Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN INOVASI SEKOLAH RENDAH

ANJURAN UTeM
INNOVATING TECHNOLOGY for
SOCIETAL WELL-BEING

Disediakan oleh,
NURUL ATIQAH BINTI SHAKOR
0179700217
SK KAMPONG TENGAH, KUALA SG BARU,
78200, ALOR GAJAH, MELAKA.

Bagaimana anda mengatasi masalah beg sekolah yang berat berisi buku?

SMART DESK

Apa itu SMART DESK?


Meja murid sekolah yang diubahsuai menjadi tempat menyimpan barang, boleh ditutup serta
dikunci.
Mengapa SMART DESK?

Kerana ia praktikal, setiap murid mempunyai meja sendiri, maka mereka boleh

menyimpan buku-buku mereka di dalam laci meja mereka sendiri.


Tidak perlu menempah locker untuk setiap murid, kos yang sangat tinggi diperlukan.
Setiap sekolah tidak mempunyai loker untuk murid, namun murid mempunyai meja

sendiri dan sekolah boleh mengubahsuai meja tersebut menjadi loker menyimpan buku.
Meja murid hanya memerlukan papan dan engsel untuk diubahsuai menjadi SMART

DESK.
Mereka boleh mengunci SMART DESK untuk memastikan barang yang disimpan tidak

hilang, guru boleh membimbing murid menyimpan kunci.


Murid hanya perlu membawa pulang buku yang diperlukan untuk membuat kerja sekolah

sahaja ke rumah, buku yang tidak digunakan boleh disimpan di dalam laci SMART DESK.
SMART DESK juga dapat mengelakkan masalah murid yang sering tertinggal buku atau
salah mengikut jadual.

Ini hanyalah draf awal cadangan SMART DESK untuk membantu murid mengatasi masalah beg
berat ke sekolah, seringkali kita dengar kebanyakan murid membawa balik beg yang berat,
namun hanya menggunakan beberapa buah buku untuk kerja sekolah, jika tinggal buku
disekolah, kemungkinan buku akan hilang, kami warga SK Kampong Tengah bersepakat untuk
membantu murid dengan SMART DESK, yang membolehkan murid menyimpan buku di bawah
meja dengan selamat dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban murid membawa beg
yang berat.

Apakah cara yang boleh digunakan untuk memastikan kasut sekolah sentiasa
bersih?

PVC WIPES COMBO

Apa itu PVC WIPES COMBO?


PVC WIPES COMBO adalah gabungan kasut kulit tiruan (PVC) dan tisu basah (WIPES) yang
direka sendiri menggunakan tisu dan sabun.
Mengapa PVC WIPES COMBO?

Polivinil Klorida (PVC) adalah kulit sintetik yang mempunyai sedikit persamaan dengan

material getah namun mempunyai pelbagai ciri yang berbeza dengan getah.
Kasut kulit tiruan (PVC) lebih murah dan ringan malah senang dibersihkan hanya dengan

mengelap menggunakan tisu basah (WIPES).


Kasut PVC lebih kuat dan lembut, tidak mudah koyak dan rosak.
Kasut PVC juga adalah kalis air, maka ia boleh mengelakkan masalah kasut basah kerana

hujan dan datang ke sekolah dengan selipar.


Kasut PVC juga sesuai dibawa ke padang untuk aktiviti bersukan kerana ianya

mempunyai ciri-ciri kasut yang menyerap hentakan.


WIPES pula boleh dibuat sendiri dengan kos yang rendah hanya menggunakan tisu

burger dan air sabun.


WIPES boleh diletakkan di setiap kelas, dan murid boleh mengelap kasut PVC mereka

bila-bila masa terluang apabila kasut kotor.


Murid juga boleh membina sendiri WIPES dan menyimpannya di rumah untuk kegunaan
keluarga

Ini hanyalah draf awal cadangan PVC WIPES COMBO untuk membantu murid memastikan
kasut sekolah sentiasa bersih, seringkali kita dengar kebanyakan murid balik dengan kasut
kotor akibat bermain sukan, terpijak lumpur, kawan pijak kasut dan sebagainya. Idea PVC
WIPES COMBO datang daripada murid tahun 2Arif yang kebetulan memakai kasut PVC
dan dimurnikan lagi dengan idea WIPES dari warga guru SK Kampong Tengah.

Hasil perbincangan dengan murid.

Anda mungkin juga menyukai