Anda di halaman 1dari 28

KITAR NUTRIEN

BIOGEOKIMIA
Bumi sistem mempunyai empat bahagian

Atmosfera Hydrosfera Litosfera Biosfera

Kitaran biogeokimia:
Interaksi kimia (pusingan) yang wujud antara atmosfera, Hidrosfera, Litosfera dan Biosfera. Komponen biosis dan abiosis membantu kitaran ini.

Biosis
Kesemua benda hidup di dalam persekitaran. Contohnya merangkumi rumput, nyamuk, ular, burung dan manusia

Abiosis
Kesemua benda bukan hidup dalam persekitaran. Misalnya udara, air, tanah dan cahaya.

EKOSISTEM
Dalam alam semulajadi, organisma sentiasa saling bertindakbalas antara satu sama lain dan dengan persekitarannya. Saling tindakan ini membentuk satu sistem yang stabil yang dinamakan ekosistem.

Contoh ekosistem
ekosistem hutan ekosistem muara ekosistem paya bakau ekosistem pinggir pantai ekosistem sungai ekosistem tasik

ALIRAN TENAGA DALAM RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN


Rantaian makanan
Pemindahan tenaga bersifat sehala , elemenelemen kimia dan beberapa sebatian dari satu organisma kepada organisma yang lain

Siratan Makanan
Siratan makanan merujuk kepada pemindahan tenaga secara bersilang dan kompleks antara organisma yang hidup dalam sesebuah ekosistem.

Aliran Tenaga
Merujuk kepada peringkat-peringkat pemindahan tenaga yang berlaku dalam rantaian makanan atau siratan makanan sesebuah ekosistem Proses pemindahan tenaga adalah dari satu trofik ke satu aras trofik yang lain apabila berlakunya makan dan dimakan dalam sesebuah ekosistem

Proses Aliran Tenaga dalam siratan Makanan


1- Matahari Sumber tenaga kepada semua hidupan dengan membekalkan kepada semua tumbuhan hijau bagi menjalankan proses fotosintesis 2- Pengeluar Terdiri daripada tumbuhan hijau yang menggunakan tenaga suria untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis 3- Pengguna Primer Binatang herbivor yang memakan tumbuhan/zoo plankton serta cacing. Tenaga digunakan untuk membiak dan bergerak

4- Pengguna Sekunder Binatang karnivor yang memakan daging pengguna primer serta cacing. Tenaga dipindahkan dan digunakan untuk melalukan aktiviti bergerak dan membiak 5- Pengguna Tertier Binatang omnivor, binatang yang memakan daging dan tumbuhan. Tenaga dipindahkan dan digunakan untuk bergerak, membesar dan membiak 6- Pengurai Terdiri pada organisma mikro seperti bakteria, mengurai dan mereputkan haiwan dan tumbuhan yang telah mati. Bahan yang reput itu digunakan oleh tumbuhan sebagai baja dan nutrient.

Kitar Nutrien
1- Kitar bahan kimia atau unsur kimia yang ada dalam sesebuah ekosistem 2- Berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap dan sempurna 3- Contoh : kitar oksigen, kitar karbon, kitar nitrogen, kitar hidrologi

Kitar Oksigen
1- Berlaku melalui empat proses iaitu fotosintesis, respirasi, pembakaran dan pereputan 2- Berlaku pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigen di ruang atmosfera 3- Dalam proses fotosintesis, oksigen dibebaskan 4- Dalam proses respirasi - Oksigen digunakan - Oksigen diperlukan untuk menguraikan sebatian organik (glukosa) bagi menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga. 5- Proses pereputan oleh bakteria dan kulat - pengambilan oksigen dari ruang atmosfera untuk mengeluarkan karbon dioksida dan menghasilkan nutrien tanah 6- Proses pembakaran (pengambilan oksigen)

Kitar Karbon
1- Unsur karbon boleh ditemui dalam beberapa bentuk pada tumbuhan, haiwan, ruang atmosfera, bawah tanah dan di dasar laut 2- Proses yang membebaskan/menggunakan karbon

espirasi Fotosintesis Luluhawa kimia Pembakaran bahan api fosil Pereputan bahan organik

Proses dalam kitar karbon


uang Atmosfera Difusi Pembakaaran bahan api fosil Letusan gunung berapi

Kepentingan Karbon
Bahan bakar bahan api fosil terdiri daripada sebatian hidrokarbon Bahan makanan Proses fotosintesis Komponen dalam alat pemadam api

Kitar Nitrogen
Nutrien yang mengandungi Nitrogen dalam biosfera termasuk: 1) Ammonia (NH3) 2) nitrat (NO3-) 3) nitrit (NO2-)

Proses dalam kitar Nitrogen


Pengikatan nitrogen Pemindahan nitrogen ke dalam tumbuhan dan haiwan Pereputan dan penitritan Pendenitritan

Pengikatan Nitrogen
Untuk membina protein, tumbuhan memerlukan unsur Nitrogen. Terdapat banyak gas Nitrogen di udara namun, tumbuhan tidak dapat menggunakan Nitrogen di udara. Nitrogen di udara perlulah diikat dahulu menjadi sebatian Nitrogen seperti ammonia sebelum dapat digunakan oleh tumbuhan

Nitrogen di udara boleh diikat oleh bakteria pengikat Nitrogen (Rhizobium pada pokok legum, azotobacter) dan sianobakteria (alga biru hijau seperti Nostoc dan anabaena) Sebahagian kecil diikat oleh kilat. Diikat dalam perindustrian untuk membuat baja.

Pemindahan nitrogen ke dalam tumbuhan dan haiwan


Dengan menggunakan ammonia dan nitrat, tumbuhan dapat membina protein. Haiwan memakan protein tumbuhan dan menggunakan asid aminonya untuk membina protein haiwan

Pereputan dan Penitritan


Sejenis bakteria bernama Nitrosomonas mengoksidakan amonia menjadi nitrit setelah tumbuhan atau haiwan mati. Ammonia Nitrosomonas Nitrit

Nitrobacter pula mengoksidakan lagi nitrit menjadi nitrat. Nitrit


Nitrobacter

Nitrat

Pendenitritan
Bakteria pendenitritan mampu menguraikan nitrat menjadi gas Nitrogen dan oksigen semula. Gas Nitrogen dilepaskan di udara manakala oksigen digunakan oleh bakteria.

Kegunaan Nitrogen 1- Sumber protein dalam bentuk asid amino seperti protein haiwan dan tumbuhan 2- Salah satu komponen dalam proses fotosintesis 3- Kegunaan dalam bidang pertanian Aktiviti Yang Mempengaruhi Kitar Nitrogen

Pembalakan Pertanian pindah Pembakaran hutan Pembinaan empangan Pemburuan dan pemungutan hasil hutan

Kitar hidrologi
Pergerakan air melalui pelbagai tempat dalam sistem bumi. Kitaran hidrologi bukan sahaja kesan pergerakan air melalui sistem Bumi, ia juga adalahsatu medan pergerakan tenaga Air tersejat dari lautan tropika di mana tenaga yang banyak dibawa oleh angin ke latitud yang tinggi (kurang tenaga). Pertukaran tenaga dari latitud rendah ke latitud yang tinggi membantu mengekalkan keseimbangan tenaga dalam sistem bumi.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai