Anda di halaman 1dari 9

1.

TAJUK INOVASI

EASY MAP

2.0

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

gmbr i

KOTAK

KAIN

ALATAN MENJAHIT

PEMBALUT PLASTIK

PITA PELEKAT

3.0

MASALAH

YANG

DIHADAPI

SEMASA

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN
Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika kelas pergerakan
asas ialah sukar dan tidak tahu teknik untuk melakukan kemahiran guling
hadapan. Kemahiran guling hadapan suatu aktiviti yang berisiko untuk
mendapat kecederaan terutama ketika melakukan kemahiran ini di atas
permukaan lantai tanpa tilam yang sesuai digunakan. Guru pendidikan
jasmani atau pengajar sendiri tidak menguasai dengan sebaiknya
kemahiran guling hadapan ini untuk mengajar anak muridnya merupakan
satu masalah besar. Masalah lain ialah pelajar tidak berkeyakinan untuk
melakukan guling hadapan di atas lantai kerana ketiadaan tilam yang
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak tersusun kerana
guru perlu memupuk keyakinan mereka terlebih dahulu.
Di samping itu, kemahiran guling hadapan juga agak berbeza
berbanding dengan aktiviti kemahiran lain yang jauh lebih senang seperti
kemahiran

melompat,

gelungsur

dan

imbangan.

Guru

mengalami

kesukaran untuk mengajar kemahiran guling hadapan kerana keseluruhan


pelajar

mendaratkan

badan

mereka

dengan

teknik

yang

salah

menyebabkan mereka berasa sakit leher dan takut untuk mengulanginya.


Masalah lain ialah tilam terlalu berat untuk diangkat oleh pelajar sebelum
pengajaran dan pelajaran berlangsung memandangkan bilik simpanan
barang sukan jauh jaraknya berbanding bilik gimnasium.
Pelajar yang kurang aktif atau tidak pernah melibatkan diri dalam
apa-apa acara sukan dan permainan juga memberi masalah semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku kerana menganggu perancangan
yang telah dibuat oleh guru. Guru perlu memupuk minat dan semangat
dalam diri mereka terlebih dahulu terhadap sukan dan aktiviti fizikal
seperti melakukan aktiviti permainan kecil. Waktu atau jadual kelas
pergerakan asas juga memberi masalah yang kecil kepada pelajar kerana
pelajar lebih gemar dan suka untuk melakukan aktiviti pendidikan jasmani
pada waktu pagi berbanding tengahari.

4.0 INOVASI YANG DILAKSANAKAN

4.1 Inovasi Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran


Inovasi

yang

dilaksanakan

adalah

berdasarkan

beberapa

pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan


Jasmani

khususnya

gimanstik

dan

pergerakasn

asas.

Inovasi

ini

dilaksanakan adalah dengan mengambil kira pendekatan berpusatkan


bahan dan juga penyelesaian masalah.
Easy Map dijadikan bahan inovasi berdasarkan contoh tilam yang
sedia ada tetapi telah diinovasikan supaya menjadi satu bahan yang boleh
digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran berpusatkan bahan kerana
bahan yang dipakai untuk menginovasikannya adalah diambil daripada
bahan terpakai dan senang diperoleh oleh semua orang. Selain itu, Easy
Map

ini

juga

dilaksanakan

bagi

menjalankan

Pengajaran

dan

Pembelajaran berbentuk penyelesaian masalah. Masalah yang dihadapi


oleh sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kelengkapan seperti tilan
boleh menggunakan inovasi seperti ini untuk melengkapkan kelengkapan
alatan Pendidikan Jasmani di sekolah.

4.2 Anggaran Kos Perbelanjaan


Bahan yang digunakan
Kotak
Kain
Alatan Menjahit
Plastik Pembalut
Pita Pelekat

Kos x Kuantiti
RM0.10 x 20
RM6.00 x 2
RM1.50 x 1
RM2.00 x 3
RM0.80 x 5

Jumlah
RM2.00
RM12.00
RM1.50
RM6.00
RM4.50
RM25.00

4.3 Deskripsi Inovasi


Easy Map dilaksanakan dengan menggunakan bahan buangan
atau bahan terpakai sebagai bahan utama perlaksanaan inovasi. Bahan ini
digunakan sebagai bahan utama kerana mengambil kira anggaran kos
perbelanjaan untuk mendapatkan tilam baru. Inovasi ini juga dilaksanakan
dengan bahan-bahan atau alatan pelaksanaan yang tidak terlalu menelan
kos perbelanjaan yang banyak.tambahan pula, inovasi Easy Map sangat
4

sesuai dengan keadaan semasa seperti isu kegawatan ekonomi semasa


yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi dan kos alatan sukan yang
mahal.
Selain itu, inoasi yang dilaksanakan adalah berpunca daripada
pembaziran seperti mensia-siakan bahan buangan yang boleh diguna
pakai dengan menggunakan kaedah kitar semula. Selain inovasi, Easy
Map juga boleh dikategorikan sebagai proses mengitar semula bahan
terpakai seperti kotak. Dengan menggunakan kaedah dan bahan ini, guru
boleh memupuk sikap cintakan alam sekitar dalam diri para murid.
Tambahan pula, inovasi yang dilaksanakan membolehkan guru dan murid
berfikir tentang cara penyelesaian masalah yang dihadapi dengan
menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dengan mengambil kira nilai
sesuatu bahan yang digunakan.

4.4 Strategi Penggunaan Inovasi


Penggunaan Easy Map sangat sesuai digunakan dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani kerana produk ini
membantu

murid

meningkatkan

minat

dan

keyakinan

dalam

melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani khususnya bagi kemahiran


gimnastik dan pergerakan asas. Selain itu, produk yang dinamakan Easy
Map memudahkan guru dan murid menjalankan aktiviti dimana-mana
sahaja kerana penghasilan inovasi yang boleh dilipat boleh menjimatkan
ruang dan masa pengajaran. Ini kerana, dengan menggunakan produk
inovasi ini, guru boleh menggunakan tilam yang diinovasikan mengikut
saiz yang dikehendaki sahaja sebaliknya, guru boleh melipat bahagian
tilam yang tidak dipakai.
Tambahan pula, penghasilan tilam yang mempunyai berat yang
lebih ringan memudahkan guru dan para murid mengalihkan tilam
tersebut. Seterusnya, penggunaan Easy Map boleh digunakan dalam
pelbagai situasi sama ada di padang, di dalam kawasan dewan malah
boleh juga digunakan di dalam kelas atau bilik darjah. Kepelbagaian
penggunaan inovasi ini boleh menjadikan murid merasa seronok untuk
belajar kerana masalah perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

semasa cuaca hujan boleh diatasi dengan menggunakan Easy Map yang
telah diinovasikan ini dimana-mana sahaja.

5.0 KEADAAN SELEPAS INOVASI

Berikut ialah gambaran keadaan tilam selepas inovasi yang telah kami
lakukan. Bahan utama yang kami gunakan ialah kotak yang tidak terpakai. Kami
memilih untuk menggunakan lebih daripada satu kotak supaya ianya tebal dan
tidak mudah rosak semasa aktiviti guling hadapan dilakukan. Kotak yang kami
gunakan juga dibentuk dalam saiz yang kecil-kecil bersegi empat supaya boleh
dilipat dan mudah dibawa kemana sahaja. Kami meletakkan tali pada bahagian
hujung untuk senang dipegang semasa membawanya. Kami juga menggunakan
plastik untuk membalut kotak agar kotak tidak mudah rosak apabila terkena air
atau matahari. Kami membalut seluruh bahagian kotak iaitu bahagian atas dan
bawah. Bahagian luar, kami menggunakan kain yang kerana sifatnya yang
lembut dan dapat menutup kotak agar tidak kelihatan. Kami memilih kain yang
tebal agar tahan lasak dan corak yang sesuai untuk menarik minat pelajar.
Berdasarkan rajah 1 merupakan gambaran inovasi tilam yang telah siap
dipaparkan sepenuhnya. Tilam akan dibuka seperti dalam rajah semasa aktiviti
dijalankan. Tilam mempunyai dua tali pada setiap hujung bahagian atas tilam
untuk membezakan bahagian atas tilam dan bahagian tapak tilam.
Berdasarkan rajah 2 pula ialah gambaran inovasi tilam yang telah dilipat
kepada saiz yang kecil bersegi empat untuk disimpan. Tali yang terletak pada
hujung tilam akan bertemu pada satu tempat untuk mudah dipegang dan
senang dibawa ke mana-mana.

6.0

FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN


Pertama sekali, faedah daripada inovasi yang telah dilaksanakan adalah

selamat digunakan dan dapat mengelakkan risiko kecederaan berlaku. Semasa


melakukan

pergerakan

asas

gimnastik,

kita

memerlukan

tilam

kerana

kebanyakan pergerakan aktiviti asas gimnastik dilakukan di atas lantai. Antara


contoh pergerakan yang terlibat dalam pergerakan asas gimnastik adalah seperti
gulingkan badan dari depan ke belakang dengan bertubi-tubi, bergerak dari
setempat ke setempat yang lain dan melakukan pergerakan dari setingkat
kepada setingkat yag lain. Dengan adanya tilam tersebut, murid akan berani
untuk melakukannnya dan risiko kecederaan dapat dielakkan.
Seterusnya, bahan inovasi tersebut mudah alih dari satu tempat ke
tempat lain dan mudah disimpan. Hal ini demikian kerana tilam yang dihasilkan
oleh kami nipis dan ringan. Ia juga boleh dilipat dan diletakkan di sudut supaya
tidak menggangu laluan orang lain. Tilam yang nipis dan ringan juga
memudahkan pengguna menyusun dan mengangkat semula. Jelaslah bahawa,
ketebalan tilam untuk pergerakan lantai mestilah bersesuaian dengan latihan
yang hendak dijalankan.
Selain itu, kos perbelanjaan sesebuah sekolah juga dapat dijimatkan
apabila bahan inovasi dihasilkan. Hal ini demikian kerana bahan-bahan membuat
tilam tersebut diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula seperti surat
khabar, polystyrene, kotak dan sebagainya. Buktinya, bahan-bahan yang dikitar
semula boleh dikumpul dalam kehidupan kita dan tidak perlu menggunakan
wang untuk membelikannya.
Di samping itu, bahan inovasi tersebut boleh mengurangkan pencemaran
alam sekitar. Apabila ramai di kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan
8

kitar

semula,

masalah

pencemaran

boleh

diatasi

dengan

lebih

efektif.

Seterusnya, bahan inovasi yang dihasilkan oleh kita juga dapat mengurangkan
penggunaan sumber. Hal ini demikian kerana kita boleh mengurangkan
pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia
ada
Tambahan pula, bahan inovasi yang dicipta boleh menjadi panduan
kepada guru-guru di sekolah dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila guru menunjukkan pergerakan secara berterusan, murid
akan mudah memahaminya dengan cepat. Pelajar akan dianggap berjaya
apabila seseorang pelajar dapat memahami apa isi kandungan yang diajar oleh
gurunya semasa di dalam kelas. Maka peranan penggunaan bahan bantu
mengajar oleh guru di dalam pengajaran amat penting dalam keberkesanannya
terhadap pelajarnya.
Akhir sekali, bahan inovasi itu juga dapat membantu guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan terutamanya dalam kelas pergerakan
asas gimnastik. Sehubungan itu, objektif proses pengajaran dan pembelajaran
akan tercapai mengikut Document Standard Kurikulum Tahun Dua.

7.0

PERKONGSIAN INOVASI
Selain daripada gimnastik, bahan inovasi yang dihasilkan oleh kami iaitu

tilam juga boleh digunakan di tempat-tempat lain seperti di pantai untuk


berkelah. Tilam tersebut boleh digunakan semasa aktiviti latihan kecergasan
dijalankan seperti tekan tubi, bangkit tubi, leg raise memerlukan tilam supaya
kecederaan dapat dielakkan.
Selain itu, bahan inovasi tersebut juga boleh digunakan dalam pengajaran
pergerakan asas. Contohnya, gulingan hadapan yang merupakan aktiviti bukan
lokomotor dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas. Tilam ini juga
boleh digunakan sebagai tilam lompat tinggi dengan memperbanyakkan
bilangan tilam. Selain itu, tilam ini juga boleh digunakan untuk aktiviti
senamrobik yang mana tilam ini sebagai alas lantai.

Anda mungkin juga menyukai