Anda di halaman 1dari 12

Maksud ekologi – bidang kajian mengenai saling hubungan antara organisma hidup dengan

persekitarannya

Maksud ekosistem – ruang alam semula jadi yang wujud saling interaksi antara komponen
abiotic dengan komponen biotik

Komponen dalam ekosistem


1. Komponen Abiotik
- Sebagai habitat komponen biotik
- Udara, Tanah, Cahaya Matahari, Mineral dan Air

2. Komponen Biotik
- Komponen hidup
- Tumbuhan sbg pengeluar
- Haiwan herbivor sbg pengguna primer
- Haiwan omnivor dan karnivor sbg pengguna sekunder dan tertier
- Mikroorganisma sbg pengurai

Fungsi ekosistem
1. Mewujudkan aliran tenaga
- Dari tenaga matahari kpd tumbuhan (fotosintesis) kpd pengguna primer
(pemakanan) kpd pengguna sekunder dan pengguna tertier (pemakanan)

2. Mewujudkan kitar nutrient


- Aliran berterusan unsur kimia (zat galian dan gas) yg terdpt dalam sesuatu
ekosistem

Jenis – jenis ekosistem


1. Ekosistem Daratan
- Hutan Khatulistiwa
- Hutan di negara yg mengalami iklim khatulistiwa (kurang 1200m dari aras laut)
- Komponen abiotik : 27 darjah celcius, tanah BAL (Bris, Alluvium, Laterit), Purata
hujan 2032mm setahun
- Komponen biotik : Pokok balak (lapisan atas), Pelbagai jenis haiwan

- Hutan Gunung
- Hutan di negara iklim khatulistiwa (lebih 1200m dari aras laut)
- Komponen abiotic : 6 – 10 darjah celcius, tanah BAL, Purata hujan 2032mm
setahun, Punca aliran sungai (hulu)
- Komponen biotik : Pokok pain (hutan montane atas), harimau dahan (hutan
montane atas)

2. Ekosistem Akuatik
- Ekosistem Tasik
- Ekosistem air bertakung dgn saiz yg luas
- Komponen biotik : tumbuhan berakar serabut (teratai), alga, ikan, kura-kura dan
zooplankton (mikroorganisma)

- Ekosistem Paya Bakau


- Sempadan antara daratan dengan lautan
- Komponen abiotic : Air payau, Oksigen, Tanah lumpur
- Komponen biotik : Pokok bakau, Bangau, Burung Helang

- Ekosistem Laut
- Komponen abiotic : Tanih, Air laut, Garam dan Gas Oksigen
- Komponen biotik : Ikan, Udang, Sotong, Rumput Laut, Batu Karang, Alga
Plankton

Maksud Rantaian Makanan – hubungan pemakanan antara spesies dalam satu ekosistem
Maksud Siratan Makanan – satu jaringan pemakanan kompleks yg menggabungkan beberapa
rantaian makanan

Gangguan Rantaian dan Siratan Makanan


Gangguan semula jadi
1. Banjir besar
2. Kemarau berpanjangan
3. Gempa bumi
4. Kebakaran hutan
Gangguan faktor aktiviti manusia

1. Penyahutanan
2. Penggunaan racun dan baja kimia
3. Pembangunan petempatan
4. Pemburuan
5. Industri perubatan
6. Industri pembuatan
Maksud Aras Trofik – Susunan kedudukan organisma yg dihubungkait oleh aliran tenaga dalam
rantaian makanan

Maksud Pemindahan dan Kehilangan Tenaga – Proses aliran tenaga daripada aras trofik
pertama hingga ke aras trofik terakhir dalam rantaian makanan

Cara pemindahan tenaga setiap aras trofik

Pada aras trofik yang pertama, tenaga matahari terus kpd pengeluar bagi pengeluar melakukan
proses fotosintesis. Dalam daun tumbuhan, klorofil memerlukan cahaya matahari dan gas
karbon dioksida bagi menjalankan proses fotosintesis (proses kimia). Kesannya, glukosa dan
gas oksigen akan terhasil.

Pada aras trofik yang kedua, tenaga kimia dan tenaga haba dalam tumbuhan dipindahkan ke
pengguna primer melalui pemakanan. Haiwan herbivor akan makan tumbuhan dan tenaga
kimia dalam tumbuhan tersebut dipindahkan ke dlm badan haiwan herbivor.
Pada aras trofik yang ketiga, tenaga kimia dan tenaga haba dalam pengguna primer
dipindahkan ke pengguna sekunder melalui pemakanan. Haiwan omnivor atau karnivor akan
makan pengguna primer dan tenaga kimia dalam pengguna primer tersebut dipindahkan ke dlm
badan haiwan omnivor atau karnivor.
Pada aras trofik yang keempat, tenaga kimia dan tenaga haba dalam pengguna sekunder
dipindahkan ke pengguna tertier melalui pemakanan. Pengguna tertier akan makan pengguna
sekunder dan tenaga kimia dalam pengguna sekunder tersebut dipindahkan ke dlm badan
pengguna tertier.

Maksud persaingan antara spesies – perebutan organisma perlu bersaing antara mereka utk
mendapat keperluan sendiri dlm satu habitat yg sama

Jenis – jenis persaingan dalam ekosistem


1. Persaingan sesama spesies
- Intraspesies
- Persaingan dlm klgn spesies organisma yg sama merebut habitat, pasangan dan
makanan
2. Persaingan antara spesies
- Interspesies
- Persaingan dlm klgn spesies organisma yang berlainan merebut wilayah habitat dan
makanan

Bentuk persaingan haiwan dalam ekosistem


1. Persaingan habitat (intra & inter)
2. Persaingan mendapatkan makanan (inter)
3. Persaingan sumber air (inter)
4. Persaingan pasangan (intra)

Bentuk persaingan tumbuhan dalam ekosistem (inter)

1. Persaingan merebut cahaya matahari


2. Persaingan merebut zat – zat galian (nutrient) dalam tanah (peranan akar tunjang, banir
dan pendek serabut)

Faktor – faktor mempengaruhi persaingan


1. Pertambahan spesies dalam ekosistem
- Persaingan antara spesies makin sengit

2. Kemerosotan spesies haiwan yang menjadi sumber makanan karnivor


- Kekurangan pelanduk menybbkan harimau sukar mendptkan makanan (faktor
kemerosotan harimau)
3. Perkembangan pertanian ladang
- Kepupusan hutan yg luas
- Gajah dan harimau berhijrah ke kwsn hutan lain (habitat yg selamat dan rantaian
makanan ada)
4. Bencana alam
- Kemusnahan habitat haiwan disebabkan banjir dan kemarau
- Membunuh habitat haiwan

Maksud Kitar Nutrien – Kitaran unsur – unsur kimia bukan organic dlm ekosistem berlaku
secara berterusan
Jenis – jenis kitar nutrient
1. Kitar Nitrogen
2. Kitar Oksigen
3. Kitar Karbon

Maksud Kitar Nitrogen – Kitaran nitrogen dlm sesebuah ekosistem secara berterusan utk
mencapai keseimbangan nitrogen
Fasa atmosfera

- Sebagai gas nadir


- Datang dari pancaran kilat
Fasa biosfera

- Tumbuhan dpt nitrogen melalui akar dlm bentuk ammonia yg ditukar kpd asid
ammonia

Fasa litosfera

- Organisma mati akan mereput dan diurai oleh bakteria nitro melalui pemecahan
protein sel yg mati membentuk ammonia dan nitrat
- Baja nitrat digunakan dlm pertanian diserap ke dlm tanah dan diguna tumbuhan utk
proses tumbesaran

Aktiviti manusia (pertanian) mengganggu proses kitar nitrogen

1. Aktiviti pertanian yg menggunakan sebatian baja kimia


2. Aktiviti pembakaran hutan (meningkatkan nitrogen oksida)
3. Aktiviti pengkomposan (mikroorganisma tukar gas ammonia kpd sebatian ammonia)
4. Aktiviti penanaman pokok kekacang (menambah bil. nitrogen melalui bakteria
pengikat nitrogen)
5. Aktiviti pengairan

Maksud Kitar Oksigen – Kitaran oksigen berbtk gas dlm sesebuah ekosistem secara berterusan
utk mencapai keseimbangan oksigen
Fasa atmosfera

- Proses photolisis
- Sinaran UV memecahkan molekul oksigen menjadi atom oksigen
- Atom oksigen yg bebas bercantum dgn molekul oksigen utk membtk lapisan ozon

Fasa biosfera

- Proses respirasi
- Haiwan dan manusia bernafas menyedut oksigen bagi tujuan proses metabolisme
dan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera
- Proses fotosintesis
- Tumbuhan menggunakan karbon dioksida utk hasilkan tenaga kimia dan bebaskan
oksigen ke atmosfera

Fasa litosfera

- Proses pengaratan besi


- Tindak balas luluhawa kimia
Kepentingan oksigen kepada ekosistem daratan dan akuatik
1. Proses pernafasan
- Hidupan daratan dan akuatik dapat bernafas dan terus hidup dgn adanya oksigen
2. Proses pereputan
- Bakteria pengurai dan kulat memerlukan oksigen utk proses pereputan haiwan dan
tumbuhan yg mati bagi hasilkan nutrient

Maksud Kitar Karbon – Kitaran bahan karbon dlm sistem fizikal bumi sesebuah ekosistem
secara berterusan utk mencapai keseimbangan karbon
Fasa atmosfera

- Proses respirasi (hasilkan CO2)


- Proses pembakaran bahan api fosil (bebaskan CO2)
- Pembakaran hutan (bebaskan CO2)
Fasa biosfera

- Proses fotosintesis
- Haiwan memakan tumbuhan maka sebatian karbon mengalir dlm rantaian makanan

Fasa litosfera

- Organisma hidup telah mati diurai oleh bakteria dan kulat


- Proses penguraian
- Karbon dlm badan haiwan dikembalikan semula ke atmosfera sbg CO2
- Organisma mati tetapi tidak diurai menjadi bahan api fosil

Kepentingan Kitar Nutrien dalam ekosistem daratan

1. Menentukan keseimbangan nutrient dalam tanah


2. Mengekalkan kesuburan tanah
3. Kelangsungan hidupan dalam tanah
4. Membolehkan proses pereputan dan penguraian organic berlaku
5. Membentuk landskap kars (Kitar Karbon)
6. Menghasilkan bahan api fosil (Kitar Karbon)
7. Menghasilkan makanan bagi tumbuhan (Kitar Karbon)
8. Penghasilan tanah laterit di kwsn tropika lembap (Kitar Oksigen)

Kepentingan Kitar Nutrien dalam ekosistem akuatik


1. Mengekalkan keseimbangan ekosistem akuatik
2. Membolehkan keseimbangan ekologi pantai
3. Menghasilkan ekosistem pantai sesuai sebagai kawasan pelancongan ekologi
4. Menjamin bekalan sumber makanan dan ekologi masa hadapan negara

Kepentingan Sistem Ekologi kpd Manusia


Kepentingan ekosistem daratan (hutan khatulistiwa dan hutan tanah tinggi)

1. Sumber kayu balak


2. Sumber perubatan herba
3. Sumber pelancongan dan rekreasi
Kepentingan ekosistem akuatik (tasik, paya bakau dan laut)

1. Sumber perikanan
2. Sumber hasil marin (rumpai laut),(petroleum dan gas asli)
3. Sumber perubatan (gamat utk rawat luka)
4. Kegiatan akuakultur
5. Sumber pelancongan dan rekreasi

Maksud Gangguan Ekosistem – Kegagalan sesebuah ekosistem mencapai keseimbangan dlm


saling hubung komponen biotik dan abiotiknya

Gangguan Fizikal terhdp ekosistem


1. Fenomena kemarau
2. Fenomena banjir besar
3. Gempa bumi berskala besar
4. Fenomena Gerakan jisim
5. Letusan gunung berapi yang kuat
6. Kebakaran hutan

Gangguan Manusia terhdp ekosistem


1. Kegiatan pertanian
- Pertanian pindah
- Pertanian ladang
2. Kegiatan pembalakan
- Penebangan pokok2 besar
- Penerokaan hutan secara besaran
3. Kegiatan perikanan
- Pelepasan sisa perikanan dan tumpahan minyak
4. Kegiatan perlombongan
- Perlombongan mineral di daratan (arang batu, bijih besi dan kuari batu)
- Perlombongan mineral di dasar lautan (petroleum dan gas asli)
5. Kegiatan akuakultur
- Penebusgunaan tanah paya bakau bagi akuakultur darat
Impak gangguan terhadap fungsi ekosistem
Impak kpd asf

1. Perubahan cuaca setempat


2. Gangguan kitaran hidrologi
3. Banjir
4. Menggalakkan fenomena Gerakan jisim
5. Hakisan tanah permukaan
6. Gangguan habitat akuatik

Impak kpd asm


1. Krisis bekalan air
2. Mengancam keselamatan penduduk (tanah runtuh)
3. Kerugian harta benda (banjir dan tanah runtuh)
4. Kemusnahan infrastruktur

Maksud Ekosistem Buatan Manusia – Ekosistem daratan dan ekosistem akuatik yg diubah
komponen biotik dan abiotic oleh manusia bagi memenuhi keperluan manusia

Ekosistem Buatan Manusia

1. Ekosistem tasik buatan


- Disbbkan oleh pembinaan empangan kuasa hidroelektrik
- Disbbkan oleh bekas lombong bijih timah
2. Ekosistem sawah padi
- Disbbkan oleh pertanian padi (kawal air masuk ke kwsn sawah padi
3. Ekosistem ladang hutan
- Disbbkan oleh penanaman semula pokok2 yang sama jenis di sesuatu kawasan
hutan yang gondol/telah diteroka
- Pokok balak bernilai tinggi
Maksud saling kebergantungan antara sistem fizikal – Interaksi antara komponen sistem bumi,
iaitu sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan sistem ekologi bagi
mencapai keseimbangan

Sistem Hidrologi Proses – proses


1. Hakisan
2. Pengangkutan bahan
3. Pemendapan
4. Gerakan jisim
Sistem Atmosfera Proses – proses
1. Luluh hawa fizikal
2. Letusan gunung
Sistem Geomorfologi berapi
3. Hujan asid
4. Bahangan suria

Sistem Ekologi Proses – proses


1. Habitat
2. Pertumbuhan pokok
3. Luluh hawa biologi
4. Proses pereputan dan
penguraian

Sistem Atmosfera Proses – proses


1. Proses pernafasan
haiwan
2. Proses pernafasan
tumbuhan
3. Proses pertumbuhan
pokok
4. Penyederhanaan
suhu

Sistem Ekologi Sistem Hidrologi Proses – proses


1. Habitat hidupan
akuatik
2. Proses kitaran
hidrologi
3. Kawasan tadahan
hujan

Sistem Geomorfologi Proses – proses


1. Habitat
2. Pertumbuhan pokok
3. Luluh hawa biologi
4. Proses pereputan dan
penguraian

Sistem Atmosfera Proses – proses


Sistem Hidrologi 1. Proses kitaran
hidrologi
2. Proses sejatan dan
sejatpeluhan
3. Peningkatan suhu
atmosfera
4. Fenomena kemarau

Sistem Geomorfologi Proses – proses


1. Hakisan
2. Pengangkutan bahan
3. Pemendapan
4. Gerakan jisim

Sistem Ekologi Proses – proses


1. Habitat hidupan
akuatik
2. Proses kitaran
hidrologi
3. Kawasan tadahan
hujan

Gangguan terhadap sistem atmosfera


1. Perubahan suhu udara
- Kesan
- Pencairan ais benua di kedua2 Kutub
- Kenaikan aras laut
- Kawasan ekologi paya bakau akan tenggelam
- Pencairan glasier di tnh tinggi di kwn sederhana dunia
2. Letusan gunung berapi kuat
- Kesan
- Pencemaran udara
- Hujan asid
- Memusnahkan habitat haiwan
- Kebakaran hutan

Gangguan terhadap sistem ekologi


1. Kepupusan hutan semula jadi
- Kesan
- Habitat haiwan liar terjejas
- Haiwan dan tumbuhan pupus
- Hakisan permukaan meningkat
- Sumber oksigen dalam udara berkurangan

Gangguan terhadap sistem hidrologi

1. Pencemaran sumber air


- Kesan
- Bekalan air bersih semakin berkurangan
- Habitat akuatik terjejas
2. Kemerosotan aras air tanah
- Kesan
- Aras air sungai menyusut
3. Kepupusan kwsn sumber air
- Kesan
- Kawasan tadahan hujan akan musnah

Gangguan terhadap sistem geomorfologi


1. Mengubah struktur tanih
- Kesan
- Kesuburan tanah berkurangan
2. Landskap semula jadi muka bumi berubah
- Kesan
- Kawasan menjadi kering dan panas kerana aktiviti penggondolan
3. Memusnahkan hutan dan kawasan paya
- Kesan
- Menjejaskan habitat hidupan dalam tanah
- Peningkatan proses hakisan permukaan

Perubahan dalam sistem hidrologi


1. Fenomena banjir (musiman,kilat,taufan)
2. Fenomena kemarau
Perubahan dalam sistem atmosfera
1. Pulau haba bandar (mikro)
2. Pemanasan global (makro)

Perubahan dalam sistem geomorfologi


1. Gempa bumi
2. Letusan gunung berapi

Anda mungkin juga menyukai