumber kayu arang,kayu api dan lain-lain. Kepada manusia 2 Untuk bahan binaan- cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng dan jambatan dan tiang rumah. 3. Sumber perubatan ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat. 4. Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, Kepah dan lain-lain. 5. Kawasan hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau. 6. Sesetengah tempat- hutan dikekalkan dalam keadaan semula jadi sebagai Satu tarikan pelancong- ia berfungsi sebagai eko pelancongan. (kepada alam sekitar)

7. Membekalkan oksigen tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis 8. Mengawal hakisan/menstabilkan muara sungai/pesisir pantai- pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur tanah di kawasan pesisir pantai tersebut. 9 Menghalang angin kencang- hutan bakau sebagai zon penampang yang boleh menghalang tiupan angin kencang dari laut ke kawasan pedalaman. 10 Penapis bahan pencemar- hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan fosforus. 11. Habitat pelbagai jenis hidupan air. Berfungsi sebagai tempat pembiakan dan perlindungan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, kerang dan lain-lain. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana air yang tenang dan banyak plankton sebaqgai sumber makanan. Keseimbangan ekosistem Merupakan usaha mengekalkan keseimbangan sesuatu ekosistem dengan melibatkan pengekalan komponen biotik dan abiotik secara seimbang dari segi interaksi di antara satu dengan yang lain. Perubahan yang berlaku pada sesuatu komponen ekosistem boleh mencetuskan reaksi daripada komponen lain bagi penyesuaian satu keseimbangan ekosistem baru. Faktor utama yang menyebabkan sesebuah ekosistem terganggu ialah: 1. faktor fizikal/semulajdi serangan penyakit 2 Faktor alam sekitar/bencana alam - kemarau - banjir - hakisan - tanah rutuh - rebut taufan 3. Faktor aktiviti manusia - Gangguan ekosistem hutan Perubahan cuaca dan iklim- kemarau- tumbuhan mati-berlaku kepupusan terhadap pengeluarpengguna menghadapi ketidakcukupan makanan dan Ini mengganggu proses rantaian makanan dan pengaliran tenaga seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu.

Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca yang panas- tumbuhan semula jadi yang berfungsi sebagai pengeluar dan pelindung/habitat akan musnah. Ini akan mengganggu bekalan makanan kepada herbivor, karnivor dan omvivor seterusnya pereput /pungurai. Gempa bumi dan pergerakan jisim- kemusnahan kepada tumbuhankepupusan pengeluar merupakan gangguan kepada rantaian makanan dan tenaga seterunya member kesan kepada pengguna herbivor dan pengguna-pengguna lain. Pembinaan empangan hidroelektrik melibatkan penebangan dan pembersihan untuk pembinaan empangan dan juga penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan hutan hujan tropika termusnah dengan cepat. Pembalakan tanpa kawalan- menyebabkan kemusnahan spesies fauna dan flora secara besar-besaran. Kemusnahan rantaian makanan, kehilangan habitat mejejaskan ciri ekologi dan mengganggu ekosistem tersebut. Pemburuan dan pemungut sumber hutan- kepupusan hidupan dan kepupusan kepelbagaian biologi. Unsur-unsur biotik dalam hutan tersebut pupus dan ini menjejaskan proses pengaliran makanan Aktiviti pertanian pindah- aktiviti penebangan/pemusnahan hutan semula jadi dilakukan secara besar-besaran untuk dijadikan ladang-ladang pertanian. Pembakaran hutan akibat pertanian pindah boleh memusnahkan ekosistem hutan dan ini mengganggu pengaliran makanan dan tenaga. Pembangunan bandar di kawasan tanah tinggi-Pembinaan kawasan rumah-rumah mewah bangunan-bangunan, infrastruktur dan lain-lain melibatkan penebangan hutan secara besar-besaran yang menyebabkan pengeluar mati dan musnah, yang secara tidak langsung membawa kemusnahan rantaian makanan. 2. Gangguan ekosistem pertanian 1. Serangan penyakit- penyakit terhadap pokok-pokok padi dan populasi dalam sawah padi-kepupusan spesies 2. Kemarau- kekeringan kawasan pertanian-tanaman mati dan pupus 3 Banjir-air menenggelami kawasan pertanian- tanaman mati dan kepupusan hidupan 4. ribut- memusnahkan tanaman di kawasan pertanian 5 Penambakan-pembinaan kawasan perumahan, infrasruktur, industri, pembandaran dan lain-lain-kemusnahan kawasan pertanian 6 penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan yang membawa kepada kepupusan spesies.

7 Menjerat haiwan- yang membawa kepada kepupusan haiwan dalam kawasan tersebut. 8 Industri-pengaliran sisa toksid ke kawasan pertanian-bertambah keasidan tanah-membawa kepada tanaman mati 3. Gangguan ekosistem tasik/kolam 1. Aktiviti penebusgunaan tasik Tasik yang ada mungkin ditimbus untuk dijadikan pelbagai tapak bina seperti kawasan perumahan, industri dan lain-lain. Ini memusnahkan semua ekosistem di dalamnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupan air akan mati. 2. Pembangunan pertanian Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan Sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarut resapkan oleh air dan menuju ke sungai/tasik. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini menyebabkan hidupan air tersebut mati seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang lain dan ini juga menyebabkan Rantaian makanan dalam tasik akan musnah. 3. Aktiviti perindustrian Berlakunya penyaluran dan pembuangan sisa toksik oleh sesetengah kilang memproses seperti kilang getah, kelapa sawit, kilang membuat cat dan lain-lain. Ini menyebabkan air tasik tercemar dan memusnahkan segala hidupan di dalam tasik tersebut sekaligus keseluruhan ekosistem tasik akan musnah 4. Aktiviti penternakan Pembuangan najis binatang ternakan ke dalam tasik juga merosakkan kitaran ekosistem tasik. Contoh najis khinzir ke dalam tasik akan menjejaskan ekosistem tasik berkenaan. Air tasik akan berbau busuk dan berasid ini mematikan hidupan dalam tasik berkenaan. 5. Aktiviti pelancongan Melibatkan penyaluran dan pembuangan sisa kumbahan dari hotel, resort, chalet ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini menambahkan kandungan bakteria ini menyebabkan kualiti air tasik kian merosot dan seterusnya mematikan pelbagai sumber seluruh hidupan akuatik dalam tasik termasuklah zooplankton yang menjadi sumber makanan utama kepada hidupan dalam tasik. 6 Pembangunan sektor pembandaran

Pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domesik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke tasik atau takungan air yang berhampiran termasuk juga pembuangan sisa makanan oleh peniaga kecil. Ini menyebabkan air tasik menjadi busuk dan seterusnya mengganggu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan. 7. Aktiviti perlombongan Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke dalam tasik. Contoh, perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Air tasik berkelodak dan tercemar dan ini menyebabkan terganggunya hidupan dalam tasik berkenaan. Kesan kemusnahan ekosistem hutan hujan tropika 1 Kesan terhadap alam sekitar fizikal Gangguan terhadap kepelbagaian biologi- spesies flora dan fauna diancam kepupusan sehingga ada antaranya tidak sempat dijalankan pemuliharaan. Contoh: hutan hujan amazon seluas 0.5 bilion hektar mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan yang sekarang sudah terancam. Habitat semula jadi musnah- apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru Kerosakan ekosistem kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga dan lain-lain. komponen biotik dan abiotik musnah menyebabkan gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku. Kesan terhadap cuaca- kemusnahan hutan boleh mengubah cuaca dunia. hutan berfungsi menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen dan ini juga boleh mengurangkan kesan rumah hijau. Kemusnahan hutan menyebabkan pelepasan karbon dioksida akan terus berlaku sehingga menyumbang kepada pemanasan global. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan suhu. Pengurangan kelembapan udara- ini terjadi kerana fungsi tumbuhan untuk membebaskan wap-wap air telah hilang ini menyebabkan wap air dalam udara berkurangan. Dalam suasana udara kering memudahkan lagi wujudnya partikel terampai dalam udara yang secara langsung memudah terjadinya fenomena jerebu. Tiupan angin yang lebih kencang- angin kering menyebabkan tekanan udara rendah ini menambahkan halaju angin, dengan ketiadaan tumbuhan sebagai penghalang menyebabkan tiupan angin lebih kencang. Kesan terhadap hidrologi- Ketiadaan tumbuhan menyebabkan kadar susupan air ke dalam tanah berkurangan, menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air ke dalam sungai atau tasik. Di samping mengurangkan jumlah hujan tempatan kerana kurangnya proses

transpirasi. Juga meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai Kesan terhadap manusia Kekurangan sumber makanan- Banyak spesies tumbuhan hutan sebagai sumber makanan. Kesan utama kepada masyarakat orang asli yang banyak bergantung sumber makanan dari memungut hasil hutan dan memburu binatang. Mengurangkan sumber kayu balak- pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan lain-lain akan musnah. Ini akan mengganggu aktiviti ekonomi berasaskan sumber pembalakan industri perabot, industri kayu dan lain-lain, ini menjejaskan pendapatan penduduk dan negara. Mengurangkan bekalan oksigen- untuk keperluan pernafasan kepada benda hidup. Menjejaskan sumber air- simpanan air dalam tanah akan berkurangan yang akan mengurangkan bekalan air kepada sungai dan empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis bekalan air. Langkah mengawal kemusnahan ekosistem hutan hujan Langkah pemeliharaan 1. Mewarta kawasan hutan simpan. Kawasan hutan seperti ini dinamakan sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur. 2. Penguatkuasaan undang-undang- kerajaan telah meluluskan akta per hutanan Negara dan akta industri berasaskan kayu pada tahun 1984. Di bawah akta ini telah menggariskan beberapa larangan seperti, memasuki kawasan hutan kekal, menebang, memotong dan lain-lain. Mereka yang melakukan kesalahan akan dibawa ke mahkamah dan didenda sehingga RM 50 000 atau 2 tahun penjara. 3. Pendidikan pendidikan tentang alam sekitar boleh dilaksanakan pada dua peringkat iaitu peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam mata pelajaran geografi. Secara tidak formal melalui pembacaan dan kempen kesedaran. 4. Kempen kesedaran- biasanya dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM) Langkah pemuliharaan 1. Penanaman semula menanam semula hutan di kawasan yang telah mengalami kepupusan. Dengan kaedah satu spesies atau pelbagai spesies

Anda mungkin juga menyukai